Isnin, 19 Ogos 2013

KITA AKAN KEMBALI...IAITU MATI...MAHU ATAU TAK MAHU...MATI TETAP MATI...MAKA SOKONG ISLAM ITU WAJIB BUKAN MENYOKONG MUSUH2 ISLAM....MENYOKONG MUSUH2 ISLAM BERERTI MENENTANG ALLAH SWT

Sisi bunuh tenteranya yang enggan membunuh rakyat

http://wasukalu.blogspot.com, 19 Ogs 2013
Pihak Tentera Kudeta (rampasan kuasa) sendiri turut melakukan pembunuhan beramai-ramai tentera yang menolak perintah untuk membunuh semua penunjuk perasaan.

Sumber media melaporkan tentang hukuman oleh unit khas As-Sisi yang terlibat secara peribadi dalam barisan tengah tentera Mesir melakukan proses hukuman besar-besaran menangkap mana-mana askar atau pegawai yang bersimpati dengan rakyat Mesir atau tidak menembak penunjuk perasaan secara aman.

PS: Anda lihat dan tafsir sendiri gambar, tentera-tentera kudeta hanya membiarkan sahaja mayat tentera yang mereka tembak bergelimpangan di atas jalan tanpa disusun dan diletakkan dengan elok.


Lebih 2,500 - Mati Syahid.
Lebih 3,000 - Ditangkap.
Lebih 10,000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dan wartawan dibunuh.
Puluhan - Kanak-kanak dan bayi dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Ratusan khemah - Dirobohkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Para Doktor bertugas - Ditangkap tentera.

1. Mesir diisytihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4pm td waktu Mesir.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK BOM GAS BERACUN ke arah semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU orang telah MATI SYAHID dan lebih 10 ribu orang yang tercedera, termasuk dari kalangan kanak-kanak, wanita, dan para ibu.

4. Semua yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersenjata.

5. Ambulan dan bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kawasan himpunan serta TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kepada mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yang dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan dan pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akan terus BUNUH mana-mana rakyat yang menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah dan kampung masing menuju medan perang untuk menyokong Morsi dan mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM !

p/s : Daripada jumlah di atas, agak-agaknya berapakah jumlah peluru hidup dan gas pemedih mata digunakan tentera As-Sisi La'natullah ini ketika 'meratah' rakyat Mesir? Allahurabbi..



Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬? Apakebenda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.



Politician · 54,715 likes
Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :

Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.

Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati saya apabila terhidu bau kematian dan saya berseorangan mencari dan membelek setiap satu jenazah dan cuba untuk mengenal pasti tanpa ada pertolongan dari sesiapa.

Sesudah itu kami menelefon antara satu sama lain bertanyakan hasil pencarian :

"Awak sudah jumpa dia?"

"Belum lagi, awak?"

"Belum"

"Ok, awak dah tengok elok-elok?"

"Ya, saya sudah tengok elok-elok, saya dah belek-belek setiap satu dari mereka, awak dah tengok elok-elok?"

"Sudah"

"Awak pasti?"

"Ya"

"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi"

"Baiklah"

Kemudian selepas beberapa minit kami bercakap di telefon sekali lagi.

"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"

"Belum lagi wahai Umar"

"Ok, berdekatan awak ada tak mayat yang terbakar (rentung)?"

"Ya"

"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identitinya"

"Baik"


Selepas beberapa minit..


"Umar, mana beg ayah yang ada kesan darah tu?"

"Saya dah bawa balik rumah"

"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok"

"Kenapa"

"Sebab ada empat mayat rentung secara total dan tanpa apa-apa identiti, dan hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA , dan saksi mengatakan ayah berada di tempat yang terbakar."

"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan"

"Kita nak cakap apa pada ibu? Ibu mesti tidak dapat mengawal dirinya"

"Kita terpaksa membohonginya"

"Maksudnya kita nak cakap apa?"

"Awak fikirkan, dan saya juga akan fikir kemudian kita akan bercakap dengannya"

Maka perbualan kami menyusuri 48 jam ini hanyalah berkaitan kematian dan jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar. Hati-hati kami perit, terus berdiri di atas kedua kaki kami dengan kekuatan yang tidak tahu dari mana datangnya.

Seumur hidup kami tidak pernah terbayang bahawa kami akan terpaksa berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah-jenazah, dan itu hanyalah kerana kami mencari jenazah ayah kami yang sudah meninggal, bukan yang hidup.

Kemudian,

Selepas 48 jam berada di antara para jenazah, 600 jenazah, 40 jenazah yang rentung.

Kami berpusing-pusing di antara rumah-rumah mayat dan hospital-hospital, meneliti wajah-wajah, memeriksa jenazah-jenazah dan mendekatkan muka kami pada setiap wajah, sehingga kami tidak tahu apa perasaan yang sewajarnya kami rasa, sama ada untuk bersedih setelah menjumpainya atau merasa lega kerana telah menemui jenazahnya.

Kami terpaksa melangkah jenazah-jenazah kerana tiada ruang untuk bergerak, kaki kami berulang-alik di dalam darah, kami dekatkan wajah untuk mengecam, tapi kecederaan menyukarkan pengecaman.

Kami periksa jenazah yang rentung dan meneliti sebaik mungkin, mungkin kami akan menemui sebarang tanda pengenalan ayah.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran kami.
Darah telah membasahi tudung-tudung kami.
Tembakan sentiasa dilepaskan kemana saja kami pergi,
Kami tetap yakin kami akan menemuinya.

Selepas kami hampir putus harapan, ada seseorang menghubungi kami dan mengatakan bahawa jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat, saya terus berlari.

Akhirnya kami menemuinya..

Satu peluru menembusi lehernya,
dan satu peluru menembusi pipi ke belakang telinganya.

Kami gembira menemuinya seolah-olah kami telah menemui jenazah ayah dalam keadaan hidup,

Ayah telah pergi...

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية

Zaiton Nasir shared Irfan B. Masiri's photo.
Semalam (17/8), Kroni Regim Saudi, Walid bin
Thalal (gambar kanan) telah memberhentikan
Tareq Suwaidan dari TV Ar-Risalah.

Katanya "Tidak ada tempat bagi seorang Ikhwan
di dalam grup kami."

Tareq Suwaidan tempelak balik;

“Hanya orang lemah sahaja yang akan takutkan
rezekinya.

Hanya orang yang matlamatnya dunia semata
mata yang mahu mengorbankan prinsip-prinsip
nya."

Sumber: Dakwatuna.

..........................................

Tareq Suwaidan ni adalah ulama progressif dari
Kuwait tapi degree, master, PhD, semua dalam
bidang engineering.

Benarlah! orang beriman tidak akan menjual
dirinya demi kesenangan dunia semata-mata.

Inilah apa yang Francois-Marie Arouet (Voltaire)
kata: "When it is a question of money, everybody
is of the same religion."

-Hasbunallahu wanikmal wakeel

# R4BIA # PRAY4EGYPT


Product/Service · 915,924 likes
Masjid Iman Mewangi Dengan Darah Syuhada

Sumber : R.N.N

Beginilah suasana di dalam Masjid Iman di Jalan Makram Abid, Kaherah yang menempatkan jenazah para syuhada setelah Masjid di Medan Rabaah dibakar dan ditawan oleh tentera dan polis semalam.

Ingat mereka ini tidak mati bahkan hidup dan mendapat kurnia di sisi tuhan mereka.

support Prihatin Mesir
oleh Ya Muhammad

Non-Governmental Organization (NGO) · 44,722 likes
Mesir....
Bukan Israel....
Mohon share.....
Syabab Pas Kampar shared Mohd Amiruddin's photo.
Kanak-kanak tidak berdosa ini turut menjadi mangsa kekejaman Jeneral Abdul Fatah As-Sisi di Mesir.

InsyaAllah para penghuni syurga sedang menanti kehadiranmu...
Ahmad Mazlan shared Hazman Hamad's photo.
Manusia Celaka.......
Sayang nya Arab satu bangsa yang tidak mengenang budi,. Sejarah telah mencatatkan kehebatan Bangsa Arab melalui Bahasa dan Tamadun yang di bina atas perinsip dan sunnahtulah Baginda Rasulullah SAW, tapi Sayang nya walaupun terdapat kelebihan itu, Namun, mereka gagal untuk memanfaat kan nya,.. Seperti apa yang berlaku sekarang, mereka kekal ganas, jahil dan tidak berperi kemanusiaan sesama manusia,..

Apa kehebatan Tentera Mesir ini jika nak dihalakan senjata untuk membunuh rakyat nya sendiri,.. Inilah yang disebut "samseng tak bertempat".. Sebenarnya Mereka adalah pengecut, Mereka tidak berani menghalakan muncung senjata ke Israel, mereka hanya berlagak samseng untuk membunuh keluarga Islam mereka sendiri,...

...Ingat lah Al Sisi, Suatu hari nanti, Nama mu, Zuriat keturunan kamu dan pengikut2 mu akan di hina oleh bangsa kamu sendiri dari zaman ke zaman, Generasi ke generasi...
Wan Yassin and 2 other friends shared Muhammad Yamin's photo.
Maaf...tapi agar anda tau, bahwa ternyata di atas dunia ini ada manusia seperti ini. Semoga Allah membalas kezoliman mereka, di dunia dan akhirat..


Penyokong Kerajaan Zalim Dihalau dari Telaga Kauthar

At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka’ab bin ‘Ujrah katanya, pada suatu hari Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Wahai Ka’ab, aku mohon perlindungan daripada Allah s.w.t supaya melindungimu daripada pemerintah-pemerintah yang datang selepas aku. Barangsiapa yang mendatangi pemerintah di tempat kediaman rasmi mereka, serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan daripada umatku, ia tidak dapat menemui aku dan menghampiri telagaku (Telaga Kauthar) di akhirat kelak. Barangsiapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedang dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu di atas kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya.”

Hadis riwayat at-Tirmidzi ini memperkatakan mengenai orang-orang yang tidak dapat meminum air Telaga Kauthar di akhirat kelak, atas sebab-sebab mereka telah mengingkari sunnah Rasulullah s.a.w. Di antara mereka ialah golongan yang suka mendekati istana ataupun mengampu pemerintah bagi mendapatkan habuan-habuan tertentu. Mereka mempunyai tujuan duniawi dalam kegiatan mereka mendekati pemerintah, sedangkan mereka sedar bahawa pemerintah tidak mengikut sunnah Rasulullah. Mereka mengampu dan sanggup membenarkan segala pendustaan dari istana ataupun pemerintah zalim itu kerana mempunyai tujuan tertentu.

Sunan at-Tirmidzi: hadis no. 558, al-Mukjam al-Kabir: hadis no 15 561
· 4 hours ago ·

pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki

1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.

5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.

7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?

9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.

10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
Like · · · 24 minutes ago ·
Osman Aziz shared Umie Umairah's photo.
Ini maksudnya....

1. Allah matlamat kami
2. Rasul ikutan kami
3. Al-Quran perlembagaan kami
4. Mati di jalan Allah setinggi cita-cita kami

Dr. Salim, bekas calon Presiden lawan Morsi kini membela Morsi

http://greenboc.blogspot.com, 19 Ogs 2013

Dr. Muhammad Salim Al-’Awwa—cendikiawan Islam, mantan Setiausaha Agong Persatuan Ulama Antarabangsa, dan mantan calon presiden Mesir—menyatakan dalam komunikasi melalui telefon di channel Aljazeera Sabtu (17/8/2013) kemarin bahawa:

1. Pemegang kekuasaan di Mesir ketika ini selalu menolak semua inisiatif damai.

2. Saya masih terus menyeru As-Sisi dan orang-orangnya untuk introspeksi diri dan memikirkan kembali langkah yang sudah mereka ambil.

3. Kemana mereka akan pergi dengan sekian banyak darah yang mereka tumpahkan itu?

4. Tuduhan teroris yang dilemparkan oleh pemerintah As-Sisi kepada Ikhwanul Muslimin adalah lelucon bodoh yang tidak perlu sibuk-sibuk dibantah.

5. Saya adalah kompetitor Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya presiden, dan saya tidak pernah menjadi sebahagian dari mereka, tapi saya terpanggil untuk membela mereka. Saya bersaksi bahwa mereka tidak bersenjata, tidak memiliki semua yang dituduhkan oleh pemerintah As-Sisi, dan mereka bukan para penganjur kekerasan (ekstremisme).

Tiada ulasan: