Selasa, 20 Ogos 2013

BAGUS TAK BAGUS...JAHIL ATAU TAK...KAKI MAKSIAT ATAU TAK..SEMUA ALLAH TAHU...MANUSIA BOLEH LAH KITA AUTA@TIPU...ADA GAK PIHAK LAIN YANG SAMA...AMBIK YANG SEDAP2 AJE SERTA YANG UNTUNG2 SAJA

Mesir: Mahukah Najib ikut nasihat Bung, Khairy

Nazri Abdullah, 19 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Mungkin agak mustahil bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendegar desakan pemimpin Pakatan Rakyat agar memanggil Sidang Khas Parlimen berhubung isu Mesir.

Terbaru, biarpun agak lambat sedikit dari Pakatan Rakyat, desakan serupa mula kedengaran dari pemimpin dan ahli parlimen BN sendiri dan terbaru oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Bung Mokhtar seperti dilaporkan sebuah akhbar versi online mendesak, ianya segera diadakan kerana agak terlambat jika menunggu persidangan Parlimen akan datang yang hanya akan bersidang 23 September depan.

"Sehari suntuk memadai bagi membincangkan perkara ini," katanya.

Sebelum ini, sejak berlaku insiden pembunuhan beramai-ramai yang menyaksikan lebih 2,500 terbunuh di Medan Raba'ah 14 Ogos lalu, pemimpin Pakatan Rakyat dengan nada tegas mengutuk kekejaman itu.


Mereka turut mendesak Najib selaku ketua parlimen Malaysia segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan kemelut itu.

Desakan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dan turut disokong Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pakatan Rakyat juga menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada usul mengutuk kekejaman itu jika dibawa oleh kerajaan pada persidangan khas itu.

Namun, sehingga hari ini, kenyataan-kenyataan Najib tentang insiden itu dilihat bayak pihak sebagai lemah dan tidak menggambarkan pendirian dalam isu tersebut.

Pandangan itu turut disahkan Bung Mokhtar bahawa Malaysia perlu menyatakan pandangan lebih tegas, meskipun sebelum ini telah menyatakan pendirian menolak keganasan oleh kerajaan sementara Mesir.

Namun persoalannya kini tetap serupa, apakah Najib sedia mendengar desakan-desakan ini.

Selain Bung Mokhtar, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini tegas menyatakan pendirian mengutuk keras keganasan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap masyarakat awam di sana.

Ahli Parlimen Rembau itu dalam satu kenyataan kelmarin berkata, kekecohan di negara itu adalah akibat rampasan kuasa yang dilakukan pihak ketenteraan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah.

"Apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, itu secara jelas telah mengkhianati amanah rakyat," katanya.

Khairy dilihat satu-satunya pemimpin Umno setakat ini yang secara jelas mengiktiraf Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, dan menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Nada beliau cukup berbeza dengan pemimpin Umno lain termasuk Najib sendiri.

Kini rakyat sedang menunggu apa pula sikap Najib selepas ahli parlimen Umno sendiri melontarkan desakan serupa agar sidang khas parlimen segera diadakan.

Dalam Pada itu, PAS pada Sabtu lalu mengadakan Himpunan Munajat 100K, bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang sedang berdepan dengan kezaliman tentera.

Himpunan yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu menyaksikan lebih 10 ribu umat Islam hadir mendoakan keselamatan rakyat Mesir.

Dalam program itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengepalai munajat membantah kekejaman tentera Mesir tersebut.

Pemimpin Ikhwan ditahan, orang kesayangan syahid

Harakahdaily, 19 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Para pimpinan Ikhwanul Muslimin berada di dalam tahanan, manakala orang-orang kesayangan mereka berada di senarai teratas dalam senarai syuhada revolusi Mesir.

Facebook Mesir Kini menyiarkan gambar (atas) empat anggota keluarga pemimpin Ikhwanul Muslimin yang terkorban syahid di bumi anbiya’ itu.

Dari kanan:
- Asy Syahid Ammar Muhammad Badie
(anak Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie),

- Asy Syahidah Asmaa' Muhammad Baltaji
(anak pemimpin atasan Ikhwan Muslimin Muhammad Baltaji)

- Asy Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz
(anak penasihat Presiden Muhammad Mursi)

- Asy Syahid Khalid Firnas Al-Banna
(cucu pengasas Ikhwan Muslimin Hassan Al-Banna)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". [At Taubah: 111]
Suspek boleh ditahan 72 hari dengan arahan mahkamah

Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983) membenarkan polis menahan suspek untuk tempoh 72 hari untuk membantu siasatan, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Polis bagaimanapun masih perlu memohon arahan penahanan daripada mahkamah, katanya di Pulau Pinang hari ini.

NONE"Apa saja kesalahan bawah Akta Pencegahan Jenayah dianggap serius, dan pihak terlibat harus dikenakan hukuman berat," katanya.

Khalid berkata, polis menahan 200 suspek di seluruh negara bawah akta itu, atas langkah tegas terbaru bagi membendung jenayah.

Ditanya sama ada suspek ditahan bekas tahanan Ordinan Darurat, beliau berkata, pihak berkuasa masih belum mempunyai maklumat itu.

"Kami akan beritahu kemudian," katanya.
Mahfuz: Gagal lunas hutang Kuin tanda k'jaan lemah

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan alasan Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak mampu untuk membayar hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) membuktikan kerajaan negeri lemah.

NONEMahfuz (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, kerajaan BN negeri boleh memohon bantuan pusat bagi melunaskan hutang pembinaan kampus induk di Kuala Ketil yang menurutnya berjumlah kira-kira RM50juta setahun.

"Dia kerajaan negeri BN, dan kerajaan pusat BN. Takkan dia tidak mampu untuk mendapat back up daripada kerajaan pusat untuk membayar hutang.

"Memang kita (kerajaan Pakatan Rakyat) akui membuat (pinjaman) hutang dengan Bank Islam dan Affin Bank untuk membina kampus baru KUIN untuk menaik taraf jadi universiti penuh.

"Tiba-tiba, kerajaan sekarang berundur ke belakang. Kosongkan kampus sana dengan alasan tak mampu bayar hutang. Saya fikir, menteri besar tak mampu nak bayar hutang, (jadi) kerajaan (negeri ni) lemah betullah," katanya dalam sidang media hari ini.

Malah, katanya, berdasarkan rekod, kerajaan Pakatan melunaskan hutang kerajaan pusat berjumlah RM25juta yang ditinggalkan oleh BN sebelum 2008 bagi pembiayaan pembinaan bangunan baru pentadbiran di Wisma Darul Aman.

Mahfuz juga ahli parlimen Pokok Sena mengulas keputusan kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan semula semua fakulti di kampus Kuala Ketil ke kampus Kuin di Alor Setar.

Dedah minit penubuhan Insaniah Holdings

Beliau turut menyifatkan Mukhriz sebagai menteri besar yang lemah kerana didakwanya gagal meyakinkan kerajaan pusat untuk memohon bantuan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Jadi saya kata kerajaan negeri lemah, menteri besar lemah kerana tidak boleh untuk meyakinkan kerajaan untuk memohon pertolongan kerajaan pusat," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Mahfuz turut membangkitkan isu 268 kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang didakwanya tidak dibayar gaji sejak Mei lalu dan status jawatan mereka kini ekoran kegagalan tersebut.

Sebelum ini Mukhriz pula dilaporkan berkata kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah petugas Insaniah Holding yang tidak mendapat gaji, sejak Mei lalu sekalipun mendakwa tiada kaitan secara langsung dengan Insaniah Holding.

Mahfuz juga menolak kenyataan Mukhriz bahawa kerajaan negeri tidak ada kaitan dengan Insaniah Holdings memandangkan entiti itu merupakan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah.

Beliau juga menunjukkan minit mesyuarat penubuhan Insaniah Holdings yang dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang dipengerusikan oleh menteri besar ketika itu Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Lembaga itu juga menurutnya dianggotai antaranya setiausaha dan pegawai kewangan kerajaan negeri, mufti dan rektor.
Peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di Kuala Lumpur hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih.

- Bernama
'Syiah ambil yang sedap-sedap sahaja'

Pengikut fahaman Syiah hanya memilih amalan yang 'sedap' dan tidak mengamalkannya secara menyeluruh, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali.

"Soal syiah ini bukan soal cabaran kepada agama semata-mata tetapi ia juga cabaran kepada negara.

"Masalahnya sekarang ini Syiah ini tak ramai yang seratus peratus Syiah, dia buat sembunyi-sembunyi (dan) yang sedap sahaja dia ambil.

"Kes mutaah yang sedapnya dipakai, soal cinta jamaknya, bukan jimaknya..." katanya berseloroh pada mesyuarat pertama bagi penggal pertama sidang dewan undangan negeri (DUN) Johor yang ke-13 pagi tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjunjung kasih titah Sultan Johor sempena pembukaan rasmi sidang dewan itu Khamis lalu.

Bagaimana pun tegasnya, kerajaan negeri wajar dipuji kerana bertindak lebih awal mempromosikan penyelewengan Syiah di kalangan orang Johor.

Pengharaman penyebaran fahaman Syiah yang telah lama diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan kembali mencuri tumpuan ramai apabila menteri besar Kedah pada Julai lepas mengumumkan negeri itu mempertimbang untuk mewartakan fatwa yang sama.

Terkini, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata Felda juga akan mengadakan satu taklimat khas mengenai Syiah kepada semua pimpinannya termasuk pengurusan Felda.
Nazri dicabar tanding jawatan MT Umno
1:07PM Ogos 19 2013
Cabaran demi cabaran timbul agar menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanding untuk merebut jawatan anggota majlis tertinggi dalam pemilihan Umno pada Oktober.
Laporan lidah parti berkenaan, Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan setiausaha agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh yang mencabar menteri tersebut berbuat demikian demi mengekalkan jawatan kabinet.

“Jika Mohamed Nazri mahu kekal di dalam Kabinet dengan sikap bongkak dan angkuh, maka kita cabar beliau untuk bertanding sebagai ahli majlis tertinggi Umno.

“Anak beliau Nedim pasti boleh jadi pengurus kempen yang amat popular,” sindirnya, seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan seperti itu timbul ekoran tindakan Nazri yang mempertahankan keputusan melantik Nedim sebagai salah seorang pegawai menteri berkenaan.

Nedim sebelum ini disenaraikan sebagai “pegawai khas” dalam senarai kakitangan kementerian pelancongan.

Lelaki tersebut, kemudiannya dikesan tersenarai sebagai “Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y)” apabila timbul kritikan berhubung amalan nepotisme.

Turut mencabar Nazri untuk bertanding di jawatan majlis tertinggi ialah seorang individu yang mendakwa memimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, lapor Utusan.

Tiada ulasan: