Rabu, 21 Ogos 2013

APA YANG BERLAKU DIMESIR...MENYEBABKAN YANG TIDOR MENJADIKAN MEREKA JAGA@SEDAR....SEDAR GULUNGAN ISLAM MANA ITU MUSUH...DAN TAHU SAPE NAK JAHANAMKAN ISLAM....YANG JADI KUDA TUNGGANGAN IBLIS@SYAITAN

Tiga petanda besar firaun moden Mesir bakal kecundang

http://detikislam.blogspot.com, 20 Ogs 2013
1. Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah.

2. Berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

a. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi.

b. Saluran TV ” Arabiah” mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

c. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

d. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

e. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

f. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

g. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

h. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi.

3. Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera.

*Sumber dari Al Jazeera oleh rakan FB

Kehancuran Mesir penuhi impian Al-Sisi
  • Kehancuran Mesir penuhi impian Al-Sisi Presiden sementara Adly Mansour (kanan) bertemu dengan Abdel Fattah (tengah) bersama Menteri Dalam Negeri Mohammed Ibrahim di Kaherah. Foto: EPA
1 / 1
KAHERAH - Cita-cita untuk melihat kehancuran Mesir dan pembunuhan ratusan rakyat negara itu bagaikan ‘hadiah’ kepada pemerintahan kerajaan sementara di Mesir.

Ketika Dataran Al-Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 kerajaan sementara  Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.
Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di Kaherah, Abdel Fattah mengulangi keyakinan bahawa rakyat Mesir tidak akan melupakan sokongan dan jasa-jasa daripada negara terbabit.
“Rakyat Mesir mempunyai kebebasan memilih siapa yang mereka mahu sebagai pemerintah. Tentera dan polis akan melindungi hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.
Sementara itu, Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal berkata dalam satu kenyataan bahawa negara Arab dan Islam akan campur tangan membantu Mesir, sekiranya Barat mengurangkan bantuan ke Kaherah.

“Kepada negara yang mengumumkan akan memotong bantuan atau mengancam untuk berbuat demikian di Mesir, negara Arab dan Islam tidak akan teragak-agak untuk membantu Mesir, “katanya dipetik Press TV

Kenyataan itu disuarakan selepas bertemu dengan Presiden Perancis Francois Hollande untuk membincangkan keganasan di Mesir.

Terdahulu, Senator Amerika Syarikat John McCain menggesa Washington menggantung bantuan yang selama ini disalurkan kepada tentera bernilai AS$1.3 bilion (RM 5 bilion) setahun.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen AS menyifatkan penggantungan itu membahayakan Perjanjian damai Mesir dengan Israel 1979 kerana boleh menjejaskan kepentingan di Terusan Suez.
Community · 157,003 likes
[Turki: Israel Dalang Penggulingan Presiden Mesir]

Perdana Menteri Turki pada hari Selasa mendakwa bahawa Israel adalah dalang kepada penggulingan Presiden Mursi, dengan hanya berbuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Yahudi daripada Perancis semasa mesyuarat rasmi Israel.

Kabinet haram Mesir menolak kenyataan Recep Tayyip Erdogan dan mendakwa ia sebagai tidak berasas dan mengelirukan serta berkata bahawa kesabarannya terhadap Turkey selaku pengkritik kudeta terbesar semakin tercabar.

Israel mengatakan dakwaan tersebut tidak memerlukan komen.

Di Washington, jurucakap Rumah Putih Josh Earnest menggelar dakwaan Erdogan sebagai aggresif, tidak berasas dan salah.

Dalam ucapannya di televisyen, Erdogan mengutuk negara-negara Islam dan mendakwa mereka sebagai pengkhianat kepada Mesir dengan menyokong pimpinan baru tentera.

Bukti yang diberikan oleh Erdogan berhubung penglibatan Israel adalah semasa mesyuarat di Perancis sebelum pilihanraya Mesir pada tahun 2011 antara Menteri Keamanan Israel dan seorang intelek yang tidak bernama yang mengatakan bahawa Ikwanul Muslimin tidak akan berkuasa walaupun mereka menang pilihanraya.

"Apa yang telah mereka perkatakan tentang Mesir? Demokrasi bukan pada kotak undi. Siapa dalang kepada semua ini? Pastinya Israel. Bukti ada dalam tangan kami," Erdogan berkata dalam siaran televisyen kepada pegawai daripada partinya yang berasaskan Islam. "Itulah perkara sebenar yang berlaku,"

Pembantunya kemudian berkata kepada Associated Press bahawa bukti yang dikemukakan oleh Erdogan adalah merujuk kepada satu video(yang boleh didapati di internet) semasa sidang akhbar antara Menteri Keamanan Israel, Tzipi Livni, ahli falsafah Perancis dan penulis Bernard-Henri Levy.

Pegawai itu berkata hanya itu sahaja bukti dakwaan tersebut setakat yang dia ketahui. Beliau bercakap dengan syarat tidak didedahkan namanya atas undang-undang kerajaan yang menghalang beliau dari bercakap kepada wartawan tanpa kebenaran.

Dalam video tersebut menunjukkan bahawa Levy berkata: "Jika Ikhwanul Muslimi tiba di Mesir, saya tidak akan berkata demokrasi inginkannya, jadi biarkan demokrasi berjalan. Demokrasi bukan sekadar pilihanraya tetapi ia juga berkaitan dengan nilai,"

Dia terus melakukan tekanan walaupun terpaksa menggesa tentera Mesir untuk menentang Ikhwanul Muslimin. Levy berkata: "Saya akan menggesa untuk menghalang mereka daripada berkuasa walau apa cara sekalipun,"

Levy tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komentar.

Kerajaan haram Mesir mengatakan bahawa komentar Erdogan itu sangat mengelirukan dan tidak berasas serta tidak diterima secara lojik mahupun rasional.

"Ia hanya bertujuan untuk memecahkan kesatuan rakyat Mesir,"

Di Israel, jurucakap Menteri Luarnya, Yigal Palmor berkata kenyataan Erdogan tidak wajar dibalas. "Ini adalah kenyataan yang tidak berbaloi untuk direspon," dia berkata.

Erdogan turut mengkritik negara-negara Islam yang tidak mengecam penggulingan Mursi dengan berkata: "Hari ini, walaupun telah dikhianati oleh saudara sendiri, tiada seorang pun yang boleh menghalang rakyat Mesir daripada mengambil alih pentadbiran Mesir,"

Sehari sebelumnya, pemimpin Turki mengutuk sekerasnya setiausaha agong Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) yang dianggotai oleh 57 buah negara kerana tiada tindakan yang diambil berikutan apa yang berlaku di Mesir dan mengatakan bahawa beliau(setiausaha agong) patut meletakkan jawatannya.

Erdogan telah menjadi penyokong kuat Mursi selaku contoh pemimpin Islam yang dipilih secara demokrasi. Turkey dan Mesir memanggil pulang duta mereka minggu lepas disebabkan keadaan yang semakin meruncing.

Pemimpin Turki itu telah menyamakan penggulingan Mursi dengan siri-siri protes anti-kerajaan di Turki pada bulan Jun sebagai konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan cara yang tidak sah.

Bekas Perdana Menteri Turki, Besir Atalay berkata bahawa sebaik sahaja selepas protes, Yahudi turut terlibat dalam protes tersebut. Tidak lama selepas itu beliau menarik semula kenyataan tersebut dan mengatakan itu adalah salah faham.

Sumber: abcnews.go.com
#mesirkini
#R4BIA
Saiden Zakaria shared Hafiz As Sakron's photo.
[TAULADAN ] BALASAN ALLAH KEPADA ORANG YANG MENGHINA KEKASIHNYA

ATTARTUK MENGHINA NABI


Sedang dia berada di hotel Park yg berhadapan dgn masjid , muazzin telah mengumandangkn azan. Lantas dia berkata kepada org yg disekelilingnya ( dgn nada menghina ) : “ siapa yg kata kita ni terkenal?? Kita tak terkenal pon. Kalian lihatlah kepada Lelaki ini ( Nabi SAW ) . Macam mana dia tak terkenal kalau dah namanya diulang diseluruh penjuru alam? Hancurkan jer menara masjid tu !! “

BALASAN SU'UL KHATIMAH DAN BALA YANG MENIMPANYA

Akan tetapi dia mendapat Su’ul Khatimah.
Ataturk sangat takut akan kesihatan dirinya maka oleh sebab itu dia telah mengarahkan para doktor yang pakar-pakar untuk merawatnya .Lebih menyedihkan lagi dia tidak tidak menyedari bahawa dirinya telah mengidap penyakit hati sehinggalah ia mencapai tahap yang sangat kritikal . Ini bala yang pertama tetapi sangat azab dirasakannya.
Tidak cukup dengan itu Allah menghinakan lagi dengan penyakit siflis hasil dari tabiat terkenalnya yang suka berzina.

Dan ketika matinya Allah membalakan dia dengan serangga kecil yang tak dapat dilihat dengn mata yang menyebabkan dia gatal-gatal satu badan dan kerja menggaru jer dansetelah dikaji , semut aneh dan berbisa ini tidak wujud melainkan hanya di China . Lihatlah bagaimana Allah menghantar semut yang Di China ke Turki untuk menghinakan musuhnya. Dan beliau menderita seperti itu selama 2 tahun sehingga akhir ajalnya!!!

#Gambar penderitaan Mustafa kamal attartuk pengkhianat kerajaan uthmaniyah#

Berapa nilai kekayaan Hosni Mubarak?

http://greenboc.blogspot.com, 20 Ogs 2013

Nama Hosni Mubarak tak syak lagi sudah boleh dimasukkan ke dalam daftar nama-nama diktator kaya di seluruh dunia. Hampir semua diktator di dunia ini selalu mempunyai pola yang sama iaitu pada dasarnya meninggalkan kekuasaannya setelah mencuri wang dari rakyatnya.

Pemimpin Afghanistan, Hamid Karzai adalah contoh lain dari seorang lelaki yang disuap AS dan menimbun kekayaan sendiri sementara rakyat di negaranya kelaparan.

Seberapa besar kekayaan Mubarak? Menurut sebuah laporan, Mubarak sekurang-kurangnya menyimpan kekayaan pribadi bernilai 40 billion dolar.

Selama 30 tahun berkuasa, keluarga Mubarak menguasai real estet, perputaran wang tunai, kapal pesiar kerajaan, dan memiliki 40 billion dollar dalam bentuk tunai.

Selain itu juga ia diduga masih memiliki aset tersembunyi di bank di seluruh dunia untuk memudahkan akses. Di antaranya di: Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Swiss, Scotland, Dubai, Madrid dan negara lainnya. Keluarga Alaa Mubarak memiliki kekayaan di dalam negeri atau di kota-kota besar Amerika Syarikat Washington, LA, dan New York.

Isteri Mubarak, Suzanne Mubarak dan kedua anaknya juga sangat kaya. Suzanne bahkan ditaksir mengumpulkan kekayaan sampai 3-5 billion dollar dan dipergunakan untuk peribadinya sendiri.

Kekayaan Mubarak juga memiliki hubungan besar dengan kepentingan korporasi AS seperti: Marlboro, Hermes, McDonalds, Vodafone, Hyundai, Chili dan perusahaan besar lainnya.

Kini Mubarak akan segera dibebaskan dari penjara. Pemerintah Mesir juga menyatakan bahwa Mubarak bebas dari korupsi. -islampos

ULASAN GB GB tertanyatanya juga berapa nilai kekayaan PM kita pula? Sehingga isterinya diberitakan boleh memiliki cincin yang bernilai jutaan ringgit dan beg tangannya ratusan ribu ringgit pula?

Konsert Metallica di M’sia di kala bumi Mesir berdarah

Harakahdaily, 20 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan.

Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, solat ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal.

“Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Konsert kumpulan rock terkenal Metallica dijadualkan akan diadakan pada malam esok di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia diluluskan oleh kerajaan dengan promosi, kemudahan serta harga tiket yang lumayan dan mendapat tempat strategik di ibu negara.

Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan.

Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, Solat Ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal.

Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia.

Mungkin beralasan ianya dirancang lebih awal, namun jika dihayati, apa faedahnya meluluskan konsert Linkin’ Park sebelum itu dan Metallica pada malam esok diadakan di negara ini?

Bukanlah suatu kesalahan masyarakat berhibur kerana hiburan itu adalah naluri manusiawi.

Namun pilihlah hiburan yang menepati jiwa manusia, bukan unsur melampau dan memekakkan telinga serta mengandungi mesej dan makna yang tidak keruan.

Sampai tahap inikah kerajaan mahu melalaikan masyarakat terutama umat Islam dalam hiburan?

Perlukah meraikan kehendak atau kegilaan anak-anak muda terhadap rentak keras yang melampau serta irama yang memekakkan telinga dengan thrash metal seperti itu?

Sebagaimana agresifnya penganjur konsert mengadakan konsert ini, diluluskan dan diberi restu oleh kerajaan, diberi tempat istimewa di tengah bandraya Kuala Lumpur, serta diberi ruang promosi yang hebat dan besar-besaran, seagresif itulah juga kerajaan seharusnya menyambut peristiwa berdarah di Mesir dan Syria.

Alangkah baiknya malam esok dianjurkan Majlis Munajat Memohon Kesejahteraan Umat Islam di kedua-dua negara tersebut di Stadium Merdeka dan dihadiri oleh tokoh serta pemimpin lapisan rakyat daripada kerajaan dan Pakatan Rakyat, NGO-Ngo dan lain-lain lagi.

Seharusnya Perdana Menteri sendiri turun bermunajat bersama rakyat, memimpin solat hajat dan Qunut Nazilah, mengutip sumbangan, memberikan ucapan semangat meningkatkan motivasi dan sokongan kepada golongan mustadhafin di Mesir dan Syria sebagaimana PM Turki lakukan sehingga membuka mata pemimpin dunia Arab dan dunia Barat yang lain.
Zahid tarik balik saman RM10 juta pada Rafizi

Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman RM10 juta terhadap anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Awan Megah Sdn Bhd.

Perkara itu diselesaikan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Chong.

Ia ekoran Rafizi berpuas hati bahawa Zahid, kini menteri dalam negeri, tidak terlibat dengan pengambil alihan Awan Megah oleh Boustead.
KJ tolak CCRIS pada peminjam ingkar PTPTN
11:12AM Ogos 21 2013
Pemuda Umno menyifatkan sebagai tidak wajar cadangan untuk menyenarai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pinjaman PTPTN adalah satu keperluan kepada golongan pelajar dan berbeza dengan pinjaman berasaskan pilihan peribadi seperti kad kredit dan kenderaan.

NONE"Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi.

"Dan keperluan memiliki kelulusan sama ada diploma atau ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Beliau mengulas cadangan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh semalam untuk melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menerusi pendekatan itu, Idris berkata peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Khairy berkata kerajaan sepatutnya menggunapakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam yang masih ingkar.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu dan pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam PTPTN.

"Pada masa sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada PTPTN," katanya.

- Bernama

S'gor mahu muktamadkan isu konsesi air
11:22AM Ogos 21 2013
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap isu konsesi air di negeri itu dimuktamadkan berikutan sambutan menggalakkan daripada kerajaan berhubung perkara itu.

Abdul Khalid mengulangi bahawa kerajaan negeri bercadang menyusun semula industri perkhidmatan air secara holistik bagi memastikan empat syarikat konsesi air di Selangor disatukan menjadi sebuah entiti.

NONE"Saya bertemu Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) hari ini dan beliau menyebut keperluan untuk mempercepatkan penyelesaian konsesi air di negeri ini dan kami sedang menunggu untuk memuktamadkannya, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam semalam.

Kerajaan negeri Selangor telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat konsesi air di negeri ini terdiri daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (SPLASH).

Mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini bahawa kerajaan menyasarkan untuk mencapai penyelesaian dengan kerajaan Selangor berhubung projek loji rawatan air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan, Abdul Khalid berkata beliau sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

- Bernama
Jamil: Kita tidak pernah kacau orang Syiah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan "tidak pernah kacau orang Syiah" walaupun dua individu dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Taiping hari ini kerana didakwa memiliki bahan bertulis berkaitan mazhab itu.

"Kita tidak pernah kacau orang Syiah. Tetapi di Malaysia, orang Malaysia yang sudah beragama Islam, tidak boleh dikembangkan ajaran (Syiah) itu. Ada kesalahan di mahkamah sivil," katanya dalam sidang medianya petang ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kandungan dalam Deklarasi Aman yang mengiktiraf penganut Syiah sedangkan tindakan keras terhadap pengikut mazhab itu kini diambil.

Deklarasi yang turut disokong beberapa pemimpin Malaysia, termasuk mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2005 antara lain mengiktiraf seseorang yang mengamalkan salah satu daripada empat mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali) serta dua aliran fikah Syiah (Ja'fari dan Zaydi).

Ia yang juga dikenali 'Mesej Amman' itu juga menyatakan tidak mungkin dan dibenarkan mengisytiharkan individu itu sebagai murtad dan tidak dibenarkan mencabuli darah, maruah dan hartanya.

"(Yang menjadi) kesalahan adalah mengembangkan ajaran agama kepada orang Islam di Malaysia. Maknanya tidak boleh mengembangkan kepada orang yang sudah beragama Islam.

"Semacam kita di Malaysia, yang mengamalkan (mazhab) Ahli Sunnah Wan Jamaah, (maka) tidak boleh orang lain cuba mengembangkan agama dia pula. Itu menjadi kesalahan.

"Yang tidak salahnya pula, kamu nak amal ajaran (agama atau mazhab) kamu, tidak menjadi kesalahan. Jadi maknanya di Malaysia, orang ramai macam-macam datang. Dia nak amal ajaran agama dia," katanya.

Mahu fokus isu Tabung Haji
Jamil bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut mengenai perkara itu sebaliknya mahu memfokuskan soalan yang berkaitan Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Sebelum itu, seorang wartawan cuba menunjukkan salinan deklarasi kepada beliau ahli parlimen Jerai tetapi beliau mengelak untuk menerimanya.

"Tidak, tidak... Duduk dulu, tak payah tunjuk.

"Saya nak fokus (tentang) Tabung Haji, kalau tidak, jadi cerita lain," katanya selepas merasmikan Pameran "Al-Hajj: Pengalaman Malaysia" di Muzium Kesenian Islam di ibu negara petang ini.

Isu berkaitan mazhab Syiah timbul bermula dengan langkah kerajaan Kedah yang mahu mewartakan fatwa anti-Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didakwa semakin menular di kalangan masyarakat.
Dua didakwa miliki bahan berkaitan Syiah

Dua individu termasuk seorang doktor wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Taiping terhadap tuduhan memiliki dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah.
Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 31, didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dr Nur Azah didakwa melakukan kesalahan itu di No 41, Jalan Medan Kamunting, Medan Kamunting manakala Mohammad Ridzuan dituduh melakukan kesalahan berkenaan di No 125 Lorong Jelutong, Kampung Jana Sambungan, Kamunting, kedua-duanya pada 5 Ogos lepas.

Hakim Syarie Azman Saad menetapkan 8 Okt untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta seorang penjamin.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.

- Bernama
Pendakwah pertahan diri dari dakwaan hina sultan
7:15PM Ogos 20 2013
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husein mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara sistem monarki, yang didakwa sesetengah pihak sebagai "menghina" sultan.

Wan Ji berkata kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu' - satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.

ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 02Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

Seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat oleh Muhammad Zharif Johor di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 3.55 petang tadi.

Tiada ulasan: