Selasa, 6 Ogos 2013

CAKAP DAN TULIS BOLEH...DAKWAH PUN BOLEH...TAPI YANG BERANI MATI BERAPA KERAT PULA

Umat Islam perlu bersatu untuk amar maaruf, nahi munkar
Posted on Monday, August 05 @ 20:29:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: amkns

"

Semoga semua umat Islam di semua taman perumahan dapat bersatu seperti apa yang ditunjukkan oleh penduduk di Bandar Sri Sendayan dengan mengadakan bantahan terhadap premis arak, judi dan karaoke yang terdapat di kawasan majoriti Islam.



Bantah jual arak secara terbuka
5 Ogos 2013

BANDAR SRI SENDAYAN - Kewujudan restoran dan premis menjual minuman keras di taman perumahan yang majoritinya merupakan masyarakat Islam di sini, mendapat bantahan penduduk sekitar.

Selain masalah minuman keras yang dijual seolah-olah tanpa pengawalan, kewujudan sebuah kedai makan berkaraoke turut didakwa menganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Justeru, penduduk di Taman Nusari Bayu 1, 2 dan 3, Taman Nusari Aman 1 dan 2, Taman Bukit Sendayan serta Taman Sendayan Indah sebulat suara membuat bantahan secara rasmi, kelmarin.

Memorandum bantahan ditandatangani penduduk itu diserahkan kepada wakil setiap premis yang disampaikan sendiri ahli jawatankuasa surau taman berkenaan sambil diiringi beberapa penduduk, kira-kira jam 3 petang.

Pengerusi Surau Taman Nusari Bayu 1/ Nusari Aman 1, Shafie Muhammad Al-Hafiz, 36, berkata, selain peniaga terlibat, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) turut dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Bantahan dibuat atas beberapa faktor. Antaranya, lebih 80 peratus penghuni di sini beragama Islam, justeru tidak memerlukan minuman keras.

“Selain itu, kita dapati tiada kawalan ketat dilakukan ke atas pembelian arak bagi individu beragama Islam dan remaja di bawah umur. Ini boleh memburukkan keadaan berikutan premis terletak berhampiran pelbagai institusi pendidikan,” katanya.

Sementara itu, berhubung masalah kedai makan berkaraoke pula, bunyi bising keterlaluan pada waktu malam menyebabkan rata-rata penduduk merungut.

Pengerusi Surau Taman Sendayan Indah / Bukit Sendayan, Mejar Zamri Ab Rahman, 42, berkata, penduduk dan jemaah surau sering terganggu semasa melakukan ibadah terutamanya pada Ramadan ini berikutan karaoke dijalankan hingga lewat pagi dan ada kalanya mencecah waktu sahur.

"

Perdana Menteri Malaysia pula bila nak ikrar sokong Mujahidin Syria?
Posted on Monday, August 05 @ 20:22:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: amkns

"Presiden baru Iran ikrar terus sokong Assad
Berita Harian 5 Ogos 2013

BEIRUT: Presiden baru Iran, Hasan Rouhani hari ini menegaskan bahawa negara itu akan terus menyokong rejim Bashar Assad di Syria dengan berkata tiada kuasa tentera di dunia mampu menggegarkan hubungan dua hala yang berdekad lamanya itu.


Rouhani berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi, di ibu negeri Tehran, demikian lapor agensi berita SANA.

  
Iran yang menaungi pergarakan Hezbollah juga dilaporkan menghantar pejuang ke Syria untuk meningkatkan keupayaan pertahanan tentera rejim Assad. - AP



"



Tolong, aku terbakar!!!
Posted on Monday, August 05 @ 20:09:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: hishamahmad

" 5-8-2013. Pagi yang tenang. Semasa Faruq memandu ke tempat kerja, tiba-tiba dia ternampak rumah salah satu jiran baiknya di taman perumahan Taman Bukit Perdana sedang terbakar.

Faruq nampak hanya ada satu atau dua orang sedang membantu sebab masa itu kebanyakan orang telah pergi kerja. Kereta bomba belum kelihatan. Setahu Faruq, jiran itu mempunyai seorang ibu lumpuh dan  beberapa orang anak. Rumah dua tingkat juga tentunya mewujudkan risiko berbahaya lebih tinggi.

Lalu apa tindakan Faruq

Faruq secara serta merta memutuskan untuk membantu jirannya. Mereka perlu diselamatkan dari terbakar.  Begitulah lumrahnya bagi kira semua orang-orang baik. Dalam situasi yang sama, secara serta-merta fikiran kita akan terus memutuskan untuk membantu. Kita akan menghentikan kereta untuk bergegas membantu semampu yang dapat seperti menyelamatkan nyawa orang-orang dalam rumah itu, tolong panggil bomba, padamkan api, selamatkan harta.   
Kes tadi adalah kes andaian sahaja. Saya simpulkan sebagai Kajian kes A. Persoalannya, kenapa kita sanggup menolong begitu? Rasa tanggungjawab untuk menolong? Hari ini hari dia, entah esok hari kita. Kita nak selamatkan dia, ahli keluarga dan hartanya dari terbakar dan musnah.  Kehilangan nyawa dan harta benda adalah kesakitan dan penderitaan yang berat.
 Bagaimana kalau yang menjadi mangsa ialah sahabat kita, apalagi jika saudara mara kita, keluarga kita, anak-anak kita atau ibu bapa kita? Tak payah tanya, kita sudah tahu jawapannya. Pasti kita akan tolong semampu-mampunya. Kita akan berusaha sesungguhnya untuk selamatkan orang tersayang kita dan hartanya dari terbakar dan musnah.     
Kajian Kes B: Kita tahu bahawa seseorang atau kawan yang kita kenali telah terlibat dengan Riba. Pinjaman rumahnya Riba. Pinjaman keretanya Riba. Pinjaman peribadinya Riba. Akaun banknya Riba. Kita tahu Riba Dosa Besar yang membawa ke neraka. Jika tak bertaubat dan tak membebaskan diri dari Riba, dia akan dibakar di neraka Allah untuk suatu tempoh yang terlalu lama tanpa diketahui bila penghujung kesengsaraannya;
TAPI  :-  Pernahkan tuan terfikir logik dan tak logiknya dua (2) situasi di atas.
Persoalan: (i) adakah kita berusaha untuk selamatkannya sebelum dia dibakar di neraka Allah?   (ii) Tidakkah kita rasa lebih bertanggungjawab untuk selamatkan iman dia yang sedang ’terbakar’?  (iii) Bukankah kita tahu, kehidupan dunia hanya sementara dengan tempoh       yang pendek sedangkan kehidupan akhirat kekal abadi... 1 hari di sana ibarat 1000 tahun didunia?  (iv) Bagaimana kalau mereka itu adalah dari kalangan orang yang kita sayangi?      
Justeru, sekali lagi dan entah yang keberapa kali,  saya menyeru semua anak muda di luar sana, marilah kita berdakwah. Anda hanya perlu menyampaikan atau menimbulkan persoalan untuk manusia berfikir. Tolong bagi sesiapa yang ada kawan dan saudara yang berurusan dengan kes-kes pinjaman konvensional , nasihatkanlah. Mulai cuba memahami dan mengkaji dan buatlah keputusan terbaik untuk akhirat kita.
 “71. dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
”Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” (At Taubah 9: 71-72)”   
Sesungguhnya ketahuilah! Bahawa mereka yang berdakwah dengan menyeru manusia kepada maaruf (kebaikan) dan menegah kepada mungkar (maksiat dan dosa) adalah golongan umat terbaik di sisi Allah. 
Setiap mukmin, tidak kira latarbelakangnya, sama ada tinggi atau rendah pencapaian akademiknya,  besar atau kecil jawatannya, senang atau susah hidupnya adalah memikul tanggungjawab secara individual/sendiri untuk berdakwah mengikut kapasiti dan kemampuan diri sendiri.  Kerja dakwah umat zaman sekarang adalah kesinambungan dakwah rasul kesayangan kita. Ianya suatu amal yang menjana pendapatan tinggi dan saham ’bluechip’ di akhirat.
Ganjarannya boleh menjadi setimpal dengan pahala sahabat!           
Apabila kita mati, percayalah kesan kebaikan dan manfaat agama yang berterusan di dunia kerana bersebabkan usaha dakwah kita adalah saham-saham akhirat kita yang terus naik tinggi harganya di pasaran (akhirat) sebagai sekuriti, jaminan dan cagaran semasa timbangan amal di yaumul mahsyar. Memetik kata ulama terbilang masa kini, Dr. Yusuf Qaradawi,  ”sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samaada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat  untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.   
Bersambung ....  dengan izin-Nya ... jika ada daya dan masa
Nak lebih maklumat tanpa kos ... layarilah blog saya. Jika ia baik untuk anda, ia terlebih baik untuk saya....  
(sebahagian daripada isikandung buku yang telah dipinda - tulisan seorang peguam sivil dan syarie bertajuk ‘Riba, Dosa Perang Dengan Allah’ terbitan Kemilau Publika. Sila cari dipasaran atau berminat -sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my)

http://hisham-ahmad.blogspot.com/

GEMPAR!! Tersebar Di Internet, Gambar Sukarelawan Malaysia Di Syria [TAKBIR..]
Posted on Monday, August 05 @ 19:56:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: matuse68

"

Sukarelawan Malaysia Di Syria!

'Team kami terselamat dari serangan sniper basyar di Aleppo, tembakan hampir-hampir mengenai belakang van yang membawa kami'..

dan impian yang ditunggu-tunggu tiba jua..

DIBERI PELUANG MENEMBAK TENTERA BASYAR DARI KEDUDUKAN SNIPER FSA!!!

Keputusan kerajaan Malaysia MENYEKAT DAN MENGHARAMKAN SYIAH di Malaysia sangat tepat!!

Disclaimer:
Keputusan bertempur dengan tentera regim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan team kemanusiaan yang disertai. Sebarang risiko adalah ditanggung sendiri.

FB Beliau: https://www.facebook.com/faisal.hamdi
 
P/S:  Tidak terhingga bangga dan terharu sangat apabila melihat dia sanggup ke syria untuk menjadi pejuang fi sabilillah.. Sama-sama lah kita doakan keselamatan dirinya dan diberi ganjaran pahala atas usahanya.. Inshaa Allah.. Amiin.
 
Info terkini layari: IniKalilah...


[DISCLAIMER] Pencerahan Artikel Berkenaan Faisal Hamdi Yang Berkhidmat di Syria
Posted on Monday, August 05 @ 20:05:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: hijabulcrewz

"


KENYATAAN KETUA MISI KEMANUSIAAN
Assalamualaikum wrt wbt
Bismillahirrahmaanirrahiim. Saya selaku ketua misi kemanusiaan ke Syria dengan ini menafikan artikel yang ditulis seperti yang dipaparkan di dalam laman-laman internet.
Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pertempuran apatah lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA). 


Justeru sebarang maklumat mengatakan beliau menyertai jihad bersama FSA adalah tidak benar. 

Gambar yang telah tersebar merupakan koleksi peribadi Saudara Faisal dan tiada kaitan langsung dengan tujuan misi. 

Sekian. Terima kasih

KENYATAAN PENCERAHAN OLEH FAISAL HAMDI SENDIRI
Selesai misi hari ke-2 di Idlib..

Serangan selepas Subuh tadi merupakan serangan daripada kedua2 belah pihak bagi merampas kawasan. Alhamdulillah, FSA berjaya merampas satu check point yg dikuasai regim Bashar Assad. Allahuakbar.

Terkejut dengan khabar angin bahawa saya sudah meninggal dunia. Betapa mudahnya tersebar rumours dan exaggeration. 

Ada beberapa pencerahan di sini:

1. Gambar yang tersebar luas itu gambar sebenar. Bukan diphotoshop atau diedit. Gambar tersebut menggunakan lens Samyang 24mm f1.4 dan hasil bokehnya memang sedemikian. Tiada editing dan tiada apa-apa teknik khas digunakan. Sila tingkatkan ilmu fotografi anda atau bertanyakan kepada yang ahli dalam bidangnya.

2. Tugasan saya di Syria adalah sebagai Dokumentari-maker dan sesiapa yang follow up perkembangan saya sejak misi pertama pada penghujung Mei lepas tahu bahawa saya sedang menghasilkan dokumentari berkaitan Syria.

3. Kepada media mainstream atau non-mainstream media (e.g: blogger), sila berhubung terus dengan saya untuk dapatkan first-hand information sebelum publish berita anda. Lebih banyak penambahan dari fakta sebenar.

4. Kepada yang mempertikaikan kebenaran bahawa kami diserang sniper dengan alasan kononnya tidak logik sniper basyar tidak ada team follow up selepas menembak. Ketahuilah, realiti peperangan sangat berbeza dengan suasana latihan dan scene dalam filem. Sila kurangkan tonton filem. Lokasi kejadian memang diketahui penduduk tempatan terdapat sniper basyar dan sudah ramai menjadi mangsa. Ditempat tersebut juga terletaknya kubu pertahanan mujahidin FSA. Jadi jika berlaku serangan dari pihak tentera basyar maka akan berlakunya serangan balas dari FSA. Dan serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan van kami dalam keadaan bergerak. Sniper terbaik dunia pun ada kebarangkalian untuk tersasar tembakannya jika suasana sekeliling tidak membantu seperti gelap, kadar kelajuan angin dan sasarannya bergerak.

5. Berkenaan dengan penggunaan senjata api. Ya saya diberi peluang oleh Mujahidin FSA untuk menembak kearah tentera regim yang hampir setiap masa menyerang rakyat, masjid-masjid, sekolah-sekolah dengan bom dari pesawat udara, kereta kebal, meriam, mortar, sniper dan bermacam lagi kelengkapan canggih. Saya ingin merasai sendiri pengalaman dan perasaan mujahidin di medan perang. Siapa dapat tahan melihat sendiri kekejaman di hadapan mata dan hampir-hampir pula menjadi mangsa? Peluang ini saya kira sebagai satu penghormatan. Tapi untuk bergelar mujahidin masih jauh lagi layaknya saya berbanding para mujahidin di sini. Memegang dan menggunakan senjata api untuk menentang regim yang menyembelih rakyat tidaklah haram sepertimana sebahagian rakyat Malaysia kecoh tentang 'haram'nya memegang anjing. Kehidupan disini dikelilingi orang-orang bersenjata api hinggakan seorang mudir sekolah agama terpaksa membawa pistol disebalik Alquran kecil yang dibawanya ke sekolah semata-mata ntuk mempertahankan diri. Di bawah gambar viral tersebut saya ada komen bahawa saya tidak layak memegang title mujahidin tersebut kerana saya melihat sendiri ketabahan dan kekuatan mereka mengaharungi segala penderitaan memperjuangkan agama Allah dan meninggalkan terus nikmat dunia. Mereka sangat mulia akhlaknya, tidak mudah marah, tidak mudah melenting dan tidak mudah membuat sesuatu yang sia-sia apatahlagi merugikan ummat Islam. Mereka sangat menyanjungi bantuan rakyat Malaysia walaupun sumbangan kita terhad kepada kemanusiaan seperti bantuan makanan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan dan pembangunan. Maka insyaAllah saham kita juga bersama para mujahidin. 

6. Melihat sendiri suasana kehidupan mujahidin memberi inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk saya terus berjuang dengan cara saya sendiri melalui media dengan bersenjatakan kamera. Itu jihad saya. Kerana saya tahu ilmu dan kebolehan yang Allah berikan sebagai videographer bukan suatu yang sia-sia dan tidak patut disia-siakan. Jika para mujahidin berjuang menggunakan senjata api dapat menewaskan 10 orang tentera musuh, senjata media dapat tumbangkan 1 kerajaan zalim dengan memberi pendedahan, penerangan dan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di sini melalui 1st hand information supaya masyarakat dunia bangkit menentang kekejaman rejim basyar. Apatah lagi media mainstream sangat berat sebelah dalam melaporkan apa yang berlaku di Syria. Siapa lagi nak diharapkan kalau bukan kita sendiri turun melihat sendiri dan melaporkan fakta sebenar apa yang berlaku?

7. Sheikh Muaz, seorang pengetua yayasan Maahad Tahfiz di Aleppo, Syria sendiri menyampaikan amanat kepada saya bahawa "biarlah kami di sini berjuang mengangkat senjata kerana ini tanah tumpah darah kami, kamu sebagai media berjuanglah menyampaikan kepada rakyat Malaysia dan dunia mengenai perjuangan kami di sini. Kamera kamu itu senjata kamu. InsyaAllah ganjaran kita sama disisi Allah". 

8. Saya dah rasai sendiri kesengsaraan kehidupan di medan perang. Ianya sangat memilukan dan menyedihkan. Hanya sanya orang luar biasa mampu menempuh kehidupan ini berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Dan rakyat Syria sedang melaluinya di saat rakyat Malaysia hidup selesa. Tanyakan sesiapa sahaja yang pernah terlibat dalam perang, maka tentu jawapannya mereka bencikan perang. Hanya sanya mujahidin terpaksa berperang untuk membela agama, keluarga dan kehormatan dari pencabulan, pembunuhan dan penyembelihan rejim yang tak dahagakan darah dan tak berperikemanusiaan.

9. Kita? Rakyat Malaysia? Masih lagi sering bergaduh perkara-perkara remeh. Masih lagi menyebarkan berita dan mempercayai tanpa usul periksa. Masih lagi............

Kita sendiri ada sambungan jawapannya...

Biar mati berjasa..
daripada mati sebagai orang biasa..

Salam perjuangan,

Faisal Hamdi,
Mujahidin Media,
5-8-2013,
Idlib, Syria

--------------------------------------------------------->

Kesimpulannya, di sini ada beberapa poin penting pencerahan dan pembetulan artikel sebelum ini serta berita-berita yang tersebar di internet iaitu...

Tiada ulasan: