Bala menunggu peminjam PTPTN
Subky Latif, | 28 Ogs 2013 |
Mereka yang gagal melunaskan pinjaman itu sama ada kerana sengaja tidak mahu menjelaskannya atau tidak terdaya menunaikannya atas kesempitan hidup akan disenaraikan di bawah CCRIS itu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
Mangsa itu akan hilang kelayakan untuk memiliki kereta, rumah dan lain-lain sebagai tambahan kepada sekatan keluar negara. Status mereka mungkin sama dengan orang yang muflis. Jika mereka orang Islam tidak layak menunaikan haji dan umrah.
Kerana takut ugutan itu mengancam peluang Umno dalam PRU14, Pemuda Umno menentangnya. Kerajaan pun takut kesannya, maka tidak jadi ia kuatkuasakan setakat ini.
Seingat saya, si muflis sebelum merdeka dulu layak memiliki basikal. Dia tidak boleh memiliki motosikal. Masa itu belum ada motosikal kecil seperti Honda. Pakaian yang dibolehkan kain kaki iaitu kain tebal.
Mungkin tindakan terhadap peminjam PTPTN kurang sedikit zalimnya dari yang dialami oleh peminjam along. Tindakan yang dikenakan along menyiram cat merah pada kediaman, ancaman bunuh secara kejam. Jika peminjam melarikan diri, keselamatan keluarga terancam.
Peminjam PTPTN tidaklah dikenakan demikian tetapi deranya seperti lain-lain peminjam yang tidak dapat menjelaskan hutang yang pinjaman itu dibuat sebagai pilihan. Pinjaman pilihan itu ialah sebagai modal perniagaan, membeli harta/saham, rumah, kenderaan dan sebagainya.
Pinjaman PTPTN adalah keperluan asasi bagi melanjutkan pelajaran. Menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi adalah keperluan. Ia bukan pilihan lagi. Tiada cara bagi rakyat cerdik dari keluarga yang tidak berada melanjutkan pelajaran melainkan pinjaman atau biasiswa. Zaman biasiswa mudah, maka alternatifnya ialah PTPTN.
Dera yang dicadangkan itu mungkin patut bagi dikenakan kepada penyangak yang mendaftar menjadi ahli Umno bagi meminjam duit dari Mara dan Bank Bumiputera dulu. Kerana mereka diterima jadi Umno, maka mereka berpeluang mendapat pinjaman yang banyak. Antaranya tidak membayar hutang itu dan ramai juga hutang itu dihapus kira.
Penyangak seperti itu patut dikenakan tindakan seperti yang dicadangkan kepada peminjam PTPTN. Tetapi pelanggan PTPTN malangnya ialah kerajaan yang ada mengira pelajaran tinggi untuk rakyat adalah satu perniagaan. Ia bukan hak asasi belia yang cerdik. Siapa yang hendak belajar tinggi mesti berbayar. Kerajaan bina univrsiti atau benarkan universiti dibina bagi dilanggan oleh belia yang cerdik. Mereka diberi pinjaman supaya mereka boleh menjadi pengguna kepada institusi pengajian tinggi itu. Dengan demikian profesor ada pekerjaan dan dapat gaji tinggi.
Jika tiada pinjaman seperti PTPTN, maka tiada orang yang belajar di universiti yang banyak itu. Dengan adanya PTPTN berlumba-lumbalah orang mendirikan universiti dan kolej. Seperti orang berlumba-lumba mendirikan tadika, kerana ia boleh dijadikan medan perniagaan.
Tetapi telah ada tawaran pengajian tinggi boleh diadakan percuma – tanpa PTPTN – seperti yang digagaskan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu. Sumber yang ada, kawalan kewangan yang berhemah, kerajaan boleh mengadakan pengajian tinggi percuma.
BN tidak menyanggupi tanggungjawab itu kerana ketirisannya, bahkan ia bocor. Kebocoran itu menyebabkan negara bankrap, bukan sekadar mengadakan pengajian tinggi percuma.
Justeru, memasukkan PTPTN di bawah CCRIS itu satu penindasan, maka ia ditentang juga oleh Pemuda Umno. Tetapi tentangan Pemuda Umno lebih berbentuk politik. Ia menolaknya kerana takut kalah pilihan raya akan datang kerana adanya tawaran Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN itu. Sikap Pemuda Umno bukan disebabkan ia satu penindasan. Bagi PR, PTPTN adalah penindasan dan memasukkannya di bawah CCRIS pula adalah penindasan berganda.
PAS gesa Perak bina bangunan maahd tahfiz
Muhammad Faeez Azahar, | 30 Ogs 2013 |
Sehubungan itu, katanya kerajaan mestilah peka terhadap guru-guru bertauliah yang dipinggirkan apabila hanya diberikan elaun sebanyak RM400 sahaja setiap tahun.
Nilai elaun yang diberikan itu, katanya tidak setimpal dengan kos kehidupan sekarang dan seharusnya kerajaan mengambil satu inisiatif kepada mereka dengan menaikkan elaun kepada yang lebih setimpal.
Adun Titi Serong itu turut mengharapkan kerajaan menyegerakan pembinaan maahad tahfiz negeri yang sehingga hari ini belum ada bangunan sendiri.
"Hampir 20 tahun maahad ini tidak mendapat keistimewaan apabila terpaksa menumpang dari satu tempat ke satu tempat untuk menjalankan proses pembelajaran.
"Saya menggesa kerajaan menyegerakan pembangunan Maahad Tahfiz agar dapat menjalankan pembelajaran di bangunan sendiri dan lebih ramai lagi dapat menyambung pelajaran," ujarnya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, semalam.
Beliau juga berkata, pembangunan negeri akan terencat dan rosak apabila ia diuruskan oleh individu yang tidak berakhlak serta mempunyai agenda tersendiri dalam memegang kuasa.
"Saya tekankan bahawa semua Adun harus menjadi orang yang ikhlas untuk membina negeri serta membantu rakyat, bukan mengambil kesempatan di atas ruang yang ada kepada mereka," tegasnya.
Multaqa Ulama 914: Ulama Haraki Benteng Izzah Islam
., | 27 Ogs 2013 |
2. Amanah ilmu yang sedia terpikul di pundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt. Ulama' sayugianya menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya.
3. Sifat ulama' yang diredhai oleh Allah swt. antaranya ialah Haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw.
4. Ulama' Haraki inilah yang mahu kita lahirkan dalam PAS, guna menggerakkan bahtera perjuangan ini menepati hala tuju asas yang digariskan oleh Nabi saw ke arah mencapai keredhaan Allah swt. Ulama' Haraki ialah Ulama' yang bertolak dari kekuatan aqidah, ilmu dan peribadi justeru selayaknya mereka adalah:
~ Ulama' yang pantas menyahut seruan perjuangan tanpa lengah dan beralasan.
~ Ulama' yang tangkas menepis segala da'ayah yang merosakkan Islam dan jamaahnya.
~ Ulama' yang gagah meredah halangan mendepani cabaran luaran dan dalaman.
~ Ulama' yang peka menangani isu semasa dan menyelesaikannya dengan ilmu dan petunjuk Islam.
~ Ulama' yang berani menjuarai gerakkerja pembelaan aqidah, fikrah dan syakhsiyah.
~ Ulama' yang kental menghadapi fitnah lantas membersihkannya dengan tegas dan wibawa.
~ Ulama' yang cekal mengharungi karenah ummah lalu membimbing tangan mereka.
~ Ulama' yang mesra menjalani kehidupan bersama masyarakat dan bersifat inklusif.
~ Ulama' yang pro aktif dan sedia menguasai ruang terbuka selain markas, masjid dan surau.
~ Ulama' yang senantiasa memelihara kesolehan peribadi agar menjadi qudwah sepanjang masa.
5. Iklim politik tanahair kita hari ini kian kelam dan ditambah pula indeks sosial yang semakin parah ekoran suburnya aktiviti mungkar dalam negara kita. Pastinya ulama' tidak boleh berpada dengan kuliah maghrib dan khutbah jumaat semata - mata kerana itu menghadkan interaksi ulama' hanya dengan 'regular customers' sedang mereka yang terjebak dalam pelbagai kancah mungkar ini sebahagian besar mereka tidak pernah pun menjejak kaki ke tangga masjid dan surau, apa lagi markaz PAS.
6. Ulama' hari ini mesti mampu berdaya saing dalam mengurus dan mengatur tindakan menangani keperluan dan tuntutan zaman, agar ulama' dilihat pro aktif, kreatif, responsif dan agerasif dalam gerakkerja mereka dengan menepati sempadan dan batas akhlak serta manhaj an nabawi. Antara tuntutan dan keperluan zaman hari ini, ialah masyarakat mahu ulama' kita adalah ulama' kontemporary dan mudah didampingi sebagai konsultant am untuk menyelesaikan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian.
7. Tegasnya, ulama' kita mesti bangkit ! inilah masanya bagi membuktikan bahawa ulama' bukan lagi kelompok belasahan yang boleh diherdik, dipertikai, dipersenda, dicatur, diperalat dan dipermainkan kewibawaan diri serta ilmu yang dimiliki. Ulama' mesti keluar dari zon selesa untuk melihat cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh ummat dan Gerakan Islam masa kini. Ulama' jua mestilah berpadu tenaga dan fikrah bagi mengembeling kekuatan untuk mempertahankan Islam dan gerakannya dari pelbagai anasir yang cuba untuk merobek dari segenap arah.
8. Sampai bila ulama' - ulama' kita mahu bersifat defensive berdepan dengan 1001 helah bermadah dari musuh - musuh Allah swt.? Lihat bagaimana ulama' di Mesir kini telah bangkit menggerakkan kesedaran rakyat dan memimpin pergerakkan mereka menentang kudeta yang zalim dan kejam. Ambillah contoh dari keberanian mereka menongkah cabaran. Namun jangan terlewat untuk bangkit. Jangan tunggu tergadah baru nak menadah. Bangkit sekarang untuk mengembalikan izzah Islam, menerajui perjuangan bergandingan dengan tokoh - tokoh profesional yang komited dengan perjuangan Islam jua para aktivis yang mukhlisin bagi menempa kemenangan bergaya buat islam.
9. Saya mengharapkan Multaqa Ulama' yang akan berlangsung pada 14 September 2013 ini akan menjadi turning point untuk menyemarakkan kebangkitan ulama' - ulama' Islam yang haraki sifatnya guna mendokong amanah perjuangan. Seimbang dan sepadu dengan kemaraan tokoh-tokoh profesional yang tidak dinafikan peranan dan sumbangan besar mereka terhadap perjuangan Islam serta diperkaya pula dengan kehadiran aktivis yang sedia sejuk berhujan dan panas berjemur demi memikul bersama amanah Islam yang berat ini.
10. Sayugianya lah Multaqa Ulama' menjadi nilai tambah kepada kekuatan Gerakan Islam [PAS] dan sekaligus menggerunkan musuh Allah swt dengan bangkitnya para alim ulama' seiring sejalan dengan tokoh profesional dan aktivis yang komited dengan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Maka , tunggu apa lagi ? saya kira Multaqa Ulama' yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut itu perlu dihadiri oleh alim ulama' kita khasnya ulama' - ulama' muda. Saya menganggap ini adalah program lanjutan dari Xpresi Ulama' Muda Haraki yang pernah dianjurkan oleh DPPM sebelum ini.
[Terdahulu Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda di seluruh negara dan ianya telah dihadiri oleh puluhan ribu anak muda dari seluruh negara dan sebahagian besar mereka ialah aktivis. Berikutan itu, DPP Malaysia menganjurkan 2 kali Himpunan Xpresi Profesional Muda yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh profesional muda dari pelbagai bidang kemahiran untuk mereka bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan dengan para alim ulama dan aktivis parti.
Insyaallah pada 4,5 dan 6 Oktober akan datang, DPPM pula akan menganjurkan salah satu aktiviti tahunannya iaitu IJTIMAK TARBAWI 3.0 di Pagoh Johor]
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ibu Jeneral As-Sisi keturunan Yahudi
Abd Shukur Harun, | 26 Ogs 2013 |
Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.
As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.
Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.
Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.
Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.
Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir, Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi.” Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.
Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel.
Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.
Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.
Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi.
Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi.
Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery, mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA.
Seorang lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.
Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.
Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel.
Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.
Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja,” – Surah Toha, ayat 72.
Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri diakhir zaman.
Langat 2 dipersetujui jika syarat dipenuhi
Muhammad Faizal, | 29 Ogs 2013 |
Menteri Besar, Tan Sri Adbul Khalid Ibrahim yang dipetik Harian Metro berkata terdapat dua isu utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat iaitu membabitkan kos operasi dan Langat 2.
"Kita bersetuju untuk meneruskan pembinaan Langat 2 dengan syarat projek berkenaan menjadi antara aset yang perlu dimasukkan dalam penstrukturan semula industri air negeri ini.
"Terdapat dua isu utama yang dibangkitkan sehingga menyebabkan berlakunya perbezaan pendapatiaitu berkaitan kos operasi dan Langat 2.
"Bagi yang berkaitan dengan operasi, kkta boleh katakan ia hampir selesai dan menerima tawaran harga daripada kerajaan negeri. Kalau hendak harga tinggi, perkara itu mesti diselesaikan di peringkat Timbang Tara Antarabangsa," jelasnya.
Khalid yang turut memberitahu, pembinaan projek tersebut dan penstrukturan semula industri air antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan dimasukkan dalam perbincangan meja bulat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Selain itu juga beliau turut menjelaskan perkara tersebut juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat Exco semalam tetapi bukan hanya tertumpu kepada Langat 2 sahaja, malah turut mengenal pasti sumber air lain yang ada di Selangor.
Kesan kekejaman rejim di Dataran Raba'ah Adawiyah
Abu Marwan, | 29 Ogs 2013 |
KAHERAH: Beginilah suasana di sekitar Dataran Raba’ah Adawiah. Tiada bahasa yang dapat digambaran apabila melihat sendiri kesan kemusnahan dan kebakaran terhadap Masjid Rabaa serta hospital sementara yang terletak bersebelahannya.
Dataran yang terletak di pinggir Kota Kaherah telah diserang dan dimusnahkan dengan kejam oleh beribu-ribu tentera dan polis khas junta tanpa sebarang perikemanusiaan.
Dataran bersejarah ini merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Mohamad Morsi yang mendirikan khemah-khemah sementara serta tempat himpunan utama mereka selama hampir dua bulan yang lalu.
Kini hasil peninggalan serangan tentera dan polis yang ganas adalah Masjid Rabaa yang dibakar serta bangunan hospital sementara bersebelahan dengan masjid yang juga telah di bakar oleh mereka yang bertindak ganas terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.
Tiada lagi hiruk pikuk anak-anak muda yang begitu sibuk menguruskan urusan di dataran ini setiap hari. Begitu juga dengan ibu-ibu dan muslimat yang amat bersemangat untuk terus kekal di Dataran Adawiah selagi Presidan Morsi tidak dikembalikan secara adil.
Datara Rabaa ini juga disediakan khemah-khemah sementara dengan pelbagai kelengkapan asas seperti kemudahan air, saluran elektrik serta makan minum yang sentiasa mencukupi kepada ratusan ribu yang berkumpul setiap hari. Malah pada hari minggu himpunan besar yang biasanya diadakan dianggarkan lebih 3 juta rakyat akan berhimpun.
Menurut saksi-saksi yang ditemui, operasi pembunuhan besar-besaran ini bermula jam 7.00 pagi tadi waktu Mesir.
Sebelum serangan itu, pihak berkuasa telah memutuskan semua bekalan elektrik dan pasukan tentera dan polis dilaporkan telah memulakan serangan dengan menggunakan kereta-kereta perisai, bulldozer serta menyediakan penembak-penembak tepat diatas bangunan-bangunan tinggi di sekeliling Datara Rabaa.
Saksi-saksi yang sempat ditemui juga memberitahu bahawa pasukan penembak tepat juga berada di dalam pesawat tentera yang melakukan penerbangan di ruang udara Raba’ah.
Polis khas yang di kerah di situ juga telah menembak gas beracun yang dahsyat di kawasan Rabaa termasuk ke dalam masjid dan hospital sementara Raba’a yang mnempatkan beratus-ratus orang awam yang tercedera.
Jumlah angka korban serangan kejam di Dataran Rabaa ini dianggarkan melebihi 3,000 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera. Turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak dan ramai lagi di tahap kritikal dan dirawat di hospital-hospital sekitar Kaherah.
Iniah realiti kekejaman junta tentera yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini. Rakyat akan terus bangkit menentang kekejaman junta tentera walaupun dengan darah mereka.
Dataran Raba’a Adawiah kini menjadi lambang penentangan seluruh masyarakat dunia yang membantah keras kekejaman pembunuhan berdarah terhadap rakyat Mesir yang tidak berdosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan