PM Turki Tetap Bertegas Menyokong Legitimasi Mesir
Posted on Monday, August 26 @ 23:03:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Erdogan tegaskan semula menyokong legitimasi Mesir
Erdogan mengesahkan semula : Kami tidak akan berundur daripada menyokong perlembagaan legitimasi di Mesir
Perdana
Menteri Turki , Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa beliau akan
meneruskan demonstrasi siang dan malam bagi menyokong legitimasi di
Mesir.
Dalam ucapan Erdogan kepada rakyat Turki, beliau telah
menyeru seluruh rakyat Mesir untuk berdepan dengan penguasa zalim yang
telah membuat penggulingan ke atas legitimasi dan Presiden Dr Muhammad
Mursi.
Tambah beliau, beliau akan terus berdiri bersama rakyat
dan kebenaran tidak kira walau di mana. Beliau akan terus bergerak
bersama orang-orang yang lemah, tidak meninggalkan hak-hak para syuhada "
Rabiatul Adawiah " dan sesekali tidak akan berpatah balik daripada
jalan kemenangan.
Erdogan menyatakan kesedihan beliau atas apa
yang berlaku di Syria dan Mesir. Sungguh, beliau tidak akan berundur
daripada menyokong rakyat Mesir.
Perdana Menteri Turki itu juga turut menuntut pembebasan semua tahanan politik di Mesir.-Mesirkini
Sumber: ikhwanonline.com
#mesirkini
#R4BIA
Asmaa el-Beltagi, Syuhada Mesir
Posted on Tuesday, August 27 @ 02:53:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Gadis
pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun
akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan
cita-citanya.
Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada
Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah
salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan
sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14
Ogos lalu.
Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa
kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak!
Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan
tentera menamatkan revolusi ini!
Sebelum insiden dia
ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata
semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak
lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!
Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas
Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang
membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran
Rabaa al-Adawiya.
Walaupun masih berumur belasan tahun,
perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang
matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha
membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah
berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian
dada dan belakangnya.
Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia
kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang
dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan
dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.
Asmaa
juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom
Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya,
Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup
semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan
kuasa oleh tentera.
"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.
Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di
negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3
Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya
selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang
menggulingkan Mursi.
Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan
berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum
insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip
batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di
dataran tersebut.
Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang
dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya.
Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya:
"Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah
wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di
lautan,"
Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"
Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah
melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang
didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.
Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,
Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.
Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.
Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.
Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau
pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan
ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.
Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"
Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju
pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.
Ketika
itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab,
"Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.
Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.
Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat
melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak
dapat mengimamkan solat jenazahmu.
Demi ALLAH, ayah tidak hadir
bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar
untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.
Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,
Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin
akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan
ALLAH SWT, Insya-ALLAH.
Ayahmu, Mohammed Beltagi
Sumber : Sinar Harian
KEJAM! Jentolak runtuhkan khemah jenazah para syuhada
Posted on Tuesday, August 27 @ 02:29:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Inilah
video yang menunjukkan bagaimana kejamnya As-Sisi sehingga
mengarahkan jentolak untuk meruntuhkan khemah yang di dalamnya masih
ada jenazah-jenazah para syuhada' pada tragedi 14 Ogos yang
mengorbankan ribuan nyawa. Lihatlah video ini, anda pasti merasa sebak
dan sedih. Inilah gambaran sebenar apa yang berlaku di Mesir.
Jangan
lupa sebarkan pada rakan-rakan anda. Menyebarkan video ini bukan
bermakna anda bersetuju dengan apa yang berlaku, tapi demi membuka mata
penduduk dunia tentang apa yang berlaku di Mesir. Bantu kami dalam
membongkar kezaliman dan kejahatan firaun era baru, As-Sisi.
Moga Allah memberikan balasan yang setimpal pada mereka.
"Dan janganlah engkau mengira bahawa Allah lengah dari apa yang
diperbuat oleh orang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka
sehingga hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.
Mereka datang tergesa-gesa (memenuhi panggilan) dengan mengangkat
kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka
kosong."
- Surah Ibrahim (14:42-43)
Tukang urut lari berbogel
Posted on Tuesday, August 27 @ 01:55:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
SHAH ALAM
- Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam
keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi,
Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat
Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.
Ketika serbuan
dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan
ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat
bawah premis terbabit.
Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu
Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan
dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.
Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas
sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan
kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit
turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga
tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.
Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat
temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan
bayaran RM135 bagi setiap sesi.
Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Sinar Harian
26 Ogos 2013
Panduan Bacaan Talkin (Dalam Bahasa Rumi)
Posted on Tuesday, August 27 @ 01:52:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Khairuddin Saad
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci
Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa
mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati
dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci
Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah
akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang
Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap
hadirat Allah Taala.
Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA)
Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan
janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu
telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah
wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai (ANDA)
Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di
masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan
berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah
itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua
orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa
hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur
rasulullah".
Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang
sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak,
kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah
wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan
malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari
kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada
syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap
akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan
semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga
Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan
hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang
berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan
memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala
amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon
kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami
Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu
alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Facebook Khairuddin Saad
Polis Kenal Pasti Suspek Kes Tembak Pemilik Nasi Kukus
Posted on Tuesday, August 27 @ 01:48:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA TERENGGANU:
Polis Terengganu telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes
tembak seorang pemilik restoran nasi kukus di Dungun baru-baru ini.
Ketua
Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya percaya lebih
dari seorang suspek terlibat dalam kes rompak dan bunuh itu.
Katanya kejadian itu dipercayai dilakukan oleh orang tempatan namun siasatan lanjut masih diteruskan.
"Kini gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Menurutnya
pihaknya juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung
kejadian 13 Ogos itu di mana seorang pemilik restoran nasi kukus
ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di
hadapan kedai miliknya.
Mohamad Lutpi Mansor, 50, dijumpai dalam
keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di
dada dan bahu pada pukul 7.30 pagi.
Dalam kejadian itu, mangsa
dikatakan telah keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya
di sebuah bank di Bandar Dungun.
Kenderaan pacuan empat roda milik mangsa bersama beg duitnya turut dilaporkan hilang.
BERNAMA
26 Ogos 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan