Puisi buat rakyat Mesir: Nil, kau tak sendiri
Hafizul Faiz , | 17 Ogs 2013 |
Ku terbangkan buatmu, Nil
kata-kata yang bersayap
berseru, bertitah, bergoncang di alam merah
semerah darah syuhadamu, memekari tanah gersang
yang roboh dipaku dendam
yang lebam diremuk kejam
Ku taburkan buatmu, Nil
benih-benih hijau berpohon Nazilah
mengharum di awan basah
lebih deras dari peluru bertirus
lebih agam dari mahkota al-yahud
Mereka itu hanya bertopengkan dendam
hatinya hitam kecut dan dayus
bila kau berseru "lailaha illAllah"
sebesar mana letupan terletus
seramai mana nyawa terhapus
semangatmu masih mengapung
keberanianmu masih gah di persada sejarah
Bukankah kau tak tahu, Nil
dihujungnya sudah ada janji
yang pasti, kau tak sendiri
Main Hall CAC, IIUM
Mesir: Surat terbuka buat Barack Obama
Dr Dzulkefly Ahmad, | 17 Ogs 2013 |
Benarkah demokrasi untuk semua?
Presiden Barack Obama,
Semoga Tuan dan pentadbiran Tuan tahu bahawa seluruh warga dunia yang mencintai keamanan, khasnya orang Islam, berada dalam kejutan serta sangat marah terhadap pembunuhan beramai-ramai secara kejam yang berlaku di Dataran Raba’ah dan Nahda di Mesir.
Sumber Ikhwan Muslimin mutakhir meletakkan lebih 1,000 terbunuh dengan lebih 10,000 yang cedera secara serius termasuk orang awam, wartawan dan jurugambar.
Pendirian Tuan yang tidak keruan mengenai penyingkiran Presiden Morsi sebelum ini dan kegagalan yang disengajakan untuk tidak mengutuknya sebagai ‘rampasan kuasa tentera’ sangat dikesali dan amat membingungkan dunia.
Tanpa menidakkan usaha pentadbiran Tuan yang ditanggapi sebagai tindakan tertekan tetapi terlambat mutakhir ini, khasnya percubaan John Kerry dan Senator John McCain, bagi menjayakan perdamaian.
Namun, langkah lebih awal yang tegas dari pihak Tuan mengutuk rampasan kuasa tentunya mampu mengurangkan, kalau pun tidak dapat menghindari keseluruhan impak buruk tragedi ini.
Sikap ketidaktentuan Tuan mengakibatkan kebuntuan sekaligus menjadi pemangkin tercetus satu bencana nasional bahkan tragedi kemanusiaan yang bakal meninggalkan dampak geo-politikal yang besar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.
Terkini, pelbagai laporan Diplomat asing mengisyaratkan bahawa ketidaktentuan pendirian pihak Tuan adalah antara penyebab utama kegagalan mengurus kemelut ini sementara pihak Morsi dan pentadbirannya bersedia melakukan apa jua bagi mengelak tragedi dan kini pembunuhan atau 'massacre' ini.
Presiden Obama,
Perbuatan media Barat, secara berterusan, melabelkan Ikhwan Muslimin sebagai kumpulan ‘Islamis’ adalah sesuatu yang disengajakan dengan berniat buruk. Percubaan terbaru media Barat memburukkan mereka dengan lebel ‘violent’ atau ‘ganas’ dan ‘bekas pengganas-terroris’ adalah lebih jahat lagi.
‘Islamis’ dan ‘Islamisme’ adalah label jelek dalam pemikiran politik Barat yang bertujuan membezakan dan mengasingkan kelompok itu daripada orang ‘Islam biasa’ lain atau ‘ordinary Muslims’.
Mentakrifkan politik Islam sebagai ‘gerakan kontemporari yang berhasrat mengetengahkan Islam sebagai sebuah ideologi politik dan projek penubuhan Negara Islam’ dan orang yang berpegang dengan pandangan ini sebagai kumpulan ‘Islamis’ adalah silap sejak dari mula lagi.
Hakikatnya bahawa ‘orang Islam biasa’ yang memberi mandat dan sokongan kepada kumpulan Islam di Tunisia, Maghribi, Mesir dan di negara dunia Islam lain, mengisyarat serta mengesahkan bahawa ‘orang Islam’ umumnya mengiktiraf dan sangat memahami kehadiran, kepentingan dan peranan Islam dalam ruang awam dan pengurusan pemerintahan atau tata-kelola sosio-politik negara masing-masing.
Kemenangan pihak Islamis sama ada bersendirian atau bersama rakan kerjasama mereka adalah bukti atau testimoni jelas sokongan hakikat ini.
Presiden Obama,
Pemimpin Islamis dan organisasi politik mereka mahu mempercayai bahawa mereka boleh serta mampu sama-sama bertanggungjawab dan berperanan sebagai peserta atau aktor politik penting, bukan sahaja dalam proses pembangunan semula negara, tetapi juga menyumbang kepada pemurnian semula peradaban manusia.
Pengalaman gerakan Islam dan parti politik mereka, membuktikan bahawa kumpulan Islamis boleh memikul peranan itu, sekaligus mendukung objektif demokrasi.
Tidak dapat disangkal bahawa Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin serta rakan kerjasama mereka terpaksa berdepan dengan tugas maha berat bagi menebus kecamuk ekonomi dan keburukan politik sebuah negara yang baru sahaja mengalami pasca revolusi dengan segala macam kegiatan subversif bagi menjatuhkan kerajaan mereka.
Cabaran ini adalah sangat berat sifatnya serta menuntut keupayaan dan kemampuan kepemimpinan yang tajam dan pengalaman luas. Kepimpinan ‘Islamis’, khasnya di Mesir dan Timur Tengah, sesungguhnya adalah kelompok yang belum pernah mengurus kuasa dan pemerintahan untuk sekian lamanya. tentunya mereka memerlukan masa yang menasabah bagi merealisasikan cita-cita mereka.
Ternyata Presiden Morsi dan pentadbiran pimpinannya tidak terlepas daripada kekhilafan itu dan perlu mengambil tanggungjawab atas beberapa kelemahan dan tanggapan kegagalan pelbagai pihak. Morsi juga mengakui bahkan memohon maaf atas kesilapan pentadbirannya beberapa kali kepada rakyat Mesir.
Presiden Obama,
Namun, secara jujur, bolehkah Tuan berharap bahawa orang Islam, terutama kelompok yang dinamakan kumpulan Islamis itu, akan berterima kasih dan terhutang budi kepada Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Mesir kerana ‘menyelamatkan negara itu daripada tragedi persengketaan serta mahu memulihkan demokrasinya’?
Apakah Tuan mahu dunia mempercayai bahawa Mohammed Morsi ancaman kepada demokrasi lalu mewajarkan berlakunya rampasan kuasa tentera?
Bagaimanakah Tuan mahu jelaskan kepada dunia akan hakikat bahawa Tuan menyokong penyingkiran secara ganas serta tidak demokratik seorang presiden yang memenangi pilihan raya bebas dan adil oleh angkatan tentera dan sekumpulan ahli politik yang kecundang dalam pilihan raya Mesir sebelum itu?
Apakah Tuan mahu kami mempercayai bahawa sebaik sahaja beliau dilantik sebagai presiden, Morsi menunggangi dan memperalat proses serta institusi politik yang berada di tangannya bagi mencapai objektif sempit kepartiannya sekali gus membelakangi kemaslahatan rakyat?
Apakah persoalan ini mampu Tuan sendiri yakini dan dijawab secara tuntas sehingga mewajarkan penggunaan kuasa dan kekerasan melampau terhadap rakyat Mesir yang bertekad memperjuangkan keamanan dan kemurnian demokrasi negara mereka itu?
Presiden Obama,
Dengan Mesir sekali lagi berada di bawah pemerintahan dan undang-undang tentera, kami semakin menyedari akan sudut gelap percaturan pentadbiran Tuan serta Barat vis-à-vis demokrasi dan pemerintahan yang sah di Timur Tengah dan tempat lain di dunia membangun.
Malang sekali, obor harapan dan demokrasi yang anda hulurkan ke Dunia Ketiga semakin menyuram kini dan gelap dek racun serta bisa hipokrasi dan dwi-standard Tuan.
Rupa-rupanya ada satu ‘Standard’ bertujuan membiayai rakan subahat Tuan dalam Angkatan Tentera Mesir dan ahli-ahli politik sekularnya, sementara standard yang kedua bermatlamat melemahkan Ikhwan Muslimin yang terpilih secara popular, sekali gus memetik picu dendam dan senjata tentera yang muncungnya dihalakan ke jantung rakyat Mesir.
Hari ini, hati kami luluh dan tekak kami terasa mual ketika menyaksikan betapa demokrasi diganyang semau-maunya melalui pembantaian rakyat seperti sedang berlaku di Mesir hasil subahat Tuan dengan junta tentera dan ahli politik sekular yang gagal dipilih serta kuncu-kuncu pemimpin Arab yang sangat cemburu kepada kejayaan kepimpinan Gerakan Islam.
Setelah sekian lama kami, kelompok yang Tuan label ‘Islamis’ berusaha mendekati dan terlibat sama dalam proses demokrasi dengan jujur dan harapan menggunung, maka hari ini tentu menjadi begitu sukar untuk meyakinkan kelompok yang skeptik atau sangat sangsi di kalangan orang Islam akan kejujuran demokrasi itu sendiri kerana mereka kerap menjadi mangsa atau acapkali menyaksikan perkara sebaliknya serta kecewa dengan dwi-standard Tuan dan pihak Barat.
Biar pun Tuan tampak bersungguh memperkenalkan dan berkempen untuk demokrasi di seluruh dunia, tanggapannya kini adalah “Benarkah Demokrasi Untuk Semua?”
*Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Politik Kedah dan buku Pak Lah
Ahmad Lutfi Othman, | 17 Ogs 2013 |
Ia kunjungan pertama saya -- balik kampung -- selepas PRU13, yang menyaksikan Kedah dirampas semula BN. Sebelumnya, sehari sebelum mengundi, saya ditemani isteri meninjau rambang situasi politik sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra dan Jerlun, dalam keadaan bimbang Kedah terlepas kepada BN. Peliknya, teman-teman dalam PAS yang "berhempas-pulas" di lapangan tidak langsung berkongsi kerisauan itu. Mereka kelihatan yakin Pakatan Rakyat mampu bertahan.
Semasa menghadiri Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor, di Alor Setar, 19 Jun lalu, saya gagal untuk mencuri peluang singgah di desa kelahiran. Polemik punca kekalahan Pakatan menerajui Jelapang Padi buat penggal kedua hanya riuh di meja makan semasa seminar berhenti rehat. Pandangan lebih menjurus kepada kelemahan diri.
Saya sebenarnya lebih teruja untuk menyelami getaran rasa penyokong akar umbi berbanding analisis kepemimpinan parti. Sama-sama merasai kepedihan apabila kemenangan gagal dipertahankan. Dan tekaan saya tidak jauh tersasar; aktivis di peringkat bawah lebih senang untuk mengkoreksi diri dan bermuhasabah, tanpa menafikan sistem dan proses pilihan raya berjalan penuh ketempangan.
"Tidak mudah untuk kita bangkit semula selepas kalah ketika berkuasa," kata seorang daripadanya sambil mengharapkan bedah-siasat terperinci dilakukan secara jujur. "Kelantan memerlukan 12 tahun, itu pun hasil Angkatan Perpaduan Ummah dan Terengganu hampir 40 tahun melalui Barisan Alternatif," tambahnya. Dua tiga orang yang lain cuba meyakinkan saya bahawa kekalahan di Kedah banyak berpunca daripada masalah dalaman, termasuk perebutan menjadi calon.
Saya menyanggah dengan meminta sokongan fakta atas dakwaan mereka itu. "Kami tak mahu berdebat, tapi tengoklah sendiri apa perubahan di Kedah. Semangat ahli-ahli juga jatuh merosot, pada petang hari mengundi pos-pos kita lengang sedangkan markas BN penuh," jelas seorang jiran yang ternyata kecewa apabila masyarakat Melayu tidak dapat "dijinakkan" selama lima tahun PAS menerajui kuasa.
"Dulu hang sendiri tulis, di Kedah, PAS kalah bukan kerana pengundi Melayu tak sokong tetapi disebabkan orang bukan Melayu tetap setia dengan BN. Peratusan Cina dan India agak besar berbanding negeri-negeri Melayu, Kelantan dan Terengganu. Tapi, sekarang bila masyarakat Cina habis-habisan menyokong Pakatan, kenapa kita boleh kalah? Mengapa orang Melayu beralih undi?" sambungnya, mengharapkan jawapan.
Mulanya mahu saja berhujah terus tetapi saya memilih untuk mendengar dan mengamati keluhan mereka. Bukankah kita seringkali mengambil mudah rungutan dan suara hati mereka? Saya agak terpukul bila salah seorang mencelah: "Takkan takda langsung kelemahan dan kesalahan kita? Dulu kita minta mandat lima tahun dan pengundi sudahpun menunaikannya. Jadi, tentu ada sebab mengapa sekarang kepercayaan itu ditarik balik?"
"Betul Lutfi, pengundi terpengaruh dengan janji-janji BN, terutama untuk menaikkan kadar bayaran BR1M hingga RM1,2000, dan lain-lain bantuan," sambut rakannya yang lebih muda, "tetapi kita pun pegang kerajaan juga, sudah tentu ada kemudahan untuk lebih mendekati rakyat, turun bersama mereka, tapi bagaimana pula dengan prestasi wakil-wakil rakyat kita? Ataupun, apakah rakyat Kedah jahil tentang apa yang kita buat selama ini, jadi di mana salahnya jentera penerangan kita?"
Dan sembang-sembang malam raya ketiga itu berlarutan melewati dinihari. Semua setakat menyuarakan keresahan, meluahkan impian, tetapi tidaklah sampai menyerah kalah. Tetap optimis bahawa kemenangan boleh saja berulang asalkan segala kelemahan diperbaiki dan sistem pilihan raya yang penuh tipu daya ini segera dipulihkan.
"Macamana dengan desakan Pengerusi SPR dan timbalannya letak jawatan? Dah senyap tak berbunyi? Lagi satu, aku dengar dari jauh, masa depan Pakatan Rakyat seperti ada masalah aja?" Saya agak tersentak dengan soalan provokasi itu. Tapi rasa mengantuk amat sangat menyebabkan saya tidak terdaya untuk membalasnya. Ya, tidak semestinya setiap soalan dijawab segera, 'kan?
II.
Saya belum membaca buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia. Gagal mencarinya di toko-toko buku. Seperti orang lain, saya tertarik dengan promosi percumanya. Bagus juga. Sekurang-kurangnya masyarakat menyedari kehadiran buku yang dikendalikan dua penganalisis politik berwibawa, Dr Bridget Welsh dan Prof James Chin.
Jika tidak dikritik secara terbuka dalam media Umno, mungkin koleksi esei 620 halaman itu sukar mendapat tempat di hati pembaca, apatah lagi di musim perayaan ini. Daya penariknya dikatakan merujuk wawancara bersama bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, terutama berkaitan jawapannya terhadap perselisihan dengan Dr Mahathir Mohamad.
Semasa giat menjelajah seluruh tanah air untuk "membelasah" Abdullah, saya sempat mengikuti empat ucapan Mahathir, termasuk di Alor Setar dan Kota Bharu. Tentulah bidasan terbuka Mahathir itu memberikan banyak ilham kepada saya tetapi -- seperti gaya lazim Mahathir -- kandungan ucapannya, terutama menyerang Khairy Jamaluddin, boleh dikira keterlaluan, emosional dan boleh dipertikai rasionalitinya.
Abdullah memilih untuk tidak menjawab. Mungkin disebabkan personalitinya yang tidak gemar berdepan kontroversi, apatah keupayaannya untuk bertembung langsung dengan Dr Mahathir agak terbatas. Saya yakin jika Abdullah juga pendebat yang baik, seperti Anwar Ibrahim misalnya, banyak argumen Dr Mahathir mudah untuk diremehkan begitu saja. Ataupun Abdullah yang masak dengan perangai Dr Mahathir tidak bersedia membazir waktu untuk melayan karenah bekas bosnya yang hanya mahu memaksa pandangan beliau kepada orang lain.
Sikap Mahathir terhadap Abdullah berubah hanya kerana pewaris takhtanya itu cuba menjarakkan diri (proses de-Mahathirisation), selain menangguhkan projek meganya dan kelihatan mempunyai caranya tersendiri untuk mentadbir negara. Abdullah bukan lagi budak yang boleh disuruh-suruh Mahathir dan ini begitu mengejutkannya.
Keterbukaan Abdullah tidak boleh dinafikan walaupun dalam masa sama ia dilihat sebagai sisi lemahnya. Kekerapan Harakah sendiri, yang dipancung penerbitannya oleh Dr Mahathir, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan selepas Pilihan Raya Umum 1999, telah dikembalikan oleh Abdullah pada pertengahan 2008. Ya, ketika BN mendapat tamparan paling hebat dalam PRU12.
Dalam buku Wacana Baru Politik Malaysia (2012), Muhammad Takiyuddin Ismail dan Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid dalam esei Umno dan Konservatisme mencatatkan: "Selain dari personalitinya yang tidak seagresif Mahathir dan gemar menggunakan pendekatan lunak, beliau (Abdullah) berikrar untuk bersikap lebih mendengar, membawa tenaga-tenaga muda sebagai penasihatnya, melakukan liberalisasi ekonomi, melakukan pertautan dengan masyarakat sivil dan golongan proreformasi, melancarkan agenda integriti dan pembanterasan rasuah, membuka lebih banyak ruang kebebasan dan memperbaiki tadbir urus demokratik."
Beberapa perubahan yang ingin diusahakan Abdullah, seperti mengurangkan projek mega menerima rasa tidak senang daripada elit ekonomi dan juga perwakilan dalam Umno. Pembebasan Anwar juga menerima reaksi negatif daripada Umno sendiri. Reformasi institusi terpenting iaitu Suruhanjaya Bebas dan Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak dapat dilaksanakan ekoran tentangan pasukan polis dan Umno.
Dua badan lain yang ditubuhkan -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) terpaksa dilaksanakan dalam versi yang dilembutkan berikutan tentangan Umno. Permohonan terhadap badan kehakiman (ekoran kes pemecatan Tun Salleh Abas dan Hakim Mahkamah Agung, 1988) juga ditolak oleh kabinet.
Namun begitu, Abdullah juga terperangkap dengan putaran ganas politik wang, rasuah dan kronisme. Beliau turut tenggelam dengan penyakit yang menimpa elit penguasa walaupun ada usaha untuk melakukan pembaharuan.
Dalam Umno, Abdullah dilihat bukan seorang strategis yang taktikal-licik dan kesalahan terbesarnya ialah membubarkan Parlimen sewaktu terlalu banyak isu kritikal yang mencengkam rakyat belum diselesaikan. Lagi pula Umno merasakan mereka lebih memerlukan pemimpin yang mempunyai watak keras, seperti Mahathir, bukannya bersikap lunak dan terbuka kepada pembangkang.
Kita menunggu episod seterusnya, terutama reaksi Dr Mahathir terhadap Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia dan bagaimana pula respons Najib Razak yang dianggap budak suruhannya. Selama ini faktor Abdullah bagai sudah dilupakan; mampukah kontroversi buku ini menimbulkan gelombang baru dalam Umno atau pun riak kecil di permukaan akan mudah hilang?
Malaysia perlu tegas, hantar nota bantahan
Basiron Wahab, | 17 Ogs 2013 |
KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan Malaysia membantah keras pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap rakyatnya sendiri.
Katanya, kerajaan Malaysia perlu bertegas atau sekurang-kurangnya menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Mesir.
Menurut Tuan Ibrahim kekejaman pemerintah Mesir itu lebih kejam daripada Firaun yang membunuh kanak-kanak.
Firaun, katanya hanya membunuh kanak-kanak lelaki tetapi Firaun moden ini membunuh dan membakar hospital dan masjid dan sebagainya untuk menghilangkan bukti kekejaman mereka.
Tuan Ibrahim berucap dihadapan kira-kira 500 warga Pahang termasuk muslimat yang membantah kekejaman kerajaan sementara Mesir terhadap penyokong Presiden Mursi yang digulingkan diperkarangan Masjis al Fatah, dekat sini semalam.
Menurrut beliau, kerajaan sepatutnya tidak diam membisu dengan pembunuhan hampir 3,000 penyokong Morsi dibulan syawal ini.
PAS, katanya bersama seluruh masyarkat dunia mengutuk kekejaman itu.
Tuan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihanya sehingga menitiska air mata ketika berdoa dibawah panas terik.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Md Saad juga membidas kekejaman golongan sekular sokongan zionis dan Amerika Syarikat serta negara yang menyokong rampasan kuasa itu.
Katanya kekejaman golongan sekular itu bukan sahaja di Mesir tetapa di banyak negara.
Apa yang berlaku di Mesir ujarnya adalah ulangan kisah kekejaman golongan sekular terhadap musuh politiknya.
Turut berucap ialah YB Andansura Rabu, wakil pemuda Nazri Abdullah serta wakil Ulama.
Bantah kekejaman Mesir, 1000 berhimpun di P.Pinang
Sabri Said, | 16 Ogs 2013 |
Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Noor Harun dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin,
Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Mohd Yusuf, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ridwan Ramli.
Kedatangan Umat Islam hari ini bukan setakat menunaikan solat fardhu Jumaat namun juga untuk bersolidariti buat rakyat Mesir.
Tindakan Kerajaan Mesir melancarkan operasi ganas sejak dua hari lalu mengakibatkan kematian lebih 2500 orang yang tidak berdosa.
Berucap dalam perhimpunan itu, semua pemidato melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemerintahan kudeta Mesir hari ini.
Apa yang digerakan oleh pemerintahan Mesir sejak berlakunya pengulingan Presiden Mohamad Morsi sebulan lalu bermatlamat membunuh demokrasi tulen setelah keputusan kemenangan Morsi disenangi rakyat manakala dalam masa yang sama mendukacitakan musuh terutamanya blok barat.
USTAZ AZHAR IDRUS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA!!!
Omak Kau mendapat kiriman gambar yang memberitahu bahawa pendakwah bebas terkenal negara Ustaz Azhar Idrus telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pagi ini di Depan DesaMurni, Pengandang Baru, Kuala Terengganu, Terengganu.
Kereta Volkswagen Gti yang dipandu oleh Ustaz Azhar Idrus telah bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.
Syukur Alhamdulillah dia tidak mendapat apa-apa kecederaan... Hanya keretanya Volkswagen Golf Gti hitamnya saja yang mengalami kerosakkan agak teruk dibahagian depan sebelah kiri sehingga tayarnya pecah dan rimnya bengkok..
Kereta Proton Saga itu pula mengalami kerosakan yang teruk..tapi pemandunya tiada mengalami apa-apa kecederaan serius.
UAI terbabit kemalangan pagi tadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan