Ahad, 11 Ogos 2013

DENGAR SEMUA PIHAK...BARU ADILI...JANGAN DENGAR SEBELAH PIHAK KITA ADILI....ITU TAK BETUL...ATAU SAHABAT ADILI BUKAN MUSUH....KALAU GENG ADILI SEMUANYA BAIK2 BELAKA...ADILI ALLAH PALING TEPAT

Kadar BR1M dinaikkan tahun depan
  • Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  
  • Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
1 / 1
IPOH – Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

“Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.

BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. – Bernama


SAH..!!! RAKYAT KENA KELINTONG BULAT-BULAT DENGAN UMNO/BN, JANJI DALAM AKU JANJI NAK BAGI BANTUAN BR1M 1200 TAHUN DEPAN TAPI BILA DAH MENANG KATA NAIK SIKIT-SIKIT PULAK DALAM TEMPOH 4 TAHUN PULAK.....TAHNIAH LA YANG UNDI UMNO/BN.....KAHKAHKAH.........

IPOH – Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

“Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.

BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. – Bernama
Like · · · about an hour ago
Kempen kawalan tikus peringkat kebangsaan dilancar
KOTA KINABALU - Kerajaan akan mengadakan kempen kawalan tikus secara besar-besaran dengan pelancaran peringkat kebangsaan pada 24 Ogos ini di bandar raya ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ancaman kesihatan yang dibawa oleh tikus itu akan diadakan serentak di seluruh negara.

"Beberapa bulan lalu insiden penyakit kencing tikus banyak dilapor oleh media dan saya mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen besar-besaran iaitu Kempen Kawalan (Antikencing) Tikus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di sini hari ini.

Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor, pembantu-pembantu menteri, wakil rakyat dan pemimpin parti politik negeri ini.

Abdul Rahman berkata kempen itu memberi penekanan tentang pentingnya orang ramai menjaga kebersihan di kawasan perumahan, premis, restoran atau kedai masing-masing supaya tidak menjadi tempat pembiakan tikus.

"Rumah atau persekitaran yang kotor pastinya menarik perhatian tikus untuk membiak di kawasan itu," katanya.

Mengenai cadangan agar program perumahan transit diperluaskan kepada golongan bujang, Abdul Rahman berkata buat sementara waktu ini keutamaan adalah kepada pasangan muda yang baharu berkahwin.
 
"Memang ada permintaan supaya golongan bujang diberi peluang mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tetapi ini bergantung kepada keperluan dan bekalan rumah," katanya.
 
Dalam hal ini Abdul Rahman berkata kerajaan perlu membina lebih banyak PPR bagi menampung keperluan di seluruh negara. - Bernama
Canon perkenal pencetak canggih
  • Canon Canon memperkenalkan pencetak baru seperti model MG5470 yang sesuai dengan keperluan zaman digital h
1 / 1
KOMITED untuk menjadikan pengalaman mencetak foto lebih menarik dan mudah, Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) memperkenal tiga produk tambahan dalam rangkaian pencetak foto popularnya, Pixma.

Menurut Canon, menyedari permintaan zaman digital ini, ketiga-tiga pencetak model iP7270, MG6370 dan MG5470 itu mempunyai sokongan WiFi yang membolehkan pengguna menghantar tugasan secara tanpa wayar daripada komputer peribadi dan telefon pintar.

Malah, pengguna kamera digital dengan ciri WiFi juga boleh terus menghantar gambar yang diambil bagi model MG6370 dan MG5470 selain pengguna Apple iOS boleh menggunakan hubungan tanpa wayar ini tanpa perlu menambah pemacu tambahan atau aplikasi perisian.

"Pencetak baru ini direka khas untuk memaksimumkan kemudahan tanpa menjejaskan nilai estetiknya. Kedua-dua pencetak MG6370 dan MG5470 boleh dirapatkan ke dinding, menghasilkan penampilan keseluruhan yang lebih kemas dan bergaya," menurut Canon.

Sementara itu, Canon turut memberi perhatian kepada menghasilkan produk mesra alam dengan memastikan pencetaknya membantu menjaga alam sekitar dan menjimatkan kos serta masa mencetak dengan menyediakan dua ruang kertas bagi pengguna memasukkan dua saiz kertas yang berbeza pada satu masa.
'Saya macam kena pukau'
  • 'Saya macam kena pukau' Siti Sakira (tengah) menatap keratan akhbar mengenai berita kehilangannya bersama Salmah (kiri) dan Ahmad.
1 / 1
PARIT BUNTAR - Perayaan Aidilfitri pada tahun ini begitu bermakna buat keluarga Ahmad Awang, 75, setelah anak perempuannya yang dilaporkan hilang hampir sebulan akibat mengikut kenalan laman sosial baru-baru ini, kembali ke pangkuan keluarga.

Lebih mengejutkan, remaja berkenaan, Siti Sakira Ahmad,18, mendakwa tindakannya melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan keluarga dibuat atas sebab dipukau.

Menurutnya, dia hanya menyedari keluarganya mencari dirinya setelah terbaca laporan media mengenai kehilangannya sebelum ini.

“Setelah terbaca berita disiarkan dalam media, saya lantas menghubungi keluarga yang sudah mencari saya semenjak hilang pada 8 Julai lalu bagi  memaklumkan di mana lokasi saya berada.

“Alhamdulillah kini saya sudah pun pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Parit Abas, baru-baru ini.

Siti Sakira berkata, sewaktu hari kejadian dia dilaporkan hilang, dia mendakwa dirinya seperti dipukau dan sekadar mampu untuk menuruti arahan seorang teman lelaki yang baru dikenali dalam laman sosial Facebook.

Menurutnya, setelah dia keluar dari tempat kerja dan mengikut lelaki terbabit, Siti Sakira mendakwa dihantar ke sebuah rumah dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan lelaki terbabit.

“Sepanjang tinggal di situ, fikiran saya seolah-olah kosong dan saya tidak mampu untuk mengingati apa-apa termasuk diri sendiri dan ahli keluarga.

“Setelah hampir 20 hari menghilang, saya terbaca berita kehilangan diri saya melalui akhbar dan saya lantas mengingati kembali segala-galanya mengenai diri saya dengan serta-merta,” katanya.

Siti Sakira berkata, setelah menetap di sebuah rumah, dia seterusnya dihantar lelaki berkenaan ke rumah keluarganya sebelum dijaga oleh ibu lelaki terbabit tanpa mengetahui dia sebenarnya sedang dilarikan lelaki itu.

Bagaimanapun, ibu lelaki terbabit hanya menyedari Siti Sakira sebenarnya dilarikan anaknya setelah berita kehilangannya disiarkan media dan segera memaklumkan kepadanya untuk melaporkan lokasi mereka kepada keluarga.

Sementara itu, ibu Siti Sakira, Salmah Sejan, 47, ketika ditemui berasa syukur dan menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan anaknya.

“Saya sungguh gembira dia kembali ke pangkuan keluarga dan pastinya Aidilfitri kali ini paling bermakna.

“Saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan dan ianya diharap memberi pengajaran kepada semua remaja lain,” katanya.
Beri peluang Pak Lah jawab
  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan peluang untuk menjawab perspektif negatif mengenai buku 'Awakening-The Abdullah Badawi Years In Malaysia'.  

Anwar berkata, penerbitan buku itu membuktikan Abdullah berani untuk memberikan pandangan dan memiliki wacana segar yang boleh diperdebat dalam kalangan pemimpin.

“Isunya boleh diteliti malah adalah lebih baik sekiranya perwakilan Umno membahaskannya selain membangkitkan isu perkauman dan gangguan kuasa mahupun projek ketika persidangan (Umno) berlangsung.

“Diskusi sihat ini akan memberikan impak kepada pimpinan Umno dan lebih relevan diperdebatkan memandangkan beliau (Abdullah) berani menyatakan pandangannya secara terbuka,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri di Kampung Simpang Tiga, Kubang Ulu semalam.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, Sinar Harian melaporkan buku terbabit mengandungi koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang dan bukan tulisan Abdullah walaupun ada disiarkan wawancara editor buku dengannya.

Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku berkenaan.
Mangsa perang Vietnam ditemui selepas 40 tahun
  • Mangsa perang Vietnam ditemui selepas 40 tahun Lang ditemui penduduk di hutan, tengah Vietnam.
1 / 1
HANOI - VIETNAM,Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu.

Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam.

"Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal," menurut laporan itu kepada MailOnline.

Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja.

"Kali terakhir mereka memasuki hutan ini pada 1973. Ketika itu mereka melarikan diri selepas tentera Amerika Syarikat mengebom rumahnya hingga mengorbankan isteri dan dua anak lelaki mereka," katanya.
Karpal bidas Kuan Yew
  • Karpal - Lee Kuan Yew
1 / 1
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.
 
"Kenyataannya (Lee) bahawa pakatan tidak akan dapat mentadbir negara ini dengan berkesan jika menguasai kerajaan persekutuan adalah tidak berasas," kata Karpal pada sidang media, di sini.

Katanya Lee berhak melontarkan pandangan, namun beliau harus terlebih dahulu melihat urusan partinya iaitu People's Action Party (PAP) yang hilang enam kerusi pada pilihan raya umum lepas, selain kalah dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

"Seperti biasa Lee mahu menjadi juara di rantau ini. Saya fikir sudah tiba masanya beliau membiarkan orang lain pula memimpin. Beliau sepatutnya menikmati hari-hari tuanya," kata Karpal.

Lee menerusi buku bertajuk 'One's Man View of The World' yang dilancarkan minggu lepas, antara lain berkata pakatan tidak akan mampu mentadbir Malaysia.

Sementara itu, mengulas gesaan beberapa pihak agar beliau mengisytiharkan hartanya, Karpal Singh yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor mengulangi beliau tidak akan melayan gesaan daripada mereka yang tidak berkenaan.

"Tidak ada masalah untuk saya isytiharkan harta. Saya akan hanya berbuat demikian apabila Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tetapkan tarikh," katanya.

Karpal digesa mengisytiharkan hartanya oleh pelbagai pihak susulan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM50 juta kepadanya untuk merasuah hakim dan pendakwa raya.

Mengenai biografi pertamanya bertajuk 'Karpal Singh: Tiger of Jelutong', beliau berkata buku dengan 325 muka surat itu ditulis Tim Donoghue dan mengambil masa 26 tahun untuk disiapkan. - Bernama
Jangan jadikan pemilihan Umno sebagai pesta
KUALA LUMPUR - Anggota Umno yang menawarkan diri merebut jawatan di semua peringkat diingatkan agar tidak menjadikannya sebagai 'pesta' sehingga terlupa matlamat sebenar bertanding.

Setiausaha Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata meskipun Umno memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lepas, anggotanya tidak harus bersikap 'syok sendiri'.

"Banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan oleh setiap kepimpinan Umno. Persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-14 mesti bermula sekarang kalau Umno mahu terus menjadi parti dominan mewakili orang Melayu yang boleh diterima oleh orang Melayu, disamping menunjangi komponen BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai Perhimpunan Agung yang akan berlangsung 2 hingga 7 Dis ini, Mustapha berkata selain membahaskan ucapan dasar Presiden dan isu-isu berkaitan, para perwakilan juga diharap dapat diberi kebebasan bersuara menegur pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata 'suara-suara keramat' yang pernah menitiskan air mata anggota Majlis Tertinggi sudah lama hilang sebaliknya diganti oleh suara sumbang yang penuh dengan 'pujian dan ampu bodek'.

Tegasnya, pucuk kepimpinan parti pula harus bersedia menerima teguran jika benar-benar mahu parti itu ditransformasi. - Bernama
Karpal sedia isytihar harta
  • Karpal Singh Karpal Singh
1 / 1
GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh bersedia mengisytiharkan hartanya sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menetapkan tarikh untuk semua ahli Parlimen berbuat demikian.

Menurutnya, pengisytiharan harta hanya akan dibuat atas permintaan kerajaan negeri, bukan atas desakan mana-mana pihak yang tidak berkaitan.

"Saya tidak akan layan apa-apa tuntutan atau desakan oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan bagi mengisytiharkan harta saya. Saya tidak mempunyai masa untuk memberi respon.

"Ini adalah pendirian saya yang jelas. Saya sedia tunggu tarikh untuk mengaudit  harta jika ketua menteri tentukan tarikh," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Kerusi Undang-undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri, Ranjit Singh Dhilon mendesak Karpal dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta masing-masing.

Langkah itu katanya bagi membersihkan nama kedua-dua pemimpin itu daripada dikaitkan dengan surat misteri yang diedarkan kepada penduduk Permatang Pauh dua minggu lalu.

Sementara itu, tambah Karpal, walaupun Guan Eng tidak menuntutnya berbuat demikian, namun beliau sedia mengisytiharkan harta jika ditetapkan tarihknya.

Rabu lalu, Guan Eng  berkata Karpal tidak perlu mengisytiharkan kerana tidak memegang sebarang jawatan eksekutif di dalam kerajaan negeri.

Tiada ulasan: