Posted on Thursday, August 15 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Los Angeles: “Saya tidak sangka filem itu boleh cetus masalah kepada orang lain atau menyebabkan pembunuhan. Saya ada kawan Muslim. Saya menentang keganasan,” kata Mark Basseley Youssef, dalang yang menghasilkan filem Innocence of Muslims.
Ia dilaporkan oleh Cable News Network (CNN), komen pertama sejak penangkapannya berikutan kekecohan yang disebabkan filem itu.
Youssef dipindahkan dari pusat tahanan persekutuan sejak beberapa minggu lalu ke pusat pemulihan yang tidak diketahui lokasinya sebagai sebahagian persediaan pembebasannya, kata jurucakap Biro Penjara Persekutuan, Ed Ross.
Beliau dijangka dibebaskan 26 September depan tetapi akan kekal dalam pemerhatian pegawai untuk empat tahun, katanya.
Lelaki Kristian Koptik kelahiran Mesir berusia 56 tahun itu sebelum ini menjalani hukuman penjara kerana sabitan menipu bank pada 2010 dan dipenjara semula tahun lalu selepas mengaku melanggar syarat tempoh percubaan dikenakan ke atasnya.
Pelakon diperdaya
Video 13 minit itu diterbitkan di California Selatan, diedarkan secara online dengan beberapa tajuk, termasuk The Innocence of Muslims, yang menghina Nabi Muhammad.
Pelakon Amerika yang terbabit berkata mereka diperdaya untuk membintangi itu yang dipercayai sepatutnya drama pengembaraan bertajuk Desert Warrior. Filem berkenaan mencetuskan demonstrasi anti-Amerika di negara Arab dan Islam.
Permulaan ketegangan pada 11 September 2012, berkebetulan dengan serangan ke atas misi diplomatik Amerika di Benghazi, Libya, yang membunuh empat orang, termasuk duta Amerika ke Libya, Christopher Stevens.
Namun, kaitan antara serangan di Benghazi dan The Innocence of Muslims terbukti palsu.
Duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika itu, Susan Rice, pada awalnya berkata serangan Benghazi berpunca daripada bantahan spontan filem berkenaan. Bagaimanapun, pentadbiran Obama kemudian menyedari militan berkaitan al-Qaeda merancang dan melancarkan serangan serius manakala tiada demonstrasi di Benghazi.
REUTERS
Jejas Ekonomi: 35 kes tembakan dilaporkan di seluruh negara sejak Mei
Posted on Thursday, August 15 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Peningkatan kes tembakan dan pembunuhan di Malaysia membimbangkan pelabur asing mengenai kadar keselamatan negara Asia Tenggara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Terdapat sekurang-kurangnya 35 kes tembakan dilaporkan di seluruh negara sejak Mei yang menyebebkan 22 orang terbunuh.
Kes pembunuhan berprofil tinggi pengasas bank Ahmad Hussain Najadi di siang hari akhir bulan lalu menarik perhatian dan memberikan isyarat kepada komuniti perniagaan kadar keselamatan tidak berada dalam keadaan baik.
Presiden Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC), Roger Poulin berkata, peningkatan dalam jenayah ganas membimbangkan pelabur.
“Kami berharap kerajaan boleh mengawalnya,” kata Poulin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.
Bekas presiden Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM), Datuk Nicholas Zefferys mengatakan ahli bimbang tetapi masih belum ditahap menarik semula pelaburan mereka di Malaysia.
“Selagi terdapat langkah berterus memerangi jenayah, saya fikir kebimbangan pelabur dapat diredakan.
“Keadaan buruk tetapi masih belum parah,” tambah Zefferys.
Dewan perniagaan British, Jerman, Jepun dan Korea enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.
Ahli perniagaan daripada keempat-empat negara itu mempunyai saiz pelaburan besar di Malaysia.
Salah seorang pengarah eksekutif dari dewan perniagaan ini mengatakan beliau tidak mahu memberikan komen kerana kerjanya adalah mempromosikan pelaburan ke Malaysia dan peningkatan jenayah boleh menjejaskan pelaburan.
Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.
Malaysia menarik pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM34.8 bilion tahun lalu, tetapi jika pelabur merasakan kadar jenayah tidak terkawal, mereka mungkin akan melabur di negara lain, kata seorang pengurus dana.
“Reputasi jangka panjang Malaysia sebagai tempat selamat kepada pelabur dalam bahaya dan persepsi jenayah tidak terkawal mungkin menyebabkan pelabur memikirkan semula Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
“Pihak berkuasa mesti bertindak pantas untuk memerangi peningkatan jenayah ganas,” kata pengurus dana tempatan itu.
Zefferys berkata, kerajaan perlu berbuat lebih untuk menangani persepsi tiada apa-apa dilakukan untuk mengekang peningkatan jenayah.
“Penyiasatan berkaitan jenayah perlu melibatkan agensi kerajaan untuk menghalang kemungkinan terdapat pakatan sulit,” katanya.
Polis dan ahli Parlimen kerajaan menyalahkan peningkatan keganasan terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 yang menyebabkan 2,600 penjenayah berat dan ahli kongsi gelap bebas daripada tahanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan undang-undang warisan penjajah itu yang membenarkan suspek ditahan selama dua tahun tanpa bicara untuk memenuhi tuntutan hak asasi manusia.
Pengundi mengatakan jenayah dan masalah sosial adalah kebimbangan utama mereka selepas ekonomi dalam satu tinjauan terhadap 1,018 orang Disember lalu dilakukan oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research.
RANJIT SINGH– 15 Ogos, 2013.
MalaysianInsider
MESIR KINI : Amerika bayar US 1.2 bilion untuk darah rakyat Mesir !
Posted on Thursday, August 15 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: tokpepijat
"Setelah 40 tahun Tentera Mesir menggantungkan senjatanya melawan Tentera Zionis, kini dalam masa 24 jam mereka dapat membunuh "musuh dan pengganas" yang bersenjatakan naskhah Al Quran seramai lebih 3,000 orang.
Satu rekod mengatasi Operasi Israel ke atas Gaza Jun 2006 yang menyerang Gaza selama sebulan dan cuma dapat membunuh rakyat Palestin seramai 2,200 orang.
Tentera Mesir pimpinan General As Sisi juga dapat mengatasi rekod Tentera China.Tentera China cuma dapat membunuh 2,000 orang sahaja di Dataran Tiananmen Jun 1989.
Sikap jahat Amerika begitu jelas dalam soal Mesir. Amerika hingga kini sekadar mengutuk keganasan tetapi masih tidak tegas untuk bertindak ke atas Regim As Sisi.
Bahkan tidak mengakui rampasan kuasa oleh Tentera Mesir sebagai kudeta dan terus menyalurkan bantuan kewangan ketenteraan USD 1.2 bilion kepada Mesir .Ini berbeza dengan tindakan Amerika terhadap China.
Apabila China bertindak ke atas peserta demostrasi di Medan Tiananmen Jun 1989, dengan pantas Amerika dan sekutu Baratnya mengenakan Embargo senjata ke atas China.Sekatan embargo itu masih berjalan hingga kini.
Adakah bantuan USD 1.2 bilion dari White House sudah memadai dengan "jasa baik" As Sisi dan Tentera Mesir untuk membunuh 3,000 rakyatnya?
Inikah pra-syarat dari Washington kepada Regim As Sisi untuk dapatkan dana tersebut?
MESIR KINI : Amerika bayar US 1.2 bilion untuk darah rakyat Mesir !"
Tutup kedutaan Mesir di Malaysia, gesa Pas
Posted on Thursday, August 15 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SHAH ALAM - Pas mengecam tindakan ganas dan kekejaman tentera Mesir ke atas penyokong Presiden yang digulingkan, Dr Mohamed Mursi hari ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyifatkan kekejaman tentera Abdul Fattah As-Sisi yang mengorbankan lebih 400 penyokong Mursi sebagai 'kebinatangan'.
"Pas mengesa seluruh badan antarabangsa khususnya negara-negara umat Islam tampil membantah keras tindakan tidak berperikemanusiaan ini.
"Malaysia juga digesa mengutuk tindakan ini secepat mungkin," katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.
Sehubungan itu katanya, Pas menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di Malaysia dan menghantar pulang dutanya sebagai satu reaksi segera bantahan negara dengan tragedi ini.
"Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir," katanya.
Beliau juga menyifatkan mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk kekejaman ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
Sifat Celaka Polis Mesir Pro Presiden Rampasan Kuasa
Posted on Thursday, August 15 @ 09:54:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh CNP
Wanita dipukul berkali-kali di kepala dan tubuh dengan cotal logam. Seakan tak puas dengan pukulan berkenaan, seorang tentara menginjak kepalanya berulang kali. Perempuan itu dengan lemah mencoba untuk melindungi kepalanya dari pukulan tanpa henti itu dengan tangannya. Namun, dia kemudian tak sadarkan diri dalam serangan yang memalukan itu, dan dia dibiarkan tergeletak tak bergerak dengan aib aurat terdedah.
Perempuan yang tak disebutkan namanya itu, tidak mahu tampil karena merasa malu dengan perlakuan yang dialaminya. Rekaman video dan fotonya ketika dipukuli, ditendang, dan akhirnya tersungkur di tanah di Tahrir Square, Kairo, itu telah menjadi berita utama di seluruh dunia.
- Maaf saya tak mahu letak video berkenaan kerana terlalu aib!!
3 wartawan dibunuh dalam keganasan terbaru di Mesir
Posted on Thursday, August 15 @ 10:01:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Mick Deane, 61, ditembak
KAHERAH: Tiga wartawan, termasuk seorang jurukamera untuk stesen penyiaran British, Sky News dan pemberita akhbar berpangkalan di Dubai, terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam keganasan terbaru di Mesir, semalam.
Badan pemerhati media antarabangsa mendesak pihak berkuasa Mesir menyiasat serangan terhadap wartawan dan mahu pihak yang bertanggungjawab didakwa.
Mereka turut mengutuk keganasan yang tercetus selepas polis yang dibantu kereta perisai tentera, helikopter dan jentolak dalam menggempur penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Morsi sehingga banyak nyawa terkorban.
Sky News berkata, Mick Deane, 61, ditembak dan cedera ketika membuat liputan keganasan yang tercetus di kem penyokong Morsi di Kaherah.
Dia dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum meninggil dunia selepas itu.
Akhbar Gulf News, yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, wartawannya, Habiba Ahmed Abd Elaziz(gambar bawah), 26, ditembak di berdekatan Masjid Rabaah al-Adawiya di Kaherah ketika pihak keselamatan mengempur masuk ke kem penyokong Morsi.
Akhbar itu melaporkan, Habiba ketika itu sedang dalam cuti tahunan dan bukannya membuat liputan untuk XPRESS.
Wartawan Mesir, Ahmed Abdel Gawad (gambar kecil atas), yang menulis untuk akhbar Al Akhbar, terbunuh ketika membuat liputan di Rabaah al-Adawiya.
Wartawan untuk Kesatuan Sekerja Egyptian Press Syndicate itu disahkan maut walaupun tiada maklumat bagaimana beliau terbunuh. - AP
Polis Mesir bakar penyokong mursi sedang tidur termasuk kanak-kanak
Posted on Thursday, August 15 @ 09:48:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Kakitangan keselamatan Mesir membakar khemah pada awal pagi ketika kanak-kanak di dalamnya masih tidur, Dr Azzam Tamimi telah menulis di laman Facebook beliau.
Al-Jazeera melaporkan bahawa doktor lain dari klinik dalam Rabaa al-Adawiya berkata bahawa beberapa yang cedera meninggal dunia kerana tiada ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Kakitangan kesihatan yang pertama telah ditembak di kepala ketika menawarkan pertolongan cemas kepada orang yang cedera.
Kami menyeru kepada semua institusi untuk memberikan tekanan kepada perkhidmatan keselamatan untuk membiarkan ambulans memasuki Rabaa Al-Adawiya dan mengangkut orang cedera.
Masjid Rabiah Al Dawiyah dibakar oleh Polis Mesir
Wartawan Al Jazeera Abdul-Fattah Fayed telah berkata bahawa bilangan kematian yang dilaporkan jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar.
Pihak keselamatan mengeluarkan angka lebih 100 terkorban manakala 1000 cedera. Pihak ikhwan pula mengeluarkan angka lebih 500 terkorban manakala lebih 10000 cedera parah.
Ikhwanonline memetik kenyataan hospital Rab’ah melaporkan bahwa korban syahid terus bertambah, hingga saat ini 2200 syahid dan puluhan ribu luka luka.
Ikhwanonline juga melaporkan, pasukan polisi dan tentara pendukung kudeta menyerbu Fakultas Teknik di Universitas Kairo dan menembak para pendukung Presiden Morsi yang terperangkap di dalam.
Nasib mereka yang cedera parah tidak dapat diketahui kerana ada laporan pihak tentera turut membakar tingkat satu hospital yang menempatkan mereka yang cedera.
TERPANAS ! YANG DIPERTUAN AGONG MURKA TERHADAP MUKHRIZ ISU KUIN?
Sumber Maklumat :Solidariti Kolej Universiti Insaniah
INFO:
YDPA telah murka terhadap mukhriz. Baginda memberi tempoh kepada mukhriz sehingga bulan 12 ini untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda KUIN, jika mukhriz tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, baginda akan menggunakan kuasa veto yang ada untuk mengarahkan semua pelajar dan staf KUIN dipindahkan semula ke kuala ketil.
YDPA akan memantau perjalanan pentadbiran KUIN dan kerajaan kedah bagi memastikan nasib pelajar dan KUIN khususnya kampus kuala ketil terbela...
p/s: jangan pernah berhenti bermunajat dan beruzlah kepada Allah...
ISBIRU WASOBIRU WARABITHU
YDPA telah murka terhadap mukhriz. Baginda memberi tempoh kepada mukhriz sehingga bulan 12 ini untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda KUIN, jika mukhriz tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, baginda akan menggunakan kuasa veto yang ada untuk mengarahkan semua pelajar dan staf KUIN dipindahkan semula ke kuala ketil.
YDPA akan memantau perjalanan pentadbiran KUIN dan kerajaan kedah bagi memastikan nasib pelajar dan KUIN khususnya kampus kuala ketil terbela...
p/s: jangan pernah berhenti bermunajat dan beruzlah kepada Allah...
ISBIRU WASOBIRU WARABITHU
NGO Islam Kedah sokong Kuin kekal di Kuala Ketil
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak Kerajaan Kedah dan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) agar menyemak keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan langkah pemindahan itu dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan negeri sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.
Katanya, langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.
“Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan media.
Kenyataan media bersama Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Ustaz Ahmad Yahya, Naib Pengerusi Salimah Kedah, Masadah Sajadi, Yang Dipertua ABIM Kedah, Zulazri Mohd Sani, Presiden Pertubuhan Darul Mustafa Kedah, Hafiz Mustafa Lubis dan Pengarah Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman itu sebagaimana di bawah.
Umum mengetahui bahawa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan institut pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah yang telah berkembang pesat sejak penubuhan lebih 15 tahun.
Ia adalah pusat pengajian tinggi yang membanggakan seluruh rakyat negeri Kedah dan ianya menjadi pemangkin kepada pengembangan dunia pendidikan dan keilmuan di negeri ini.
Dalam fasa 5 tahun lepas, dalam mencapai prestasi yang cemerlang untuk dianugerahkan mandat Universiti penuh, pihak KUIN telah melaksanakan pelbagai program pembangunan sama ada dalam bidang akademik, pembangunan syahsiah dan kelengkapan kampus pembelajaran.
Pihak MAPIM telah menerima memorandum dari mahasiswa KUIN Kampus Kuala Ketil yang mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk terus kekalkan Kampus Kuala Ketil sebagai pusat pembelajaran mahasiswa KUIN.
Memorandum itu juga meminta Kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab penuh keatas pentadbiran KUIN untuk membatalkan hasrat mengarahkan mahasiswa berpindah ke kampus lama Mergong.
MAPIM bersama beberapa NGO Islam negeri Kedah termasuk Teras Pengupayaan Melayu (TERAS),Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Abim negeri Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik dan Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah dengan ini menyokong penuh tuntutan mahasiswa KUIN Kuala Ketil yang terkandung dalam memorandum tersebut.
MAPIM juga bersetuju diatas langkah Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa untuk bertemu mengadap bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Cancelor KUIN yang telahpun pada 29 Januari 2013 lalu menjunjung kasih hadir perkenan merasmikan kampus KUIN Kuala Ketil.
Hasil pemantauan dan tinjauan yang telah dilakukan oleh pihak MAPIM, beberapa faktor penting yang menjadi pemasalahan besar kepada kebajikan mahasiswa sekiranya mahasiswa kampus Kuala Ketil dipindahkan ke kampus Mergong.
Mahasiswa berdepan dengan risiko keselamatan yang sangat kritikal di kampus Mergong dan Asrama Farabi.
Seperti yang sedia maklum keadaan bangunan yang sangat uzur dan serba kekurangan dari segi kelengkapan dan kemudahan.Kehidupan seharian mahasiswa terpaksa berada dalam keadaan bahaya, infrastruktur bangunan asrama dan kuliyyah kampus Mergong adalah tidak memenuhi syarat kelulusan (CF) seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT).
Seharusnya pihak pentadbiran mengambil cakna dengan keadaan bangunan yang sangat tidak selesa untuk diduduki dan risiko berlakunya kebakaran sangat tinggi. Selain daripada itu, kawasan kampus Mergong yang terlalu kecil tidak mampu menampung kuantiti pelajar yang ramai dan semakin bertambah.
2. Mahasiswa akan mengalami gangguan emosi dan mental dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya keputusan perpindahan ini diteruskan juga, ianya sangat menggangu emosi mahasiswa yang telahpun berpindah tiga kali sebelum ini di pelbagai lokasi bermula daripada kampus Mergong ke kampus Stargate Alor Setar kemudian ke kampus Kuala Ketil dan akhirnya kembali ke kampus Mergong semula .
Proses jadual kelas yang tidak teratur, bebanan tugasan pembelajaran bagi menghabiskan silibus yang tergesa-gesa dan pembelajaran dalam masa yang singkat akan mengganggu emosi dan mental pelajar untuk belajar dengan tenang dan teratur.
3. Mahasiswa terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi.
Situasi ini berlaku apabila kebanyakkan mahasiswa yang telah mengikat perjanjian sewa rumah dengan tuan rumah untuk menyewa rumah di kawasan Kuala Ketil.
Ini menyebabkan deposit serta kos perbelanjaan yang tinggi perlu ditanggung oleh mahasiswa berdasarkan perjanjian yang telah dibuat. Berdasarkan soal jawab yang telah dibuat sewaktu perjumpaan mahasiswa Kuliyyah Muamalat, seorang mahasiswa telah memaklumkan meraka terpaksa membayar hampir RM4,000 baki sewa rumah sekiranya ingin meningglkan rumah tersebut sebelum tamat tempoh perjanjian selama setahun yang ditetapkan oleh pemilik rumah.
4. Tempat belajar yang kurang kondusif di kampus Mergong.
Penilaian MQA bagi setiap kursus yang telah dipohon mewajibkan pentadbiran sesebuah IPTS menyediakan kemudahan-kemudahan bagi melancarkan proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Jika perlu dibandingkan antara kelas yang cukup untuk menampung keperluan dengan kelas yang besar dan selesa, pastilah kelas yang besar dan selesa yang akan dipilih.
MAPIM mendapati kelas yang akan digunakan oleh pelajar apabila berpindah ke kampus Mergong sangat tidak kondusif untuk proses pembelajaran yang selesa dan baik. Sedangkan kelas pembelajaran di KUIN Kuala Ketil adalah terbaik dan setanding dengan kampus IPT terbaik di Malaysia.
5. Penginapan pelajar yang tidak selesa dan bebanan kos deposit rumah.
Situasi di bangunan Asrama Al-Farabi, kampus Mergong yang telah dipetik dari kenyataan rasmi pengerusinya menyatakan bangunan tersebut adalah banggunan rumah flat empat (4) tingkat. Setiap rumah akan dihuni oleh lapan (8) orang pelajar. Untuk menampung bilangan pelajar dari Kampus Kuala Ketil ke Mergong, pentadbiran telah menyediakan 200 tempat untuk pelajar lelaki dan 600 tempat untuk pelajar perempuan di bangunan asrama yang bersebelahan dengannya.
Malangnya, bangunan tersebut yang di laporkan; tiada Certificate Safety (CS), sistem pendawaian dan air yang perlu diselenggara kembali, sudah pasti akan memakan masa yang lama dan menelan sejumlah kos yang tinggi serta mengganggu kosentrasi pelajar untuk belajar dengan lebih selesa.
6. Kampus KUIN Kuala Ketil adalah terbaik, strategik dan kondusif dari segi kemudahan prasarana dan tempat pembelajaran yang telah dan sedang dibangunkan bagi memenuhi syarat-syarat sebuah universiti berbanding kampus KUIN di Mergong yang masih di tahap lama.
Cadangan Mapim Untuk Peningkatan Kualiti P&P Dan Usaha Penafaran Mahasiswa Kuin Sebagai Mahasiswa Bertaraf Mumtaz.
Memohon agar dikekalkan kampus KUIN Kuala Ketil dan menjadikan ia sebagai kampus tetap kerana Infrastruktur yang telah dibangunkan memenuhi syarat-syarat sebuah universiti jauh lebih baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan berbanding kampus KUIN di Mergong.
Memohon agar penempatan asrama dalam kampus KUIN Kuala Ketil yang telah diberhentikan operasi pembinaanya diteruskan.
Mencadangkan agar pihak pentadbiran KUIN mencari penempatan sementara untuk menunggu asrama di dalam kampus Kuala Ketil siap sepenuhnya.
Pentadbiran perlu mengariskan pelan jangka masa panjang kolej untuk mencapai taraf universiti penuh.
Meningkatkan usaha pemasaran dan publisiti untuk peningkatan kuantiti pelajar pada masa akan datang dengan jumlah yang kompetatif untuk kampus Kuala Ketil.
Meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti kakitangan dalam fasa menjadikan KUIN sebagai tapak medan dakwah Islamiah yang memerlukan daya usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh.
Meningkatkan inisiatif kebajikan dikalangan mahasiswa dan seluruh kakitangan dan tidak menafikan hak untuk mereka menyuarakan sebarang pandangan dan teguran kepada pihak pengurusan tertinggi KUIN.
Menjadikan kampus Kuala Ketil sebagai kampus utama dan tunggal sebagai langkah ekonomik untuk mengurangkan bebanan kos pembiayaan dua buah kampus.
MAPIM mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan tertinggi KUIN untuk menyemak semula keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.
MAPIM mempersoalkan langkah pemindahan ini dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.
Langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.
Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah.
Kami dengan ini mengesa agar isu kampus KUIN di Kuala Ketil diselesaikan dengan bijak dan keutamaan diberi kepada mengekalkan kampus yang telah dibina di Kuala Ketil.
Kedahkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan