Isnin, 26 Ogos 2013

ALLAH BARU HANTAR TIKUS...BELUM NYAMUK...BELUM BELALANG...KALAU ALLAH HANTAR HARIMAU SEBANYAK NYAMUK...BAGAIMANA YA...JANGAN DILAWAN ALLAH SWT...KALAU LAWAN JUGA BERMAKNA KITA CARI NAHAS

Raja Nazrin gesa penuhi, laksana amanah rakyat

Muhammad Faeez Azahar , 26 Ogs 2013
IPOH: Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 selamat dirasmikan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah hari ini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 9.30 pagi bersama-sama Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim disambut oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Kelihatan kelima-lima Adun PAS iaitu Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong), Dato' Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Ustaz Zawawi Hasaan (Gunong Semanggol), Radzi Zainon (Sungai Rapat) dan Husin Din (Selinsing) bersama-sama Adun Pakatan Rakyat yang lain segak berbaju rasmi Dun pada perasmian di luar Bangunan Kerajaan Negeri Perak.

Kesemua Adun bersama-sama baginda dan isteri kemudiannya berangkat memasuki Dewan Mesyuarat dan diikuti titah ucapan perasmian.

Dalam titah ucapannya, Raja Nazrin melahirkan rasa gembira kerana proses pilihanraya yang dijalankan secara demokrasi serta pembentukan kerajaan negeri berlangsung dengan penuh aman dan teratur.

Titah baginda, suasana ini meyakinkan bahawa rakyat semakin bijak menggunakan hak untuk memilih kerajaan, dan matang menerima keputusan pilihanraya berlandaskan semangat demokrasi.

“Beta turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, merangkumi SPR, anggota perkhidmatan awam, PDRM, ATM, pihak media, parti-parti politik, dan rakyat jelata keseluruhannya yang telah memperlihatkan sikap bertanggungjawab yang tinggi hingga membolehkan pilihanraya berjalan lancar tanpa menjejaskan rutin harian kehidupan rakyat," titah Raja Nazrin.

Raja Nazrin turut berpesan agar semua pihak bersikap teliti dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap perkara-perkara yang menyentuh isu agama.

Ini kerana titah baginda, negara ini terdiri dari pelbagai kalangan penganut agama dan disebabkan itu, amatlah penting diamalkan sifat teliti dan sikap berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan dan memberi reaksi terhadap perkara-perkara yang menyentuh agama.

“Setiap pengucapan, setiap tindakan hendaklah berasaskan fikiran rasional dan bukan dipengaruhi emosi. Sebarang pertelingkahan, tidak harus dipolemikkan dan tidak harus lebih dikusutkan.

"Kenyataan terbuka berunsur provokatif hendaklah dielakkan," titah Raja Nazrin lagi.

Sebaliknya, Raja Nazrin menjelaskan, isu agama perlu dibincangkan dalam suasana musyawwarah berlandaskan sifat keilmuan untuk membolehkan tercapainya titik persefahaman dan titik pertemuan.

Raja Nazrin turut menyarankan kesemua wakil rakyat sama ada kerajaan atau pembangkang agar memberi tumpuan memenuhi harapan, amanah serta melaksanakan tanggungjawab secara dedikasi, ikhlas, jujur dan berintegriti terhadap rakyat.

Selepas selesai titah ucapan Raja Nazrin, Speaker Dun Perak, Datuk S.K Devasamy kemudiannya menangguhkan sidang Dun sehingga esok.

PAS sedia bantu basmi ancaman tikus

Harakahdaily, 26 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: “Saya bersetuju serta bersedia membantu atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus berhubung cadangan dan pendekatan yang diambil oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk membasmi tikus di kawasan-kawasan berisiko,” kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau turut berpendapat agar tindakan tersebut wajar dicontohi oleh pihak-pihak berkuasa tempatan di negara ini ekoran kes jangkitan virus kencing tikus (leptospirosis) menunjukkan peningkatan sepertimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini.

Selain itu, katanya ia juga mampu meningkatkan  tahap kebersihan di kawasan-kawasan tumpuan umum seperti di pasar dan di kedai makan.

Daripada statistik yang didedahkan, sebanyak 2,268 kes dan 55 kematian dilaporkan pada tahun 2011, dan terus meningkat kepada 3,665 kes dan 48 kematian pada tahun 2012.

Dari 1 Januari hingga 1 Jun 2013 pula, sebanyak 1,768 kes telah direkodkan dan telah diakhiri dengan 18 kematian.

“Bagi menjayakan program tersebut, saya selaku Ahli Parlimen akan turun untuk membantu MBKT membasmi tikus di kawasan Pasar Batu Enam dan Pasar Wakaf Tengah yang terletak di Parlimen Kuala Nerus,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat berharap agar pihak MBKT dapat menyediakan risalah ringkas beserta infografik mengenai penyakit leptospirosis dan ancamannya kepada masyarakat.

“Diharapkan agar peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor kepada PBT di seluruh negara dapat sama-sama dimanfaatkan bagi kemaslahatan rakyat,” katanya lagi.
Guna formula Combi banteras ancaman tikus
  • Guna formula Combi banteras ancaman tikus 
  •  Tun Hairudin (kanan) menyerahkan perangkap tikus dan tong sampah beroda kepada Mohd Jasrin sempena pelancaran Combi Kawalan Tikus.
1 / 1
PORT DICKSON – Kejayaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dalam menurunkan kes denggi di negeri ini akan dijadikan inspirasi kepada penubuhan Combi Kawalan Tikus bagi membanteras penyebaran virus kencing tikus.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, penubuhan Combi Kawalan Tikus sangat baik dan ini juga menunjukkan betapa pihaknya serius menangani isu berkaitan virus kencing tikus ataupun nama saintifiknya leptospirosis.

“Melalui perlaksanaan Combi, masyarakat di negeri ini membantu pihak berkuasa menurunkan kes berkaitan denggi dan formula ini akan ditambah baik mengikut kesesuaian dalam membanteras virus kencing tikus tikus," katanya pada Majlis Perasmian Kempen Kawalan Tikus Peringkat Daerah Port Dickson di Pusat Peniaga Arked Mara Batu 4 Pantai Saujana, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Muhammad Zaki Yahya dan Pegawai Mara daerah, Hafizan Sarjin.

Tun Hairudin berkata, penubuhan Combi Kawalan Tikus ini adalah yang pertama diwujudkan di negeri ini.

“Sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung, status kebersihan perlu diberikan keutamaan ditambah kawasan Batu 4 ini adalah lokasi hotspot pelancongan.

"Malah, diharap penubuhan Combi ini juga memberi kesedaran kepada semua peniaga di sini mengenai aspek pengurusan kebersihan bagi mengawal tikus,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Combi Kawalan Tikus Peringkat Lokaliti Pusat Peniaga Arked Mara Batu 4 Pantai Saujana, Mohd Jasrin Kasnin berkata, seramai 40 peniaga di sekitar kawasan Arked Mara mendaftar sebagai ahli Combi Kawalan Tikus.

Menurutnya, walaupun kehadiran tikus di kawasan Batu 4 masih terkawal, namun usaha untuk terus meminimumkan kehadiran haiwan itu ataupun sehingga mencecah sifar akan dilaksanakan.
Kes kencing tikus semakin membimbangkan
  • Kes kencing tikus semakin membimbangkan Rahman Dahlan melihat beberapa ekor tikus yang berjaya ditangkap sempena program Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di Pekan Menggatal. - Foto Bernama
1 / 2
KOTA KINABALU - Sebanyak 18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes jangkitan virus kencing tikus atau leptospirosis di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 1 Jun lepas yang memperlihatkan trend membimbangkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.
"Kes-kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268  kes dengan 55 kematian meningkat kepada 3,665  kes (48 kematian) pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat sini hari ini.
Abdul Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus yang menyebabkan leptospirosis.
Katanya melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong royong membersihkan kawasan.
"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan pergi ke kedai-kedai lain," katanya.
Abdul Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis  makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.
Katanya pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.
"Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan," katanya.
Terdahulu, ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.
Abdul Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama. - Bernama

Obesiti: Setelah Malaysia jadi juara Asia Tenggara

SM Mohamed Idris, 26 Ogs 2013
Malaysia telah berjaya menjadi juara dalam carta obesiti negara-negara di Asia Tenggara  dan berada pada kedudukan keenam Asia! Dalam keadaan Malaysia perlu menghadapi realiti yang menyakitkan ini, kami di Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyambut dengan sokongan sepenuh hati sebarang baik  kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Melalui Ikrar Pengiklanan Bertanggungjawab yang telah dimeterai  dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) Bahagian Pengeluaran Makanan, terdapat sepuluh syarikat yang  mengeluarkan makanan dan minuman telah  bersetuju untuk tidak mengiklankan produk mereka melalui  media elektronik dan media cetak; terutamanya yang mensasarkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah. Syarikat- syarikat tersebut ialah Coca Cola, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, F&N Dairies ( Malaysia) Sdn Bhd, Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd, Mars Food Malaysia Sdn Bhd, McDonald’s Malaysia, Mondelez Sales Sdn Bhd, Nestle Products Sdn Bhd, PepsiCo (Malaysia) Sdn  Bhd dan Unilever(Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Tindakan ini kelihatan seperti satu usaha yang murni apabila badan kerajaan bekerjasama dengan syarikat-syarikat ini untuk melindungi kanak-kanak daripada pengiklanan yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan ikrar yang ditandatangani, syarikat-syarikat yang terlibat tidak akan mengiklankan produk mereka yang tidak memenuhi garis panduan nutrisi seimbang antarabangsa dan piawaian keselamatan.

Mereka juga komited untuk tidak terlibat dalam sebarang promosi di sekolah-sekolah, kecuali atas jemputan sekolah dengan tujuan pendidikan. Tujuan pendidikan yang bagaimana? Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah tidak patut dicemari dengan sebarang unsur-unsur perniagaan dan memberi kepentingan kepada syarikat-syarikat terbabit. Jika pendidikan untuk memilihan makanan berkhasiat, pasti ada organisasi yang lebih berkredibiliti untuk menjalankan tugas ini, iaitu bahagian pendidikan dalam Kementerian Kesihatan sendiri.

Kami mengharapkan lebih daripada sekadar ikrar, iaitu penggubalan polisi dan undang-undang  tegas yang melindungi kanak-kanak daripada pengiklanan yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Kami mendapati  usaha ini ada sedikit kelompongan – tiada maklumat berkenaan dengan mekanisme pelaksanaan dan pihak yang bakal melakukan pemantauan. Tiada salahnya juga, menyekat terus publisiti melalui media, sepertimana yang telak dilaksanakan di Norway, Sweden, UK, Belgium, Greece dan Denmark.

Pelaksanaan tegas, sepenuh  hati dan menyeluruh

Sweden dan Norway telah menyekat penyiaran iklan  mensasarkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun kerana mereka tidak dapat memahami mesej-mesej pengiklanan dan berkemungkinan menerima mesej pengiklanan sebagai tepat, benar dan tidak bias.

Malaysia juga telah  mengambil tindakan yang hampir sama pada tahun 2011 dengan menyekat iklan makanan segera dan yang tidak menyihatkan, pada waktu-waktu yang menjadi pilihan kanak-kanak untuk menonton rancangan televisyen.Syarikat makanan segera  juga tidak boleh memberi tajaan untuk rancangan kanak-kanak. Di sebalik usaha ini, satu persoalan yang harus difikirkan semula ialah – adakah  kanak-kanak tidak menonton iklan-iklan ini di waktu lain siaran televisyen?

Usaha untuk menyekat pengiklanan di televisyen ini baik,tetapi kurang berkesan.  Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun patut dlindungi daripada menjadi mangsa pengiklan yang tidak bertanggungjawab.Kita patut mencontohi Sweden dan Norway yang menyekat terus semua usaha pengiklanan yang mensasarkan kanak-kanak. Sekatan tersebut termasuklah melalui usaha pengiklanan di surat khabar, radio, majalah, papan iklan dan  internet.

Kerajaan juga perlu melarang penggunakan khidmat selebriti, ahli sukan dan karakter kartun untuk mempromosikan produk-produk yang tidak memanfaatkan kesihatan.

Pelaksanaan di peringkat mikro

Sejak tahun 1980-an, CAP konsisten dengan pendirian – tiada mesin layan diri (vending machine)  yang  mempromosikan minuman yang tinggi kandungan gula dan berkarbonat patut disediakan di sekolah-sekolah.  Kami juga sedar bahawa kawasan sekolah menjadi pusat lambakan makanan rapu, makanan segera, minuman yang mengandungi pewarna tiruan, pemanis tiruan, dan bahan pengawet yang membahayakan.  Adakah Kementerian Kesihatan ada membuat pemantauan di sekolah-sekolah? Seperti mana kempen susu kotak yang dipromosikan kerajaan di sekolah-sekolah, kami berharap kerajaan juga peka dengan usaha untuk menggalakkan sekolah menyediakan buah-buahan segar (terutamanya buah-buahan tempatan), hidangan berasaskan sayur-sayuran, jus buah-buahan asli dan pastikan para pelajar peka dalam pemilihan makanan – kami maksudkan  “MAKANAN”.

Ibu bapa turut bertanggungjawab untuk menyelamatkan anak-anak daripada terperangkap dalam budaya makan kerana iklan. Kami faham, ada masanya ibu bapa menuruti kehendak anak-anak sebagai tukar ganti dengan masa terhad yang mereka dapat luangkan dengan anak-anak. Namun, ibu bapa juga harus sedar yang anak-anak mereka tidak memahami kaedah pemujukan di dalam iklan. Selalunya, produk yang  mensasarkan kanak-kanak ialah gula-gula, bijirin yang tinggi kandungan gula, minuman berkarbonat dan makanan segera. Iklan-iklan ini mampu mempengaruhi tabiat makan yang tidak sihat - sepanjang hayat.

Jika ada iklan yang mempromosikan makanan segera atau gula-gula, terangkanlah tujuan pengiklanan dalam bahasa yang paling mudah. Ajar anak-anak untuk mencintai masakan daripada rumah. Masak, budayakan membawa bekalan makanan daripada rumah ke sekolah, dan biar anak-anak gembira berkongsi bekalan makanan dengan kawan-kawan mereka.

Mudah dan susah

Saranan-saranan ini saling berkait. Pilihan untuk  memasak atau membeli makanan  segera boleh menceritakan pelbagai  realiti; ekonomi, politik dan sosial. Keputusan untuk terus menayangkan dan menyokong publisiti makanan rapu dan makanan segera  atau mempromosikan makanan seimbang, berkhasiat dan selamat juga boleh menceritakan pelbagai perkara – negara pentingkan kesihatan rakyat  atau keuntungan syarikat-syarikat perusahaan besar. Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Kementerian digesa jalin kerjasama dengan MP

Harakahdaily, 26 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berharap agar terjalin kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan wakil rakyat di kesemua kawasan Parlimen.

“Semoga dapat bersama-sama memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tidak mengira latar belakang parti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau antara saranan awalnya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai adalah untuk menghidupkan konsep Pusat Bersepadu Perkhidmatan Kerajaan dan Masyarakat Kawasan Parlimen agar dapat meningkatkan kualiti serta keberkesanan perkhidmatan awam untuk penduduk setempat di bawah kawasan Parlimen masing-masing tanpa mengira sama ada wakil rakyat pemerintah atau pembangkang.

Naib Presiden PKR itu berkata, pusat bersepadu tersebut dapat memberikan rakyat perkhidmatan dari pelbagai jabatan termasuklah Jabatan Khidmat Masyarakat, Jabatan Pendidikan, PDRM, DBKL dan pejabat ahli parlimen pemerintah atau pembangkang berfungsi secara integrasi dengan koordinasi cekap sebagai sebuah ‘one-stop centre’, memberikan keutamaan kepada memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dengan lebih berkesan.

Kenyataan penuh sebagaimana di bawah.

Harapan saya sebagai wakil rakyat adalah agar terjalin kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan wakil rakyat di kesemua kawasan Parlimen, semoga dapat bersama-sama memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tidak mengira latar belakang parti.

Antara saranan awal saya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai adalah untuk menghidupkan konsep - Pusat Bersepadu Perkhidmatan Kerajaan dan Masyarakat Kawasan Parlimen - agar dapat meningkatkan kualiti serta keberkesanan perkhidmatan awam untuk penduduk setempat di bawah kawasan Parlimen masing-masing - tanpa mengira sama ada wakil rakyat adalah dari pihak pemerintah atau pembangkang. Pusat bersepadu tersebut dapat memberikan rakyat perkhidmatan dari pelbagai jabatan termasuklah Jabatan Khidmat Masyarakat, Jabatan Pendidikan, PDRM, DBKL dan pejabat Ahli Parlimen pemerintah atau pembangkang berfungsi secara integrasi dengan koordinasi cekap sebagai sebuah ‘one-stop centre’, memberikan keutamaan kepada memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dengan lebih berkesan.

Peranan DBKL di bawah naungan Kementerian Wilayah Persekutuan diharapkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan saksama untuk warga Kuala Lumpur. Contohnya, penggunaan kemudahan-kemudahan DBKL seperti Dewan Serbaguna tidak seharusnya diberikan secara pilih kasih dan sebaiknya bebas digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin menggunakannya tanpa diskriminasi. Oleh demikian satu Piagam Warga Kota Kuala Lumpur mesti dirangka yang menggariskan Hak Akses Saksama semua warga kepada perkhidmatan dan kemudahan kerajaan khususnya DBKL.

Peranan aktif DBKL dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan harus dipertingkatkan agar dapat menyelesaikan masalah penyelenggaraan asas seperti membaiki jalan raya, longkang-longkang yang tersumbat dan serta lif-lif yang rosak dengan lebih berkesan. Harapan saya seperti warga Lembah Pantai yang lain agar kawasan Parlimen Lembah Pantai sentiasa terpelihara untuk kehidupan seharian. Oleh demikian, satu sistem Kad Laporan Perkhidmatan DBKL yang akan melibatkan maklumbalas semua penduduk setempat harus diwujudkan dalam mencapai hasrat ini.

Antara masalah-masalah yang dihadapkan kepada saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai adalah masalah tunggakan bil air serta pembayaran sewa PPR agar diselesaikan secara lebih berhemah dan mengambil kira latar belakang para penghuni secara satu persatu. Sebagai penyedia perkhidmatan, kita seharusnya memberikan jalan penyelesaian dan mencapai kata sepakat bersama-sama para penghuni agar kehidupan seharian tidak terjejas oleh birokrasi.

Kuala Lumpur tidak terlepas dari bencana alam seperti ribut dan banjir yang mengakibatkan kerosakan pada harta benda peribadi serta infrastruktur. Terdapat juga para penghuni yang kehilangan tempat tinggal akibat malapetaka yang menimpa mereka. Ia adalah menjadi harapan saya agar layanan yang sama rata seperti khidmat kecemasan dan penyediaan tempat tinggal sementara tidak dipolitikkan dengan memberikan keutamaan berdasarkan sokongan kepada parti komponen BN ataupun PR. Ribut dan banjir juga berlaku akibat pembangunan pesat yang tidak terkawal. Hakisan serta keruntuhan yang melanda Bukit Gasing haruslah dipantau dan diambil tindakan serta-merta oleh DBKL - lebih-lebih lagi apabila DBKL punyai kepentingan menerusi perjanjian yang dimeterai dengan pemaju Amona Development Sdn Bhd dan IJM Land Bhd.

Sejauh ini, Peruntukan Tahunan Persekutuan Kawasan Parlimen yang bernilai  RM1.5 hingga RM2.0 juta masih lagi disalurkan kepada selain dari ahli Parlimen pembangkang  yang berkhidmat kepada rakyat. Sejauh ini, warga Lembah Pantai masih dinafikan hak demokratik mereka dalam hal ini. Pemangsaan terhadap rakyat melalui cara ini harus dihentikan agar mereka dapat diberikan bantuan dengan lebih saksama dan tanpa kompromi.

Status Tabung Keselamatan 1Wilayah bagi membiayai usaha membanteras jenayah di peringkat kawasan perumahan dan tempat awam, termasuklah dengan pemasangan rangkaian CCTV  yang pernah dilancarkan Kementerian Wilayah Persekutuan harus dimaklumkan kepada wakil-wakil rakyat Kuala Lumpur dari masa ke semasa.

Kelulusan untuk kawasan perumahan, kompleks pejabat, pusat membeli belah mahupun kawasan parlimen menubuhkan pasukan Polis Bantuan (Auxiliary Police) yang mungkin dapat dibiayai sebahagiannya daripada Tabung Keselamatan 1Wilayah.

Kehidupan warga kota tidak terhad kepada orang-orang yang dewasa sahaja. Tempat tinggal serta persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak harus berbentuk kondusif agar dapat melahirkan generasi yang berjaya dari segi pelajaran, kesihatan mental dan fizikal. Pembinaan Pusat Ilmu PPR seperti ruangan untuk belajar, perpustakaan mini dan tapak sukan di semua PPR boleh direalisasikan atau dipertingkatkan untuk kesejahteraan para penghuni warga kota.

Memperluaskan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Skim Prihatin 1WP termasuk melibatkan ahli parlimen di dalam perancangan koordinasi untuk kawasan parlimen masing-masing.

Adalah dicadangkan agar satu taklimat dan juga pembentukan sebuah Jawatankuasa Perundingan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan diwujudkan untuk penglibatan secara lebih bermakna didalam Pelan Greater KL/Klang Valley.

Apakah status Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) serta menilai semula cadangan saya untuk skim alternatif iaitu ‘Sewa-Hingga-Milik, Tanpa Faedah’.

Akhir sekali, adalah diharap bahawa Majlis ini dapat dikekalkan sebagai majlis berkala setiap 3 bulan agar usaha mensejahterakan rakyat dapat diteruskan bersama.

GAMBAR-GAMBAR KONSERT METALLICA DI STADIUM MERDEKA KL 2013.... HAMPIR 90% IALAH ANAK-ANAK MUDA MELAYU!!!



90% ADALAH ANAK MUDA .....90% ADALAH LELAKI ... 90% ADALAH BANGSA MELAYU.

Itulah yang diberitakan kepada Omak Kau suasana malam tadi di Stadium Merdeka sempena Konsert Metallica KL 2013.

Dianggarkan lebih kurang 25,000  peminat setia totok kumpulan lagenda Metallica membanjiri Stadium Merdeka semalam tadi bagi menyaksikan persembahaqn bingit kumpulan Rock tersebut.

Rata-rata peminat adalah dikalangan mereka yang berusia 30n tahun keatas lelaki bangsa Melayu yang merupakan penggemar kumpulan terbabit yang menguasai bidang muzik Rock seawal tahun 1981.

Metallica memulakan persembahan kira-kira jam 9 malam membawakan lagu-lagu popular mereka antaranya Sad But True, Enter Sandman, Hit The Lights, Fade to Black, Master Of Puppets, Nothing Else Matters dan Harvester Of Sorrow.

Harga tiket pun boleh tahan juga .. lebih kurang RM683 ... membuktikan yang anak muda Melayu kita jenis berduit hidup mewah ... patutlah nak beri pelajaran percuma dengan menghapuskan PTPTN mereka bantah ... nak hapuskan tol mereka tidak setuju ... nak turunkan taruf elektrik mereka tidak suka ... nak turunkan harga kereta mereka marah ... nak turun harga minyak mereka tak sokong.

ISU MESIR .... MANTAN MUFTI PERLIS BELASAH "ULAMA" MUDA UMNO KERANA KHIANAT MENGGUNAKAN NAS-NAS ISLAM!!!!


Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohad Asri Zainul Abidin melalui twitternya hari ini telah  belasah "ulama" muda UMNO yang dikatakan memutar belitkan nas dan hukum secara khianat terhadap nas-nas Islam mengenai pergolakkan yang sedang berlaku di Mesir.

Inilah dia apabila ilmu agama dijual kerana kejarkan jawatan.
Cube bace
PERCAYALAH.TAK RUGI ANDA MEMBACANYA.MENITIS AIR MATA AKU BACA BENDA NI. AIRMATA RASULULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Ya اَللّهُ :
✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.
Like · · · 26 minutes ago via mobile ·
Era Pasca
Berikut adalah antara beberapa faktor yang membawa kepada pembebasan Sirul dan Azilah dari tuduhan membunuh Altantuya..
(kegagalan yang seperti dirancang, contoh, ajak najib datang beri keterangan tapi najib tak datang maka tak boleh soal selidik najib)

1-Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri atau menawarkan saksi ini untuk disoal balas.

2-Hakim Perbicaraan gagal menimbang notis yang jelas terdapat percanggahan.

3-wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu.

4-Gagal mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

5-Hakim Mahkamah Tinggi gagal dan tidak memeriksa berhubung percanggahan atau tidak konsisten di dalam bukti pendakwaan.

6- Hakim Mahkamah Tinggi juga didapati tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan terdapat perancangan awal oleh kedua-dua perayu untuk melakukan pembunuhan itu.
Like · · · 33 minutes ago ·

Tiada ulasan: