Isnin, 19 Ogos 2013

PANDANG MEMANG TAK SAMA....BAGI ISLAM SUDUT AKHLAK MEMANG DIAMBIK BERAT

Himpunan munajat tanda sokongan pada rakyat Mesir

Oleh Anis Nazri dan Hazayani Zakaria, 17 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Padang Merbok yang menjadi lokasi Himpunan Munajat 100 ribu mula dilimpahi hampir 2000 hadirin, petang ini bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang dizalimi.

Program bermula dengan solat asar diikuti pidato daripada para pemimpin PAS.

Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.

Ketika ini, wakil kerajaan negeri Kelantan sedang menyampaikan pidatonya.

Selain rakyat Malaysia, kelihatan juga beberapa rakyat Mesir turut bersama-sama menyertai himpunan ini.

Pergolakan di Mesir bermula apabila pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi dan menahan beliau di suatu tempat yang tidak diketahui.

Berikutan penggulingan tersebut, ribuan rakyat Mesir, khususnya penyokong Morsi berhimpun di beberapa lokasi bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa tersebut.

Puisi buat rakyat Mesir: Nil, kau tak sendiri

Hafizul Faiz , 17 Ogs 2013



Ku terbangkan buatmu, Nil
kata-kata yang bersayap
berseru, bertitah, bergoncang di alam merah
semerah darah syuhadamu, memekari tanah gersang
yang roboh dipaku dendam
yang lebam diremuk kejam

Ku taburkan buatmu, Nil
benih-benih hijau berpohon Nazilah
mengharum di awan basah
lebih deras dari peluru bertirus
lebih agam dari mahkota al-yahud

Mereka itu hanya bertopengkan dendam
hatinya hitam kecut dan dayus
bila kau berseru "lailaha illAllah"
sebesar mana letupan terletus
seramai mana nyawa terhapus
semangatmu masih mengapung
keberanianmu masih gah di persada sejarah

Bukankah kau tak tahu, Nil
dihujungnya sudah ada janji
yang pasti, kau tak sendiri


Main Hall CAC, IIUM

Mesir: Pemuda PAS tubuh JK khas salur maklumat

Hazayani Zakaria, 17 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menubuhkan jawatankuasa khas di bawah lajnah penerangannya bagi memberikan maklumat yang tepat berhubung kekejaman Kudeta Mesir terhadap rakyatnya.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, lajnah penerangan akan berperanan sebaik mungkin sebagai medium untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat mengenai krisis di Mesir yang mengorbankan ribuan nyawa termasuk bayi dan orang tua.

"Jawatankuasa ini akan menyusun pelan tindakan dan perancangan untuk memastikan maklumat mengenai kekejaman tentera Mesir sampai kepada rakyat.

"Di peringkat antarabangsa, kami serah kepada lajnaj antarabangsa.

"DPPM menyifatkan tindakan pembantaian tentera Mesir terhadap rakyat sebagai melampaui batas-batas manusia normal," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAs, Jalan Raja Laut hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu juga, DPPM juga mendesak kerajaan bersikap tegas dalam isu ini dengan memanggil pulang duta Malaysia ke Mesir.

"DPPM juga mendesak sidang parlimen tergempar diadakan bagi membolehkan semua pihak berbincang mengenai tragedi berdarah di Mesir," katanya.

Sementara itu, beliau sekali lagi mengajak semua rakyat Malaysia menyertai Himpunan Munajat 100K di Padang Merbok petang ini bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Mesir.

"DPPM bersama NGO mengadakan Himpunan Solidariti Rakyat Mesir. Bermula semalam dengan solat hajat da demonstrasi di masjid di seluruh negara. Hari ini pula kita akan bermunajat di Padang Merbok bermula ja 4 petang hingga ISyak," katanya.

Pelantikan Nadim: Kenapa tidak letak di pusat khidmat?

Anis Nazri, 17 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Penjelasan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung pelantikan anaknya di kementerian itu masih belum cukup meleraikan persepsi negatif yang timbul sebelum ini.

Biarpun beliau mengatakan bahawa anaknya, Nadim Mohamed Nazri tidak dibayar gajinya dengan wang kerajaan, sebaliknya dengan wang saku Nazri sendiri, masih terdapat persoalan yang perlu dijawab.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Hanipa Maidin (Gambar kanan) berkata alasan Nazri yang mengatakan gaji anaknya tidak dibayar kerajaan, dan tidak terlibat dengan kerja-kerja kementerian hanya menimbulkan persoalan lain berkaitan pelantikan tersebut.

"Dijelaskan pelantikan Nadim itu tidak melibatkan kerja-kerja kementerian, sebaliknya khusus untuk program di kawasan parlimen menteri tersebut, iaitu Kuala Kangsar.

"Jika benar Nadim dipilih untuk fokus kepada program di parlimen beliau, kenapa tidak diletakkan Nadim di Pusat Khidmat Parlimen Padang Rengas, yang secara khusus bertugas untuk tujuan tersebut?" soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu percaya, Nazri telah tersilap dalam perbuatannya namun beranggapan masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

Sebelum ini, Nazri mengundang kontroversi apabila mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan bahawa pelantikan anaknya itu adalah pelantikan tidak rasmi dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.

Tindakan Nazri itu mengundang respons pelbagai pihak yang menyifatkan perkara seperti itu tidak harus berlaku bagi memastikan ketelusan dalam sesebuah pentadbiran.

Jenayah: Pemuda PAS tubuh jawatankuasa khas

Hazayani Zakaria, 17 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membantu kerajaan menangani masalah jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan ketakutan kepada rakyat.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, jawatankuasa itu diketuai oleh Exco DPPM Khalil Abdul Hadi.

"DPPM merasa kesal di atas indeks jenayah yang berlaku d negara ini dan hairan kerana senjata api mudah diperoleh dalam negara.

"Oleh itu DPPM mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan jalan penyelesaian seterusnya mengemukakan pandangan kepada pihak kementerian yang bertanggungjawab," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu juga, jawatankuasa tersebut akan bekerjasama dengan NGO-NGO bagi memantapkan perbincangan dan pandangan sebelum mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"DPPM akan cuba berperanan memberikan pelan penyelesaian kepada kerajaan juga termasuk mengambil tindakan berkesan bagi membantu mengurangkan kadar jenayah dan sudah tentu kita akan berada di pihak rakyat bagaimana untuk  mengambil langkah yang wajar," katanya.

Malaysia perlu tegas, hantar nota bantahan

Basiron Wahab, 17 Ogs 2013

KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan Malaysia membantah keras pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap rakyatnya sendiri.

Katanya, kerajaan Malaysia perlu bertegas atau sekurang-kurangnya menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Mesir.

Menurut Tuan Ibrahim kekejaman pemerintah Mesir itu lebih kejam daripada Firaun yang membunuh kanak-kanak.

Firaun, katanya hanya membunuh kanak-kanak lelaki tetapi Firaun moden ini membunuh dan membakar hospital dan masjid dan sebagainya untuk menghilangkan bukti kekejaman mereka.

Tuan Ibrahim berucap dihadapan kira-kira 500 warga Pahang termasuk muslimat yang membantah kekejaman kerajaan sementara Mesir terhadap penyokong Presiden Mursi yang digulingkan diperkarangan Masjis al Fatah, dekat sini semalam.

Menurrut beliau, kerajaan sepatutnya tidak diam membisu dengan pembunuhan hampir 3,000 penyokong Morsi dibulan syawal ini.

PAS, katanya bersama seluruh masyarkat dunia mengutuk kekejaman itu.

Tuan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihanya sehingga menitiska air mata ketika berdoa dibawah panas terik.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Md Saad juga membidas kekejaman golongan sekular sokongan zionis dan Amerika Syarikat serta negara yang menyokong rampasan kuasa itu.

Katanya kekejaman golongan sekular itu bukan sahaja di Mesir tetapa di banyak negara.

Apa yang berlaku di Mesir ujarnya adalah ulangan kisah kekejaman golongan sekular terhadap musuh politiknya.

Turut berucap ialah YB Andansura Rabu, wakil pemuda Nazri Abdullah serta wakil Ulama.

Tawaran Najib kepada Anwar terdedah, terhangat

Harakahdaily, 18 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Pembaca Facebook Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar terdedah juga” pada minggu ke-33, 2013. Di tangga kedua ialah “Pemilik restoran nasi kukus di Paka pula dibunuh” iaitu berita jenayah yang sering kedengaran kebelakangan ini, kali ini seorang pemilik restoran nasi kukus di Paka menjadi mangsa bunuh.
Seterusnya penjelasan Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman yang baru berkahwin dua mengenai poligami.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 11.8-17.8.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10



Mesir: Situasi lebih buruk jika haram Ikhwan

Muhammad Faizal,
18 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Tindakan rejim kudeta Mesir pimpinan tentera yang bercadang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan terus memburukkan lagi keadaan di Mesir apabila pihak yang menyokong Presiden dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi bertindak menyatakan bantahan.

"Tindakan untuk mengharamkan Ikhwan telah saya jangkakan sebelum ini dan ini sebagai satu usaha mereka untuk menghapuskan terus pergerakan tersebut.

"Tetapi kita perlu melihat dengan tindakan tersebut ia tidak akan menyelesaikan apa yang berlaku di Mesir.

"Saya merasakan kesan akan lebih teruk apabila wujud ketidakpuasan hati dari penyokong Ikhwan apabila kerajaan tentera Mesir mengambil tindakan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Salahuddin yang menegaskan pihak yang terbabit di dalam konflik Mesir itu perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban serta meminta negara-negara lain campurtangan dalam usaha mencari jalan pendamaian.

Beliau memberitahu, jika pengharaman Ikhwan dilakukan ia akan mengembalikan Mesir kepada zaman lampau.
Nazri dapat simpati lawan politik isu anak

Di sebalik kritikan yang diterima Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anak sendiri sebagai pembantu, siapa sangka ia mengundang simpati daripada lawan politiknya sendiri.

Antaranya Ketua DAP Selangor Teresa Kok percaya, walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.

NONE"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya kepada Malaysiakini.

Kok (kanan) diminta mengupas tulisannya di Facebook pada 16 Ogos yang berkata, ramai wakil rakyat susah menjadi kakitangan yang berdedikasi dan setia.

Kok, exco Selangor antara April 2008 hingga Mei 2012 berkata, beliau sendiri dalam tempoh perkhidmatannya itu terpaksa menukar 10 orang pegawainya ekoran pelbagai masalah, termasuk sabotaj.

Bagaimanapun, katanya, bukan perkara yang biasa terjadi apabila bekas pegawai bertukar menjadi lawan, seperti dalam kes Mohd Ezam Mohd Nor dan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita mesti faham, melantik anggota keluarga menjadi pembantu tidak sama dengan amalan beri projek dan imbuhan serta nepostisme," kata Kok yang juga anggota Parlimen Seputeh.

Ahmad Mazlan and Pakdo Dey shared blog special's photo.
BERCUCURAN AIR MATA KAMI DAN BETAPA HANCUR LULUH HATI MELIHAT MAYAT ANAK INI ... DIBAKAR DAN DIPANGGANG BAGAIKAN BURUNG DAN IKAN OLEH REGIME LAKNAT AS SISI .

YA ALLAH KAMI SERAHKAN AS SISI DAN REGIMENYA KEPADA MU DAN ENGKAU HINAKANLAH DIA DAN REGIME NYA SEHINA HINANYA DIDUNIA INI DAN JUGA AKHIRAT YA ALLAH...

ENGKAULAH YANG MAHA ADIL DALAM PEMBALASAN BAGI SEGALA SESUATU ... YA RABB, YA

CHILDREN OF SYRIA BEING BUTCHERED....PLEASE PRAY TO STOP THIS BLOODSHED..YA ALLAH DUNIYA KAY TAMAM MUSALMANU KI HIFAZAT KAR..(AAMIEN) SAY AAMIEN SHARE AND TAG YOUR FRIENDS TO GET THE PRAYERS FOR OUR MUSLIM BROTHERS AND SISTERS.
JABBAR, YA QOHAR.. AMEEN

Tiada ulasan: