Selasa, 6 Ogos 2013

MALA PETAKA KESAN DARI MENOLAK HUKUM2 ALLAH

Pak Lah: Dr M lelaki penuh kontradiksi
9:00PM Ogos 6 2013
Dianggap sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".

Bimbang legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin yang lemah.

Dan selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek kerjaya politik Abdullah.

Dalam wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.

NONEAntara lain, Abdullah (kiri) berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.

"Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008.

"Jika tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.

"Saya tidak suka apa yang Mahathir buat. Saya beri peluang kepada Mahathir untuk meluahkan pandangannya. Saya pergi bertemunya tetapi dia memilih menyerang saya dan pentadbiran saya secara terbuka," tambahnya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Aidil enggan ulas cerai Rita Rudaini melalui SMS
  •  Aidil Zafuan Aidil Zafuan
1 / 1
PELAKON drama terkenal, Rita Rudaini dikatakan telah diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak melalui SMS, semalam.

Berita itu dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Menurut akhbar tersebut, Aidil membuat keputusan itu selepas pemain bola itu bengang berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan.

Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.

Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."

Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Sebuah stesen radio hari ini melaporkan Aidil enggan mengulas berhubung kisah cerainya itu kerana menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang hampir tiba.

Aidil meminta semua pihak menunggu sahaja perbicaraan kesnya nanti untuk maklumat lanjut.
'Paling memalukan keluarga'
KUALA TERENGGANU - “Terus terang saya katakan, kejadian ini paling memalukan keluarga dan mengaibkan hidup saya sepanjang bergelar ibu kepada dia. Selepas peristiwa itu, saya dan suami memang memantau gerak gerinya dan jika hal ini berulang lagi, saya sendiri yang akan hantar dia ke pusat pemulihan akhlak,”.

Demikian luahan hati seorang ibu selepas anak gadisnya berusia 18 tahun mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah bersama pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama kekasihnya yang dalam keadaan mengaibkan pada Jun lalu.

Wanita berusia 40-an berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas dipanggil bersama suaminya bagi mendengar rayuan terhadap kes anak gadis mereka.

Sementara itu, bapa kepada lima anak itu berkata, mereka tidak menyangka anak ketiganya itu tergamak menghancurkan kepercayaan diberikan selepas membenarkan keluar bersama lelaki tersebut sebelum kejadian.

“Sebelum itu, dia ada memberitahu hendak ke bandar untuk urusan pendaftaran di sebuah kolej swasta dengan ditemani lelaki itu.

“Disebabkan lelaki itu ada juga pertalian hubungan kekeluargaan dengan kami, jadi saya memang tidak menyimpan sebarang syak dan meletakkan kepercayaan kepada mereka sepenuhnya agar dapat menjaga diri,” katanya.

Selain itu, anak gadisnya yang masih menuntut di sebuah kolej turut membuat rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah insaf dan bertaubat dengan melakukan solat sunat Taubat.

Terdahulu, dia mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bukan suaminya di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang, pada 5 Jun lalu.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.

Kamalruazmi juga dalam penghakimannya berkata, apa yang dilakukan gadis itu dan pasangannya adalah kesalahan serius dan berdosa di sisi agama.

“Kamu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana ditahan pegawai penguat kuasa syariah. Jika tidak, mungkin kamu berdua sudah terlanjur dan kejadian lebih buruk akan berlaku. Ini masanya untuk kamu berubah dan saya harap kamu benar-benar bertaubat,” katanya.

Pasangannya memohon mahkamah menangguhkan hukuman terhadapnya dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
18 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berdasarkan fak kes, pasangan remaja itu ditahan pegawai penguat kuasa syariah di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang pada 5 Jun lalu.

Ketika kejadian, pegawai berkenaan sedang melakukan rondaan di sekitar bandar raya ini sebelum ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.
Sebaik menghampiri, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mereka bukan pasangan suami isteri sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

 Remaja 15 tahun serang wanita setelah lama mengendap
Posted on Tuesday, August 06 @ 20:25:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini? Di rumah sendiri pun tidak selamat. Mangsa seorang wanita Melayu 26 tahun telah diserang oleh jirannya sendiri yang baru berumur 15 tahun yang sekian lama telah mengendap wanita berkenaan. Mangsa telah dipukul dengan teruk, ditikam dengan pisau dan dicekik. Ingatkan cerita macam ini hanya berlaku di negara barat !


 

Teen stalker attacks woman
6 August 2013
           
SEPANG: An AirAsia ground staff member went through 40 minutes of hell when she was pounced on and attacked by a 15-year-old stalker in her apartment in Taman Kota Warisan here on Sunday.

In the 10.45am incident, Nur Fadilah Rosman, 26, who suffered injuries to the on her head, hands and feet, was in the toilet when the the suspect, who is from the neighbourhood, quietly broke into the apartment.

“He then struck me with it before proceeding to the kitchen to grab a knife and stabbed me several times on my head, hands and feet. The only thing that went through my mind was ‘I’m going to die’ but I knew I had to defend myself and that was what I did,”  Nur Fadilah told the New Straits Times  yesterday.

She said the suspect, who had been stalking her for the past two years ago, also bit and choked her.


 Pedas terasa bagai nak gila!
Posted on Tuesday, August 06 @ 20:23:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hishamahmad

"Aku teringat pada suatu hari tu yang telah berlalu. Hari di mana aku terpaksa menghadiri majlis berbuka puasa di sekolah isteriku. Terpaksa, maksudnya bukan ada apa masalah dengan majlis itu. Majlis itu bagus. Hanya aku yang tidak berapa suka untuk berbuka dimana-mana majlis diluar di waktu bulan Ramadan.Terpaksa juga akur atas kepentingan ’politik dalaman’.
Benar, aku akui ketika zaman sebelum 3 – 4 tahun yang dahulu, banyak kali aku berbuka di hotel, direstoran dan sebagainya. Itu kisah lama. Kisah muda ketika masih lemah dalam menganalisa dan memutuskan antara ’2 keuntungan’.    
Dipendekkan cerita. Ketika melangkah masuk kawasan dan menuju ke tempat makan. Aku ternampak kelibat pemuda atau lelaki yang lebih muda daripada ku. Dia ini antara yang aku kenal. Tidaklah rapat, kenal gitu-gitu aje. Aku memberi salam dan dia menyambut baik. Aku duduk sebelahnya sementara menunggu masuk waktu berbuka sambil mataku mengintai-intai dimana isteri dan anak-anakku berada (kerusi mereka).  
Kemudian sipemuda ini memulakan perbualan dengan bertanya tentang perkembangan aku, maksudnya biasalah tentang kerja dan kerjaya. Bidang kami lebih kurang, kurang lebih sama atau ada persamaan. Akupun menjawab seikhlas yang dapat.
Kemudian ’turn’ aku pula. Aku pun bertanya soalan dengan topik yang relevan dengan kerjaya pemuda ini.  Biasalah aku. Bila jumpa peguam muda. Jika macam boleh ’masuk’, aku tidak lepaskan peluang. Apa lagi gunanya masa kalau tidak untuk sebaik-baiknya. Dakwahlah, beb!. Straight to the point...  
Aku pun tanya ada banyak kah kes-kes ’conventional loans’ (as antithesis to islamic/ syariah financing) di firma dia bekerja.   ”.... sikit sahaja, tidak banyak. ”
jawapan dia seperti dapat mencium arah tuju soalanku. Peguam, kan. Memanglah bijak. Namun bagi aku jawapan itu sudah memadai untuk aku.
 ”itupun client yang hendak”, kita ikutlah. Tiba-tiba dia menjawab sebelum sempat aku bersuara. Sekali lagi, jawapan itu sudah memadai untuk aku.
 ”kami juga banyak buat islamic (kes pembiayaan islam) Tapi islamic pun lebih kurang sama. Tukar istilah je, kadangkala caj lebih tinggi!” serangan biasa yang dilakukan kepada produk islamic agar bertambah sebab kewajaran untuk produk konvensional –Riba.Jawapan ini juga memadai untuk aku.  
Memadai untuk aku, apa???  Memadai untuk aku memberikan 'tazkirah' yang mungkin tidak akan dilupakan seumur hidupnya.
Setelah dia dah puas menjawab, aku pun mulakan. 10-15 minit  yang berharga ku manfaatkan secukupnya hingga kelihatan tanda-tanda diwajahnya.Wajah yang ceria berubah bentuk dan ’color’.... takda marah, tidak puashati atau sakit hati... , kalau ya pun, aku tidak peduli. 
Tapi sebenarnya itu tanda ’cahaya hidayah’ mula memasuki hati. Kita tahu kita ada masalah , sebab itu kita sakit hati, terkesan. Kalau kita selamba dan tidak rasa apa, itulah tanda keras hati atau jiwa mati. 
Akhirnya aku mengakhirkan bicara... ”takpelah, masih ada jalan untuk menyelesaikan isu ini. Tapi penting untuk ambil tahu, perlu ada ilmu. .”
Dan seperti biasa dengan sikit promosi; ” bacalah buku saya tentang Dosa Riba kerana ia begitu relevan dengan peguam dan bank”.  
walaupun kisah ini berasaskan kisah benar.. tetapi saya longgarkan beberapa fakta supaya tidak boleh dirujuk kepada mana-mana individu atau menyebabkan ada pihak yang mengenali cuba meneka indentiti... 
biarlah sesiapa sahaja yang antara kita ada terlibat .. dalam memakan cili riba ini ... biarlah bagi mereka sendiri ... pedas terasa bagai nak gila..
Tapi untuk pembaca diluar sana, saya simpulkan semula tetapi  secara lebih detail perkara ini:-

Hujah Bahagian 1 :-              
(1)    betapa burukpun kualiti produk kewangan Islam atau pembiayaan Islam pada anggapan kita, ia termasuk dalam kategori islam yang bermasalah. Sebenarnya ramai orang salah faham, mereka tiada keupayaan untuk mempertikaikan status produk islamik itu kerana mereka tidak ada ilmu yang relevan tentang proses yang menjadikan satu produk itu menjadi islamik. Hanya pakar  dan antara mereka yang boleh pertikaikan seperti Dr. Zaharuddin. Sebenarnya apa yang dipertikaikan oleh pengguna ialah apabila mereka merasa mereka membayar lebih pada pembayaran balik pembiayaan itu  khusus pada pada bayaran balik bulanan. Kalau mereka kena bayar kurang tentulah mereka tidak akan pertikaikan walau produk islamik itu dihasilkan secara tak begitu lulus syarak.   
(2)    Caj tinggi,kos bayar balik tinggi itu bukan maksud tidak islamik  tetapi boleh kitakan buruk islamiknya tetapi mereka semua masih dianggap dalam zone ”islamic products”.   Macam perempuan –perempuan islam kat luar sana, ada yang cantik, tak cantik, sederhana cantik, sikit-sikit cantik, macam cantik, macam tak cantik, macam-macam jenis dan dalam macam-macam jenis ini  ada yang menutup aurat, tidak menutup aurat, menutup sebahagian aurat, terbuka sebahagian aurat, ada yang bukan menutup aurat tapi membungkus aurat, ada yang terbuka aurat di bahagian rambut, ada yang terbuka dibahagian dada, leher dan sebagainya. Ada yang terbuka secara sedikit, ada ynag terbuka secara sederhana, ada yang berlebihan. Macam-macam jenis ada. Bahkan ada yang masuk pertandingan ratu cantik lagi, dan mereka berpandangan memadai penutupan mereka atas apa yang ditutup dan apa yang didedahkan untuk santapan. Mereka ini semua islam dan sedang berpuasa ramadan. Tapi bagaimana nak kita kategorikan iman mereka?? 
(3)    Justeru itu, Mungkin bagi awam awam, lebih baik kita kategorikan kepada; ada islamik yang mahal, sederhana dan berpatutan.  Cuma, jika kita cerdik memilih antara produk-produk islam, pasti ada baik dan bersifat boleh menyaingi atau lebih baik  daripada produk konvensional yang  baik. So, jangan jatuh hati dengan satu awek produk islamik yang ditawarkan bila membeli rumah. Fikir kita, asal dapat sudahlah. Silap! Silap tu! SILAP! – kalau kita boleh lulus ngan bank ini ... apa sebablah takleh lulus ngan bank lain.
(4)    Pergi semak beberapa awek produk islamik yang lain .. .bandingan dan tanya cukup-cukup ngan pegawai yang bertugas tu... sebab bukan semua tahap islamik perangai mereka pun berbeza, ada yang asal nak cepat ’close case’ dan ada yang jujur memberi penjelasan. Apapun syaratnya... tanya cukup-cukup  dan fahamkan betul-betul. Bandingan antara satu dengan yang lain. Pasti ... wang anda dapat dijimatkan. Saya tahu, saya dah lakukan. Anda boleh jimat  berpuluh ribu!  
Hujah Bahagian 2 :- 
1.      Produk konvensional adalah kategori Riba. Riba yang pasti. Betapapun kita boring dan menyampah dengan jenis produk islamik dan perangai bank islamik, tetapi ia di bawah zone berbeza.  Sedangkan produk pinjaman atau apa jua produk kewangan konvensional adalah dalam zone Riba. Zone Riba yang pasti, yang sahih, qatie, confirmed, clear-cut , crystal clear atau apa lagi istilah yang lain. 
2.      Zon Riba ini adalah meletakkan kita di dalam zon ’peperangan dengan Allah dan Rasul’  boleh menang ke peperangan ini ?  atau kalah sudah pasti... walau secanggih mana senjata kita (hujah kita)  ... hatta kalau secanggih teknologi dalam movie  Star wars atau Star Trek.
3.      Kalau zon perang Syria .... ada harapan, masih ada harapan dan kita yakin ada harapan, pejuang pembebesan rakyat dapat mengalah kan rejim Basyar Assad yang terkutuk. Walaupun setidak canggih mana sekalipun senjata mereka.
4.      Nak dalil al –Quran atau hadith sahih.. ke. Tak payahlah, dah banyak kali dah diberi. Tengoklah dalam blog saya. Maaf ... setakat ini dahulu. Penatlah.
Berminat. Bagi sesiapa yang merasa perlu untuk mendapatkan maklumat lebih khusus, anda boleh membaca buku tulisan seorang peguam sivil dan syarie bertajuk ‘Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba’ terbitan Galeri Ilmu Buku ini berbeza daripada buku riba yang lain kerana terdapat bicara khusus melibatkan aspek realiti seperi isu riba di mahkamah, kes mahkamah berkaitan riba, Fatwa Pakar Luar negara, Fatwa (Mufti) Johor, Bicara khusus kerjaya-kerjaya  seperti peguam, perbankan  dan sebagainya, Isu Darurat dan ketidakberdosaan riba? dan banyak lagi. Bagi buku motivasi meninggal riba, anda boleh baca buku “Dosa Perang Dengan Allah” terbitan Kemilau Publika oleh penulis yang sama. (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)
http://hisham-ahmad.blogspot.com/ 

 Halwa terakhir
Posted on Tuesday, August 06 @ 20:11:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Ayuh sempat lagi kita mengguli halwa ini
Ayuh sempat lagi kita masak halwa ini
Ayuh sempat lagi kita bahagi-bahagi halwa ini untuk semua

barangkali inilah halwa terakhir kita
untuk kita sama-sama menikmatinya
pada 1 Syawal nanti........

Kerna
selepas ini
kita bakal menikmati
makanan syurga
anugerah buat para Syuhada'

MESIR KINI : Halwa terakhir."

 MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China
Posted on Tuesday, August 06 @ 20:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"
Kita tunggu apa reaksi Perkasa dan Umno akan rakan sekutu mereka dalam Barisan Nasional yang menjalinkan hubungan dengan Parti Komunis China.


MCA mahu belajar dari Parti Komunis China
5 Ogos 2013

MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.


 Perompak bunuh peniaga pasar malam dengan lori
Posted on Tuesday, August 06 @ 20:09:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"
Semakin menggerunkan dan kejam penjenayah. Puan Rohani Harun, 50 tahun, peniaga pasar malam di Taman Serdang Raya telah dilanggar oleh perompak yang melarikan lori miliknya. Rohani dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berniaga pada jam 9.35 malam apabila dia dihalang oleh perompak yang menggunakan parang dan menarik Rohani keluar dari lori.


 
Rohani cuba menghalang namun dilanggar dan diheret beberapa meter yang menyebabkan kematiannya

Robbers kill woman with her own lorry
6 August 2013  
 
SERDANG: A 50-year-old woman was killed after she was ran over when she tried to stop robbers from driving away her lorry in Taman Serdang Raya here last night.


 Maksiat Remaja Makin Parah
Posted on Tuesday, August 06 @ 20:05:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh CNP



Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) menahan sepasang kekasih berusia 14 dan 16 tahun dalam lubang relung air yang ditinggalkan di belakang premis memproses getah beku di Paya Besar kira-kira jam 2 petang semalam.
Pengurus kilang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang sedang berasmara.
“Ini bukan kali pertama pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali.
“Saya terkejut apabila pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pasangan itu,” katanya.
Dalam pada itu, pengurus terbabit berharap pihak terlibat melihat permasalahan perlakuan seks kalangan remaja bawah umur terutama pelajar sekolah dengan lebih serius, bagi mengelakkan berlakunya kes buang anak, rogol dan lain-lain melibatkan mereka.
Difahamkan pihak PPKM menyerahkan kes kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.
Menurutnya polis akan menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.
“Perlakuan seks remaja bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah serius.
“Bagaimanapun waris harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana suka sama suka,” katanya.
Katanya, gejala ini mula menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan berunsurkan maksiat dalam usia muda.

Wanita Vietnam dijumpai mati tertikam
  • Din Ahmad Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad
1 / 1
BATU PAHAT – Seorang wanita Vietnam dijumpai mati tertikam di bahagian leher, di sebuah kilang di Tanjung Laboh, di sini, malam kelmarin.

Wanita terbabit dijumpai dalam keadaan terbaring di atas katil asrama kabin pekerja kilang berkenaan kira-kira jam 11 pagi dan hasil siasatan dilakukan tiada kesan pergelutan ditemui.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian tersebut dimaklumkan pemilik kilang berkenaan yang bertindak menghubungi polis.

"Sebaik menerima laporan tersebut, pihak polis terus ke lokasi kejadian dan menahan seorang lelaki warga Vietnam kira-kira dua kilometer dari kawasan itu pada jam 3.30 pagi semalam.

“Semasa di tahan, lelaki Vietnam terbabit berjalan terhuyung-hayang di tepi jalan berhampiran dengan Koris, dan dipercayai berada dalam keadaan mabuk serta mencurigakan," katanya selepas melancarkan Ops Selamat peringkat Daerah Batu Pahat, semalam.

Menurut Din, dalam siasatan yang dilakukan lelaki itu merupakan teman lelaki wanita Vietnam yang mati tertikam dan pasukan polis masih lagi mencari tiga lagi rakan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.

“Kita percaya semasa kejadian itu kesemua suspek termasuk mangsa sedang berhibur dan tertusuk pisau yang dipegang oleh salah seorang suspek.

"Semua yang terlibat berumur sekitar 25 hingga 35 tahun berdasarkan maklumat yang diperoleh dari lelaki yang telah ditahan.

“Kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhi hukuman mati jika disabit kesalahan, dan pasukan polis percaya ketiga-tiga lagi suspek masih berada di sekitar Batu Pahat.

“Lelaki yang ditahan ini, masih berada di lokap Balai Polis Batu Pahat dan akan dihadapkan ke mahkamah majistret  untuk mendapatkan permohonan reman,” katanya.
10 individu dakwa pewaris Agong ditahan polis
  • Empayar Langkasuka Nusantara Lambang atau logo mewakili Empayar Langkasuka Nusantara.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.    

Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama

Tiada ulasan: