Bekas wartawan Utusan Malaysia, Amran Ahmad berkata beliau akan bertanding untuk jawatan jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP sekiranya Pendaftar Pertubuhan memutuskan agar pemilihan tersebut dijalankan semula.

Anak kepada bekas naib pengerusi DAP kebangsaan Ahmad Nor itu berkata, beliau memutuskan demikian demi mengukuhkan persepsi masyarakat bahawa DAP merupakan parti pelbagai kaum dan mendengar pandangan orang Melayu dalam semua keputusannya.

"Berbekalkan rekod prestasi arwah bapa yang cukup setia dalam perjuangannya bersama DAP selama berbelas tahun lamanya, saya yakin mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli DAP untuk berada dalam CEC sekali gus meneruskan legasi arwah bapa dalam politik negara,

"Jika anak bekas pemimpin Umno, Zairil (Khir Johari) mampu menjana 803 undi, masakan saya sebagai anak bekas pemimpin DAP tidak mampu untuk meraih jumlah undi yang diperlukan untuk menduduki badan tertinggi parti," kata ahli DAP cawangan Damansara Utama itu.

Amran berkata, beliau menerima banyak galakan di peringkat akar umbi terutama dari kalangan rakan arwah bapanya.

"Galakan dan sokongan kian memuncak ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini dengan rakan kenalan dan rakan sekerja arwah bapa menggesa saya untuk meneruskan legasi perjuangan bapa ke arah Malaysia yang lebih baik dan sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat demikian," tambahnya.

ROS pada 30 Julai lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana tidak berpuas hati dengan dengan penjelasan  parti itu berhubung isu penyelewengan dan manipulasi undi pada pemilihan yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Setiausaha DAP Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan ROS dan mencabar ketua pengarah jabatan tersebut, Datuk Abdul Rahman Othman, untuk bersemuka.
Pembantu rumah dakwa didera majikan

Seorang pembantu rumah warga Indonesia melarikan diri dari rumah majikannya di Subang Bestari di Shah Alam dengan mendakwa dia menjadi mangsa dera sejak lapan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata Maria Roberta Sain, 30, yang mendakwa sering dipukul majikannya, bertindak melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya pada kira-kira 7 malam, Khamis lalu, dengan bantuan orang awam.

"Mangsa mengalami luka, lebam dan kesan parut di seluruh badan. Wanita itu  mendakwa majikan memukulnya dengan menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.

"Menurut mangsa, majikan pukul dia kerana tidak berpuas hati dengan cara dia menjalankan kerja rumah," katanya kepada pemberita.

Junaidi berkata pembantu rumah itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Susulan itu, seorang wanita berusia 40 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 3 petang tadi untuk membantu siasatan.

Junaidi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.

- Bernama


Nadia Muslimah Chohong and Pakdo Dey shared Din Jawa's photo.
Peristiwa Tentera Syiah menyerang Kaabah

(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi

1: Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.

2: Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah].

3: Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya ke dalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

4: Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air.

5: Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

6: Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.

7: Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

8: Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.

9: Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah (Al-Assad).

- “Kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir.”

Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.

Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Syiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.

Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.