Ahad, 11 Ogos 2013

KALAU KITA LIHAT...ATAU KITA TAHU DARI SUMBER BENAR...SAPE PALING KAYA ...MAKA KITA TAHU JAWAPANNYA

Elektrik diputuskan, penyokong Morsi khuatir serangan

Harakahdaily, 11 Ogs 2013
(Mendan Rabaah bergelap dan terpaksa menggunakan lampu yang dihidupkan menggunakan generator)
MESIR: Menjelang pagi tadi, medan Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan penyokong demokrasi dan legitimasi Mesir terputus bekalan eletrik.

Ianya dipercayai angkara pihak berkuasa yang mahu memberi tekanan berterusan kepada penyokong Dr Muhammad Morsi yang berkampung dan menakluki kawasan di situ sejak sebulan lalu.

Ekoran pemotongan itu, jutaan mereka di sini terpaksa menunaikan solat Subuh menggunakan lampu malap yang dihidupkan menggunakan generator.

Dalam pada itu, para penyokong Morsi dari Madinah Nasr berturut-turut tiba di Medan Rabiatul Adawiah.

Sumber Ikhwan Online menyebut, kumpulan demi kumpulan dari penduduk Madinah Nasr serta kawasan-kawasan berdekatan dari Medan Rabiatul Adawiah tiba di lapangan tersebut bagi membantu rakan mereka kerana bimbang berlaku serangan selepas pemotongan arus elektrik.

Begitu juga perarakan-perarakan dengan menggunakan kereta dari pelbagai kawasan Kaherah telah bertolak menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah selepas pemotongan arus elektrik pagi tadi.

Kesemua mereka mahu bergabung dengan jutaan penunjuk perasaan di medan tersebut yang mana sedang diancam dengan serbuan serta penyeleraian dengan kekerasan oleh para perampas kuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis Mesir dilaporkan telah menyerbu kediaman salah seorang pemimpin Ikwan Muslimin awal pagi tadi.

Difahamkan sebuan ke kediaman Sobhi Soleh di Iskandariah dibuat kira-kira jam 3.15 pagi tadi, bagaimanapun Sobhi tiada di rumah kecuali seorang anak perempuannya.

Sumber Nabat Rabaah menyebut, polis menahan anak perempuan Sobhi yang juga seorang doktor untuk mengetahui dimanakah kedudukan bapanya.

Guna bahasa yang baik, ia melambangkan nilai kita

Harakahdaily, 11 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah memarahi sesiapa yang tidak bersetuju dengan saya,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Beliau sedikit terkilan dengan sikap setengah pengomen yang menggunakan bahasa yang kotor yang melambangkan mereka tidak mempunyai daya perbahasan yang baik dalam benak mereka.

Baginya, mereka tidak percaya kepada hakikat bahawa nilai seseorang itu banyak dinilai dari cara percakapan dan bahasa yang digunakan dalam perbahasan mereka.

“Mereka kurang sedar bahawa cara kita bercakap dan memaparkan diri dalam media itu menunjukkan cara dan bagaimana mereka dibesarkan oleh penjaga masing-masing,” tulisnya lagi.

Ujarnya, mungkin mereka tidak mahu sedar bahawa sikap kita itu melambangkan bagaimana ibu dan bapa kita mendidik kita semasa membesar dahulu.

“Maksud saya ia melambangkan nilai dan sifat ibu bapa mereka sendiri,” ulasnya lagi.

Baca di sini

Penstrukturan PDRM: 4 langkah cegah jenayah

Steven Sim Chee Keong, 10 Ogs 2013
JENAYAH boleh berlaku dalam banyak keadaan. Di mana sekali pun kita berada, kerap kali, kes jenayah seperti samun, rompakan, pembunuhan dan sebagainya terus berlaku dan menjadi laporan utama di dada akhbar negara ini.

Sudah tentu, kejadian jenayah yang berlaku bukan disebabkan satu faktor tetapi faktor kolektif yang mungkin tidak dapat dielak apalagi Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun menuju matlamat negara maju pada 2020.

Faktor ini antara lain boleh dikaitkan dengan dendam, khianat dan faktor ekonomi. Tekanan hidup akibat belenggu kemiskinan, kos sara hidup yang makin tinggi, keciciran dalam pendidikan yang boleh menjerumuskan seseorang itu dalam kegiatan jenayah adalah hal yang lazim kita dengar.

Apa pun faktornya, pihak keselamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal dan mencegah jenayah. Dengan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar kejadian jenayah dapat dikurangkan.

Sudah tentu, negara memerlukan jumlah anggota pasukan polis pencegahan jenayah yang wajar.

Tetapi apa yang berlaku dan menjadi persoalan saya ialah mengapa anggota polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Petugas Khas) mencatat peningkatan mendadak iaitu lebih kurang 2,423 pegawai atau peningkatan 46.43 peratus daripada 2011 sehingga  2013, sedangkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pula hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-kira 6.24 peratus. Fakta ini membingungkan kita semua.

Ia pada masa yang sama mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius menangani jenayah. Justeru, saya mencadangkan empat kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan pasukan polis kita yang lebih efektif melalui penstrukturan semula PDRM.

1) Menjadikan “melawan jenayah” sebagai fungsi utama PDRM

Antara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis ditumpu kepada melawan jenayah dan bukan tugas lain seperti mendakwa, forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas ini boleh dilaksanakan agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya.

Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas yang tidak memerlukan kuasa polis.

2) Memansuhkan pasukan Cawangan Khas

Bagi mencapai misi “melawan jenayah”, maka saya menyarankan semua pegawai Cawangan Khas yang mempunyai kemahiran risikan dan siasatan disalur kepada JSJ. Objektif asal Cawangan Khas adalah untuk melawan komunis tetapi kini, ancaman komunisme sudah tiada lagi di negara kita. Kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA juga menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan Parti Komunis terbesar di dunia iaitu Parti Komunis China.

Justeru, tidak masuk akal untuk mempunyai pasukan Cawangan Khas yang dianggar berjumlah lebih 7,000 anggota pada masa kini. Kementerian Dalam Negeri enggan mendedahkan angka rasmi keanggotaan Cawangan Khas yang terkini.

Anggota Cawangan Khas yang mempunyai latihan khas dalam risikan patut disalur kepada kerja melawan penjenayah termasuk aktiviti jenayah berat dan ancaman aktiviti keganasan (terrorism).

3) Seorang polis mengendalikan kes jenayah, lima polis mengendalikan urusan pejabat

Pada masa kini, 40.82 peratus atau 45, 995 pegawai polis terlatih ditugaskan di Jabatan Pengurusan. Ini bermakna bagi setiap seorang pegawai polis dalam JSJ melawan jenayah, ada lima anggota lain yang menjalankan kerja pengurusan termasuk kerja pentadbiran.

Kerja sebegini boleh dilaksana oleh pegawai awam bukan anggota polis. Ini bukan sahaja membolehkan polis terlatih disalur kepada tugas “core business” PDRM iaitu melawan jenayah, malah meringankan bebanan kewangan kerana pegawai awam (civilian officer) tidak diberi insentif elaun khas untuk anggota polis.

4) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Bagi menjamin kebebasan PDRM daripada campur tangan politik seperti yang didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, IPCMC perlu segera ditubuhkan. Seperti yang saya cadangkan sebelum ini, IPCMC juga perlu diubahsuai untuk memberi kuasa kepada badan bebas terbabit membuat keputusan dalam hal ehwal kenaikan pangkat dalam PDRM supaya kenaikan jawatan dalam polis bukan berdasarkan campur tangan politik tetapi berdasarkan prestasi.

Dengan cadangan empat kaedah ini saya percaya, kadar jenayah dapat dikurangkan dengan baik sekaligus mengembalikan semula keyakinan awam terhadap PDRM. - Roketkini.com

Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya, Mahathir kehilangan kata-kata...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 10 Ogs 2013

Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya telah membuatkan Dr. Mahathir terkedu dan kehilangan kata-kata untuk menjawabnya, malah Dr. Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya.

Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai "manusia penuh kontradiksi".

Baca lagi

Apa muslihat Nurul Izzah lancar buku Pak Lah?

Harakahdaily, 10 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Keghairahan orang ramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

“Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Di Malaysia pula, ujarnya buku itu akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri.

Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

“Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura,” tulis Shahbudin lagi.

Biasanya, ujar beliau buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya.

Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

“Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?” ulas Shahbudin.

Tulisan penuh di sini.


Wanita Jual Tubuh Kerana Suami

pelalaNyata ia pengorbanan besar yang dibuat seorang janda apabila rela dirinya ditiduri semata-mata bagi memastikan bekas suaminya dibebaskan sekumpulan penculik.
Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit.
Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan penjualan permit warga asing. “Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, di sini, jam 4 petang, 10 Jun lalu.
“Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka,” katanya.
Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan.
“Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk ‘mencukupkan’ jumlah RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.
“Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak hingga mati.
Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.
“Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan.
“Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit.
“Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian.
“Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari sama,” katanya.
Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit -TT

HOT ! Kedai Makan CIMB Tawar Khidmat Seks...!!!


Kedai makan di kawasan perindustrian tawar khidmat seks

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menjalankan perniagaan makanan, pengusaha kedai makan di kawasan perindustrian terutama di kawasan pedalaman dikesan turut membekalkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka yang rata-rata terdiri daripada pekerja kilang.

Tujuannya mudah, untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda, pelayan yang asalnya digaji untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan di kedai makan, turut digajikan sebagai pelacur.

Kegiatan itu dikesan dalam serbuan dijalankan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di beberapa buah negeri termasuk Perak.

Ketua Penolong Pengarahnya, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata terdapat sesetengah tempat perindustrian seperti kilang yang mempunyai kedai makan terutama di kawasan pedalaman, menawarkan khidmat seks untuk memastikan pekerja kilang ini menjadi pelanggan tetap di kedai makan berkenaan.

“Wanita-wanita ini selepas mengambil pesanan dan menghidangkan makanan, jika pelanggan berminat boleh dibawa untuk berhibur termasuk mengadakan hubungan seksual. Pelayan merangkap pekerja seks ini bekerja ikut syif, ada syif malam dan siang ikut waktu habis kerja pekerja-pekerja kilang.

“Tujuannya untuk tarik pelanggan sebab mereka tahu di kawasan-kawasan industri seperti ini, pekerja adakalanya memerlukan hiburan, jadi dengan cara ini pekerja tidak perlu ke bandar untuk makan atau mendapatkan khidmat seks.

Katanya, bayaran yang dikenakan sekitar RM100 hingga RM150 untuk setiap perkhidmatan dan pelanggan mereka terdiri daripada pelanggan tetap antaranya warga negara Indonesia dan Bangladesh.
Berdasarkan statistik dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 24,995 serbuan Ops Noda dijalankan berbanding tahun lalu sebanyak 19,832 serbuan.

Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur merekodkan serbuan tertinggi iaitu 5,147 serbuan berbanding tahun lalu yang direkodkan negeri Johor Bahru sebanyak 4,336 serbuan dalam tempoh sama.

Dalam tempoh yang sama (Januari-Jun 2013), statistik turut merekodkan wanita warga negara China paling ramai ditahan terbabit dalam kegiatan pelacuran iaitu seramai 2,032 diikuti wanita Vietnam (1,849), Thailand (1,390), Indonesia (580) dan Filipina (245).

Abdul Jalil berkata, berdasarkan operasi dan pemantauan polis, wanita Vietnam dilihat menunjukkan peningkatan terbabit dalam kegiatan pelacuran.

“Kami lihat trend peningkatan ini sejak tahun lepas, perkhidmatan penerbangan pengangkutan yang menawarkan pakej tambang murah dari beberapa buah bandar besar Vietnam terus ke Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) seperti bandar Ho Chi Minh, menjadi faktor.

“Ini boleh disalah guna sindiket pelacuran antarabangsa untuk membawa masuk pekerja seks ke negara ini dan ia dikhuatiri tidak dapat disekat apatah lagi sekiranya mereka menggunakan pas lawatan sosial mahupun pelajar,” katanya.

Abdul Jalil berkata, sehubungan itu, polis terus menjalankan serbuan dan tangkapan dalam mengekang unsur-unsur negatif seperti ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.

“Kami juga ada jalankan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan mereka yang pernah ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti kurang sihat seperti ini disekat kemasukan semula mereka ke Malaysia.

“Selain itu, kerjasama turut dijalankan dengan pihak kedutaan beberapa buah negara yang merekodkan warga negaranya paling tinggi terbabit dalam kegiatan pelacuran dan hasilnya kami pernah menyelamatkan wanita-wanita daripada dieksploitasi sebagai pekerja seks,” katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: