Ahad, 25 Ogos 2013

REMPEYEK

Anwar: ‘Endless Possibilities’ Najib sama dengan Israel, bukan kebetulan
Posted on Sunday, August 25 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR 25 Ogos: Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.

“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities‘ pada 17 September depan.

Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.

“Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” kata Anwar.

Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).

“Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain).

“Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang,” kata Anwar.-KD


 Sayu: Kanak-kanak 5 tahun ziarah pusara ibu setiap hari
Posted on Sunday, August 25 @ 20:02:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

‘Adam rindu mama’

Alor Gajah: Biarpun dipisahkan kematian, kasih mendalam terhadap ibunya membuatkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun sanggup mengunjungi pusara ibu setiap hari sejak lapan bulan lalu di Taman Sebang Gemilang, dekat sini.

Setiap kali berkunjung ke pusara ibunya, kanak-kanak itu Adam Noramzar Syahrizal akan ‘memberitahu’ ibunya bahawa dia datang menziarah sambil mengucup batu nisan.

Malah, setiap kali melangkah keluar meninggalkan tanah perkuburan itu, air mata pasti berlinangan di pipi Adam selepas memanjatkan doa untuk arwah ibunya, Noorzalina Ismail, 31, yang pergi menghadap Ilahi kerana penyakit radang paru-paru, Januari lalu.

Kanak-kanak itu bergelar yatim piatu kerana bapanya, Syahrizal Ibrahim, 29, terlebih dulu pergi menghadap Ilahi akibat penyakit misteri, hampir lima tahun lalu.


ADAM mengunjungi pusara ibunya pada hari raya lalu.


KAMARIAH memandang sayu Adam yang kehilangan ibu bapanya pada usia muda.




 

 Adam berkata, saban hari dia merindui ibunya dan atas alasan itulah ke pusara pada waktu petang.-myMetro

 Sketsa Alat Pemadam Api
Posted on Sunday, August 25 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Hai nama saya Amran. Saya mempunyai pemadam api second hand yang dibeli dengan harga yang mahal. Saya sayang pemadam api saya. Hari hari saya instagram gambar pemadam api saya.

Satu hari jiran saya Pak Malek bergaduh laki bini. Sampai rumahnya terbakar. Saya dalam dilema, nak tolong ke tak. Yelah, taknak campur rumahtangga orang kan. Apa yang patut saya lakukan?

A ) Padam api rumah Pak Malek guna pemadam api saya.
B ) Simpan pemadam api saya sehingga api itu merebak ke rumah saya baru saya pakai.
C ) Duduk rumah, bersyukur rumah saya tak kena api.
D ) Menjerit dari dalam rumah "Woi api! Padamlah segera!"
E ) Ambil gambar rumah Pak Malek yang terbakar dan sebar ke internet. Share kalau nak api di rumah Pak Malek terpadam.



Facebook Blackout 505


 Rempeyek
Posted on Sunday, August 25 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Anim Agro

REMPEYEK adalah sejenis kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Jawa. Kuih ini lebih mudah dipanggil sebagai 'Peyek' sahaja dikampong saya di Muar semanjak dulu dan merupakan sejenis kuih yang mesti disediakan setiap kali musim perayaan Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.

Kuih tradisional yang popular ini juga terdapat dibeberapa negara jiran seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei walau pun ramuan dan bentuknya agak berlainan sedikit. Kuih rempeyek yang berasaskan kepada tepong beras, kacang tanah, ikan bilis, daun cekur dan beberapa kombinasi rempah disediakan melibatkan kemahiran dan resepi yang khusus.

Saya memang sangat minat makan kuih rempeyek buatan orang Jawa Johor kerana ianya adalah rangup, berperisa dan enak akibat ramuan rempah yang digunakan. Kalau dahulu kuih ini hanya dibuat untuk tetapi yang datang berkunjung sempena hari raya, kini kuih rempeyek telah dikomersilkan dan dijual dikedai-kedai atau gerai makan. Rempeyek boleh juga dikategorikan sebgai 'snack food' yang enak dan sesuai untuk di makan pada bila-bila masa. Subuh 1 Ramadan 1434H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi kuih rempeyek berdasarkan daripada pengalaman, pemerhatian dan sedikit kajian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda.

'REMPEYEK' mendapat nama saya fikir mungkin dari perkataan 'Rempah' yang diadunkan dengan 'Kacang Tanah' (dalam bahasa jawa 'Pe') dan digoreng dengan minyak panas melibatkan dua kali gorengan (Yek).

Walau pun pada asalnya kuih rempeyek ini menggunakan kacang tanah sebagai komponen utama tetapi pada masa ini terdapat kepelbagaian dengan menggunakan kacang lain menjadi 3 jenis rempeyek iaitu Rempeyek Kacang Panjang, Rempeyek Kacang Hijau dan juga Rempeyek Kacang Soya. Rempeyek Kacang Hijau dan Kacang Soya lebih sesuai dengan panggilan 'Kuih Tumpi' dikalangan masyarakat jawa.

Cara menggoreng kuih tumpi juga berbeza dengan kuih rempeyek. Sila baca artikel mengenai teknologi penyediaan kuih tumpi pada artikel berkaitan (Sila klik disini). Saya lebih suka kuih rempeyek daripada kueh tumpi.

Penyediaan kueh rempeyek dimulakan dengan membancuh tepung beras dengan air dan santan kelapa mengikut sukatan yang sesuai. Bahan ramuan seperti Jintan Manis, Jintan Putih, Halia, Cekur, Ketumbar, Bawang Merah, Bawang Putih, udang kering dikisar sehingga sesuai. Kapur sireh bersama santan kelapa dan telur ayam dimasukkan juga sebagai adunan tepung beras dan masukkan garam secukup rasa. Sebaiknya digaul dengan tangan atau senduk sehingga sebati dan jangan dikisar adunan tepung tersebut.

Bahan kapur sireh ini lazimnya akan menambah kerangupan kueh rempeyek ini (Crispy) tetapi jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan rasa pahit. Adunan ini cair sahaja seakan adunan untuk membuat lempeng dadar dan tambah santan kelapa secukupnya untuk menambah lemak. Masukkan semua rempah yang telah dikisar tadi kedalam mangkuk atau bekas yang mengandungi adunan tepong dan gaul sehingga sebati. Sebaiknya elakkan daripada terdapat tepung yang masih bergentel. Sediakan ikan bilis yang telah di kopek dan basuh sehingga bersih. Kacang tanah bersaiz sederhana dibasuh dan ditoskan sebelum dimasukkan dalam kuali (tanpa minyak) untuk masakkan sedikit (Sangan) dan ini meningkatkan keenakan rempeyek.

Seterusnya panaskan minyak baru didalam kuali dan jumlah minyak mestikan banyak hingga sesuai untuk menggoreng dengan jumlah yang banyak. Apabila minyak telah agak panas dengan api dikawal sederhana saja, sendukkan adunan tepung yang terdapat kacang tanah dan ikan bilis menggunakan senduk bulat atau 'free style' kedalam kuali tersebut.

Ada yang suka tuangkan di tepi kuali dahulu dan membiarkan adunan melorot ke dalam minyak. Lazimnya bentuk rempeyek tradisional tidak mempunyai bentuk bulat yang standard tetapi rempeyek komersil akan menggunakan sukatan bentuk bulat (Lihat foto sebelah). Pastikan semasa gorengan pertama ia tidak bertindih dimana tujuannya adalah untuk memasakan tepung. Biar selama satu minit dan kemudian ia diterbalikkan rempeyek dimana permukaan yang ada kacang menghadap ke bawah.

Angkat dan toskan untuk gorengan kedua sehingga warna rempeyek coklat kekuningan. Paling penting adalah mengawal api yang sederhana kerana jika minyak terlalu panas maka kacang tanah tidak masak tetapi adunan tepung seakan hangus. Apabila kacang dan tepung sudah masak angkat dan perlu ditoskan minyaknya.

Rempeyek yang garing dan rangup ini dibiarkan sejuk sendiri sebelum disimpan dalam bekas yang kedap udara. Sebaiknya bekas rempeyek adalah daripada tong plastik atau tin biskut yang dilapik bahagian bawah dengan kertas minyak. Saya dapati rempeyek yang disimpan baik boleh bertahan lebih 1 bulan dengan tidak lemau atau tengik jika disimpan sempurna. Selamat menjamu rempeyek!.

KUEH REMPEYEK... ENAK RASANYA...
BANYAK REMPAH... BAHAN ASASNYA...
IA BULAT... KACANG TANAH ATASNYA...
HARI RAYA... HIDANGAN UTAMA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Pat Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(23 Ramadan 1434H)

Untuk pelbagai infotani yang menarik sila lawati animhosnan.blogspot.com


  Hanya 40 Barang Keperluan Dikecualikan Cukai Jika GST Dilaksanakan, Barang Lain
Posted on Sunday, August 25 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan danperkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baru yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, selain menurunkan kadar cukai korporat.

"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.

"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih, bantuan bulanan mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.




Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur perlu di berikan keutamaan," katanya ~ Bernama

darisungaiderhaka.blogspot.com


 Google Akan Membangunkan Kereta Automatik Mereka Sendiri?
Posted on Sunday, August 25 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Google sedia membangunkan perisian dan teknologi untuk kereta tanpa pemandu mereka, dan mengujinya secara dalaman. Kini, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan Google akan membangunkan kereta automatik tanpa pemandu mereka itu sendiri, dan bukannya bekerjasama dengan pengeluar lain.

Ia dikatakan, untuk beberapa bulan lepas, Google telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengeluar untuk membangunkan kereta mengikut spesifikasi yang ditetapkan Google. Langkah ini diambil oleh Google setelah perbincangan dengan pengeluar kereta untuk mengintegrasikan teknologi mereka pada kenderaan tidak begitu berjaya.

Google juga dijangka akan menawarkan kereta automatik mereka kepada pengguna seawal tahun 2017 kelak.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia bukanlah sesuatu yang baru, dimana untuk telefon, tablet dan juga komputer riba, mereka sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar, dimana mereka hadir dengan rekaan dan spesifikasi peranti, sebelum ia menjadi rujukan kepada pengeluar lain.


 

 
 Sumber Rujukan: Forbes
amanz.my 


Pas Bagan Parit Sulong shared Mesir Kini's photo.
[Tulisan Isteri Doktor Ahmad Arif Selepas Penahanannya]

Berita penangkapan Dr Ahmad Arif (Jurucakap bagi Ikhwan Muslimun) merupakan berita yang benar.

Pada jam 2.30 pagi, datang beberapa orang ke rumah ibuku, mengingatkan kami akan hari penggulingan Mubarak, ketika mana mereka telah datang untuk menahan bapaku (moga Allah merahmatinya), bukan atas dasar apa-apa kesalahan mahupun jenayah, tetapi hanya kerana ketergabungannya dengan Ikhwan Muslimin. Bapaku dipenjarakan dalam keadaan zalim dan kejam, dan difitnah, melalui keputusan sidang mahkamah tentera yang tidak adil.

Mereka telah datang pada malam hari bersama enam buah kereta, beserta 20 tentera bersenjata, serta memakai baju kalis peluru, sebahagian mereka memakai topeng, semestinya mereka melakukan pemeriksaan ke atasnya akan tetapi mereka tidak menemui apa-apa senjata melainkan I-Pad yang beliau gunakan untuk menyiarkan komen berkenaan peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Mereka telah kembali. Hampir saja kami lupa akan mereka. Mereka kembali bersama gambaran Mesir yang kemurungan, yang kami sangka telah pergi selama-lamanya bersama Revolusi Januari, tampak jelas bahawasanya kami ini naif. Kami memperakui akan kebebasan yang telah dicemari oleh tentera dan konconya, dengan kereta kebal dan pasukan infantri mereka.

Akan tetapi, demi Allah, kami tidak akan sekali-kali membiarkan tanah air kami dalam keadaan kemurungan sebegini. Rakyat yang memiliki kebebasan yang megah ini akan menghentikan air mata negara kami dengan teguhnya, dan menyempurnakan perjuangannya, sehingga jatuhnya rampasan kuasa berdarah yang dilakukan oleh tentera dengan penuh kezaliman.

Adapun Dr Ahmad Arif tidak lain hanyalah seorang anggota Jamaah Ikhwan Muslimin, yang mana pada masa kini merupakan setitik air di lautan luas pada sisi masyarakat. Dan rakyat mengetahui akan jalannya. Mereka keluar setiap hari untuk menghancurkan rampasan kuasa berdarah yang zalim ini.

Aku turun bersama suamiku (Dr Ahmad Arif), mengucapkan selamat jalan (sehingga bertemu lagi) kepadanya, meskipun dihalang oleh anggota polis. Beliau menaiki kereta dalam keadaan kuat, gembira, menjadikan aku teguh, dan mewasiatkan padaku agar menjaga ibu dan ayahnya.

Di akhir kejadian tersebut, tatkala kereta sudah bergerak, aku melihat lambaian tangannya memberi isyarat keteguhan dan kemenangan, yang ditujukan buatku dan kalian semua.

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
#mesirkini
#R4BIA

Pas Bagan Parit Sulong shared Ahmady Tiryaqi's photo.
Asy Syahid Syed Qutb, lahir pada 9 Oktober 1906. Mendapat pendidikan pertama di rumah orang tuanya, yang kuat beragama. Pada usia 6 tahun, Asy Syahid Syed Qutb di hantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia 7 tahun ia mulai menghafal Al-Qur'an, dan akhirnya berjaya menghafal seluruh Al-Qur`an. Diperakui sebagai intelektual Mesir, pendidik, aktivis Islam, penyair, penulis revolusioner dan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Hasan Al-Banna. Salah satu arkitek utama dalam kebangkitan Islam terkini, bersama Abul A'la Maududi pendiri Jamaat Islami Pakistan.


Asy Syahid Syed Qutb sebenarnya adalah sumber inspirasi, pencetus buah fikiran, motivasi bagi jutaan pendokong Islam seluruh dunia bagi kembali menghayati sebenar-benarnya ajaran Islam dalam kehidupan, merubah teras politik dan sosial, mencerminkan prinsip-prinsip Islam hakiki. Beliau adalah tokoh sebenar yang bulat berjuang untuk agama, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah, seorang Mukmin yang begitu kuat keyakinannya, sehingga berupaya mempersembahkan nyawanya kepada keyakinan dan akidah yang diyakininya.

Karya tulisannya masih di hirup segar hingga kini, sedia diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di dunia. Antara tulisannya yang terkenal awalnya berjudul 'Keadilan Sosial Dalam Islam', 'Masyahidul Qiamah Fil Qur'an', 'Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam',. Beberapa karya Asy Syahid Syed Qutb lainnya adalah: 'Haaza ad Din', 'Al-Mustaqbal Li Hadza Ad-diin', 'Khashaish Tashawwur Al-Islami', 'Ma'alim Fi Thariq', dan tafsir 'Fii Zilalil-Qur`a'n'.

Asy Syahid Syed Qutb menghabiskan bertahun tahun usia terakhirnya dalam penjara. Mencurahkan seluruh jiwa dan fikirannya yang luar biasa dalam tulisan- tulisannya dengan ungkapan kata indah, penuh makna dengan nilai sastra yang tinggi. Semua yang membacanya, dapat merasakan semangat hebat , lantunan fikiran serta getar rohaninya yang segar bertenga, tercantum hebat dalam karya-karya tulisannya. Semuanya berputar dan berhubungkait dengan konsep al-Tauhid Uluhiyyah, yakni hak Allah dari sudut Al-Hakimiyyah dan Al-Tasyri' (pembuatan peraturan). Kerananya,( ikrar 'Lailaha ilalLah') adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.

Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir mengharamkan Al-Ikhwan Muslimun dan pimpinannya ditangkap, difitnah merancang rampasan kuasa. Tanpa bukti yang jelas, 7 orang pimpinan tertinggi Al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Tetapi hukuman terhadap Hasan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup dan Asy Syahid Syed Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Asy Syahid Syed Qutb telah dibebaskan atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Tetapi Pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan tersebut. Setelah Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat udara, Asy Syahid Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Alasannya adalah kerana Asy Syahid Syed Qutb dituduh kembali merancang rampasan kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku-buku Asy Syahid Syed Qutb terutama Maalim Fit Thariq, yang mendasari pernyataan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah.
Asy Syahid Syed Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Asy Syahid Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Asy Syahid Syed Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar beliau dibebaskan. Tetapi Asy Syahid Syed Qutb dengan tegas menjawab;
" Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada ILah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "

Beliau juga mengatakan; " Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat La Illaha illa Allah, sementara engkau mencari makan dengan La Ilaha illa Allah!," ketika agamawan suruhan pemerintah Mesir meminta beliau mengingati Allah s.w.t sementara menunggu untuk dihukum gantung.

Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Asy Syahid Syed Qutb digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail.

Sungguh dunia Islam telah kehilangan sebuah permata, pejuang yang telah mempertaruhkan nyawanya untuk membela tauhid. Menjual harta dan dirinya kerana Allah, jual beli yang pasti untung, sebagaimana janjiNYA.

Firman Allah swt bermaksud;
" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu jenis perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih. Kamu beriman kepada Allah SWT dan berjihad pada jalan-Nya dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
(Surah As-Shaf ayat 10)

Untuk kita Asy Syahid Syed Qutb memesan;

SAUDARA!
SEANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU,
DAN KAU SIRAM PUSARAKU DENGAN AIRMATAMU
MAKA DI ATAS TULANG-TULANGKU
YANG HANCUR LULUH,
NYALAKANLAH OBOR BUAT UMMAT INI DAN........
TERUSKAN PERJALANAN KE GERBANG JAYA

SAUDARA!
KEMATIANKU ADALAH SUATU PERJALANAN
MENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDU
TAMAN-TAMAN DI SYURGA
TUHANKU BANGGA MENERIMAKU
BURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKU
BAHAGIALAH HIDUPKU DI ALAM ABADI

SAUDARA!
PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCUR
DAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGI
BIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPATKAN RINDUNYA
JANGANLAH GENTAR BERKELANA DI ALAM ABADI
NUN DI SANA FAJAR SEDANG MEMANCAR........

Allahu Akbar !



Pas Bagan Parit Sulong shared Setia Hujung Nyawa's photo.
Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

LIKE & Share 



Pas Bagan Parit Sulong shared Kamen Rider's photo.
Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama islam nya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam,beliau dengan lantang dan berani menjawab :

" Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? adakah orang islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah
orang Islam ?.

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?

siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati di buang di lautan Atlantik !! adakah orang islam yang melakukan nya ??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Sebelum itu,hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik.Kalau non muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti diatas mereka akan di sebut sebagai penjenayah,tapi jika orang muslim yang kesalahan seumpama nya,di sifatkan sebagai pengamal terrorisme,pengganas,pemberontak !!
oleh itu anda hendaklah membuat 2 kali timbangan,anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS / TERRORIST !''

- Pierre Vogel-

SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL.

Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen.Merupakan seorang ustaz,penceramah bebas,pendakwah dan merupakan bekas peninju professional.

Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk islam pada tahun 2001 dan menukar nama nya kepa Abu Hamza dan setelah memeluk islam,beliau mempelajari agama islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran.

Sekembali nya beliau ke Berlin,Jerman pada tahun 2006,beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama di masjid Al-Nur-Moschee (mosque) Neukölln,di jemput berceramah di kuliah-kuliah Universiti bahkan berdakwah kepada penganut agama lain juga.

Pierre Vogel berkahwin dengan seorang wanita dari Maghribi dan memiliki tiga orang cahaya mata.Sepanjang perjalanan beliau berdakwah,terlalu banyak kecaman,ancaman,fitnah,kritikan yang keterlaluan,sabotaj,dan pelbagai hinaan di terima oleh beliau kerana kelantangan bersuara membela umat islam dan islam dan juga kerana dakwah beliau,namun Pierre Vogel masih bergerak aktif berdakwah dan tidak pernah berputus asa.


GAMBAR :Pierre Vogel bersama rakan-rakan dari kalangan bekas peninju profesional.

Tiada ulasan: