Surau RM200,000 akan dibina selesai solat depan tandas
Harakahdaily, | 18 Ogs 2013 |
(Laporan Harakahdaily sebelum ini - klik gambar untuk lihat laporan ini)
KUALA KANGSAR: Selepas berita umat Islam terpaksa solat di depan tandas di sebuah pusat perniagaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau baru di situ.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berkata, selepas perbincangan dibuat, peruntukan itu akan dikeluarkan, lapor Sinar Harian.
Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.
Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan bagaimana pelanggan dan peniaga di sebuah pusat perniagaan itu terpaksa solat di depan tandas.
Ini kerana, tiada kemudahan surau di kawasan terdekat. Walaupun ada Masjid Ubudiah namun ia agak jauh untuk pelanggan dan peniaga pergi ke sana.
"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.
"Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.
Menurut wakil rakyat itu, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini.
"Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.
Sabotaj?
Dalam pada itu, pihak yang membuat laporan hal ini, Mohd Farhan Madzlan menolak andaian wakil rakyat BN ini bahawa ia ada unsur sabotaj.
"Unsur sabotaj ke atau unsur RM200,000. Tiba-tiba baru nak buat surau.. orang dah start solat mengadap tandas tu dah bertahun.. siapa yang pergi ke arena square semua tahu ceritanya.. kecuali yang tak solat la," tulis beliau dalam Facebooknya.
Beliau mengulas dakwaan wakil rakyat ini yang mendakwa liputan solat depan tandas ini mungkin ada unsur sabotaj.
Mazlan gesa Selangor bantu Suhaimi Said
Khairil Abdul Rahim, | 18 Ogs 2013 |
Mazlan (tengah) bersama Md Jusoh mendengar penjelasan Suhaimi.
TEMERLOH: “Saya harapkan Kerajaan Negeri Selangor membantu rawatan susulan Haji Suhaimi perlukan kepakaran memandangkan keadaannya yang kian uzur kerana beliau adalah bekas pegawai Taskforce Felda Kerajaan Negeri Selangor,” kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Beliau hari ini menziarahi Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini yang dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu, disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakangnya.
Turut menziarahi ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang, Md Jusoh Darus, Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang, Hasanudin Salim dan beberapa orang ahli Anak negeri Pahang.
Suhaimi yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Krau, merupakan pejuang masyarakat warga Felda sejak tahun 1980-an termasuk pernah terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil di Lubuk Merbau, Kedah.
“Jasanya terhadap rakyat khususnya peneroka dan Orang Asal begitu banyak, beliau juga peguam yang gigih membantu rakyat sehingga digeruni sejak zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Sebab itulah beliau dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan banyak kali ditangkap dan dikepung ceramahnya oleh pihak polis,” katanya.
Justeru beliau mengharapkan rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk Kerajaan Negeri Selangor dapat berbuat sesuatu memandangkan rawatan susulan yang memerlukan kepakaran memandangkan keadaannya yang semakin uzur, badan kian susut, selera makan merosot dan waktu-waktu tertentu setiap hari mengalami kesakitan yang amat sangat.
“Khidmat bakti beliau dalam pembelaannya terhadap masyarakat marhaen, mesti dihargai bukan dilupakan.
“Saya mewakili NGO Anak sangat simpati melihat keadaan beliau. Sama-samalah kita mendoakan semoga Haji Suhaimi cepat sembuh kerana semangat perjuangannya masih kuat dan membara,” ujarnya.
Pic Inside | Tidak semua tentera dan polis Mesir zalim ~ Ya,
kenyataan tersebut benar. Buktinya Pihak Tentera Kudeta (rampasan kuasa) sendiri turut melakukan pembunuhan beramai-ramai tentera yang menolak perintah untuk membunuh semua penunjuk perasaan.
Sumber media melaporkan tentang hukuman oleh unit khas As-Sisi yang terlibat secara peribadi dalam barisan tengah tentera Mesir melakukan proses hukuman besar-besaran menangkap mana-mana askar atau pegawai yang bersimpati dengan rakyat Mesir atau tidak menembak penunjuk perasaan secara aman.
PS: Anda lihat dan tafsir sendiri gambar, tentera-tentera kudeta hanya membiarkan sahaja mayat tentera yang mereka tembak bergelimpangan di atas jalan tanpa disusun dan diletakkan dengan elok.
"حسبنا الله ونعم الوكيل"
"يسقط يسقط حكم العسكر"
[Terkini dari Mesir bersama ~> Berita Mesir]
Mahadi Hj Isa shared Ber"couple" itu Haram.'s photo.
Mengapa Raja Arab Saudi sokong kezaliman aL-Sisi di Mesir?1 - Ini adalah kerana asal usul Raja Saudi adalah Yahudi dari Bani Al-Masalikh. Moyang mereka bernama Mordakhai bin Ibrahim bin Monshe berasal dari Bani Al Masalikh hidup sekitar 851 H dari suku kaum Anza. Terlibat di dalam perniagaan gandum dan Jagung dari Iraq.
2 - Beliau sememangnya bercita-cita untuk kembali dan menguasai di bumi Najd. Di awalnya beliau terpaksa berhadapan dengan Syaik Shaleh Salman Abdullah Al- Tamimi seorang Ulama yang berdakwah di sekitar Najd, Yaman dan Hijaz. Beliau menukarkan namanya kepada Markhan bin Ibrahim Musa.
3 - Ditempat tinggal beliau, Al-Qatef, beliau menguatkan kedudukkan beliau dengan cerita2 palsu tentang kehebatan kaum Yahudi . Beliau mempergunakan kaum Arab Badwi lalu mengangkat beliau menjadi ketua/Raja. Beliau di tentang oleh kabilah Bani Khaled dan melarikan diri ke Al Arid(Riyadh) mencari perlindungan.
4 - Beliau di beri perlindungan di Riyadh oleh sebuah keluarga, namun keluarga tersebut dibunuh beliau. Beliau membuat cerita keluarga tersebut dibunuh pencuri dan rumah dan tanah tersebut telh dibeli beliau. Disitulah beliau menubuhkan pasukan perang untuk membunuh Shaik Shaleh Salman Abdullah Al-Thamimi yg akhirnya dibunuh di sebuah masjid di Al-Zhafi.
5 - Di Riyadh inilah beliau mengamalkan poligami dengan menikahi puluhan gadis dan melahirkan banyak anak yang diberikan nama-nama Arab. Salah seorang anak Mordakhai bernama Al-Maqaran (didalam yahudi di panggil Mack-Ren). Al Maqaran mempunyai anak bernama Muhammad dan Sa’ud. Melalui keturunan Saud inilah berasalnya Dinasti Saud.
6 - Dinasti Saud menganggap semua penduduk Najd menghina Tuhan . Darah mereka halal, harta benda mereka dirampas dan kaum wanita dijadikan hamba. Tidak ada seorang muslim pun di kira benar kecuali pengikiut ajaran Muhammad bin Abdul Wahab (keturunan Yahudi Turki). Mereka yang menentang akan di bunuh.
7 - Doktrin Wahabi memberikan kuasa kepada Keluarga Saudi untuk menghancurkan perkampungan dan penduduknya, termasuk anak-anak dan memperkosa wanitanya, menusuk perut wanita hamil, memotong tangan anak-anak, kemudian membakarnya. Selanjutnya mereka diberikan kewenangan dengan ajarannya yang kejam (brutal doctrin ) untuk merampas semua harta kekayaan milik orang yang dianggapnya telah menyimpang dari ajaran agama karena tidak mengikuti ajaran Wahabi.
8 - Seorang munafik bernama Muhammad Amin Al-Tamimi – Direktor Perpustakaan Kontemporari Kerajaan Saudi menyusun garis keturunan (Family Tree) untuk keluarga Saudi ini kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai imbalan pekerjaannnya itu, ia menerima imbalan sebesar 35.000 (Tiga Puluh Lima Ribu) Pound Mesir dari Duta Besar Saudi Arabia di Kairo pada tahun 1362 H atau 1943 M. Nama Duta Besar Saudi Arabia KETIKA itu adalah Ibrahim Al-Fadel.
9 - Keluarga Yahudi yang jahat dan mengerikan ini melakukan segala jenis kekejaman atas nama agama palsu mereka (Wahhabi) yang sebenarnya diciptakan oleh seorang Yahudi untuk menaburkan benih-benih keganasan di dalam hati penduduk.
10 - Pada tahun 1163 H, Dinasti Yahudi ini menggantikan nama keluarga mereka dengan nama al Saud, seolah-olah seluruh wilayah itu milik pribadi mereka, dan penduduknya sebagai bujang atau budak mereka, bekerja keras siang dan malam untuk kesenangan tuannya, yaitu Keluarga Saudi.
11 - Raja Faisal Al-Saud tidak mampu menyanggah bahwa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada 17 September 1969, dengan menyatakan bahwa: “Kami, Keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek-moyangnya, dari sana menyebar ke seluruh dunia”.
12 - Oleh itu bukanlah perkara aneh atau ganjil Kerajaan Saudi sekarang menghalang kebangkitan IKHWAN MUSLIMIN Di MESIR. Begitu juga tiada apa yang anehnya kerajaan Arab Saudi boleh berkongsi kekayaan dengan USA untuk membantai kebangkitan muslim seluruh dunia dengan bersembunyi disebalik PBB dan OIC.
Benarlah dengan sepotong hadis yg bermaksud; “Diakhir zaman umat Islam akan mengikut Yahudi walau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun.”
Rujukan:
https://www.facebook.com/
http://www.arrahmah.com/news/
Dppk Bagan Datoh shared Prihatin Mesir's photo.
Prihatin Mesir | TerkiniDr Baradei meninggalkan Mesir selepas meletakkan jawatan dalam kerajaan dan menolak untuk ditemuramah oleh wartawan sebelum berlepas ke Vienna.
P/s : Baradei adalah timbalan kepada Presiden Kerajaan perampas Adli Mansour yang telah meletakkan jawatan ekoran tidak brsetuju dengan tindakan kejam polis dan tentera dalam menangani himpunan aman rakyat.
Sumber : Al-Quds
PBB, OIC perlu bertindak henti jenayah perang di Mesir
Salmiyah Harun, | 18 Ogs 2013 |
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keadaan di Mesir amat kritikal jenayah perang yang tidak mengenal sesiapa termasuklah wanita, kanak-kanak dan orang tua turut menjadi mangsa.
Tegasnya, ianya berlaku terhadap orang awam dan yang paling dahsyat adalah umat Islam itu sendiri.
"Apa yang berlaku di Mesir, menyaksikan umat Islam yang tiba-tiba bangkit menentang ketidakadilan tanpa sebarang senjata sebaliknya mereka ditembak tanpa perikemanusiaan. Yang turut menjadi mangsa adalah wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya ketika berucap di Perhimpunan Munajat Membantah Kudeta Mesir di Padang Merbok, malam tadi.
Katanya, secara terang-terangan umat Islam di Mesir digempur dengan peluru hidup kerana mereka menentang rampasan kuasa hanya kerana menyatakan bantahan terhadap penggulingan kerajaan yang mereka pilih.
Malangnya, soal beliau di mana suara-suara badan antara bangsa yang sebelum ini sentiasa melaungkan keadilan dan keamanan ketika umat Islam Mesir ditembak hidup-hidup.
"Kita mahu satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk mengambil tindakan segera terhadap jenayah besar yang dilakukan terhadap rakyat awam Mesir ketika ini, " katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Justeru Zailah mendesak tindakan wajar diambil terhadap mereka yang melakukan keganasan dan menggesa dihentikan segera apa jua kezaliman apa jua bentuk yang telah dilakukan kepada umat Islam hari ini.
"Ini merupakan maruah umat Islam yang wajib kita pertahankan, kita diseru menyatukan usahakan dan doa kita serta munajat terhadap kezaliman ini," katanya.
Mesir: Situasi lebih buruk jika haram Ikhwan
Muhammad Faizal, | 18 Ogs 2013 |
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan terus memburukkan lagi keadaan di Mesir apabila pihak yang menyokong Presiden dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi bertindak menyatakan bantahan.
"Tindakan untuk mengharamkan Ikhwan telah saya jangkakan sebelum ini dan ini sebagai satu usaha mereka untuk menghapuskan terus pergerakan tersebut.
"Tetapi kita perlu melihat dengan tindakan tersebut ia tidak akan menyelesaikan apa yang berlaku di Mesir.
"Saya merasakan kesan akan lebih teruk apabila wujud ketidakpuasan hati dari penyokong Ikhwan apabila kerajaan tentera Mesir mengambil tindakan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.
Salahuddin yang menegaskan pihak yang terbabit di dalam konflik Mesir itu perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban serta meminta negara-negara lain campurtangan dalam usaha mencari jalan pendamaian.
Beliau memberitahu, jika pengharaman Ikhwan dilakukan ia akan mengembalikan Mesir kepada zaman lampau.
Pas Sg Tekam Utara shared Din Jawa's photo.
Puas hati sekarang?1: Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
2: Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
3: Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.
4: Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
5: Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
6: Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
7: Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
8: Kita! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
9: Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
10: Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
11: Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini.
12: CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka??
13: Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
14: Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
15: Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,
Kredit: Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini.
PAS kekal di Parlimen Bachok, Dun Jelawat
Aslani M, | 18 Ogs 2013 |
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menolak petisyen tersebut selepas peguam responden pertama mengemukakan bantahan awal kedua pada prosiding kes berkenaan minggu lepas.
Pada 10 Julai lalu hakim terbabit menolak bantahan awal dikemukakan responden pertama dengan kos RM30,000.
Ketika perbicaraan kes berkenaan 12 Ogos lalu responden pertama mengemukakan bantahan awal kedua terhadap isu-isu baharu yang belum dibangkitkan pada bantahan awal pertama.
Perbicaraan yang penuh sesak dengan penyokong kedua-dua pihak menyebabkan ramai peguam terpaksa berdiri di galeri awam.
Malah ramai lagi berada di luar dewan mahkamah memandangkan tiada tempat duduk.
Pempetisyen diwakili peguam Mohd Ilyas Mohd Noor, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Nor Azli Ahmed dan beberapa lagi peguam.
Peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria mewakili responden kedua, pegawai pengurus pilihan raya dan ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya.
Manakala peguam Aminuddin Zulkifli, Hisham Fauzi, Alawi Mohd Rashid, Firdaus Abdullah, Nasrul Mohamad dan beberapa lagi peguam mewakili responden pertama.
Pada pilihan raya umum lalu, Ahmad Marzuk Shaary menewaskan Datuk Dr Awang Adek Hussin dari BN dengan majoriti 245 undi.
Abdul Azziz Kadir pula mengalahkan Datuk Dr Ilias Husin majoriti 102 undi.
Sementara itu Marzuk dan Abdul Azziz ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakan BN.
Kata mereka dengan keputusan tersebut membolehkan mereka meneruskan khidmat kepada rakyat tanpa ada gangguan petisyen pilihan raya.
Sebaik penyokong kedua-dua wakil rakyat keluar dari dewan mahkamah laungan takbir dilaungkan. Malah Marzuk dan Abdul Azziz dijulang penyokong sebagai tanda kegembiraan.
Penyokong kalangan muslimat yang hadir pula kelihatan berpelukan antara mereka.
Sementara itu petisyen Dun Gaal pula akan dibicarakan pada 2 September ini.
Sebelum ini mahkamah pilihan raya menolak petisyen bagi parlimen Machang, Ketereh, Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas, Dun Manek Urai, Dun Mengkebang dan Selising.
‘DDD’: Pergelutan antara hidup atau mati DAP
Harakahdaily, | 18 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR:
DAP sedang berdepan dengan pergelutan yang akan menentukan hidup atau
mati parti ini dengan bermulanya fasa ketiga kempen ‘DDD’ Umno BN untuk
memusnahkan DAP.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad ‘DDD – Demonise/Destroy DAP’ telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP, iaitu:
- Pertama, menuduh DAP telah menaja “Tentera Kacang Merah” dengan peruntukan sebanyak RM100 juta hingga 1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN; dan
- Kedua, menyebarkan pembohongan tentang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada bulan Disember lalu, dan mencapai kemuncak dengan penerbitan risalah yang penuh pembohongan oleh seorang penulis rekaan bernama “Father Augustus Chen”. Risalah berkenaan antara lain mendakwa bahawa sebanyak “753 perwakilan (sebahagian besar berketurunan India)” tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan “543 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” telah mengundi dalam kongres berkenaan, padahal kedua-dua dakwaan itu semata-mata bohong dan dusta.
Menurutnya, dalam kedua-dua fasa kempen ‘DDD’ itu, juru propaganda dan cybertrooper Umno BN telah mereka-reka dan mengitar semula ratusan pembohongan dan pendustaan tentang DAP, khususnya dalam media Umno BN seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, kempen ‘DDD’ tidak berakhir atau surut setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (RoS) daripada terus menyalahgunakan kuasa demi memenuhi kehendak ‘tuan politik’ Umno BN, khususnya untuk menghalang DAP daripada dibubarkan.
Katanya, kempen ‘DDD’ Umno BN kini telah memasuki fasa ketiga yang lebih sengit apabila:
- Pembohongan dan pendustaan tentang DAP terus-menerus direka dan disebarkan sejak tiga hari lalu oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times;
- Peluasan wilayah operasi DDD dari hanya media Bahasa Malaysia dan Inggeris ke media bahasa Cina dan Tamil; dan
- Pemberian restu secara rasmi terhadap kempen DDD oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri yang telah turut terlibat menyerang DAP dalam tempoh 48 jam setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula CEC dengan cara mengulang pembohongan dan pendustaan DDP tentang DAP.
Menurut Lim lagi, Datuk Seri Najib Razak mendakwa DAP bukan sebuah ‘parti politik yang berwibawa’ dan beliau menuturkan pembohongan tentang kegagalan DAP untuk memberi notis kepada 753 perwakilan untuk menghadiri Kongres dan pemilihan CEC DAP bulan Disember lalu, selain dusta berkenaan “547 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” sedangkan kedua-dua dakwaan itu tidak mempunyai asas sama sekali.
“DAP kini berdepan dengan ujian yang akan menentukan hidup atau matinya memandangkan batalion ‘DDD’ Umno BN kini sedang cuba menyempurnakan rancangan dan mengerah pasukan mereka untuk menguburkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan.
MENGAPA ORANG LUAR TIDAK BOLEH BELI HARTANAH DI KELANTAN?
Masih ramai yang bertanya mengapa kami letakkan syarat anak Kelantan sahaja boleh beli tanah ataupun rumah yang diiklankan kami di Kelantan yang berstatus Rizab Melayu.
Sebenarnya, syarat ini sudah lama terpakai sejak dahulu lagi.
Mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938, anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah mahupun rumah di Kelantan. Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:
a) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
b) sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.
Jadi sebagai contoh walaupun seseorang itu mempunyai IC luar Kelantan (bukan 03) selagi mana beliau dalam kategori C dan D juga boleh memiliki hartanah rizab Melayu di Kelantan.
Harap penjelasan kami jelas.
Nota: Hampir 90 peratus jumlah keluasan tanah di Kelantan adalah dibawah kategori Rezab Melayu.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad ‘DDD – Demonise/Destroy DAP’ telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP, iaitu:
- Pertama, menuduh DAP telah menaja “Tentera Kacang Merah” dengan peruntukan sebanyak RM100 juta hingga 1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN; dan
- Kedua, menyebarkan pembohongan tentang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada bulan Disember lalu, dan mencapai kemuncak dengan penerbitan risalah yang penuh pembohongan oleh seorang penulis rekaan bernama “Father Augustus Chen”. Risalah berkenaan antara lain mendakwa bahawa sebanyak “753 perwakilan (sebahagian besar berketurunan India)” tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan “543 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” telah mengundi dalam kongres berkenaan, padahal kedua-dua dakwaan itu semata-mata bohong dan dusta.
Menurutnya, dalam kedua-dua fasa kempen ‘DDD’ itu, juru propaganda dan cybertrooper Umno BN telah mereka-reka dan mengitar semula ratusan pembohongan dan pendustaan tentang DAP, khususnya dalam media Umno BN seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, kempen ‘DDD’ tidak berakhir atau surut setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (RoS) daripada terus menyalahgunakan kuasa demi memenuhi kehendak ‘tuan politik’ Umno BN, khususnya untuk menghalang DAP daripada dibubarkan.
Katanya, kempen ‘DDD’ Umno BN kini telah memasuki fasa ketiga yang lebih sengit apabila:
- Pembohongan dan pendustaan tentang DAP terus-menerus direka dan disebarkan sejak tiga hari lalu oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times;
- Peluasan wilayah operasi DDD dari hanya media Bahasa Malaysia dan Inggeris ke media bahasa Cina dan Tamil; dan
- Pemberian restu secara rasmi terhadap kempen DDD oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri yang telah turut terlibat menyerang DAP dalam tempoh 48 jam setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula CEC dengan cara mengulang pembohongan dan pendustaan DDP tentang DAP.
Menurut Lim lagi, Datuk Seri Najib Razak mendakwa DAP bukan sebuah ‘parti politik yang berwibawa’ dan beliau menuturkan pembohongan tentang kegagalan DAP untuk memberi notis kepada 753 perwakilan untuk menghadiri Kongres dan pemilihan CEC DAP bulan Disember lalu, selain dusta berkenaan “547 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” sedangkan kedua-dua dakwaan itu tidak mempunyai asas sama sekali.
“DAP kini berdepan dengan ujian yang akan menentukan hidup atau matinya memandangkan batalion ‘DDD’ Umno BN kini sedang cuba menyempurnakan rancangan dan mengerah pasukan mereka untuk menguburkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan.
MENGAPA ORANG LUAR TIDAK BOLEH BELI HARTANAH DI KELANTAN?
Masih ramai yang bertanya mengapa kami letakkan syarat anak Kelantan sahaja boleh beli tanah ataupun rumah yang diiklankan kami di Kelantan yang berstatus Rizab Melayu.
Sebenarnya, syarat ini sudah lama terpakai sejak dahulu lagi.
Mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938, anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah mahupun rumah di Kelantan. Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:
a) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
b) sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.
Jadi sebagai contoh walaupun seseorang itu mempunyai IC luar Kelantan (bukan 03) selagi mana beliau dalam kategori C dan D juga boleh memiliki hartanah rizab Melayu di Kelantan.
Harap penjelasan kami jelas.
Nota: Hampir 90 peratus jumlah keluasan tanah di Kelantan adalah dibawah kategori Rezab Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan