Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertegas bahawa badan tersebut tidak perlu menyatakan sebab atau menyatakan peruntukan undang-undang dalam keputusannya ke atas DAP mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa kerja pusat (CEC).

Dalam surat yang ditandatangani bagi pihak ROS, pegaswai jabatan tersebut Dasmond Das Michael Das berkata, Akta Pertubuhan 1966 tidak menyatakan bahawa pihak pendaftar perlu menjelaskan tentang keputusan mereka.

Dasmond juga berkata, ROS membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan Akta Pertubuhan dan bukan berdasarkan "paksaan atau dendam".

Katanya, ROS mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian sekiranya perkara itu menjadi alasan.
"Malah, ROS telah mengambil pendekatan kemanusiaan untuk menguruskan krisis ini walaupun kami telah difitnah banyak kali terutama pada pilihan raya umum lepas kerana sebab-sebab politik," kata Dasmond dalam surat yang dikeluarkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 7 Ogos - sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

Dasmond berkata demikian dalam jawapannya kepada surat yang diutuskan DAP kepada ROS pada 2 Ogos lalu.

Surat tersebut menggesa supaya ROS menyatakan sebab berhubung keputusan yang dibuat pertubuhan itu dan menyatakan seksyen apa yang telah dilanggar oleh DAP dibawah Akta Pertubuhan.
Sejarah Pra Kemerdekaan Negara -

Ketika British mahu meninggalkan tanah jajahan mereka Malaya. British telah membawa pembesar2 serta raja2 melayu ke England bagi didik dgn pendidikan, cara kehidupan dan politik Nasara ( memisahkan pentadbiran dunia dgn agama ) gunanya bagi anak didik mereka nanti mampu menggalas tanggung jawab bagi melestarikan impian, cita2 dan dendam kesumat pihak Nasara hampir 1000 tahun yg lalu bila mana mereka tewas ditangan para tentera jihad islam di dalam Perang Salib..

Setelah para pembesar serta raja2 melayu dididik dan diasuh oleh Nasara ( British ) dengan secukupnya barulah pihak British berpuas hati yg mana anak didik mereka sudah mampu meneruskan agenda mereka di Tanah Melayu. Lalu mereka pun memerdekakan Tanah Melayu dan telah mengarahkan anak didik mereka menubuhkan parti politik bagi melaksanakan impian tersebut.

Dengan bantuan serta tajaan Yahudi dan Nasara maka mereka mengarahkan Tunku Abdul Rahman menubuhkan Parti United Malay National Organization ( UMNO ) untuk digabungkan parti dari bangsa cina ( MCA ) dan India ( MIC ) di bawah satu gabungan yang dinamakan " PERIKATAN " yang membawa lambang Kapal Layar.

Sebahagian Ulama dan pemimpin malayu lainnya termasuk Dato Onn Jaafar berjaya menghidu mainan Yahudi dan Nasara lantas mereka keluar beramai-ramai dari UMNO.

Datok Onn Jaafar berkata " Saya berketurunan Turkey dan saya tahu bagaimana mainan Yahudi dan Nasara dalam hal ini, kerana inilah juga apa yg telah mereka lakukan ke atas Empayar Islam Othmaniah dgn mendidik serta melatih Mustafa Kemal At- Tartuk di sana.. Mereka cuma meletakan islam sebagai agama rasmi diturkey tetapi hukum Allah dicampakkan turus dari kehidupan rakyat.. " lalu Datok Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara.

Para ulamak serta sebahagian pemimpin melayu yg lain termasuk Dr.Burhanuddin pulak menubuhkan Parti Islam Se Malaysia ( PAS ).

Pemimpin berhaluan kiri Ahmad Boestamam pula berkata " Saya berserta beberapa orang rakan yang lainnya telah ke india bertemu para pemimpin tertinggi British dengan niat mahu mermerdekakan tanah air kita ini dari tangan British dgn Slogan Merdeka 100% dan kami juga telah membawa bersama " Perlembagaan Negara " hasil cetusan nurani rakyat Tanah Melayu serta bendera Tanah Melayu bersama tetapi permohonan kami ditolak oleh British kerana mereka sudah mempunyai seorang anak dididk yang akan mengekalkan segala agenda dan kerja-kerja kotor mereka di Tanah Air kita ".

Note:

Ketika tentera Salib tewas di tangan tentera islam maka Raja mereka telah berkata " Untuk kita menewaskan islam dgn mata pedang dan kekuatan tentera adalah suatu yg amat mustahil kerana mereka berpegang dgn buku ini ( Al- Quran ) hanya satu sahaja cara yg boleh menghancurkan mereka iaitu pisahkan kehidupan umat islam dari buku ini ( Al-Quran ) ".

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

'The awakening': Hanya penggali dan cangkul akan memisahkan Dr Mahathir dengan politik (sambungan)

Saya tidak pernah berhenti menyatakan yang seseorang yang lemah dan berjiwa kecil akan melakukan cengkaman terhadap pihak lain untuk mendapatkan sokongan dan dukungan ramai apabila mendapat kuasa. Tidak ada seorang pun yang mahu menjadi diktator. Jika boleh semuanya mahu menjadi pemimpin yang popular dan disukai ramai. Itu sebabnya wujud demokrasi untuk mengukur sejauh mana popularnya seseorang itu dengan melakukan pemilihan secara terbuka.
Tetapi mengambil jalan populis melalui demokrasi tulin ini ia tidak akan kekal lama kerana populariti seseorang itu mempunyai hadnya sendiri. Itu sebabnya seseorang yang benar-benar demokratik akan menjaga maruah diri dan tidak mahu kekal dalam kuasa secara berpanjangan. Mereka akan menjaga nama dan imej mereka terlebih dahulu, dan jalan yang paling baik ialah dengan bersara dan memberikan kepimpinan kepada mereka yang lebih berkelayakan dan sedang meningkat kewibawaan dan persepsi rakyat.
Itu yang dilakukan oleh Hussein Onn. Beliau meletakkan jawatan apabila ada di dalam UMNO yang tidak berpuas hati terhadap beliau. Hussein meletakkan jawatan dengan rela hati kerana tidak mahu membiarkan perasaan tidak puas hati terhadap beliau akan bertambah dan memecahkan partinya. Malahan Mahathir sendiri pun memahami isu ini.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1981 di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, Kuala Lumpur semasa beliau mengambil alih kepimpinan dari Hussein Onn, Mahathir telah mengingatkan perwakilan UMNO tentang isu ini. Beliau telah berkata yang jika ada sedikit perasaan tidak berpuas hati terhadap beliau, Mahathir meminta UMNO memberitahu beliau agar beliau berundur dengan cara terhormat.
Itu janji beliau dalam ucapan penangguhan beliau dalam perhimpunan agung itu. Saya masih ingat ucapan beliau ini kerana kebetulan perwakilan Kuala Pilah berada dibarisan hadapan dalam dewan perhimpunan tersebut, dan kata-kata beliau mudah di dengar dengan jelas. Mahathir tahu Hussein yang bersara dan memberikan laluan kepada beliau itu mempunyai sikap dan pemikiran yang seperti itu. Tetapi bagi Mahathir itu hanyalah mainan lidah yang tidak bertulang beliau.
Beliau telah ditunjukkan begitu banyak dalil supaya berundur tetapi beliau mengambil sikap yang berlawanan dengan apa yang telah beliau sebut dalam ucapan penangguhan dalam perhimpunan tersebut. Malahan apabila beliau ditandingi dan hanya memenangi 43 undi majoriti sahaja, beliau bertindak ganas serta mencari jalan bagaimana hendak mengenepikan semua yang dianggap beliau sebagai seteru politik beliau.
Hasilnya UMNO diharamkannya dengan menggunakan undang-undang dan menubuhkan sebuah parti baru. Malahan sebelum pertandingan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 itu beliau dengan lantang berkata walaupun beliau menang dengan satu undi, beliau tetap menang. Sehari dua selepas itu beliau berkata jika dalam pertandingan itu nanti jika beliau tewas pun beliau masih Perdana Menteri kerana beliau akan mendapatkan sokongan di Dewan Parlimen.
Bagi sesiapa yang mendengar janji-janjinya pada tahun 1981 itu dengan apa yang beliau sebenarnya lakukan, seseorang itu akan dapat membuat penilaian yang jelas terhadap Dr Mahathir.
Mahathir telah melampaui tarikh luput popularity dalam sistem demokrasinya tetapi masih mahu berkuasa, maka beliau terpaksa melakukan perkara yang diluar jangka untuk menambah jangka masa untuk terus berkuasa dengan berbagai tekanan terhadap sesiapa yang beliau rasakan akan menyebabkan beliau tergugat. Beliau terpaksa berpolitik secara autokratik dengan menggunakan berbagai ‘instruments’ yang sepatutnya digunakan ditempat lain kepada ahlu-ahli politik yang beliau anggap musuh seperti ISA dan sebagainya.
Maka salah kah jika seseorang menganggap Mahathir itu sebagai seorang yang gilakan kuasa dan tidak pernah mampu bekerjasama dengan sesiapa. Beliau dalam pemerintahannya merupakan seorang Perdana Menteri yang mempunyai empat Timbalannya, Musa, Ghafar, Anwar dan Abdullah. Tidak mungkin seorang yang tidak boleh selari dengan semua Timbalannya itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang berwibawa.
Beliau membuat ‘equation’ semua Timbalannya sama seperti beliau kerana beliau beranggapan semua Timbalannya itu sama seperti beliau semasa menjadi Timbalan kepada Hussein Onn dahulu. Bagi beliau semua Timbalannya akan melakukan ‘insubordination’ terhadap beliau seperti beliau lakukan kepada Hussein Onn sebelum itu.
Akhirnya Timbalan yang sedia ada dengan beliau semasa beliau hendak bersara adalah Abdullah Badawi yang beliau lantik kerana beliau mengenali Abdullah sebagai seorang yang boleh di arah duduk akan duduk dan jika di arah berdiri akan berdiri. Beliau merasakan Abdullah sahaja yang boleh dipercayai untuk beliau mengenakan kehendak beliau jika dijadikan pengganti beliau. Beliau tetap mahu berkuasa selepas persaraannya.
Tetapi beliau tidak memahami Abdullah sepenuhnya. Saya sendiri mengenali Abdullah ini sebagai seorang yang lembut dan halus permainannya. Mahathir tidak sedar yang lembut Abdullah itu bukan untuk disudu. Kerasnya Abdullah bukan juga untuk di takik.
Mahathir sedar sebelum ini Abdullah hanya berdiam diri dan tidak menentang Mahathir kerana mahukan jawatan Perdana Menteri itu terlebih dahulu. Abdullah berbuat ‘bodoh’ sahaja sementara menjadapatkan jawatan PM itu seperti beliau (Mahathir) lakukan kepada Hussein Onn semasa beliau menjadi Timbalan kepada Hussein sebelumnya itu. Beliau menyesal kerana melantik Abdullah seperti Hussein menyesal melantik beliau sebagai timbalannya.
“What goes around comes around’ kata perbidalan Inggeris. Mahathir terpaksa bermain politik lagi. Hanya penggali dan cangkul sahaja akan memisahkan beliau dengan politik.
(Bersambung)