Sabtu, 17 Ogos 2013

SONGSANG...YANG MERAMPAS DISOKONG..SEOLAH2 BETUL....YANG DIGULING ...DAPAT MANDAT DARI PILIHANRAYA...DIKATAKAN PENGANAS...ADAKAH PATUT...ADA BIOL KE....PEROMPAK AMBIL DUIT@WANG...KEMUDIAN PEMILIK SEBENAR(YANG KENA ROMPAK) NAK AMBIL HAK NYA...DIKATAKAN PEROMPAK ATAU PENGANAS@PERAMPAS....KAN BIOL

Lelaki Prihatin Boleh Menghapus Keganasan Terhadap Wanita
Posted on Saturday, August 17 @ 16:10:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Lelaki yang bertanggungjawab dan peka tentang hak wanita yang dianugerahi oleh Tuhan dan undang-undang telah banyak membantu wanita mendapat pembelaan dan keadilan dalam keadaan mereka dicerca, didiskriminasi, didera dan diganasi secara mental, fizikal, emosi dan seksual. Sejarah tamadun manusia telah membuktikannya.

Kes video yang mempamerkan wanita dipukul semahunya oleh suami yang menjadi isu ketika ini yang telah diterbitkan ke media sosial oleh anggota keluarga lelaki mangsa adalah contoh ketara rasa tanggungjawab para lelaki yang peka dan prihatin untuk memastikan wanita-wanita di bawah perlindungan mereka mendapat keadilan dan sama sekali tidak diperlakukan sewenangnya oleh lelaki yang telah kehilangan segala pedoman dan sengaja ingin mencedera dan merosakkan kehidupan wanita, walaupun lelaki itu dituntut sebagai amanah untuk berbuat sebaliknya. Video yang menjadi viral itu telah menerbitkan reaksi dari pihak berkuasa seperti yang dikehendaki.

Pengajaran dalam kehidupan yang dibentuk oleh kepercayaan bahawa insan itu dicipta oleh Allah Yang Maha Esa menjelaskan bahawa walau apapun kesalahan wanita isteri itu, beliau tidak layak diganasi dengan apa cara sekalipun; inikan pula jika langsung tiada apa kesalahan yang diperbuat.

Apakah solusi kepada gejala sosial sedemikian dalam masyarakat yang sedang meningkat dan boleh menjadi kelaziman?

Ia bukan soalan yang mudah dijawab, tetapi tidak pula mustahil dijawab dan dilaksanakan sebaik mungkin. Kesungguhan melaksanakannya sebahagian besarnya terletak kepada kuasa yang mampu mengerakkan segala jentera dan anggota yang beramanah untuk melaksanakannya. Kerajaan persekutuan didesak untuk menghentikan sebarang diskriminasi mengenai penggemblengan maksimum anggota penguatkuasaan undang-undang dalam menangani segala bentuk keganasan terhadap insan khususnya wanita di negeri Selangor.

Sementara menunggu keputusan kerajaan persekutuan sedemikian Kerajaan Negeri Selangor telah merancang untuk melaksanakan polis komuniti dan meletakkan alat pengawasan (CCTV) sebagai langkah memelihara keselamatan rakyat di kawasan-kawasan yang releven. Disamping itu memperhebatkan advokasi (RM500 ribu telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut) mengenai Pusat Krisis Sehenti (OSCC) dan mempertingkatkan perkhidmatannya untuk mangsa keganasan terhadap diri mereka dan menambah pusat-pusat perlindungan dengan kerjasama LPHS. Usaha selari advokasi gender (yang melibatkan juga usaha memahami sensitiviti maskuliniti dan kelelakian, masculinity and manhood), perlindungan dan pendakwaan adalah juga menjadi tumpuan menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita. Kerajaan Selangor sedang berusaha memulakan gerakan Lelaki Menentang Keganasan terhadap Wanita (Men Anti-Violence Against Women).

Wajarnya isu keganasan terhadap wanita ini tidak perlu disensasikan untuk mendapatkan keadilan dan reaksi tepat para penguatkuasa. Ia adalah asas tindakan penguatkuasaan.

Kerajaan Negeri Selangor ingin melakukan semaksimumnya usaha-usaha pencegahan, perlindungan dan pendakwaan bagi menangani jenayah keganasan terhadap wanita. Ia memerlukan kerjasama erat kerajaan persekutuan secara tersusun dan sistematik (Kenyataan Media saya bertarikh 26 Julai 2012 adalah dirujuk). Kelekehan dan kegagalannya akan meletakkan rakyat, khususnya wanita dalam keadaan tertekan dan tidak selamat.

Rodziah Ismail
Merangkap ADUN Batu Tiga
Timbalan Ketua Wanita Pusat
dan Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat


 Khutbah Jumaat ‘Menyokong’ Keganasan Tentera Mesir
Posted on Saturday, August 17 @ 15:45:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Aduan Pada 16 Ogos 2013 saya bersolat Jumaat di Masjid Jamek Bentara Luar Batu Pahat Johor, memang seperti biasa tok khatib membaca teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Negeri.

Teks yang disediakan itu kadangkala tidak bertepatan dengan isu yang berlegar disekeliling masyarakat kerana ada isu yang berlaku wajar diketengahkan agar masyarakat sentiasa sensitif serta perihatin.

Isu peningkatan kadar jenayah dalam negara semestinya menjadi tajuk penting untuk dihuraikan dengan fakta dan data, bagaimana senjata api boleh dimiliki oleh orang awam dengan begitu mudah semudah mendapatkan makanan ringan.

Terkini, isu keganasan tentera di Mesir yang membunuh ribuan rakyat, puluahn ribu yang cedera dan ribuan pula sedang menunggu maut, mana perginya teks khutbah untuk solidariti rakyat Mesir? Sudah hampir 2 bulan tentera Mesir melakukan tindakan zalim kepada rakyat sendiri, pembunuhan berlaku di mana sahaja bahkan di masjid pun sudah tidak selamat dan selama itu juga teks Khutbah Jumaat Negeri Johor kaku, bisu, pekak dan buta sekaligus saya kira ketidakperihatian itu menggambarkan "Khutbah Jumaat Menyokong Keganasan Tentera" kerana peluang kami berhimpun setiap Jumaat tidak digunakan dengan sebaiknya oleh mimbar memperjelaskan isu sebenar seolah-oleh khutbah secara halus mengikut rentak musuh Islam dan jurang pemikiran pembuat teks khutbah pula seakan-akan diseret oleh ketakutan kepada pemerintah dan mereka hanya mementingkan perut sahaja. Semoga mereka diberikan hidayah.

Oleh;

Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat, Johor 17 Ogos 2013


 8 Makanan Sihatkan Mata
Posted on Saturday, August 17 @ 21:32:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Masalah penglihatan seperti rabun jauh atau rabun dekat bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah masalah penglihatan tetap akan berlaku seiring dengan usia.

Untuk kali ini, Belalang akan kongsikan 8 makanan yang sihatkan mata anda agar penglihatan akan sentiasa baik. Sumber asal dari Yahoo News!

Lobak Merah
Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

<img src="http://b.scorecardresearch.com/p?c1=8&c2=6864323&c3=996&c4=&c5=&c6=&c10=&c15=&cj=1" /> <a href="http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/858005/0/cc?z=admaxasia2&pid=a1a7f8b4-f07a-4e38-8eae-bbd2ba7bff4d&asid=7ff8bfee-9f66-4fcf-8d10-46c8d3a316d6"><img src="http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/858005/0/vc?z=admaxasia2&dim=280733&pid=a1a7f8b4-f07a-4e38-8eae-bbd2ba7bff4d&asid=7ff8bfee-9f66-4fcf-8d10-46c8d3a316d6&abr=$imginiframe" width="300" height="250" border="0"></a>
Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

 PUM mengutuk serangan dan pembunuhan ke atas rakyat di Mesir
Posted on Saturday, August 17 @ 15:37:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan pembunuhan ke atas rakyat di Mesir. PUM menyeru semua ulama' dan para asatizah memimpin bacaan qunut nazilah dan bermunajat kepada Allah SWT supaya keamanan dan kestabilan dikembalikan di Mesir. Dalam pada masa yang sama pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi diberikan semula hak untuk memerintah dan mentadbir negara Mesir.

Keamanan dan kestabilan negara Mesir begitu penting memandangkan negara Mesir merupakan salah sebuah pusat kesarjanaan ilmu-ilmu Islam seperti Institusi Al-Azhar yang telah berjaya melahirkan para ulama' di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Selain itu PUM menyeru supaya keadilan hendaklah diberikan kepada mangsa pembunuhan kejam dan mereka yang membunuh hendaklah dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa.

PUM mendoakan semoga mangsa pembunuhan dirahmati Allah dan ditempatkan di dalam syurga bersama para solehin dan para syuhada. Manakala ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang menimpa.

PUM juga menyeru NGO bukan Islam turut sama tampil kehadapan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Mesir yang cintakan keadilan dan keamanan, kerana isu Mesir adalah isu kemanusian sejagat.

Sekian.



DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung


Persatuan Ulama' Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
http://www.pum.org.my


 Zahid Hamidi nafi jadi broker kerajaan perpaduan, dakwa ianya ‘spekulasi’
Posted on Saturday, August 17 @ 15:24:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menafikan menjadi broker kerajaan perpaduan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membuat kenyataan sama menafikan khabar angin tentang perkara tersebut, serta menyifatkan ianya sebagai satu spekulasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.


"Tak adalah, jangan membuat spekulasi lah.
"Kalau berita itu datang daripada Perdana Menteri kita boleh tulis," kata Ahmad Zahid apabila disoal The Malaysian Insider tentang perkara tersebut dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Najib semalam berkata dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan antara BN dan PR.
Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menerimanya.
“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.
“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” kata Najib dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.
Perdana menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak pembangkang.
Asia Sentinel melaporkan pada Isnin Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.
Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.


Md Izwan- 17 Ogos, 2013.
Malaysian Insider

 Status PR pemilik resort di Sedili Besar ditarik balik
Posted on Saturday, August 17 @ 15:20:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Status penduduk tetap (PR) pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan, telah ditarik balik dan berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas kementeriannya melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan kajian mendalam terhadap status PR yang diberikan kepada pemilik resort yang berusia 45 tahun dan berasal dari Singapura itu.

"Apa yang telah diputuskan, KDN telah ambil keputusan untuk mencabut semula taraf penduduk tetap kepada orang yang berkenaan.

"Kerana taraf penduduk tetap yang diberi pada beliau hanya sebagai satu kemudahan dan bukan keistimewaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Rumah Pengasih di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pemilik resort berkenaan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata lagi, pihaknya telah memaklumkan tentang penarikkan status tersebut kepada pemilik resort berkenaan dan perkara itu dikuat-kuasakan serta merta.

"Ya serta-merta (ditarik balik PR). Kita dah maklumkan pada beliau masa dalam lokap. Dia seorang sahaja yang kena. Keluarga dia tak ada salah apa-apa," kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan Allah yang akan diputuskan pada 22 Ogos depan, Ahmad Zahid meminta agar semua umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.

"Saya bukan nak mendahului keputusan mahkamah. Tetapi yang penting ialah kalimah Allah perlu dipertahankan.

"Kalimah Allah hanya dan mestilah untuk agama Islam sahaja. Nokhtah!" tegasnya.


Zulaikha Zulkifli
12:55PM Ogos 17 2013
Malaysiakini.com






Tiada ulasan: