Rabu, 21 Ogos 2013

TARIK BALIK SAMAN BUKAN SELESAI DILUAR MAHKAMAH

Syria: 600 terbunuh diserang senjata kimia rejim Assad

Harakahdaily, 21 Ogs 2013

DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera regim Assad semalam.

Mereka mendakwa tentera rejim membuat serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency.

Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut sebagai "pembunuhan beramai-ramai" dan bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital lapangan.

Seorang doktor Halid Mahmud mendakwa, serangan semalam oleh regim tentera Assad itu menggunakan senjata kimia berupa "gas sarin".

Serangan gas itu katanya telah menyebabkan mangsa muntah, sukar bernafas, muntah, tidak sedarkan diri termasuk golongan kanak-kanak sekolah.

Sementara itu, rakaman video di sebuah hospital menunjukkan para petugas perubatan sibuk merawat mereka yang terkena serangan gas tersebut yang majoritinya adalah golongan kanak-kanak.

Beberapa rakaman video lain yang menunjukkan kesan serangan tersebut juga mula disebar di internet.

[LIHAT VIDEO]

PAS anjur sidang meja bulat bincang isu Mesir

Salmiyah Harun, 21 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan persidangan meja bulat pada 1 September ini berhubung jenayah perang yang sedang rakus dilakukan oleh tentera Mesir menyebabkan ribuan nyawa rakyat awam negara itu terkorban.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, PAS akan menjemput wakil-wakil NGO, politik dan diplomat untuk berbincang mengenai konflik di Mesir yang semakin meruncing.

"Kita akan jemput parti politik termasuk Umno BN dan ngo-ngo di peringkat negeri dan negara, tempat persidangan itu kita akan maklumkan kemudian," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu tambah beliau,  hasil dari persidangan tersebut PAS akan mengemukakan satu deklarasi iaitu Deklarasi Kuala Lumpur.

"walaupun ianya satu usaha yang kecil tetapi ia mempunyai peranan yang besar bagi membantu umat Islam Mesir yang terus menjadi mangsa," katanya.

Sehingga ke hari ini dipercayai sudah lebih 4,000 nyawa yang tidak berdosa telah dibunuh oleh tentera Mesir walaupun pihak tentera cuba menutup kekejaman ini dengan mengeluarkan angka rasmi kematian sekitar 830 orang sahaja.

Lanjutan daripada rampasan kuasa yang menggulingkan Dr Muhammad Morsi selaku Presiden Mesir yang dipilih secara sah membuatkan rakyat Mesir bangkit untuk membantah tindakan demokratik tersebut, akibatnya suasana tegang mengundang pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di sana mutakhir ini.

Tragedi berdarah Masjid Al-Fath, Kaherah

Abu Marwan, 21 Ogs 2013

KAHERAH: Tembakan serta gas pemedih mata juga dilempar kedalam masjid ini bagi memaksa mereka yang berlindung didalam maslid agar keluar dari masjid dan menyerah diri. Ini termasuk juga doktor-doktor yang bertugas merawat mereka yang cedera ditembak.



Inilah masjid Al-Fath yang terletak di daerah Remsis, di tengah-tengah kota Kaherah. Ia kini menjadi lambang kezaliman junta tentera yang menyerang dan membunuh lebih 100 rakyat awam yang tidak berdosa. Rakyat awam yang terperangkap dalam himpunan telah di kepung hampir 48 jam oleh tentera junta yang menggunakan samseng-samseng bagi membunuh mereka yang berada didalam masjid itu.

Menurut saksi-saksi, kawasan masjid ini pada mulanya menghimpunkan penyokong-penyokong presiden Morsi sebaik sahaja solat Jumaat selesai. Ia juga menjadi ‘hospital sementara’ bagi merawat mereka yang cedera dalam himpunan aman yang diadakan bagi menbantah pembunuhan dan peristiwa berdarah di Rabaa Adawiyah.

Namun hospital sementara ini tiba-tiba bertukar menjadi ‘rumah mayat’ apabila berpuluh-puluh jenazah rakyat awam yang ditembak oleh junta tentera dipindahkan disini. Ia juga menjadi tempat perlindungan ratusan wanita dan kanak-kanak yang terkepung akibat serangan samseng-samseng yang diupah.

Tembakan serta gas pemedih mata juga dilempar kedalam masjid ini bagi memaksa mereka yang berlindung didalam maslid agar keluar dari masjid dan menyerah diri. Ini termasuk juga doktor-doktor yang bertugas merawat mereka yang cedera ditembak.

Sementara itu, beratus-ratus samseng-samseng yan bersenjatakan kayu dan senjata tajam dibiarkan bergerak bebas mengepung masjid ini bagi menyerang mereka yang berada didalam masjid.

Setelah hampir 48 jam terkepung, wanita-wanita dan kanak-kanak akhirnya berjaya dibebaskan. Namun  pihak tentera telah menangkap pemuda-pemuda yang berada didalam masjid dan membawa mereka ke penjara dengan menggunakan truk-truk polis.

Lebih malang lagi, dianggarkan 40 orang awam yang sedang dibawa ke balai polis telah meninggal dunia akibat di tembak dan sesak nafas akibat gas pemedih mata dilemparkan kedalam truk polis yang berkunci. Alasan mudah yang diberikan oleh pihak junta tentera adalah mereka telah di serang oleh terroris di dalam perjalanan.

Masjid Al-Fath kini terkunci rapat dan dikawal ketat oleh polis dan tentera. Namun ia tidak henti-henti di kunjungi oleh rakyat awam yang mahu melihat sendiri siri kekejaman yang dilakukan junta tentera ini.

Kapten pasukan Kelantan pamer simbol #R4BIA

http://omakkau.blogspot.com, 21 Ogs 2013

GELAGAT KETUA PASUKAN BOLASEPAK KELANTAN YANG MEMPAMIRKAN SIMBOL #R4BIA BAKAL MENGUNDANG KEMARAHAN PENYOKONG KERAJAAN JENERAL AS-SISI DI NEGARA INI!!!!


Inilah gelagat dan perangai ketua pasukan bolasepak Kelantan Darul Naim The Red Warriors
Mohd Badhri Radzi atau nama sinonimnya Piya.

Gelagat dan telatah ini dipamirkan oleh Piya semasa pasukan The Red Warriors dalam Perlawanan Piala Malaysia berjaya menyumbat gol pertama menentang pasukan Pahang Darul Makmur di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam tadi.

Mempamirkan simbol #R4BIA sebagai tanda sokong penderitaan rakyat Mesir yang kini dizalimi dan ditindas secara amat kejam sekali oleh pemerintah tentera yang diketuai Jeneral As Sisi.

Sudah pasti gelagat dan gaya Piya ini mengundang kemarahan dan amukkan ganas dari pendokong dan penyokong Kerajaan Haram Mesir As- Sisi.

Tabik spring kepada Piya!!!

Cadangan CCRIS terhadap peminjam PTPTN tidak sah

Harakahdaily, 21 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengenakan CCRIS (Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat) kepada peminjam PTPTN adalah tidak sah.

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata, ini kerana cadangan yang diumum oleh Menteri Pendidikan II Datuk Idris Jusoh itu bertentangan dengan prinsip "privity of contract".

"Seperti yang semua maklum pemberian pinjaman kepada para pelajar di bawah skim PTPTN melibatkan kontrak pinjaman antara pemberi pinjaman iaitu Kerajaan  Malaysia di satu pihak dan penerima pinjaman iaitu para pelajar di satu pihak yang lain.

"Dengan lain perkataan kontrak pinjaman PTPTN melibatkan dua pihak sahaja. Pihak Bank Negara bukanlah pihak kepada perjanjian atau kontrak PTPTN tersebut," katanya.

Oleh itu tambahnya, apabila pihak Kerajaan melibatkan Bank Negara sebagai pihak yang menyediakan perkhidmatan CCRIS  bagi menghukum para pelajar yang masih belum membayar balik pinjaman PTPTN ia sekaligus bertentangan dengan prinsip "privity of contract".

Menjelas lanjut, Hanipa yang juga peguam berkata, secara mudahnya prinsip "privity of contract" bermaksud hanya pihak pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak berhak melaksanakan atau menguatkuasakan hak-hak dan tanggungjawab mereka di dalam kontrak tersebut.

Pihak pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan kontrak tersebut pula  tidak boleh dilibatkan dengan kontrak tersebut.

Menurutnya, Bank Negara bukanlah pihak yang terlibat dalam mana mana perjanjian PTPTN antara Kerajaan dan para pelajar maka tindakan Kerajaan BN menarik pihak Bank Negara bagi menguatkuasa perjanjian PTPTN tersebut secara jelas tidak sah dan boleh dianggap satu penyalahgunaan kuasa.

"Jika sekalipun pihak Kerajaan ingin mendapatkan balik wang pinjaman tersebut ia sepatutnya melaksanakan hak haknya yang terkandung dalam perjanjian PTPTN tersebut.

"Tidak sepatutnya Kerajaan menggunakan saluran pintas untuk mendapat balik pinjaman tersebut dengan menyalahgunakan CCRIS yang disediakan oleh Bank Negara. Bank Negara juga tidak sewajarnya menjadi "pak turut" sahaja dan membiarkan Kerajaan bertindak secara tidak sah," tegasnya.

Tindakan baru Kerajaan BN ini juga jelasnya, menunjukkan bahawa Kerajaan BN bukan sahaja gagal dalam menyediakan sistem pendidikan percuma kepada warga negara malahan sanggup menghukum para peminjam PTPTN dengan menyukarkan mereka untuk mendapat pembiyaaan daripada institusi kewangan apabila nama  mereka disenaraikan dalam data maklumat CCRIS.

Satu yang ironi katanya, para peminjam PTPTN di kalangan rakyat bawahan tidak mendapat belas ikhsan Kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan begitu bersungguh mengejar mereka sebaliknya para peminjam yang merupakan kroni pemimpin pemimpin BN seperti Tajuddin Ramli yang berhutang berbilion ringgit dan membawa kerugian yang besar kepada MAS bukan sahaja tidak perlu bimbang untuk membayar semula pinjaman atau bimbang dengan CCRIS malahan ditolong dan diselamatkan dengan payung terjun emas.

"Amat malang nasib rakyat Malaysia, harapan untuk mendapatkan pendidikan percuma, penghapusan tol, penurunan harga minyak, penghapusan AES semuanya berkecai apabila BN terus memerintah melalui pilihanraya yang sarat dengan penipuan," katanya.

Rafizi alu-alukan Zahid tarik balik saman

Harakahdaily, 21 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kesediaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik balik saman terhadapnya berhubung satu kenyataan yang saya buat bertarikh 29 Disember 2012 mengenai urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

“Keputusan itu dicapai setelah berpuas hati berdasarkan penjelasan beliau dan fakta-fakta terkini bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk membayar RM160 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Saya mengalu-alukan kesediaan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap saya berhubung satu kenyataan yang saya buat bertarikh 29 Disember 2012 mengenai urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).

Keputusan itu dicapai setelah saya berpuas hati berdasarkan penjelasan beliau dan fakta-fakta terkini bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk membayar RM160 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd.

Oleh itu, saya bersedia menarik balik kenyataan saya sebelum ini mengenai beliau dan urusniaga tersebut.

Saya berharap bahawa kesediaan kami duduk berbincang dan saling menjelaskan kedudukan sesuatu perkara menjadi perkembangan sihat dalam arus politik negara.

Sebagai seorang ahli politik, adalah menjadi tugas saya mempersoalkan keputusan menteri dan penjawat awam yang saya fikirkan bertentangan dengan kepentingan awam, berdasarkan maklumat yang ada pada ketika itu.

Sehingga saya mempersoalkan peranan menteri dan penjawat awam lain dalam urusniaga itu melalui kenyataan media bertarikh 29 Disember 2012, tidak ada sebarang penjelasan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana penjawat awam.

Hanya setelah perkara itu dibangkitkan, barulah ada sedikit penerangan dan fakta-fakta lain mula didedahkan berdasarkan maklumat yang saya perolehi.

Setelah beberapa penjelasan diberikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran dari perkara yang saya timbulkan, saya pula berpuas hati bahawa beliau tidak terlibat di dalam keputusan itu.

Di dalam sebuah demokrasi, adalah menjadi tanggungjawab seorang ahli politik atau wakil rakyat untuk menimbulkan isu berkepentingan awam.

Juga menjadi tanggungjawab menteri atau penjawat awam untuk memberi penjelasan sewajarnya.

Setelah penjelasan diberikan, sekiranya ada kenyataan yang tidak tepat dibuat sebelum itu kerana kekurangan maklumat atau tiadanya penjelasan kerajaan, maka adalah satu amalan kenyataan yang tidak tepat itu diperbetulkan atau ditarik setelah penjelasan sewajarnya diberikan.

Itu semangat yang sama-sama dihayati oleh saya dan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang mendorong kepada keputusan bersama yang dibuat pada hari ini.

Walau bagaimana pun, keputusan pada hari ini tidak membersihkan nama penjawat-penjawat awam yang lain yang perlu memikul amanah menjelaskan perkara-perkara ini:

1.      Anugerah kontrak penswastaan Puspahanas oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Awan Megah Sdn Bhd apabila syarikat itu tidak layak sehingga ia terus bermasalah dan terbengkalai sehingga hari ini. Saya akan terus membawa isu ini supaya sekiranya ada sebarang penyelewengan, ia akan dipertanggungjawabkan sewajarnya.

2.      Keputusan Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad meluluskan urusniaga RM160 juta yang menguntungkan Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd sedangkan penilaian urusniaga menunjukkan Awan Megah Sdn Bhd tidak ada hakmilik ke atas tanah seluas 223 ekar yang diurusniagakan.

Keputusan yang dicapai di mahkamah pada hari ini tidak ada prejudis kepada isu-isu ini dan saya akan terus membawa isu ini sehingga ada pertanggungjawaban yang sewajarnya.

Berikut adalah kenyataan yang ditandatangani bersama oleh saya dan Datuk Seri Zahid Hamidi pada hari ini.

Cadangan CCRIS terhadap peminjam PTPTN tidak sah

Harakahdaily, 21 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengenakan CCRIS (Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat) kepada peminjam PTPTN adalah tidak sah.

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata, ini kerana cadangan yang diumum oleh Menteri Pendidikan II Datuk Idris Jusoh itu bertentangan dengan prinsip "privity of contract".

"Seperti yang semua maklum pemberian pinjaman kepada para pelajar di bawah skim PTPTN melibatkan kontrak pinjaman antara pemberi pinjaman iaitu Kerajaan  Malaysia di satu pihak dan penerima pinjaman iaitu para pelajar di satu pihak yang lain.

"Dengan lain perkataan kontrak pinjaman PTPTN melibatkan dua pihak sahaja. Pihak Bank Negara bukanlah pihak kepada perjanjian atau kontrak PTPTN tersebut," katanya.

Oleh itu tambahnya, apabila pihak Kerajaan melibatkan Bank Negara sebagai pihak yang menyediakan perkhidmatan CCRIS  bagi menghukum para pelajar yang masih belum membayar balik pinjaman PTPTN ia sekaligus bertentangan dengan prinsip "privity of contract".

Menjelas lanjut, Hanipa yang juga peguam berkata, secara mudahnya prinsip "privity of contract" bermaksud hanya pihak pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak berhak melaksanakan atau menguatkuasakan hak-hak dan tanggungjawab mereka di dalam kontrak tersebut.

Pihak pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan kontrak tersebut pula  tidak boleh dilibatkan dengan kontrak tersebut.

Menurutnya, Bank Negara bukanlah pihak yang terlibat dalam mana mana perjanjian PTPTN antara Kerajaan dan para pelajar maka tindakan Kerajaan BN menarik pihak Bank Negara bagi menguatkuasa perjanjian PTPTN tersebut secara jelas tidak sah dan boleh dianggap satu penyalahgunaan kuasa.

"Jika sekalipun pihak Kerajaan ingin mendapatkan balik wang pinjaman tersebut ia sepatutnya melaksanakan hak haknya yang terkandung dalam perjanjian PTPTN tersebut.

"Tidak sepatutnya Kerajaan menggunakan saluran pintas untuk mendapat balik pinjaman tersebut dengan menyalahgunakan CCRIS yang disediakan oleh Bank Negara. Bank Negara juga tidak sewajarnya menjadi "pak turut" sahaja dan membiarkan Kerajaan bertindak secara tidak sah," tegasnya.

Tindakan baru Kerajaan BN ini juga jelasnya, menunjukkan bahawa Kerajaan BN bukan sahaja gagal dalam menyediakan sistem pendidikan percuma kepada warga negara malahan sanggup menghukum para peminjam PTPTN dengan menyukarkan mereka untuk mendapat pembiyaaan daripada institusi kewangan apabila nama  mereka disenaraikan dalam data maklumat CCRIS.

Satu yang ironi katanya, para peminjam PTPTN di kalangan rakyat bawahan tidak mendapat belas ikhsan Kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan begitu bersungguh mengejar mereka sebaliknya para peminjam yang merupakan kroni pemimpin pemimpin BN seperti Tajuddin Ramli yang berhutang berbilion ringgit dan membawa kerugian yang besar kepada MAS bukan sahaja tidak perlu bimbang untuk membayar semula pinjaman atau bimbang dengan CCRIS malahan ditolong dan diselamatkan dengan payung terjun emas.

"Amat malang nasib rakyat Malaysia, harapan untuk mendapatkan pendidikan percuma, penghapusan tol, penurunan harga minyak, penghapusan AES semuanya berkecai apabila BN terus memerintah melalui pilihanraya yang sarat dengan penipuan," katanya.
IN THE HIGH COURT OF MALAYA
AT KUALA LUMPUR

That I, Mohd Rafizi bin Ramli, the defendant in this matter is satisfied with the explanation given by the plaintiff, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, that the plaintiff had not abused his powers in any matter whatsoever and had no role whatsoever in the decision of Boustead Holdings Berhad to enter into transactions to acquire Astacanggih Sdn Bhd’s shares and development lands from Awan Megah Sdn Bhd as stated in my article dated 29 December 2012.


Therefore I, Mohd Rafizi bin Ramli, hereby unequivocally and unconditionally withdraw the wrongful statements in my article dated 29 December 2012 with reference to the plaintiff.

Tiada ulasan: