Khamis, 15 Ogos 2013

MESIR DAN DR MORSI...MOGA2 YANG GUGUR DIKIRA SYUHADAH DISISI ALLAH SWT

Ahmad Faja and Osman Aziz shared Mesir Kini's photo.
Wafa Ahmad An Naghi seorang suri rumah yang hamil 5 bulan, berumur 25 tahun telah syahid bersama janin di dalam kandungannya dengan tembakan di belakang badannya semasa dia cuba melarikan diri dari tembakan-tembakan yang dilepaskan oleh pihak pasukan keselamatan pada hari Rabu 14 Ogos 2013 (semalam) berhampiran dengan bangunan Dewan Am Daerah Kafr Asy Syeikh.

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini



Community · 121,630 likes
PEMBURU SYAHID

Gambar ini diambil di wilayah Halab. Walaupun mujahidin ini masih cedera, tetapi tetap turun ke medan jihad demi memburu syahid.

Doakan mereka. #freesyria #pray4syria
Osman Aziz shared Masithah Hanis's photo.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidakakan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya. ~wakil hamas~

#doa kita untuk mereka... semoga ALLAH redha ...

mereka di uji.. "syahid" hadiah untuk mereka Mesir, Gaza, Syiria.. Allah syg diorang.. Sbb tu Allah pilih diorang untuk syahid.. Kita? Masih lalai lagi dgn dunia.. Lagi KASIHAN kita!.. #noteformyself —
 
Community · 99,773 likes
Like · · · 29 minutes ago via mobile · 
 https://www.facebook.com/media/set/?set=a.215652538593017.1073741895.202121649946106&type=1


Like Page
Ratusan manusia menyertai tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat Kedutaan Mesir, di New York. Sebagai mengutuk tragedi pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabaiatul Adawiyah dan Medan Nahdhah.

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
‪#‎mesirkini‬
Like · · · about an hour ago ·

Lebih 2,000 terkorban, hospital dibakar, jurufoto ditembak

Posted on the August 15th, 2013 under Dunia by admin




MESIR: Menurut sumber Ikhwan, lebih 2000 penyokong legitimasi yang berkampung di Medan Raba’ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.
Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2600 jenazah sehingga kini di Medan Raba’ah Adawiyah.
Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut.
Dalam pada itu serangan oleh pihak tentera sejak semalam turut mensasarkan jurugambar dan wartawan di lapangan yang menyaksikan beberapa orang daripada petugas media turut terkorban.



Jurugambar bagi saluran Misr25, Ahad Abelgawad, turut ditembak mati dalam pembunuhan beramai-ramai semalam.
Seorang lagi jurugambar Mus’ab Asy Syami juga terkorban. Beliau digelar sebagai hero jurugambar di kalangan rakannya kerana sentiasa berjaya merakam gambar-gambar terbaik sepanjang berlakunya perhimpunan.
Selain itu, anak perempuan kepada seorang tokoh Ikhwan Muslimin turut menjadi mangsa kekejaman tentera rejim semalam.
Asmaa Mohamed El Beltagi, 17, anak perempuan El-Beltagi maut selepas terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan pihak tentera.
Tidak cukup dengan itu, pihak tentera juga dilaporkan turut membakar bangunan hospital di lapangan dalam keadaan ribuan jenazah ditempatkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan.
Menurut laporan TV Al-Quds, pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah penyokong Morsi dipercayai bagi melupuskan bukti pembunuhan.

Mohamed Morsi dijatuhkan oleh orang kepercayaannya sendiri?

Posted on the July 5th, 2013 under Dunia by admin




Presiden Mesir Muhamed Morsi diguling oleh pihak tentera iaitu Jeneral Abdel Fattah Al Sisi. Pada kenyataan yang disiarkan di media, Abdel Fattah bersumpah bersedia mati untuk rakyat. “Kami bersumpah demi Tuhan bahawa kami akan mengorbankan darah kami bagi Mesir dan rakyatnya, untuk membela mereka dari setiap teroris, radikal atau penipu.”
Adbel Fattah merupakan pembantu kepada Moahamed Morsi dalam kabinet. Jeneral Al Sisi ini diangkat sebagai Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Bersenjata oleh Morsi menggantikan Tantawi.
Dalam pidato yang disiarkan secara langsung melalui tv, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengatakan ketua MA akan mengawasi masa peralihan, yang dijalankan oleh para teknokrat, hingga pilihanraya parlimen dan pemilihan presiden baru.
Otoritas Islam tertinggi di Mesir, Syaikh Al-Azhar, ketua Gereja Koptik, serta pemimpin pembangkang Mohammed El Baradei semuanya menyokong langkah Jeneral Sisi.



Morsi yang terpilih secara demokrasi itu dianggap tidak memenuhi janji-janji reformasinya. Pemimpin yang baru menjawat satu tahun itu, juga dituding lebih mengutamakan kepentingan kelompoknya, Ikhwanul Muslimin.
Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi ialah:
1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Dalam lain maksud Morsi digulingkan dimana kuasa presiden diberi kepada ketua hakim yang mana semua orang mengetahui di dalam kerajaan, terutama jawatan-jawatan tinggi masih lagi dikuasai oleh puak mubarak.
Sementara itu pula Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara:
1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.
2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.
3) Melalui Pengkhianatan terbesar.
Manakala Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.
Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)
Siapa pula Presiden Sementara Mesir?

Adly Mansour memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1967, Universiti Kaherah. Diploma Undang-undang Awam Tahun Universiti Kaherah. Diploma Sains Pengurusan Universiti Kaherah pada tahun 1970.
Pernah dilantik pembantu wakil Majlis Negeri 1970. Beliau menyertai untuk berkhidmat kepada Fatwa dan Jabatan Perundangan jawatan Presiden Republik dan wilayah pada bulan Disember 1970. Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri Majlis Negeri pada bulan Februari 1992.Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Mahkamah Perlembagaan Agung pada bulan Disember 1992. Telah dilantik sebagai presiden interim daripada Republik Arab Mesir pada Julai 2013.

Mesir dan kejatuhan Morsi

Posted on the July 5th, 2013 under Dunia by admin




 
Morsi Diguling
Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkn oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan pihak Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan.
Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa’ Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.
Demokrasi Melampau
Adakah istilah ‘demokrasi melampau’? Sebelum revolusi rakyat pada 25 Jan 2011 rakyat Mesir tidak pernah memahami erti demokrasi kerana sejak penggulingan Raja Farouk oleh Gamal Abdul Naser dan kemudian Anwar Saddat yang mati di bunuh, Hosni Mubarak meneruskan legasi penguasaan tentera yang membenam demokrasi di Mesir.



Penguasaan tentera tidak hanya dalam bidang politik dan menentukan kepimpinan negara tetapi tentera menguasai hampir 40% agihan ekonomi Mesir. Penguasaan tentera hampir sukar untuk dihapuskan bagi membuka jalan kepada demokrasi untuk menentukan masadepan politik Mesir. Dua tahun setelah Mubarak dijatuhkan dengan kekuatan rakyat demokrasi seolah masih mencari wajahnya yang sebenar apabila Morsi menjadi mangsa demokrasi melampau.
Gambaran penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden Morsi dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya hanya akan berakhir 3 tahun lagi.
Para analisis menggambarkan kebimbangan mereka apakah jaminan Presiden akan datang tidak akan diperlakukan dengan cara demokrasi melampau ini? Adakah di atas nama demokrasi, Mesir akan menuju ke arah anarki? Atau adakah kebangkitan rakyat dalam revolusi 25Jan yang mahukan kuasa tentera dikurangkan hanya akan mengukuhkan lagi cengkaman tentera? Berbagai persoalan yang memerlukan jawapan kepada masadepan peneraju Arab Spring di Mesir.
Ikhwan Gagal?
Salah satu faktor yang dikatakan menyebabkan kepimpinan Morsi dipertikaikan ialah tanggapan bahawa Ikhwan telah mendominasi politik Mesir sedangkan kebangkitan rakyat adalah terjemahan berbagai pihak. Tanggapan bahawa Morsi tidak mewakili kehendak rakyat dan hanya mewakili kelompoknya adalah asas yang menjadi kempen penentang Morsi. Perlu diingatkan bahawa Morsi memenangi Pilihanraya Presiden dengan meraih 52% sahaja sokongan rakyat. Golongan liberal sekular tiada pilihan calon mereka kerana Morsi yang mewakili parti Kebebasan dan Keadilan adalah cabang politik Ikhwan yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai penyokong akar umbi yang kuat.
Kemenangan Morsi dilihat sebagai terjemahan kepada kekuatan Ikhwan yang wujud sekian lama (hampir 85 tahun) dan berjaya kekal dalam suasana politik yang tidak menyebelahinya sepanjang proses itu. Kegagalan Ikhwan mentadbir negara yang cuba digambarkan oleh musuh politiknya dari kalangan liberal sekular akan meninggalkan bekas yang buruk kepada Ikhwan malah ia adalah isyarat kepada potensi kegagalan mana-mana parti Islam yang mahukan kuasa politik di mana-mana negara lain.
Ikhwan Muslimin dianggap sebagai paling kanan dan menjadi idola kepada hampir semua gerakan Islam dunia malah mempunyai cawangannya di hampir seluruh dunia Islam khususnya. Propaganda ini berjaya membunuh dua burung dengan satu batu atau serampang dua mata untuk meranapkan cita-cita politikal Islam yang menyertai proses demokrasi hari ini.
Masa Depan Partisipasi Islamis
Istilah Islamis menggambarkan kelompok penyertaan gerakan Islam dalam gerakan politik dan sivil sebagai salah satu komitmen terhadap proses demokrasi. Ia berbeza dengan istilah teroris yang bergerak di luar kerangka demokrasi yang mengimani cara keganasan sebagai mencapai matlamat Islamnya.
Ikhwan di Mesir selama ini menegaskan dirinya sebagai entiti yang meyakini cara aman untuk memenangkan cita-citanya, malangnya sebelum Revolusi 25 Jan, Ikhwan tiada banyak pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengan tekanan yang kuat dari regim tentera. Walaupun tertindas begitu lama, namun ia mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa hilang pengaruh dan kekuatan prinsipnya.
Setelah Revolusi Rakyat, Ikhwan muncul sebagai entiti yang paling berpengaruh dan tersusun berbanding dengan golongan lain. Pasti nya penyertaan dalam proses demokrasi post Revolusi memberikan Ikhwan kelebihan lantas memenangi Pilihanraya Presiden setahun yang lalu. Dari sudut prinsip demokrasi, Ikhwan telah memenangi pilihanraya melalui Parti Kebebasan dan Keadilan secara demokratik namun kemenangannya terus diragui dari sudut keyakinan dan tindakan politiknya yang sering disalahtanggap.
Malah kemenangan Ikhwan tempoh hari dianggap sebahagian sebagai kebangkitan Islamic Fascism. Kejatuhan Morsi pasti akan memberi kesan yang besar kepada persoalan partisipasi politikal Islam dalam proses demokrasi.
Memberi Keadilan
Adakah benar dakwaan terhadap Morsi? Ataukah ianya tuduhan yang tidak berasas malah sengaja direka secara terancang untuk mengapuskan pengaruh Islam yang terlibat dalam proses demokrasi? Morsi sering mengulangi aduannya bahawa saki baki regim Mubarak masih menguasai beberapa kementerian di mana Morsi gagal untuk membentuk struktur barunya. Ini tidak termasuk dakwaan sabotaj kepada kerajaannya dengan menimbulkan krisis kekurangan tenaga, minyak yang membawa kesan kepada keselesaan rakyat. Rakyat menuduh Morsi gagal dan alasan membuangnya menjadi semakin kukuh pada pandangan awam yang rata-rata berada pada pendapatan US 2.5 dollar seorang.
Faktor ekonomi menjadi tekanan terhadap Morsi namun ramai yang mempertikaikan kemampuan untuk reformasi ekonomi dalam jangka masa setahun dan Morsi tidak boleh dipersalahkan. Kementerian Dalam Negeri masih dalam penguasaan saki-baki Mubarak menyebabkan sukar bagi Morsi mengembalikan keadaan stabil dalam negara kerana terlalu banyak sabotaj ke atas inisiatif Morsi.
Reaksi Pro-Morsi
Penganalisis masih menanti reaksi penyokong Morsi yang kebanyakannya ialah dari anggota Ikhwan dan para aktivisnya dan simpatiannya. Kebimbangan para analisis berpandukan kepada keupayaan Ikhwan untuk menggerakkan penyokongnya yang bertebaran di seluruh Mesir bagi membalas tindakan terhadap penggulingan Morsi.
Ikhwan terkenal dengan keberanian, disiplin ahlinya dan kesediaan mereka untuk mempertahankan ideologinya dan sebarang kenyataan yang provokatif mampu untuk menambahkan minyak ke atas api yang sedang membara. Walaupun demikian hingga saat ini, Ikhwan masih senyap dan tetap menyatakan bahawa mereka akan terus membantah tindakan penggulingan Morsi dengan cara aman.
Namun siapa yang boleh beri jaminan bahawa kerapuhan yang ada di Mesir berupaya untuk mencetuskan kekacuan kelompok yang sukar untuk dikawal.
Amerika Bersuara
Obama mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika mengambil berat apa yang berlaku dan meminta supaya demokrasi dikembalikan dalam suasana yang telus dan mahkan penguasaan tentera dikembalikan kepada kuasa awam.
Malah Obama mahukan tindakan undang-undang tidak dikenakan ke atas Morsi dan penyokongnya. Sudah tentu Amerika akan bertindak balas kerana Amerika mempunyai kepentingan besar di Mesir. Mesir adalah negara Arab pertama yang mengiktirafi Israel pada tahun 1979, sebelum ini Mesir mendapat bantuan ekonomi dan ketenteraan yang besar. Setelah revolusi, bantuan awal US 250 juta diberikan atas semangat reformasi demokrasi dan US 1billion dijanjikan untuk perkembangan selanjutnya ketika Morsi membuat lawatan ke Amerika baru-baru ini.
Amerika juga berharap Mesir terus kekal menjadi rakan bagi mengimbangi kuasanya memelihara kewujudan Israel. Morsi tidak dilihat dapat memenuhi kehendak ini berpandukan kepada sikap Ikhwan yang keras terhadap Israel.
Definisi Kuasa Rakyat

Pelik memahami perkembangan di Mesir kerana Revoulusi Rakyat 25 Jan mahukan kuasa tentera dikawal tetapi perhimpunan terkini di Tahrir Square menjemput kuasa Tentera untuk menggulingkan Morsi.
Apakah matlamat awal revolusi dikhianati dengan memberikan kuasa kepada tentera hanya setelah 2 tahun revolusi? Apakah kehendak rakyat hanya boleh disampaikan melalui tentera? Lebih penting ialah apakah makna demokrasi jika perlantikan seseorang boleh dibatalkan di jalanraya tanpa peti-peti undi?
Para penentang Morsi menegaskan bagaimana mereka tidak turun ke jalanraya sedangkan Morsi gagal membentuk kerajaannya secara demokratik? Mesir akan melalui fasa-fasa yang menyukarkan dalam menemui wajah sebenar demokrasi setelah terlalu lama dicengkam otokrasi. Kesan reaksi selanjutnya sukar dibayangkan kerana selagi tentera terus mempunyai kata putus dan kedua kelompok berkonflik mahu menyatakan sikapnya, Mesir akan menyaksikan konflik berterusan.
Menarik kata-kata Qaradhawi seorang ulamak besar yang menjadi penyokong terkuat revolusi rakyat di Mesir bahawa “Bagaimana kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun, tapi tidak boleh bersabar dengan Morsi setahun? – http://drmujahid.com
Penulis ialah AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Terkini : Pasukan tentera sedang dalam percubaan meleraikan perhimpunan di Masjid Hamzah di Suez dengan melepaskan tembakan peluru hidup.

Kembalikan Morsi sebagai Presiden – Ikhwan

Posted on the July 6th, 2013 under Dunia by admin




Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul.
Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan.
Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi’ di pentas.
Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: ‘Semua urusan rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal).



Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah:
1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini.
2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf.
3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang.
4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu.
5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari.
HDO

Khabar Mesir, ulama Azhar sertai himpunan

Posted on the July 6th, 2013 under Tempatan by admin





Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera
Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun ‘game’ belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi’ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail).
Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.
Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu’ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu’ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini).



Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi. Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu’ah seperti Dr Muhammad Badi’ (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi’ diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu’ah. Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.
Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, ‘Rampasan Kuasa Yang Gagal’ dengan sub-title ‘Tentera berunding kembali dengan Mursi’.
Wallahua’lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir.
Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera. Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.
*Penulis adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS yang kini sedang berada di Mesir

Sumber : نبض رابعة

‪#‎mesirkini‬
— with Zee Far.
Masjid Rabiatul Adawiyah selepas dibakar secara keseluruhan oleh pasukan tentera dan pihak polis Mesir.
 
  Sumber : عمر ابن الخطاب
‪#‎mesirkini




Thursday, 15 August 2013


Mimpi Ngeri Mesir : Para Ikhwan mati katak..?



“Siapa suruh perjuangkan demokrasi.. inilah kesannya..”



“Ikhwanul Muslimin adalah PENGGANAS dan PENJUAL AGAMA ALLAH, mereka memang patut terimanya..”



“Inilah kesan dari demonstrasi jalanan yang dah jelas-jelas haram. “



Ini akibatnya kalau Dakwah mirip-mirip Baginda Rasulullah SAW tidak dibuat dan ditolak di Mesir”



Dan pelbagai lagi “teguran manja” (konon la) yang dilemparkan kepada Mesir yang sempat saya baca, terutama sekali kepada para Ikhwan yang ramai sudah terkorban walau berapa jua angkanya ketika ini.



Darah mereka adalah DARAH KAMI!





Dalam suasana hiruk pikuk dan kelam kabut di Mesir ketika ini, ramai yang membuat spekulasi yang pelbagai di Malaysia.



Apatalah lagi dengan media sosial dan MEDIA MALAYSIA yang menyebarkan fakta yang auta atau ambil sumber dari pihak musuh Islam sendiri!



Saya tak kisah jika anda ingin berpegang kepada pendapat demokrasi itu HARAM dan ingin mengamalkannya.



Saya juga tak kisah jika anda ingin berpegang kepada pendapat demonstrasi jalanan itu HARAM dan ingin mengamalkannya.
TETAPI….
TAK PAYAH LAH untuk mengutuk, mencerca, menghina, mengumpat, atau memandang remeh para Ikhwan yang gugur terkorban di Medan Raba’ah atau di Mesir sana!



Apatah lagi menyatakan kematian mereka kematian yang sia-sia atau mati KATAK!



Bukankah anda juga memegang Sunnah Rasulullah sallahu alayhi wasallam?



Tidakkah anda ingat akan pesanan baginda sallahu alayhi wassalam yang mana baginda menyatakan bahawa JANGAN MENCERCA ORANG YANG MATI, LALU ENGKAU MENYAKITI YANG MASIH HIDUP! (Hadis Sohih Riwayat Tirmidzi)



Sesungguhnya mencerca mereka adalah MENYAKITI kami yang mengasihi saudara AGAMA kami di Mesir!



Kerana apa?



Kerana AGAMA mereka adalah AGAMA kami (Islam),



Kerana RASUL mereka adalah RASUL kami,



Kerana MARUAH mereka adalah MARUAH kami,



Kerana KEHORMATAN mereka adalah KEHORMATAN kami,



Kerana MUSUH mereka adalah MUSUH kami,



Dan DARAH mereka adalah DARAH KAMI!



Bukankah kalian mengetahui bahawa Rasulullah sallahu alayhi wasallam pernah meningatkan bahawa BERKATALAH PERKATAAN YANG BAIK ataupun DIAM.



Kalian lupa?

 Kenapa tidak berjihad ke sana?
Maha suci Allah yang mengetahui setiap detik nadi dan isi hati manusia.

Sekiranya aku mampu dan mempunyai kemampuan untuk meletakkan darah aku ke atas musuh-musuh Allah, sudah pasti aku akan laksanakan!



Tetapi mungkin alasan ku juga terlalu banyak, mungkin juga amalku masih lagi tenggelam timbul, atau aku masih lagi ada penyakit wahan dalam hati ini..



 Tetapi sekurang-kurangnya aku menyahut seruan baginda sallahu alayhi wassalam agar mengambil berat tentang urusan kaum Muslimin!

 

Usah tanya kami kenapa tidak berjihad ke sana dan masih di sini,

tanya dirimu sendiri,

apa yang kamu lakukan untuk ummah ini?

Gelap malam sebelum tibanya subuh



Para pejuang dan pendokong Ikhwanul Muslimin sudah berusaha untuk memperjuangkan Islam sedaya mampu mereka, dan kini hampir 90 tahun.



Kalaulah kalian membaca tulisan ku ini, ku ingin memberi secebis kata semangat walaupun tidak seberapa.


 
Hari-hari berlalu pasti akan ditempuhi kegelapan malam sebelum tibanya keindahan siang.



Pada kegelapan itu terdapat pelbagai kejahatan yang mencengkam malah membunuh para pejuang.



Namun sesungguhnya kegelapan malam itu pasti akan berakhir dengan keindahan waktu Subuh yang terang bendarang.



Semoga Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah Azza Wa Jalla menurunkan kepada kalian dan kami sebuah kemenangan dalam limpahan kasih sayang.



Yang sudah gugur janganlah di kau bersedih kerana mereka telah bertemu Tuhan dalam keadaan riang,



Dan yakinlah wahai saudaraku, bahawa Allah pasti bersamamu wahai pejuang!



 



Moga amal aku dan kamu diterima Allah yang Maha Penyayang.

Pas Tebok Marso shared Ustaz Norazli's photo.
Mangsa kekejaman rejim Asisi Laknatullah.
KEADAAN DI MESIR




RAKAMAN 39 KEPING GAMBAR WAJAH-WAJAH PARA SYUHADA' DI PERISTIWA PEMBUNUHAN KEJAM DI MEDAN PADA 14 HB OGOS 2013.


BIARKAN GAMBAR-GAMBAR BERBICARA SENDIRI BETAPA ZALIMNYA PEMERINTAH HARAM MESIR KINI.

Kelebihan Mati Syahid Di Medan Peperangan

Malaikat khas akan didatangkan untuk mensyahidkan (menyaksikan) mereka yang mati syahid di medan peperangan. Mati syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh dalam pertempuran di medan peperangan kerana mendaulatkan Islam, menegakkan perintah atau hukum Allah dan mempertahankan negeri Islam daripada serangan musuh.

Mereka Tidak Mati

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)

Dalam mazhab Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyangkan jenazah mereka kerana segala dosa mereka telah gugur (dihapuskan). Dalam mazhab Hanbali pula, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman Allah.

Baqarah [154] Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Mereka Bersukacita di Syurga
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ali-Imran:170)

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Ali-Imran:171)

Sakitnya Tidak Melebihi Gigitan Semut
Dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang yang mati syahid itu tidak mendapatkan kesakitan kerana terkena pembunuhan, melainkan hanyalah sebagaimana seseorang di antara engkau semua mendapatkan kesakitan kerana terkena gigitan – semut dan sebagainya.” (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi)

Ingin Kembali Ke Dunia Dan Mengulanginya Hingga 10 Kali

Para Syuhada ini menerima ganjaran yang sangat istimewa sehingga sanggup kembali ke dunia untuk mengulangi kematian berbanding golongan lain seperti para wali dan orang soleh yang tidak sanggup lagi kembali ke dunia yang penuh dengan syirik, maksiat dan kezaliman.

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid. (Muslim)
-Nasbun Nurain-

Pejuang Syahid Tetap Hidup

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Baqarah:154)
Dalam ayat di atas disebut “jangan mengatakan”, dalam ayat yang lain pula disebut “jangan kamu fikir atau sangka”
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)
Dalam mazhab Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyangkan jenazah mereka kerana segala dosa mereka telah gugur (dihapuskan). Dalam mazhab Hanbali pula, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman Allah di atas. Dalam mazhab Hanafi, jenazah pejuang syahid tetap disembahyangkan sebagai menghormati jenazah seorang Muslim, sepertimana jenazah Rasulullah s.a.w. sendiri disembahyangkan selama 3 hari.
Syahid Mesti Kerana Allah
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang pertama sekali diputuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Ia akan dihadapkan (kepada Allah SWT) lalu Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu, maka ia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah SWT lalu bertanya kepadanya: “Apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah Ku berikan kepadamu itu?” Ia menjawab: “Nikmat itu telah saya gunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku gugur sebagai syahid.” Allah SWT berkata kepadanya: “Engkau bohong! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani, dan telahpun dikatakan orang begitu kepadamu.” Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam neraka.
Tidak Merasa Kesakitan Kecuali Seperti Gigitan Semut
Dalam sebuah hadith dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:“Orang yang mati syahid itu tidak mendapatkan kesakitan kerana terkena pembunuhan, melainkan hanyalah sebagaimana seseorang di antara engkau semua mendapatkan kesakitan kerana terkena gigitan – semut dan sebagainya.” (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi)
Sanggup Bergelimpangan di Medan Perang
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia. Abu Jahim bercerita.“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid
Syahid Yang Besar
Dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. telah menjanjikan kepada kami akan berlaku peperangan membebaskan India. Jika aku sempat hidup pada zaman berlakunya peperangan tersebut, nescaya aku mengorbankan diri dan hartaku (untuk turut menyertainya) kerana jika aku terbunuh (dalam peperangan tersebut), aku adalah dari semua-mulia syahid dan jika aku pulang (yakni selamat), aku akan menjadi Abu Hurairah al-Muharrar (yakni Abu Hurairah yang dibebaskan dari neraka). (Riwayat Imam an-Nasai.)


Wajah-Wajah Orang Mati Syahid

by Hasnul Hadi Ahmad on November 9, 2011

Tingginya Nilai Mati Syahid Di sisi Allah
Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)
Firman Allah lagi,maksudnya:
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)
Orang Yang Mati Syahid Sahaja Yang Mengharap Kembali Ke Dunia
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR Bukhari dan Muslim)
Keberuntungan di kalangan ahli keluarga yang mati syahid dan orang yang bersungguh-sungguh untuk syahid
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)
Wajah Para Pejuang Gaza di Palestin Yang Telah Syahid







Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Public Figure · 54,202 likes
Pembunuh rakyat. ..laknat ke atas fatah sissi
Masjid Rabiatul Adawiyah selepas dibakar secara keseluruhan oleh pasukan tentera dan pihak polis Mesir.

Sumber : عمر ابن الخطاب
#mesirkini

Tiada ulasan: