Ahad, 11 Ogos 2013

DUA2 PEMIMPIN NI....MALAH SEMUA PEMIMPIN AKAN DITANYA OLEH ALLAH DIPADANG MAHSYAR NANTI...MAKA JAWABLAH...JIKA SABIT TAK ADIL DAN TAK IKUT KEHENDAK ALLAH...MAKA TUNGGU SAJA HUKUMAN ALLAH SWT....NERAKA ATAU SYURGA ....ALLAH SAJA YANG TAHU

[BERGAMBAR] Selepas Kes Tembak, Kini Kes Bom Pula, Seorang Kerani Maut


Tumpat - Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.

"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.


Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.

Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.

Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.

"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.

Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian.

Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama

Sunday, August 11, 2013

Kelantan - Bungkusan Atas Kenderaan Meletup, Seorang Terbunuh

TUMPAT - Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.

"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.

Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.

Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.

"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.

Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian.

Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama
 
 Awakening bukan tulisan Pak Lah
Posted on Saturday, August 10 @ 10:41:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh Sinar Harian

SHAH ALAM – Buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan hasil tulisan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya, koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku tersebut.

Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

“Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemubual sendiri beliau.

“Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Portal AntaraPos  melaporkan artikel dalam buku tersebut turut disumbangkan pemimpin Umno seperti bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.

Manakala, pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Nik Nazmi sendiri, Liew Chin Tong dan Farish Noor.

Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.

Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.

Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum PRU 2008.

Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu  tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Perkasa.

Bagaimanapun, Tun Mahathir ketika ditemui media baru-baru ini tidak mahu mengulas mengenai dakwaan dalam buku tersebut kerana belum membacanya lagi.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada bekas perdana menteri itu juga enggan mengulas lanjut kandungan buku tersebut kerana belum meneliti kandungannya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, tulisan beliau dalam buku itu lebih memfokuskan kepada kegagalan Abdullah sebagai pemimpin terutamanya selepas PRU 2008.

“Saya melihat Pak Lah mempunyai banyak peluang untuk membuat perubahan. Tetapi beliau gagal menunjukkan kepimpinannya dan mensia-siakan mandat besar diberi rakyat.

“Sebagai penulis, terpulang kepada saya untuk melahirkan pandangan. Begitu juga terserah kepada pembaca untuk menilainya,” katanya. 
 
Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam
Posted on Friday, August 09 @ 18:36:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama

Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.
  
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.

Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
  
"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
  
Noor Aziah berkata situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.
  
Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia.
  
"Sebenarnya institusi keluarga itu adalah asas pembangunan sesebuah negara dan kalau institusi keluarga itu berjalan dengan baik maka negara pun akan jadi lebih baik," katanya.
  
Menyentuh mengenai belia pula, beliau meminta kerajaan memperbanyakkan penganjuran program keilmuan dan keagamaan kepada golongan belia di negara ini dalam usaha melahirkan belia berakhlak mulia, pada masa hadapan.
  
Noor Aziah berkata berdasarkan dapatan hasil kajiannya, mendapati gejala sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah dan minum arak dalam kalangan belia Islam kini, berada pada tahap membimbangkan.
  
"Antara beberapa kaji selidik yang saya lakukan adalah Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009, Kajian Belia, Dadah dan HIV:Punca dan Hak pada tahun 2010, dan Kajian Pembinaan Modul Ta’dib di Sekolah Henry Gurney, Melaka 2011.

"Hasil kajian ini membuatkan saya risau akan akhlak golongan belia pada masa ini yang mana bagi pandangan saya berpunca daripada tidak menghayati ilmu agama sepenuhnya walaupun ada pendidikan agama tetapi tidak mengamalkan ilmu agama yang ada itu. Kebanyakan responden menjawab tidak tahu sembahyang atau sudah lupa macam mana hendak sembahyang sewaktu ditemu bual," katanya kepada Bernama.
  
Beliau yang juga pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata penularan gejala tidak sihat itu bakal memberi impak negatif kepada pembangunan modal insan negara ini sekiranya tidak ditangani segera.
  
"Dari kajian yang saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12 tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia' pada 2007, mendapati ibu paling muda mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun.
  
"Macam mana negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam," katanya.
  
Apabila ditanya pendekatan kreatif yang boleh dilaksanakan bagi menarik minat belia terhadap program itu, Noor Aziah berkata ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya mencari 'role model' dari kalangan belia yang berjaya dalam bidang tertentu seperti johan Tilawah al-Quran, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, jaguh sukan dan artis.
  
Noor Aziah juga berkata kira-kira 80 peratus golongan belia bermasalah datang daripada keluarga ibu tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa.
  
Beliau yang juga anggota Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak Malaysia itu berkata angka itu didapati menerusi Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009 yang melibatkan responden berumur 15 tahun hingga 40 tahun.
  
Sehubungan itu, beliau berkata peranan institusi kekeluargaan juga penting untuk memartabatkan pembangunan sahsiah diri golongan belia negara.
  
"Di sini peranan ibu bapa penting memberi pendidikan agama sepenuhnya kepada anak-anak. Pada pemerhatian saya kebanyakan anak-anak hanya dapat ilmu agama daripada guru agama dan apabila bersama ibu bapa mereka tidak belajar.
  
"Oleh demikian, saya menyarankan supaya kita semua kembali kepada perkara asas iaitu didikan agama dan memperbaiki mutu keluarga yang sedia ada dan yang akan dibina," katanya.

- Bernama
 
 Mahathir ada cara tersendiri bidas Pak Lah
Posted on Sunday, August 11 @ 21:10:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh Hasbullah Awang Chik


Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Awang Selamat melalui terbitan Mingguan Malaysia mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan bekas Perdana Menteri itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan caranya tersendiri yang dijangka sinis dan lebih berbisa.

Katanya, harapan untuk melihat Abdullah dan Dr Mahathir berbaik semula menjelang Aidilfitri ini tidak kesampaian kerana agenda bangsa dan agama memerlukan permuafakatan pemimpinnya.“Awang mendoakan perdebatan yang lebih sihat bakal berlaku dan tidak membawa kemudaratan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN),” tulis beliau hari ini.
Abdullah yang juga dikenali sebagai Pak Lah dalam buku memaparkan detik-detik beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia bertajuk “Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia” menjelaskan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Dr Mahathir supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan jatuh muflis.
Katanya, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain sebagai contoh, beliau berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit namun cadangan itu ditolak kerana katanya, kerajaan perlu terus berbelanja.
Beliau menjelaskan Dr Mahathir mengamuk apabila beberapa projek mega seperti landasan berkembar terpaksa ditangguhkan kerana merasakan itu adalah projek angkatnya.
“Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah muflis kerana pentadbiran saya sendiri telah berjaya menurunkan kadar defisit dari 5 peratus ke 3.2 peratus,” katanya.
Sementara itu, media melaporkan semalam Buku “Awakening, The Abdullah Years in Malaysia” bukan hasil tulisan Abdullah sebaliknya, koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.
Perkara itu disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku tersebut.
Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.
“Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemubual sendiri beliau.
“Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana,” katanya.
Artikel dalam buku tersebut turut disumbangkan pemimpin Umno seperti bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.
Manakala, pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Nik Nazmi dan Liew Chin Tong dari DAP.
Dalam buku itu Abdullah dilaporkan berkata Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.
Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum PRU 2008.
Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) pimpinan Datuk Ibrahim Ali.

Sumber: MI

 Tip apabila pegawai kerajaan minta rasuah untuk lulus projek
Posted on Sunday, August 11 @ 21:03:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: rozmal

"

Tip kepada para kontraktor, pembekal atau orang awam apabila pegawai kerajaan minta rasuah untuk dapat projek. Ya Allah , bebaskanlah bumi Malaysia dari najis rasuah. Berikut artikel tulisan Ebit Lew dari Facebook beliau :

Teringat semasa saya dengan kawan saya pergi meeting untuk program dengan seorang pegawai sebuah badan kerajaan untuk program besar.

Dia minta ejas rm10 k untuk diri dia. Jika tak, dia bagi pada orang lain. Beberapa kali dia ulang dan bercerita.
Akhirnya kawan saya kata, tuan sekian lama kami berdoa dan menangis minta redha Allah. Kami minta rezeki yang halal dan berkat. Saya boleh bagi tuan banyak lagi tapi kami bukan orang yang menjual akhirat kami untuk dunia.
Allah sayang tuan hari ini kerana itu dia ketemukan kita.Semoga Allah beri hidayah padanya.
Dulu, kini selamanya Allah pemberi rezeki kami. Kami tidak dapat projek itu tapi kami rasa bahagia kerana kami dapat rezeki dari Allah tanpa pergantungan dan harap pada sesiapa selain Allah.
Jika Allah takdirkan ia milik kita tiada siapa boleh halang.Jika bukan, tiada siapa boleh beri. Jika dengan jalan haram, nyah kau dari hidup kami.
Mungkin saat kita beri atau ambil rasuah ketika itu ajal datang dalam hidup kita. Ya Allah selamatkan kami semua-ebit lew

  Kerani sekolah pula maut kena bom
Posted on Sunday, August 11 @ 21:02:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: rozmal

"

Ya Allah, lahirkanlah polis dan tentera yang beragama Islam yang soleh, yang hanya takutkan Mu, agar para penjenayah akan takut kepada polis dan tentera yang hanya takutkan Allah. Amankanlah bumi Malaysia ini, Ya Allah.


Maut kena bom
4 Syawal 1434H / 11 Ogos 2013
TUMPAT: Seorang kerani sekolah maut selepas bungkusan dipercayai bahan letupan yang diambil di atas bumbung Naza Citra milik abang iparnya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, kampung periuk, di sini, kira-kira11 pagi tadi.
Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 dari Kampung Kenor, Kuala Krai putus kedua-dua pergelangan tangan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan: