Seorang warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Kampung Koyah B di sini semalam.
  
Dia yang menyerang dengan pisau kemudiannya ditembak mati dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu.
  
Lelaki itu dikenali sebagai Andis Tawan, 40, yang juga dipercayai sebagai penagih dadah.
  
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata lelaki berkenaan sebelum itu telah menikam seorang lagi warga Indonesia Agus Jamal, 33, hingga mati dalam satu permainan sabung ayam di sebuah majlis perkahwinan di kampung itu pada pukul 1 petang.
  
"Anggota polis yang menerima laporan dan pergi ke tempat kejadian kemudiannya mengesan suspek yang berada tidak jauh dari tempat permainan sabung ayam itu dan memintanya menyerah diri.
  
"Namun dia enggan berbuat demikian, malah bertindak menyerang anggota polis  yang menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.
  
"Polis turut menemui tiga paket plastik kecil yang disyaki mengandungi syabu dan sarung pisau di dalam beg galasnya," kata Martin ketika dihubungi hari ini.
  
- Bernama
Forklift pula tenggelam di jalan di depan Menara Umno

Tepat dua bulan selepas tiang penebat kilat jatuh dari atas bangunan Menara Umno di Pulau Pinang dalam satu kejadian ribut yang mengorban dua nyawa, termasuk seorang penjaja Lim Chin Aik, sebahagian daripada Jalan Macalister tenggelam semalam, menyebabkan sebuah forklift terjatuh ke dalamnya.

NONEPemandu forklift tersebut sempat menyelamatkan diri dalam
kejadian itu, yang berlaku pada kira-kira jam 5.50 ketika beredar keluar dari kawasan masjid Pakistan di mana ia sebelumnya digunakan untuk kerja-kerja pembaikan saliran.

Ketika dihubungi, Kaunselor Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jurutera A Rajan berkata pekerja sedang membaiki pembetung longkang di hadapan masjid tersebut.

Beliau memberitahu Malaysiakini, longkang itu sedalam kira-kira 1.5 meter dan kerja-kerja pembaikan akan dilakukan hari ini.

Ditanya sama ada ia berlaku di tempat yLim terkorban, Rajan menafikan ia ada kaitan dengan kerja-kerja menggali ketika mencari mayat Lim sebelum ini.

Mayat Lim dipercayai tertimbus di jalan raya selepas dihempap tiang penebat kilat sepanjang 50 meter jatuh dari atas bangunan Umno.

Dalam kejadian pada bulan Jun, pekerja penyelamat mengambil masa beberapa hari berusaha menggali kawasan itu untuk mencari mayat Lim tetapi tidak berjaya.