Selasa, 13 Ogos 2013

SUNGGUH KEJAM

Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar terdedah juga

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 12 Ogs 2013

Akhirnya Tawaran Najib Kepada Anwar Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan Terdedah Juga..


Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak..

Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu.
Baca lagi

Pak Lah sudah jelaskan, tunggu jawapan Mahathir


Harakahdaily, 12 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Walaupun dengan adanya penafian Pak Lah buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, jawapan daripada Mahathir mengenai perkara-perkara yang disebut secara langsung dan melibatkan dirinya sebagaimana yang cakapkan oleh Pak Lah sendiri dalam wawancaranya itu, ia tetap memerlukan jawapan balas daripada Mahathir.

Shahbudin Husin di dalam blognya berpandangan, Mahathir tetap tidak boleh berdiam diri atau melupakan saja serangan-serangan Pak Lah terhadapnya itu.

Malahan, baginya apabila beberapa hari lalu Mahathir menangguhkan untuk memberi reaksi mengenai buku ini atas alasan belum membaca dan mahu mengkajinya terlebih dahulu, ia sebenarnya semakin meningkatkan keinginan orangramai untuk mengetahui apa pula jawapan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

“Dalam beberapa hari ini, reaksi Mahathir adalah paling ditunggu-tunggu kerana tidak ada sesiapa yang percaya Mahathir akan terdiam oleh serangan Pak Lah ini,” tulis beliau lagi.

Tulisan penuh sebagaimana di bawah.


Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan Pak Lah hari ini tampil memberi penjelasan mengenai buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia yang telah menjadi kontroversi dan perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan disebabkan berita mengenai buku itu keluar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, ada yang bercakap mengenainya lebih banyak berbanding topik-topik lain ketika berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara di Hari Raya kali ini.

Dalam penjelasannya, Pak Lah memberitahu bahawa buku ini bukan ditulis, ditaja atau diminta olehnya untuk diterbitkan. Sebagaimana yang sedia dimaklumkan, buku tersebut adalah koleksi tulisan beberapa penulis yang terdiri daripada ahli akademik, ahli politik, tokoh pembangkang, bekas menteri dan sebagainya mengenai era kepimpinan Pak Lah daripada 2003 hingga 2009.

Pak Lah juga menjelaskan beliau tidak terlibat sama sekali dalam urusan menjemput tokoh pembangkang, Nurul Izzah Anwar untuk melancarkan buku itu yang dijadualkan pada 30 Ogos ini di Singapura. Malah, bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan beliau tidak bercadang menghadirinya kerana tidak mahu dilihat bersekongkol dengan pihak pembangkang menentang UMNO.

Secara umumnya penjelasan Pak Lah ini boleh diterima kerana seperti yang diketahui beliau bukanlah orang yang mempunyai karektor sedemikian walaupun beliau antara pemimpin UMNO yang keras hati serta berani menyanggah Mahathir dan cuba lari dari bayang-bayang Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, apa yang menjadi topik hangat dalam buku itu ialah berhubung isi kandungan wawancara dengan Pak Lah yang mengandungi beberapa kritikan, penjelasan dan huraian mengenai hubungannya dengan Mahathir. Penjelasan Pak Lah dalam wawancara itu, walaupun atas nama keterbukaan, tidak dapat dielakkan menyingkap kembali bibit-bibit perbalahan antara keduanya sebelum ini.

Jika selama ini, ramai yang menyangka Pak Lah seorang yang lemah dan mudah mengalah, hakikatnya beliau tidaklah demikian wataknya. Keras hati dan keinginannya untuk menjawab, setelah Mahathir dilihat tidak henti-henti menyerang dan mengaitkannya dengan pelbagai punca masalah dalam UMNO dan negara, jelas memperlihatkan wataknya yang sedia melawan itu.

Cuma, cara beliau melawannya berbeza dengan cara Mahathir menyerang.

Dalam penjelasannya hari ini, Pak Lah cuma menafi beliau menulis, menaja atau meminta buku mengenainya itu diterbitkan. Itu saja. Tetapi beliau sama-sekali tidak menafikan wawancara yang diberikannya sebagaimana yang disiarkan dalam buku itu, apatah lagi kandungan wawancaranya yang menyerang dan mengkritik Mahathir.

Dalam erti kata lain, Pak Lah tidak menafikan dakwaannya bahawa negara akan muflis jika beliau mengikut cara pentadbiran Mahathir yang suka berbelanja sedangkan defisit kian meningkat, beliau juga tidak menafikan Mahathir seorang pemimpin penuh kontradiksi, beliau juga tidak menafikan rasa kecewa yang diluahkannya mengenai Mahathir yang menyerangnya berkaitan masalah tidur yang dihadapi sedangkan perkara itu sudah dijelaskannya kepada Mahathir secara peribadi, Pak Lah turut tidak menafikan bahawa Mahathir antara punca kemerosotan BN dalam pilihanraya 2008 berbanding 2004 dan berbagai lagi isu yang dijawabnya dalam wawancara itu tidak dinafikan sama-sekali ketulenannya.

Hakikatnya, Pak Lah hanya menafikan penglibatannya dengan penerbitan buku itu untuk menyerang Mahathir dan UMNO tetapi sama-sekali tidak menafikan tentang isi kandungan buku itu atau kekecewaan dan rasa kejelekannya dengan perangai Mahathir yang selalu berubah-ubah sebagaimana yang dijelaskan dan mudah difahami melalui wawancaranya itu.

Dengan ini, walaupun sudah ada penjelasan daripada Pak Lah sendiri, ia tidak mengubah isi kandungan buku itu. Ia tidak juga bermakna Mahathir sudah boleh berbaik-baik dengan Pak Lah dan melupakan saja mengenai buku itu. Penjelasan Pak Lah juga tidak mengandungi pujian terhadap Mahathir. Persepsinya terhadap Mahathir kekal seperti apa yang dirasainya dulu. Penjelasannya hanya mengenai hubungannya dengan penerbit.

Bahkan melalui buku ini, mungkin ada yang rasa tidak puas dengan penjelasan Pak Lah yang mungkin tidak terlalu detail dan menyeluruh mengenai UMNO, era pentadbirannya, mengenai Mahathir dan sebagainya dan mahukan Pak Lah menulis memoirnya sendiri pula selepas ini. Orangramai mungkin ingin tahu lebih banyak perkara yang diketahui oleh Pak Lah mengenai Mahathir yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tetapi yang pastinya, walaupun dengan adanya penafian Pak Lah ini, jawapan daripada Mahathir mengenai perkara-perkara yang disebut secara langsung dan melibatkan dirinya sebagaimana yang cakapkan oleh Pak Lah sendiri dalam wawancaranya itu, ia tetap memerlukan jawapan balas daripada Mahathir.

Mahathir tetap tidak boleh berdiam diri atau melupakan saja serangan-serangan Pak Lah terhadapnya itu. Malahan apabila beberapa hari lalu Mahathir menangguhkan untuk memberi reaksi mengenai buku ini atas alasan belum membaca dan mahu mengkajinya terlebih dahulu, ia sebenarnya semakin meningkatkan keinginan orangramai untuk mengetahui apa pula jawapan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Dalam beberapa hari ini, reaksi Mahathir adalah paling ditunggu-tunggu kerana tidak ada sesiapa yang percaya Mahathir akan terdiam oleh serangan Pak Lah ini.

PM menyamar sebagai pemandu teksi untuk mengetahui aspirasi rakyat

http://idahsalam.blogspot.com, 12 Ogs 2013

12 Ogos 2013
PM Norway ketika menyamar jadi pemandu teksi (news.com.au)
Oslo - Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg menyamar menjadi pemandu teksi dengan tujuan mencari tahu aspirasi rakyatnya, sebagai sebahagian dari kempen  pilihanraya. Dengan mengenakan seragam pemandu teksi Oslo, Stontenberg menghantar sebahagian warganya ke tempat tujuan sambil membahas isu-isu tertentu.

Baca lagi

Tidak cukup: CAP syor selaras tanah kubur


Harakahdaily, 12 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar diwujudkan satu kawasan tanah perkuburan khusus di mana setiap kawasan itu dirancang untuk jangka panjang bagi beberapa generasi berdasarkan hukum dan cara yang betul mengebumikan mayat, bukan cara pengebumian yang penuh dengan kemegahan khurafat, dengan batu-batu nisan dan tembok kekal.

Justeru, Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan berkata, cara pengurusan pengebumian di tanah suci seperti di Ma’ala atau Perkuburan Baqi’ di Madinah patut dijadikan contoh.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pada masa akan datang, apabila seseorang itu meninggal dunia, pihak pengurusan mayat mungkin akan bertanya pihak keluarga: “Nak ditanam di mana? Atau di mana kuburnya?

Kini sudah terbukti, isu tanah perkuburan bagi orang Islam semakin ketara menghadapi kekurangan ruangnya, malah ada kariah masjid yang tidak lagi membenarkan kariah luar menghantar mayat mereka ke tanah perkuburan mereka atas alasan tanah perkuburan tidak ada ruang lagi.

Laporan akhbar tempatan mendedahkan tanah kubur yang semakin tidak mencukupi yang dihadapi oleh penduduk Jelutong, Pulau Pinang sehingga ada yang sanggup menyimpan awal tanah perkuburan untuk diri mereka sendiri.

Di Kepala Batas, Pulau Pinang pula kekurangan tanah kubur menjadi salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh penduduk setempat. Lokasi tanah perkuburan yang semakin sempit dan dipenuhi jenazah yang dikebumikan di lokasi yang sama lebih dari 100 tahun.

Keadaan ini menggambarkan betapa tanah-tanah di kawasan bandar kini semakin tidak mempunyai ruang untuk dijadikan kawasan perkuburan, sedangkan kawasan yang masaih ada dibolehkan pula untuk membina bangunan bertingkat, kawasan perumahan, bangunan kedai dan kilang.

Persoalan kita sekarang ialah apa akan jadi dalam tempoh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang dalam pengurusan mayat di negara ini sekiranya tanah perkuburan yang ada semakin sempit atau kehabisannya?

Mengikut hierarki penempatan, keluasan tanah perkuburan setiap satu kawasan kejiranan ialah 5,000 ke 10,000 orang, memerlukan tanah seluas 1-2 hektar.

Oleh yang demikian, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar diwujudkan satu kawasan tanah perkuburan khusus di mana setiap kawasan itu dirancang untuk jangka panjang bagi beberapa generasi berdasarkan hukum dan cara yang betul mengebumikan mayat, bukan cara pengebumian yang penuh dengan kemegahan khurafat, dengan batu-batu nisan dan tembok kekal.

Cara pengurusan pengebumian di tanah suci seperti di Ma’ala atau Perkuburan Baqi’ di Madinah patut dijadikan contoh.

Membina makam dengan konkrit simen, dengan ruang yang dibeli, perhiasan batu tanda dan lain-lain bukanlah perkara betul. Begitu jugalah apabila dibuat upacara memuja keramat dan wali.

Di seluruh negara sekarang ini tanah perkuburan berselerak, tidak teratur, tidak tersusun. Ada kariah-kariah yang tidak seimbang keluasan tanah perkuburan dengan bilangan anak kariah, sama ada terlampau sedikit atau banyak.

Pengurusan kawasan tanah perkuburan hendaklah dirancang, diurus dengan betul agar dapat mewujudkan satu pengurusan mayat bertaraf nasional yang dapat mengatasi masalah jarak antara kawasan serta menjimatkan pembinaan kawasan perkuburan.

Dengan adanya satu kawasan perkuburan khusus bagi peringkat negeri dan daerah, ia dapat diselaraskan dalam semua urusan, misalnya dari segi pengurusan mayat sehingga tapak perkuburan. Ia juga dapat menjimatkan tanah.

Untuk jangka panjang, kita dapat membentuk masyarakat ke arah pengebumian yang betul mengikut sistem dan hukum. Antara salah satu syarat, di tanah perkuburan itu tidak boleh dibina tembok atau batu nisan yang melampau.

Ia juga dapat mengelak daripada berlakunya penyembahan khurafat, nazar dan perbuatan bidaah dan juga pemujaan, kerana ia diawasi oleh badan yang diamanahkan.

Selain itu ia juga dapat melenyapkan sikap berkasta, status dan darjat daripada kaum keluarga atau waris. Ia juga dapat mengembalikan satu kaedah hukum pengurusan jenazah yang betul bagi peringkat negara. 

Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa yang berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kawasan tanah perkuburan yang semakin tidak mencukupi agar tidak lagi menimbulkan masalah di masa akan datang.

SB sibuk tanya YB Idris Ahmad berbuka di masjid

http://sisibukit.blogspot.com, 12 Ogs 2013
Ustaz Idris Ahmad ,Ahli Parlimen Bukit Gantang dan YB Chua Yee Ling, Adun Kuala Sepetang menyantuni penduduk termasuk  penyokong tegar UMNO pada  29 Ramadhan lalu. Pihak polis melalui  cawangan khas (SB) sering bertanya pergerakan DS Nizar dan  Ustaz Idris Ahmad.Sehingga hendak berbuka puasa bersama penduduk pun mereka hendak tahu sebab apa?

Changkat Jering-12 Ogos: PAS Kawasan Bukit Gantang berasa kesal dengan pihak SB (Cawangan Khas) yang bertanya pergerakan Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk berbuka puasa (iftar),dalam bulan Ramadhan lalu  bersama penduduk di masjid-masjid dalam Parlimen Bukit Gantang.
PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan pihak polis lebih baik bekerja keras menangkap penjenayah atau suspek yang telah membunuh beberapa orang penduduk dalam Bukit Gantang. Setakat ini dalam tempoh sebulan dua ini kerap benar berlaku kejadian pembunuhan menggunakan senjata api di sekitar Simpang dalam DUN Changkat Jering.


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Beginilah rupa mangsa letupan bom di Tumpat - sedih beb!

Gambar mangsa letupan bom di Tumpat tempoh hari akhirnya didedahkan. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut. Tali perutnya terburai dan terdapat beberapa lubang di dada dan lengan lelaki berkenaan.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai maut kerana mengalami kecederaan seperti dalam gambar di bawah apabila sebuah bungkusan yang diletakkan di atas bumbung kereta(MPV) milik abang ipar beliau tiba-tiba leletup sebaik sahaja beliau memegangnya.


TUMPAT - Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini.

Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.

"Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu.

"Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Allahyarham, yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan, tiba di rumah mertuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk bedah siasat.

Norliana Nazihah berkata kenderaan MPV itu diletak di hadapan rumah sejak 9 malam semalam selepas beliau pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan rakannya di Kota Baharu.

Beliau dan suaminya bercadang untuk pulang ke Kulim, Kedah, petang ini namun menangguhkannya susulan kejadian itu.

Sementara itu, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan tiba pada 4 petang tadi untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. - bernama melalui sinar


 
Firman ALLAH SWT:
“Sesungguhnya AKU (ALLAH) telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan AKU telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) AKU menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.”
(Surah Al-Hijr: Ayat 16 – 18).
Like · · · 34 minutes ago ·

Tiada ulasan: