Ahad, 25 Ogos 2013

JANGAN KITA TERSALAH PILIH PEMERINTAH ATAU TERSALAH PILIH AGAMA...HIDUP DIDUNIA HNYA SEKALI

Stancy masuk Islam??
Posted on Saturday, August 24 @ 12:41:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Jumaat lalu, penyanyi lagu 'Bosan' Stacy (bekas pelajar AF) telah memeluk Islam mengikut sumber yang rapat.

Kini namanya Nur Aisyah Rabiah. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur Farhana Ambiang di Keningau.

Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu mengikut sumber.



Setakat ini masih belum ada maklum balas daripada Stacy sendiri di twitternya.

Jika benar alhamdulillah semoga Allah berkati kehidupannya yang akan mendatang. 


 Kes Altantuya: Pengakuan Sirul Azhar Mengejutkan !
Posted on Saturday, August 24 @ 10:30:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berikut adalah salinan asli kenyataan yang dibuat oleh Sirul Azhar Omar semasa disoal-siasat oleh Polis pada 19 November 2006, mengesahkan bukan setakat bagaimana dan mengapa Altantuya dibunuh tetapi juga mereka diupah untuk membunuhnya.



ms 1 (klik imej)



ms 2 (klik imej)



ms 3 (klik imej)



ms 4 (klik imej)


ms 5 (klik imej)

Sumber Link


 Enam cedera dalam kejadian tembak
Posted on Saturday, August 24 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

NIBONG TEBAL: Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru dalam kejadian di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian berlaku pukul 10.45 malam, apabila dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri dan melepaskan tembakan secara rambang ke arah kedai terbabit.

“Akibat tembakan itu, dua lelaki mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka-luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal hari ini.

Menurut Abdul Rahim mangsa yang cedera duduk di dua buah meja paling hadapan, iaitu dua yang terkena tembakan duduk di sebuah meja, manakala empat lagi yang duduk di meja bersebelahan terkena serpihan peluru.

Mangsa yang berusia antara 20 dan 50 tahun terbabit dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan, katanya.

“Menurut saksi yang berada di kedai berkeaan, dua lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi kaledar penuh dan mereka terus memecut laju sebaik kejadian tersebut,” katanya.

Abdul Rahim berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan geng kongsi gelap.

“Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi polis percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kita tidak akan berdiam diri dan akan cari mereka yang terlibat dalam kes ini segera,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.-FMT


 Pembunuhan Besaran Senjata Kimia Syria
Posted on Saturday, August 24 @ 10:22:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lonewolf

"

Sampai masa untuk orang-orang mulia dari ummah ini untuk menggembleng dan membantu orang As-Sham!

Sudah tiba masanya untuk pihak revolusioner As-Sham untuk mengalahkan pembunuh ini dan mengalahkan mereka yang bersekongkol dengan beliau beserta orang-orang yang membunuh kita dengan jenis senjata terkuat  iaitu senjata kimia yang datang dari Barat ,negara-negara Timur yang datang dari musuh-musuh Ummah!

Tangisan ibu yang berkabung dan kanak-kanak yang lemas hanya boleh dihilangkan dengan berdirinya para perwira pejuang yang berdiri di antara mayat-mayat kanak-kanak, wanita dan lelaki, mangsa demokrasi sekular dan teknologi Barat, dan yang tunduk kepala mereka sekaligus mengisytiharkan keesaan Allah. Limpahan emosi ketika mana kutukan terhadap Bashar dan setiap pemerintah dunia Islam ketika ini, bahawa api neraka menjadi tempat tinggal terakhir mereka.

Keadaan buruk mereka tersingkap melalui lidah salah satu pejuang dari Ghouta, As-Sham, menjerit: "Allahu Akbar melihat kekejaman penguasa Muslim, kematian ini adalah dari umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم - syuhada Islam! Allahu Akbar melihat bisunya kamu ... di manakah tentera Islam? "Di mana ummah dan sokongan mereka untuk revolusi As-Sham? Bilakah anda akan bangkit melawan penguasa yang menyembelih anda dan menggerakkan tentera anda wahai kaum Muslim!?

Wahai kaum Muslim,Wahai Umat yang tabah,Wahai Pelindung kepada Deen.
Pengecut hanya dikenali dengan tindakan beliau yang keji dan kotor seperti dia. Ini adalah kes  jenayah rejim  dan pemimpinnya, yang mana tidak ada rawatan tetapi pemotongan kepala dan pemotongan kaki, menurut firman Allah سبحانه وتعالى:

إنَّمَا جَزَاء الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُواْ أَوْ يُصَلَّبُواْ أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
" tindakan balas terhadap orang-orang yang berperang kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melakukan kerosakan di bumi, adalah bahawa mereka harus dibunuh atau disalib, atau mempunyai silang tangan dan kaki mereka dipotong, atau dibuang dari negeri itu . Adalah suatu kehinaan di dunia ini dan di Dunia seterusnya dan mereka akan mendapat azab yang dahsyat "(al-Maidah, 5:33)
Sang pengecut sombong Bashar, anak ayahnya, laknat Allah adalah ke atasnya dan bapanya datang dengan suruhanjaya antarabangsa berkonspirasi untuk mengesan penggunaan senjata kimia, seolah-olah ia suatu jawatankuasa pakar yang tidak menghalang penggunaan senjata kimia, tetapi untuk menyelia penggunaan kimia yang paling berkesan! Serangan terhadap desa Damsyik menunjukkan kesan yang kuat dan kecederaan yang tertumpu , ia sudah pasti telah dijalankan oleh pakar.

Tidak bermoralkah pihak antarabangsa yang diketuai oleh ketua Kufur , penuh kepura-puraan dan pembunuhan sistematik iaitu Amerika, sehinngga mencapai tahap sebegitu rupa? Senjata-senjata yang dilarang di peringkat antarabangsa telah melanda beratus-ratus orang yang mati syahid, kebanyakannya kanak-kanak yang keadaannya seperti ayam disembelih bangkit dari kesakitan yang teruk dan teramat sangat. Ya Allah, ya Allah, kepada umat Islam, sehingga bila anda hanya menonton? Sehingga seluruh apa yang tinggal dari orang-orang al-Sham disembelih? Sehingga bahaya senjata kimia Barat diperluaskan kepada umat Islam di Teluk, orang-orang Mesir dan Afrika?
Hanya selepas itu, orang-orang yang "terselamat" dari Ummah akan menyedari serigala yang telah makan sebahagian dari mereka. Kemudian mereka akan berkata, "Kalaulah kami mendengar,mengikuti dan berdiri di muka penzalim bersatu!"
Wahai tentera-tentera Islam, Bersiaplah di Berek anda,
Kutukan akan turun ke atas anda jika anda tidak menggerakkan dan menyokong orang-orang as-Sham. Kemurkaan dahsyat Allah telah menimpa anda, pemilik-pemilik kekuatan dan keupayaan, wahai anak-anak umat Islam. Jika anda hanya mempunyai satu zarah rasa tanggungjawab dan keyakinan bahawa hari kiamat akan datang, dan anda masih tidak bergerak untuk membantu kami dalam penubuhan Khilafah, sumber maruah kami dan pelindung keselamatan kami, maka anda akan boleh dilecehkan di dunia ini dan diambil-alih oleh azab di akhirat! Jadi geraklah, supaya gerakan anda itu akan menyelamatkan kamu dari azab Tuhanmu dan anda akan mencapai penghormatan ... Jika tidak, anda akan tenggelam dengan kemarahan Allah, Rasul-Nya, malaikat-malaikat-Nya dan semua orang.

وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ
"Tetapi jika mereka meminta anda bantuan berkenaan dengan deen, ia adalah tugas anda untuk membantu mereka" (Al-Anfaal, 8:72)
Hisham Al Baba, Syria
14 Syawal 1434H, 21.08.13

Mesir: 2 terbunuh pada himpunan Jumaat

Harakahdaily, 25 Ogs 2013

MESIR: Sekurang-kurangnya dua lagi penyokong legitimasi terkorban dalam insiden serangan terbaru pihak samseng dan tentera pada himpunan anti kudeta di beberapa wilayah, Jumaat kelmarin.

Menurut sumber Ikhwan, di Delta Nil, Tanta, seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Abdullah Gad al-Rab telah dibunuh oleh samseng semasa mengambil bahagian dalam himpunan tersebut.

Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Teba, dan kematian itu kemudian disahkan oleh Kementerian Kesihatan, yang menyatakan bahawa 35 orang lain juga turut cedera dalam serangan itu.

Seorang lagi penyokong legitimasi juga cedera parah, kemudian meninggal dunia akibat luka beliau.

Di wilayah Daqahliya,  penyokong legitimasi turut diserang oleh samseng yang dibantu tentera menyebabkan 38 orang cedera di bandar Mansoura.

Menurut saksi, pihak keselamatan mengepung himpunan pro-Morsi di kawasan Masjid Iman, dan membenarkan samseng untuk menyerang peserta himpunan dengan senjata dan instrumen tumpul.

Sebuah pejabat Ikhwan Muslimin berdekatan juga telah digeledah dan dibakar.

Kumpulan lelaki bersenjata juga dilihat melepaskan tembakan ke atas pro-Morsi yang berarak di kawasan Faisal, Giza.

Staf IHSB cadang serah memo kepada Mukhriz

Harakahdaily, 25 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak bagi kebajikan staf Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB) bercadang untuk menyerahkan emorandum kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir esok.

Memorandum tersebut adalah berkaitan tuntutan gaji dan kebajikan staf Insaniah Holdings & anak-anak syarikat IHSB yang tertunggak hampir empat bulan.

Penyerahan itu juga bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan bermula esok.

Menurut satu kenyataan oleh jawatankuasa bertidak itu itu kepada Harakahdaily, tindakan tersebut diambil bagi memohon perhatian serius dari menteri besar selepas isu ini dilihat tidak diambil serius oleh kerajaan negeri.

"Kita sudah mencuba sedaya-upaya memohon tuntutan kita diselesaikan tetapi masih tidak mendapat perhatian MB.

"Mungkin dengan penyerahan memorandum kali ini di hadapan Pejabat MB Kedah boleh mendapat perhatian bukan sahaja MB tetapi orang ramai," kata kenyataan itu.

Zambry digesa elak projek membazir

Muhammad Faeez Azahar, 25 Ogs 2013
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan negeri agar menguruskan ekonomi dan kewangan negeri secara berhemah.

Menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Isnin ini, bendaharinya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar mengharapkan kerajaan negeri mengutamakan perancangan yang lebih praktikal merangkumi ketelusan, integriti dan kecekapan khususnya berkaitan pengurusan wang kerajaan.

Menurutnya, Pemuda PAS tidak mahu sebarang kelulusan projek mega dan dasar yang merugikan wang rakyat.

Kata beliau, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato' Seri Zambry Kadir sesi lalu, Pemuda PAS melihat terdapat perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan negeri bersifat pembaziran dan hanya menguntungkan segelintir pihak.

Pendekatan sedemikian katanya tidak seharusnya diulangi oleh Zambry dan berharap pemerintahan pimpinan beliau kali ini lebih telus dan wibawa.

"Saya berharap kerajaan dapat mengemukakan satu perancangan ekonomi yang praktikal.

"Kami tidak mahu apa-apa kelulusan yang merugikan wang kerajaan dan tidak memberi manfaat kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, setiap perkara yang ingin diluluskan seharusnya mengambil kira aspek kewajaran serta keperluan yang akan mewujudkan perolehan manfaat kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak tidak mahu sebarang kelulusan dan dasar yang memberi keuntungan kepada sekelompok pihak yang berkepentingan.

"PAS sangat mengalu-alukan usaha yang akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat seperti pembangunan negeri dan ekonomi rakyat," jelasnya lagi.

Fakhrulrazi menyatakan, kerajaan negeri Perak memperoleh sumber kewangan yang mencukupi memandangkan negeri tersebut mempunyai hasil mahsul yang pelbagai termasuklah getah, balak, sawit dan sebagainya.

Pemuda PAS katanya yakin pendapatan kerajaan mencukupi untuk disalurkan kepada seluruh rakyat pelbagai lapisan melalui perancangan yang efisyen daripada kerajaan.

"Kami yakin ekonomi rakyat akan meningkat dan masalah kemiskinan tidak wujud lagi sekiranya pendapatan kerajaan diuruskan secara adil dan saksama," jelasnya lagi.

Tiada ulasan: