Ahad, 11 Ogos 2013

BUKAN TEMBAK MALAH BOM

Seolah-olah arwah ayahku kembali memberi nasihat

Harakahdaily, 11 Ogs 2013
Sudah lama aku tidak dapat mendengar nasihat-nasihat daripada ayahku. Ayahku meninggal 5 tahun yang lalu kerana kanser. Ketika itu, aku berusia 50 tahun. Walaupun aku dah dikira seorang yang berusia, namun arwah ayahku tidak pernah berhenti mengingati mengenai perkara-perkara agama dan dunia.
Ayahku seringkali mengingatkan aku supaya jangan terlupa solat, jangan solat lewat dan jangan tergopoh-gapah untuk solat. Arwah turut sentiasa menasihatkan aku mengenai perangai dunia ini melalui pengalamannya terutamanya dalam hal menguruskan pemikiran dan menguatkan imanku pada Allah.

Semenjak arwah meninggal, telinga aku tidak lagi kedengaran nasihat-nasihat sebegitu sehinggalah Ramadan yang lalu, ditakdirkan aku bertemu dengan buku Senyumlah 2, tulisan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Aku membelinya selepas satu kuliah agamanya di Bangi. Pada mulanya, aku hanya membeli dengan niat menyuruh anakku membaca kerana tajuk buku itu bernama: “Wahai Anakku, Hadiah daripada Ayah dan Bonda.” Buku itu dibiarkan di dalam almari buku rumahku untuk diserahkan pada anakku yang akan pulang berhari raya.

Setelah selesai membersihkan rumah menjelang Hari Raya dan sambil menunggu buka puasa, aku membuka buku Senyumlah 2 untuk membaca sepintas lalu.

“Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, kerana di hadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solat itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh-gapah di hadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.”

Itulah tiga perenggan pertama yang aku terbaca. Terjentik hatiku seolah-olah penulisan itu seperti penulisan arwah ayahku yang sering mengingatkan aku mengenai solat.

Bahasa lembut yang digunakan Ustaz Tuan Ibrahim juga amat memukau seolah-olah arwah ayahku sedang merayu-rayu aku berinsaf dan beringat pada nasihatnya.

Disebabkan tiga perenggan pertama itu, aku tekad menghabiskan buku itu. Ustaz Tuan Ibrahim memuatkan terlalu banyak peringatan yang menjentik hatiku sebagai insan biasa yang sering terlupa.

“Wahai anakku,
Seorang anak mungkin akan tersinggung dan marah kepada ayah yang memukulnya, kerana ia tidak melihatnya secara positif. Namun bilamana ia dewasa dan memikirkan secara positif, nescaya ia akan menghargainya. Demikian juga bilamana kamu memikirkan besarnya kasih sayang Allah ke atasmu. Apakah kamu merasa besar akan ujian Allah di dunia berbanding akhirat, dan tentulah engkau redhai dengan sedikit ujian di dunia berbanding azab Allah di akhirat.

Wahai anakku,
Kemanisan iman akan dapat kamu rasai bilamana kamu meletakkan Allah di tempat yang layak baginya. Aku sangat khuatir jauhnya Tuhan darimu. Lantaran itu, hendaklah kamu sentiasa merasai melalui indera hatimu - Apakah hari ini engkau rasa hampir dengan Tuhanmu atau engkau merasa jauh dariNya.”

Selepas menelaah separuh buku dan berjumpa dengan nasihat di atas, aku terjentik sekali lagi. Rupa-rupanya buku ini bukan sahaja untuk anakku, tapi untuk semua yang pernah bergelar sebagai anak.

Keseluruhan buku ini mudah difahami, dan bahasa yang digunakan cukup menginsafkan. Perkara ini tidak boleh dicapai melainkan setiap ayat ditulis dengan hati tulus ikhlas daripada seorang ayah kepada anaknya. Dan inilah kelebihan Ustaz Tuan Ibrahim, yang terkenal dengan dakwah lembutnya, yang cukup terserlah di dalam bukunya.

Di hujung buku ini, Ustaz Tuan Ibrahim meninggalkan beberapa halaman untuk ibubapa meninggalkan nasihat tersendiri buat anak-anak mereka. Aku telah menuliskan beberapa nasihat tambahan buat anakku yang bakal pulang untuk berHari Raya sebelum menghadiahkan buku Senyumlah 2 ini kepadanya; dan aku percaya buku ini akan menjadi antara peninggalan yang bermakna buat anakku selepas aku tiada.

Selepas itu, aku membeli 4 buah lagi buku Senyumlah 2 di kedai buku untuk empat orang lagi anakku. Setiap buku, aku tuliskan nasihat yang dikhususkan untuk mereka berdasarkan kefahaman aku mengenai kelemahan mereka.

Rupa-rupanya, ini adalah buku kedua Ustaz Tuan Ibrahim. Buku pertama Senyumlah sudah habis stok kata penerbitnya, namun dijangka akan ada kembali di pasaran tak lama lagi.

Namun apapun, terima kasih Ustaz Tuan Ibrahim. Sekarang aku faham mengapa ramai yang memanggil ustaz sebagai ayahanda di Facebook ustaz. Selepas membaca buku Senyumlah 2, sukar bagi seseorang untuk tidak melihat ustaz ini seperti ayahanda sendiri.

Senyum.
Peminat Senyumlah 2,
Seorang guru di Bangi

Nota editor: Untuk membeli Senyumlah 2, sila rujuk bit.ly/senyumlah2

Cadangan mengurangkan kemalangan tapi bukan guna AES!

http://www.kedahlanie.info, 11 Ogs 2013
PERINGATAN: K

Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak

Harakahdaily, 11 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak, ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri.

Bagi Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah, cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bola sepak negara diberi nafas baru.

“Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bola sepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?” tanya beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghormati usaha gigih pasukan Malaysia dalam aksi semalam, namun SAMM tetap berpendapat aksi tersebut diumpamakan sebagai pertunjukkan ‘sarkis’. Tidak banyak faedah yang diperolehi dari perlawanan ini, tiada markah untuk perbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dan hanya membiarkan kejatuhan moral pasukan apabila dibuli sedemikian.

Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak ini ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bolasepak negara diberi nafas baru. Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bolasepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?

SAMM tidak hanya komen berdasarkan prestasi pasukan Harimau Malaya tetapi ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat di satu sudut, bagaimana regim penguasa ini kalau mahu mudah boleh dipermudah tetapi kalau mahu susah ia cukup menyusahkan. Perubahan venue ini cukup memudahkan bagi mereka yang berkepentingan apabila jualan tiket tiada sambutan maka diubah ke Stadium Shah Alam. Dari jumlah kehadiran semalam, sepatutnya perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur sudah memadai.

SAMM juga mengajak rakyat berfikir beberapa persoalan yang tidak terjawab, yang perlu kita ungkit apabila perubahan venue berlaku dan soal kebenaran menggunakan Stadium Shah Alam:

1. Siapa yang beri kelulusan? MBSA cuti, bila boleh keluar surat kebenaran?
2. Adakah permit/lesen dikeluarkan? Bila permohonan dibuat?
3. Akta Perhimpunan Aman, bila dimaklumkan kepada Polis? Apakah notis 10 hari diberi?
4. Siapa yang bertanggungjawab jaga keselamatan stadium. Siapa yang nak bayar gaji kakitangan yang bertugas?
5. Apa kerajaan Selangor dimaklumkan?
6. Apakah FAS yang pegang kunci stadium bukan MBSA? Presiden FAS kena jawab isu ini.

Jika akta perhimpunan aman terpakai, maka Presiden dan Timbalan Presiden FAM perlu didakwa kerana tidak memberi notis 10 hari lebih awal?

Akhir sekali, apakah negara ini mungkin ‘mereka’ yang punya maka boleh buat sesuka hati hingga merundumnya sukan bola sepak negara.

2 hari lagi untuk Father Augustus Chen muncul

Harakahdaily, 11 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Hanya tinggal dua hari masa yang diberikan untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk menampilkan diri dan membuktikan dia benar-benar wujud.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda bahawa “Father Augustus Chen” akan muncul kerana sememangnya orang sedemikian tidak wujud bukan saja di Malaysia, malah di dunia ini.

“Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya digunakan untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Hanya tinggal dua hari masa yang diberikan untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk menampilkan diri dan membuktikan dia benar-benar wujud.

Sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda bahawa “Father Augustus Chen” akan muncul kerana sememangnya orang sedemikian tidak wujud bukan saja di Malaysia, malah di dunia ini.

Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya digunakan untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan!

Siapa saja yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya sebagai penulis “The Equity Report” perlu bersedia bukan saja untuk berdepan dengan beberapa saman fitnah tetapi juga perbicaraan kes jenayah atas segala pembohongan yang terdapat dalam risalah itu.

Jika “Father Augustus Chen” tidak tampil untuk membuktikan kewujudannya, maka media Umno/BN perlu bersedia untuk berdepan dengan saman fitnah kerana mereka telah menggunakan risalah tersebut sebagai asas untuk meneruskan fitnah terhadap DAP dan pimpinannya, seolah-olah segala dusta dan nista di dalamnya adalah kebenaran yang hakiki (walaupun risalah itu diterbitkan secara haram tanpa mencatatkan nama pencetak dan penerbit seperti yang diwajibkan undang-undang).

Bagaimanapun, persoalan lebih penting ialah mengapa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) bertindak terhadap DAP dengan tidak memperakui pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan mengarahkan supaya diadakan pemilihan semula berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang terdapat dalam risalah “Father Augustus Chen” itu?

Apakah setelah 56 tahun dan 13 piihanraya umum, pentadbiran kerajaan di Malaysia telah berubah menjadi tadbir urus yang berasaskan penipuan, pembohongan dan kepalsuan?

Atas sebab ini DAP telah meminta agar Ketua Pengarah RoS tidak bertindak sembarangan dan menjelaskan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berkenaan pemilihan CEC parti ini pada bulan Disember lalu.

Tiada apa yang hendak DAP sembunyikan dan malah parti ini bersedia untuk menjawab secara terbuka semua pembohongan yang telah direka oleh juru propaganda dan cybertrooper Umno/BN berkenaan pemilihan CEC DAP pada Disember lalu.

Sejak minggu lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad pemusnah DAP Umno/BN (sampai ke peringkat anggota Kabinet) telah menggunakan “Father Augustus Chen” sebagai sumber maklumat berwibawa untuk menghalalkan tindakan RoS terhadap DAP:
•      Bahawa “753 perwakilan DAP (kebanyakan berketurunan India)” yang layak untuk mengundi dalam pemilihan CEC DAP telah TIDAK diberikan notis untuk hadir dan mengundi dalam Kongres DAP.

•      Bahawa “547 perwakilan hantu (kebanyakannya dari Pulau Pinang)” telah mengundi dalam Kongres DAP Disember lalu, menjadikan pemilihan itu tidak sah.

Dakwaan berkenaan 547 “perwakilan hantu” ini adalah fitnah yang baru dibuat selepas pilihanraya umum 5 Mei lalu dan tidak pernah sekali pun dibangkitkan oleh RoS sejak enam bulan sebelum itu, manakala dakwaan tentang 753 perwakilan DAP (yang tidak hadir kongres dan mewakili 29% daripada jumlah perwakilan yang berhak hadir) yang tidak diberikan notis untuk hadir dan mengundi juga tidak berasas sama sekali.

Selain itu, perwakilan India yang tidak hadir hanya sekitar 100 orang dan bukannya membentuk sebahagian besar daripada “753 perwakilan DAP” yang kononnya tidak hadir.

DAP sanggup menjawab secara terbuka semua pembohongan yang direka oleh skuad DDD Umno/BN. Apakah RoS sanggup melakukan perkara yang sama untuk menegakkan kebenaran?

Tidak ada satu aduan pun diterima oleh pimpinan DAP sejak enam bulan lalu tentang pemilihan CEC Disember lepas.

Mengapa RoS tidak menyuruh anggota parti yang tidak berpuas hati tentang pemilihan CEC DAP Disember lalu untuk membuat aduan dan menggunakan saluran parti terlebih dahulu dan hanya membuat laporan kepada RoS jika mereka tidak berpuas hati dengan respons yang diterima daripada parti?

Tinggal dua hari saja lagi untuk “Father Augustus Chen” menampilkan dirinya. Siapa berani bertaruh bahawa ia akan muncul?

Pembaziran kementerian, sekolah 12 murid 12 guru

Shahbudin Husin, 11 Ogs 2013
Usaha kerajaan memperkasa sistem pendidikan dan memberi peluang kepada rakyat menimba ilmu pengetahuan melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman memanglah sesuatu yang seharusnya dihargai kerana ia akhirnya akan berupaya meningkatkan kadar celik huruf serta meningkatkan taraf hidup di kalangan rakyatnya.

Langkah ini lebih memberi makna terutamanya di Sabah dan Sarawak di mana begitu banyak sekali sekolah-sekolah dibina di kawasan pedalaman untuk membolehkan mereka yang terpisah dengan arus pembangunan negara agar dapat sama-sama mendapat peluang menimba ilmu sebagaimana mereka yang tinggal dibandar-bandar dan akhirnya mampu lahir sebagai insan yang berpendidikan tinggi.

Seiring dengan pembinaan sekolah-sekolah itu, Kementerian Pendidikan juga turut menempatkan guru-guru dari Semenanjung untuk mengejar di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam penempatan guru-guru ijazah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 1 Julai lalu, daripada lebih 3,000 yang menamatkan pengajian mereka, kira-kira 1,200 orang daripada mereka ditempatkan di Sarawak saja, manakala selebihnya di Sabah dan lain-lain negeri yang didapati memerlukan penambahan tenaga pengajar.

Ini dipercayai bukan saja menunjukkan iltizam kerajaan yang tinggi untuk terus membangunkan negeri Sarawak, bahkan mungkin sebagai "imbuhan balas budi" kepada negeri Sarawak yang menyumbang sebahagian besar kerusi kepada kemenangan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Namun, di sebalik usaha mahu memberi pendidikan kepada penduduk Sarawak melalui penempatan guru-guru ini, Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin terlihat tidak cerdik dalam susun-atur penempatan guru-guru tersebut sehingga berlaku banyak sekali pembaziran tenaga guru-guru kerananya.

Guru-guru lepasan IPG ini seperti sengaja mahu didera dengan menghantar mereka mengajar di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman Sarawak sedangkan keperluan tenaga pengajar berbanding dengan jumlah murid tidaklah begitu memerlukan guru tambahan lagi.

Banyak guru-guru ini dihantar ke sekolah yang sebenarnya sudah mencukupi tenaga pengajarnya, malah sesetengahnya guru-guru yang sedia apa pun sudah melebihi jumlah yang sepatutnya.

Lebih pelik, ada sebuah sekolah rendah di daerah Miri yang hanya mempunyai 12 orang murid tetapi jumlah gurunya juga seramai 12 orang. Dalam ertikata lain, sekolah ini sudah boleh disenaraikan dalam World Book of Records kerana mempunyai nisbah satu guru bagi satu murid.

Walaupun sebelum ini, sekolah tersebut dikira sudah mempunyai jumlah guru yang mencukupi memandangkan jumlah muridnya yang terlalu sedikit kerana terletak jauh di pedalaman tetapi dalam penempatan guru-guru pada 1 Julai lalu, Kementerian Pendidikan menghantar tiga orang lagi guru lepasan IPG ke sekolah tersebut.

Dengan jumlah guru seramai 12 orang untuk 12 murid, semua guru mengajar di sekolah tersebut berada dalam keadaan yang cukup santai dan langsung tiada tekanan, bahkan boleh memancing ikan, menangkap burung dan melakukan lain-lain aktiviti sampingan di waktu mengajar. Dalam masa yang sama, ilmu-ilmu mengajar yang dipelajari selama menuntut di IPG juga tidak sempat dilaksanakan kerana apalah sangat yang ilmu yang perlu dicurahkan dengan murid seramai itu.

Ini berikutan, dalam keadaan satu kelas hanya mempunyai seorang atau dua orang murid saja, kebanyakan guru-gurunya hanya mengajar satu atau dua jam sahaja dalam sehari. Murid-muridnya pula ada yang balik ke rumah seawal pukul 10 pagi dan jika rajin akan datang semula ke sekolah menjelang tengahari tetapi biasanya terus balik ke rumah setelah belajar selama satu atau dua jam.

Guru-guru pula, tidak mampu berbuat apa-apa kerana rumah murid-murid hanya di sekeliling sekolah saja dan mereka boleh datang dan pergi sesuka hati.

Persoalannya ialah kenapakah Kementerian Pendidikan meletakkan guru-guru dalam kadar yang berlebihan daripada yang sepatutnya di negeri Sarawak ini? Pernahkah pegawai-pegawainya turun padang ke sekolah-sekolah pedalaman itu?

Bukankah lebih baik guru-guru tersebut diletakkan di beberapa sekolah di Semenanjung yang masih banyak kekurangan tenaga pengajar, selain setiap kelas mempunyai purata 40 orang muridnya daripada terus-menerus melakukan pembaziran, bukan saja wang ringgit tetapi juga kemahiran tenaga pengajar, dengan kekal meletakkan guru yang berlebihan di negeri Sarawak itu?

Apakah ini menandakan Kementerian Pendidikan tidak cekap dalam mengatur sumber manusianya atau adakah pembaziran ini di dalam pengetahuan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan atau sebaliknya.

Pernahkah juga beliau cuba mengambil tahu kedudukan guru-guru di kawasan pedalaman seperti ini?

Kiranya perkara ini di dalam pengetahuan Muhyiddin dan beliau pernah berusaha memperbetulkannya, rasanya amatlah malang negara mempunyai pemimpin seperti beliau kerana perkara ini adalah suatu pembaziran yang nyata dan tidak sepatutnya berlaku. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Kenapa IHSB tuntut dari kerajaan negeri?

Taufik Naaim, 07 Ogs 2013
Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.

Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.

Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu. Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini.

Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat. Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran.

Penerangan ringkas:
1. IHSB sediakan servis dan kemudahan kepada pelajar KUIN
2. Pelajar bayar yuran kepada KUIN
3. KUIN akan membayar invois yang tertakluk kepada servis dan kemudian yang disediakan IHSB

Oleh sebab itulah kami sebulat suara, cuba membawa isu ini kepada perhatian YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Kerana kami percaya YAB Menteri Besar akan menjaga kebajikan pelajar dan kakitangan yang berkhidmat untuk INSANIAH.

Seiring dengan status KUIN sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri. Maka tidak menjadi sesuatu yang janggal untuk mengajukan isu tuntutan ini kepada Kerajaan Negeri sendiri.

Ketahuilah, bahawasanya kami hanyalah kakitangan yang diamanahkan tugas untuk mengoperasikan IHSB dan memastikan segala bentuk servis dan kemudahan disampaikan kepada pelajar KUIN. Untuk menafikan hak kami untuk dibayar gaji, adalah sesuatu yang amat dikesali.

Berkenaan penjelasan status perjawatan kami, sememangnya kami bukanlah di ambil bekerja di bawah Kerajaan Negeri. Kami semua tertakluk kepada perjawatan di bawah IHSB. Namun begitu, penyelesaian masalah bayaran invois dan halatuju anak syarikat oleh YAB Menteri Besar akan dapat memberi gambaran kepada status perjawatan kami.

Sepertimana hari ini, status kami tergantung kerana tiada maklumbalas yang spesifik terhadap kelangsungan halatuju syarikat daripada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar menerusi KUIN. Dan tunggakan bayaran menyebabkan kami tidak mendapat hak kami untuk dibayar gaji.

Maka dengan itu kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera untuk membolehkan masalah pembayaran ini diselesaikan sebelum 30 Ramadhan sempena sambutan Hari Raya.

Penerangan ini tertakluk kepada pemahaman saya melalui rujukan invois dan perjanjian di antara IHSB dan KUIN. Penerangan ini juga tidak berniat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya cuba mencari menyelesaian untuk membolehkan Kolej Universiti INSANIAH terus maju dan berkembang.

Saya terbuka untuk dihubungi oleh sesiapa jua yang prihatin dan ingin turut sama menyelesaikan masalah ini. Saya percaya isu ini mempunyai penyelesaian, dan keterbukaan di antara kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan adalah amat dialu-alukan.

Sekali lagi saya alu-alukan sesiapa juga dari mana-mana organisasi prihatin, badan-badan kerajaan, individu atau pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri untuk menghubungi saya sekiranya memerlukan penjelasan ataupun perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya boleh dihubungi melalui talian telefon 012 424 6269.

Terima kasih di atas keprihatinan anda semua, kami amat menghargai segala usaha anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Salam Ramadhan, Salam Syawal yang bakal tiba. - http://www.taufiking.com
Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat

Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam  kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya.

- Bernama
Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup
  • Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup di Tumpat
1 / 1
TUMPAT - Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini.
 
Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.

"Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu.
 
"Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini.
 
Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham, yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan, tiba di rumah mertuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.  

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk bedah siasat.
 
Norliana Nazihah berkata kenderaan MPV itu diletak di hadapan rumah sejak 9 malam semalam selepas beliau pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan rakannya di Kota Baharu.
 
Beliau dan suaminya bercadang untuk pulang ke Kulim, Kedah, petang ini namun menangguhkannya susulan kejadian itu.
 
Sementara itu, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan tiba pada 4 petang tadi untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. - Bernama
Lagi kereta terbabas, terjunam
  • Lagi kereta terbabas, terjunam Sebuah kereta terbabas ke dalam parit di hadapan Taman Sri Telok Datok, semalam.
1 / 1
TELOK DATOK - Gara-gara pemandunya leka menggunakan telefon bimbit ketika memandu, sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam parit di hadapan Taman Sri Telok Datok, semalam.

Kejadian tersebut bukan insiden pertama berlaku di kawasan itu.

Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Telok Datok, Khairul Abdul Samad berkata, kemalangan sering berlaku kawasan berhampiran laluan dari arah Klang ke Banting itu.

"Sebuah lagi kereta terbabas dan keadaan ini merisaukan penduduk setempat, lebih-lebih lagi di musim perayaan kerana banyak kenderaan keluar masuk.

“Selalu terjadi kemalangan kerana jalan di situ lurus dan banyak kenderaan membawa kenderaan mereka dengan laju walaupun terdapat banyak simpang.

“Penduduk berharap pemandu yang melalui kawasan itu dapat memandu dengan berhati-hati kerana tidak sampai tiga hari beraya sudah dua kali kenderaan terbabas di sini," katanya.
Polis kenal pasti motif 16 kejadian tembak
GEORGETOWN - Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap, pertembungan perniagaan dan pergaduhan isu peribadi adalah antara motif yang dikenal pasti punca 16 kejadian tembakan di sekitar negeri ini sejak Januari lepas, kata polis.

Sehubungan itu, polis Pulau Pinang telah mengenalpasti suspek-suspek 16 kes jenayah bersenjata api itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka dalam masa terdekat," katanya berucap pada perhimpunan bulanan Kontinjen Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata kadar jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini mencatat peningkatan iaitu 307 kes, meningkat 6.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Walaupun jumlah indeks jenayah meningkat, saya masih berasa bangga kerana kadar penyelesaian kes telah mencapai 42 peratus melepasi 35 peratus yang disasarkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI)," katanya.

Beliau berkata kadar pertuduhan bagi tempoh yang sama mencapai 32.3 peratus. Sementara itu, Abdul Rahim berkata hanya 10 peratus daripada anggota polis Pulau Pinang dibenar bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

"Saya tidak membenarkan ramai anggota bercuti dan saya akan membuat pertimbangan sebelum menandatangani borang cuti mereka," katanya.

Beliau berkata anggota polis bahagian trafik tidak akan dibenar bercuti minggu ini disebabkan aliran trafik di negeri ini yang semakin sibuk. - Bernama

Tiada ulasan: