PAS Kedah minta Mukhriz tidak alih isu Kuin
Bashir Ishak, | 29 Ogs 2013 |
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dua isu utama yang telah dibangkitkan selam ini ialah berkaitan masalah gaji dan status kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) dan masalah perpindahan semula pelajar ke kampus lama Mergong.
"Walaupun Mukhriz dan Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberikan jawapan pada seis penggulungan, bagi Pakatan Rakyat, kami tiada masalah dengan segala pendedahan itu.
“Kalau kerajaan dapati ada apa-apa masalah salahgunakuasa atau penyelewengan dalam pengurusan Kuin mahupun apa jua bidang pentadbiran semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, kerajaan diminta untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.Kita akan turut memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.
Persoalannya sekarang, kata beliau ialah berkitan IHSB iaiatu berkaitan kakitangan yang telah diambil bekerja.
“Mereka yang diambil bekerja pada masa itu diambil secara sah, kontrak kerja mereka adalah sah. Jadi tidak ada hak untuk kerajaan dan pengurusan Kuin untuk menahan gaji mereka.
“Tapi kalau ada perincian tentang siapa sahaja yang berlaku salah sama ada dari pihak pengurusan atau orang politik, silakan untuk diambil tindakan.
“Jadi dalam isu ini kita minta penjelasan daripada Mukhriz," katanya.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata jawapan pada sidang Dun oleh Menteri Besar dan Exco berkenaan menampakkan kelemahan dan kebodohan mereka sendiri untuk cuba mengalihkan isu besar yang melanda Kuin dan IHSB.
Bukan Islam juga jadikan Jumaat hari kebesaran
Aslani M, | 29 Ogs 2013 |
Penganut Kristian turut mengunjungi gereja pada hari Jumaat sedangkan di negeri-negeri lain gereja dikunjungi pada hari Ahad.
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Lim Guan Seng berkata, begitu juga program Songkran bagi penganut Buddha dalam kalangan masyarakat Siam turut diadakan hari Jumaat.
Katanya, kalau diadakan pada hari lain program Songkran yang dianjur kerajaan negeri tidak ramai yang datang kerana ramai keluar bekerja.
“Sebabkan itulah festival Songkran anjuran Urusetia diadakan pada hari Jumaat. Festival itu kebiasaannya diadakan pada bulan April setiap tahun.
“Bagaimanapun tahun ini diadakan lewat sedikit memandangkan April berlangsung kempen pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.
Festival Songkran diadakan sempena sambutan tahun baru bagi masyarakat Siam diadakan pada 15 bulan kelima dalam kalendar lunar ketika bulan mengambang penuh.
Seng juga berkata, pada program Songkran anjuran kerajaan negeri turut diadakan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin. Pegawai dari Konsul Diraja Thai di Kota Bharu juga dijemput hadir.
Selain itu katanya juga kerajaan negeri turut menyalurkan sumbangan bagi membaiki bangunan atau taman di wat-wat Siam.
Antaranya peruntukan bagi membina bangunan kelas bahasa Thai di Wat Khosakaran di Tumpat sebanyak RM30,000.
Ketua Wira Perkasa terus serang PM
Abdul Aziz Mustafa, | 29 Ogs 2013 |
Beliau mengaitkan kedua-dua isu itu dengan "betapa pentingnya kuasa yang menjadi penentu survival Islam Melayu di Malaysia ini".
"Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di Negara ini.
"Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang.
"Apakah ini umat Islam mahukan?" tulis beliau dalam posting bertajuk "Akibat daripada pimpinan yang lemah" dalam blognya http://irwanfahmi.blogspot.com
Ahad lalu, Irwan menuntut Najib meletak jawatan kerana disifatkannya gagal mengurus negara dengan baik.
Tuntutan itu dibuatnya dalam posting blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan".
Dalam posting tersebut, Irwan membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan".
"1Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti gagal.
"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat," tulis beliau.
Irwan juga dilaporkan berkata, Perdana Menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan.
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius.
"Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Ordinan Darurat (EO) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," Malaysian Insider memetik beliau berkata.
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya.
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," kata Irwan lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam pilihan raya umum (PRU) lepas," katanya.
Pendirian Irwan tidak memeranjatkan kerana umum melihat pendirian tidak banyak berbeza dengan pendirian Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan yang disifatkannya tidak menghargai peranan mereka sebaik PRU berakhir.
"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya," kata Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.
"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," kata Ibrahim lagi.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin bantah tuduhan terorisme
http://greenboc.blogspot.com, | 29 Ogs 2013 |
Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad el-Beltagy membantah tuduhan kononnya kumpulannya telah melakukan tindakan terorisme menyusul kudeta yang menggulingkan presiden negara itu.
Kenyataan Beltagy itu dikeluarkan setelah Ikhwanul Muslimin merancang demonstrasi baru untuk menentang tindakan keras pihak keselamatan. Para pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah ditahan, salah seorangnya warga AS, Muhammad Soltan putera dari tokoh Ikhwanul Salah Soltan.
El-Beltagy, seorang mantan ahli parlimen dari Parti Kebebasan dan Keadilan dituduh menghasut rakyat Mesir melakukan dan diburu oleh pihak berkuasa selama hampir tiga minggu.
Dalam satu pesanan video yang ditayangkan Al Jazeera, el-Beltagy menyatakan pihak berkuasa cuba membalikkan krisis politik menjadi masalah keselamatan dengan menuduh kumpulannya di balik kempen terorisme.
Media Mesir, yang sebahagian besar anti-Ikhwanul menyatakan kekerasan itu sebagai perang melawan terorisme.
"Jangan mahu dibodohi dengan semua pembohongan dan penipuan yang bertujuan untuk melabelkan kami dengan terorisme, kekerasan, dan membunuh...pada ketika tangan rejim kudeta tenggalam dalam darah," kata Beltagy seperti dikutip Al Jazeera, Rabu (28/8).
El-Beltagy bersembunyi awal bulan ini setelah pihak berkuasa Mesir membubarkan perkemahan protes aman untuk menuntut pembebasan mantan presiden Muhammad Mursi. Ratusan orang terbunuh dalam kekerasan, termasuk puteri el-Beltagy sendiri, Asmaa El-Beltagi. Baca: Asmaa El-Beltagi, Syuhada Mesir - Warkah Yang Sebabkan Erdogan Turut Menangis.
Apa logik lesen memandu 1.7 juta dibatal?
Subky Latif, | 29 Ogs 2013 |
Tetapi apa alasan pembatalan itu?
Ia dicadangkan demi membendung kemalangan jalan raya yang tinggi. Membendung kemalangan itu adalah penting dan amat wajar.
Tetapi adakah KPN telah ada alasan yang kukuh bahawa kemalangan jalan raya itu dapat dikurangkan dengan pembatalan lesen sejumlah 1.7 juta. Atau adakah kemalangan itu akan diatasi apabila sekalian yang disaman itu menjelaskan samannya?
Ketepatan KPN itu telah dipertikai sebagai suatu yang kurang tepat. Dan tentulah KPN tidak dapat memberi jawapan yang munasabah. Tiada jaminan kemalangan akan berkurangan dengan membatalkan lesen mereka atau mereka membayar saman.
KPN mesti mencari lain-lain punya kemalangan dan memberikan jawapan bagaimana semua sebab itu mesti diatasi.
Saman ekor yang dendanya RM300 tiap-tiap satu kejadian telah berlangsung banyak tahun. Banyak yang sudah disaman kerana memandu lebih dari kelajuan yang dihadkan. Ramai yang menjelaskan saman dan ramai juga yang engkar.
Tetapi adakah tindakan itu sudah mengurangkan kemalangan? Dipercayai tidak berkesan.
Jika ia berkesan tentulah kerajaan tidak perlu memasang kamera lebih canggih untuk merakam lebih ramai orang yang melanggar syarat lalu lintas itu. Tidak perlulah kamera itu dipasang di sebanyak tempat. Memadai dengan kamera yang tidak disawstakan itu.
Setakat ini orang boleh kata bahawa penggunaan sistem kamera yang baru itu adalah untuk diswastakan dan untuk mencari duit yang sebanyak-banyak. Dan apabila begitu ramai yang tidak menjelaskan saman itu, maka tindakan membatalkan lesen memandu, tidak banyak untuk mengurangkan kemalangan tetapi ia lebih untuk mencari sebanyak-banyak duit.
Orang tidak mahu lesen memandunya dibatalkan, maka masing-masing menjelaskan saman. Banyak duit yang kerajaan dapat tetapi tidak menjamin kemalangan dapat dikurangkan.
Polis mesti mencari alasan yang lebih kukuh mengapa lesen itu hendak dibatalkan? Alasan yang KPN bagi itu amat lemah. Ia mungkin boleh disebut oleh polis biasa yang tidak berpangkat. Tetapi bukan dibuat oleh seorang KPN. KPN patut buat kenyataan yang lebih besar dan lebih munasabah.
Alasan paling senang ialah tindakan itu dibuat terhadap orang yang engkar dengan peraturan dan tindakan kerajaan. Kerajaan mahu setiap orang berdisiplin. Mereka mesti patuh kepada undang-undang. Pertama mereka melanggar peraturan kerana memandu laju dari yang dihadkan. Ia satu kesalahan. Besar atau kecil kesalahan tidak penting. Yang penting mereka melanggar undang-undang.
Kedua mereka tidak menjelaskan saman. Tidak membayar ssaman itu satu kesalahan. Apakah tindakan yang dikenakan itu adil atau tidak, ia masalah lain. Yang penting mereka enggan membayar saman dan keengganan itu satu kesalahan.
Mungkin alasan itu cerewet, tetapi ia adalah alasan yang lebih logik dari pembatalan lesen memandu justeru mengurangkan kemalangan jalan raya. Batalkan lesen mereka kerana mereka melanggar arahan polis tidak membayar saman, bukan kerana mahu membendung keselamatan jalan raya.
Saya bukan hendak berloyar buruk, tetapi kita mahukan hujah yang kuat. Jangan buat sesuatu tanpa hujah. Buatlah kerana ada hujah.
Memurnikan fikrah perjuangan
Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi, | 28 Ogs 2013 |
Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula. Yang ingin saya tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat diatasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT.
Saidina Umar al-Khattab pernah menegaskan (mafhumnya), “Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan atau perjuangan) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin.”
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (maksudnya), “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya diberi faham tentang agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pertama: Memahami Ghayah
Ghayah adalah tujuan yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru, ghayah atau matlamat akhir kita ialah Allah SWT. Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah SWT kerana kelak menjadikan kita menyeleweng daripada petunjuk Ilahi :
“Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan-jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah SWT.” (Al-An'am : ayat 153)
Apabila kita benar-benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah SWT, maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir, lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah SWT.
Allah SWT sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh (hanya mengharap redha Allah) kepada Allah SWT. Saat itu, tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan kerana “hubbur riyaasah” atau gila pangkat/ jawatan atau merasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri daripada medan perjuangan yang serba mencabar ini.
Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini, sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar risalah justeru matlamat akhirnya ialah Allah SWT, yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.
Saya harap semua pemimpin dan anggota jemaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :
1. Allah sebagai Matlamat
2. Ar-Rasul sebagai Ikutan
3. Al-Quran sebagai Perlembagaan
4. Al-Jihad sebagai Jalan Perjuangan
5. Mati Syahid di atas Jalan Allah sebagai cita–cita tertinggi.
Kedua: Memahami Hadaf
Hadaf ialah objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi. Sebagai contoh, antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya Daulah Islamiyyah di atas tanah air kita. Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.
Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf (memastikan matlamat semasa dicapai), kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai. Sebagai contoh tadi, Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai, maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.
Al-Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut (mafhumdnya), “Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanah air kamu.”
Malang, andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri–ciri daulah Islamiyah bahkan tidak menunjukkan sahsiah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah. Manakan tidak, semangat berkobar-kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita tidak sempurna, tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar. Maka sudah tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan.
Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati kriteria da’ie atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai metodologi dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap mad’u.
Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemik dan kontroversi. Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah tanpa mengira tempat dan kesesuaian, akhirnya menjauhkan mad’u melarikan diri perjuangan kita.
Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati mad’u. Firman Allah SWT, maksudnya:
“Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad SAW) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.” (Surah Ali-Imran : Ayat 159)
Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa, berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam-dalamnya.
Para pendakwah bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti, apalagi laba duniawi. Mereka berdakwah untuk membawa mesej perjuangan mereka kepada masyarakat agar mereka menerima Islam. Bertolak dari keinsafan ini, semua dua’t (pendakwah) hendaklah menghayati prinsip tersebut. Mereka hendaklah menyampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah Islam yang kita sampaikan dapat menembusi jiwa mad’u.
Firman Allah SWT, maksudnya:
“Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.” (Surah an-Nahl : Ayat 125)
Ketiga: Memahami Manhaj
Landasan dan hala tuju perjuangan Islam sewajarnya difahami secara jelas sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi. Al-Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita. Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah. Firman Allah SWT, maksudnya:
“Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat (peraturan agama), maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.” (Surah al-Jaatsiyah : ayat 18)
Secara organisasinya, jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah. Ia mesti difahami dan dihayati. Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jemaah.
Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jemaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan. Sebagai contoh, Jemaah kita mengambil pendekatan “muwajahah bis-silmi” (berdepan dengan lawan melalui pendekatan aman) sebagai polisi perjuangan kita di Malaysia. Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanah air sekaligus menyertai pilihan raya.
Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syarak kerana menyertai pilihan raya dan demokrasi. Malangnya ada dalam kalangan ahli jemaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Hal ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri.
Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang, namun satu realiti. Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jemaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan. Saya sifatkan mereka yang menyertai jemaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya. Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kejahilan mereka.
Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas. Ketidak fahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jemaah.
Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata–mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran, sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah. Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideologi barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia.
Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideologi barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah di bawah pengaruh barat. Lantaran itu, membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jemaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah. Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad dalam kalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideologi asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.
Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jemaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama dengan tanggapan serong bahawa ulama tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi. Yang mesti kita fahami dan hayati, ulama adalah benteng ummah dalam mempertahankan mereka dari pengaruh kejahilan.
Kebencian dan merendahkan imej ulama di mata masyrakat adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri. Demikian juga ada yang memandang serong terhadap penyertaan golongan profesional yang memiliki fikrah Islam yang baik lalu menganggap mereka adalah golongan sekular, sedang mereka memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Ini juga adalah manifestasi daripada kegagalan memahami manhaj perjuangan.
Keempat: Memahami Bi’ah (Realiti)
Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar, penampilan dan cara yang tepat dan sesuai. Perkara ini memerlukan kita memahami bi’ah atau realiti yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat disampaikan dengan baik ke setiap hati sanubari masyarakat, sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.
Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.
Tidak memahami bi’ah menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula. Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadiran perjuangan kita serta keperluan jemaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bi’ah.
Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum?
Kelima: Memahami Isti’dad (Persediaan)
Allah SWT berfirman:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu.” (Surah al-Anfaal : Ayat 60)
Kita tidak boleh berjuang secara sembarangan tanpa ilmu dan persiapan. Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya, kita tidak diajar menyerah kepada takdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideologi yang dicipta oleh manusia.
Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita. Saidina Umar al-Khattab menyatakan (mafhumnya), “Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah (musuh).”
Persiapan kita mesti mantap terhadap dua faktor kemenangan; Faktor pertama ialah faktor penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil. Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufik dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru Dialah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita. Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah SWT malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar.
“Wahai orang yang sedang berselimut! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al-Quran dengan tartil, Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.” (Surah al-Muzammil : ayat 1 – 5)
Manakala yang kedua ialah faktor membantu. Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap faktor-faktor ini sekalipun hanya faktor yang membantu. Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syarak kepada kita. Faktor ini boleh jadi dalam bentuk dana ekonomi yang kukuh, organisasi dan jentera penggerak yang mantap, anggota yang ramai, pengaruh yang lebar, dan sebagainya.
http://www.tarbawi.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan