Khamis, 29 Ogos 2013

ROKOK TELAH DIFATWAKAN HARAM OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Carilah lelaki yang mampu jadi imam (baca)

http://www.queachmad.com, 29 Ogs 2013
Carilah Lelaki Yang Mampu Jadi IMAM | WAJIB BACA !!! |

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik.. kira period balik ke bang?
”” Maybe kot. Try search kat google..””
Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..
”“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam dalam solat? Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh.
Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, saya suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya, bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu.
Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah. Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan. Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak. Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya. Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik: habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab: belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia. Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana? Buatlah pilihan dengan bijak. Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH” LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU, Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA, Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA-SAMA DI SEPERTIGA MALAM. JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI, JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA. Jadilah, PERMAISURI HATINYA, PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..

Jangan termakan hasutan musuh - Saleh

Mohd Sabri Said, 28 Ogs 2013
PERMATANG PAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man teruja dengan kehadiran orang ramai di majlis Rumah Terbuka Dun berkenaan, semalam.

Beliau dan Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun bersama menyambut ketibaan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk bertemu Adun kesayangan mereka yang juga merupakan ‘anak tunggal’ PAS Pulau Pinang.

"Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis rumah terbuka yang saya buat tahun ini. Saya rasa sungguh meriah bimbang takut makanan pula tak cukup," jelasnya.

Antara makanan yang dihidangkan oleh pihak cawangan PAS yang ada dalam Dun Permatang Pasir ialah laksa, bihun sup, mi kuah, ayam panggang di samping makanan yang popular sempena perayaan Aidil Fitri saban tahun seperti lemang, ketupat dan rendang.

Katanya, kehadiran rakyat sekaligus menggambarkan suasana muhibah terjalin erat sejak dahulu.

Walaupun sering dilempar tohmahan pihak lawan bahawa prestasinya merosot ekoran terlalu sibuk dengan tugasan kerajaan berbanding parti, namun semua itu dianggap satu cabaran.

Padahal jelasnya, semua tuduhan itu tidak berfakta sebaliknya sekadar mainan pihak musuh yang senantiasa mencari ruang untuk membentuk percakaran dalaman supaya PAS tidak maju ke hadapan.

"Yang peliknya orang kita pun termakan hasutan musuh. Kita harus faham persengketaan dalaman boleh memusnahkan impian PAS menambah kerusi pada masa akan datang," ujarnya.

Program berkenaan dihadiri oleh beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Adun Penanti, Dr. Norlela Ariffin termasuk Exco Kebajikan negeri, Phee Boon Poh dan Exco Kerjaraya negeri, Lim Hock Seng.

Isu agama: Adun PAS setuju saranan Raja Nazrin

Muhammad Faeez Azahar, 28 Ogs 2013
IPOH: Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon bersetuju dengan saranan pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah agar bersikap teliti dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap perkara-perkara yang menyentuh isu agama.

Katanya, perkara tersebut adalah sangat wajar kerana ianya adalah perkara yang sangat sensitif dan boleh menggugat keharmonian negara.

Menurutnya, Islam turut memberikan ruang yang aktif dalam menghormati dan menghargai prinsip hidup dan keyakinan bangsa-bangsa lain.

"Kita perlu sentiasa bersedia untuk mencari titik persamaan antara bermacam-macam perbezaan, bahkan Islam bersedia bersatu dalam perbezaan tersebut," katanya ketika diminta mengulas titah Raja Dr Nazrin Shah ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13, semalam

Radzi menjelaskan, wawasan yang dibawa oleh Islam yang didukungi oleh PAS dalam perjuangannya iaitu berusaha mengikis ketegangan dan ketidak selesaan kaum melalui agenda bersama, mencari ‘titik homofili’ dalam isu-isu sejagat, keadilan dan kemakmuran sekalian rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut bersetuju dengan saranan Raja Nazrin agar semua isu agama perlu dibincangkan dalam suasana musyawwarah berlandaskan sifat keilmuan kerana ia membolehkan tercapainya titik persefahaman dan pertemuan.

Kata beliau, betapa pentingnya rakyat dan pemimpin umat Islam mempelajari asas syariah dan ilmu Islam sebelum berbahas berkenaan isu kontroversi berkenaan agama Islam.

“Kenyataan akhbar dan media yang provokatif, mencela mana-mana agama dan kaum, menuduh mana-mana kaum sebagai ekstrimis, membuat demonstrasi provokasi menghina agama-agama selain Islam juga perlu dikikis daripada amalan rakyat mahupun pemimpin di negara kita.

"Dalam menjunjung semangat keharmonian ini, semua pihak perlu faham, akur, laksanakan tekad dan jangan hanya beretorik sehingga natijahnya terus mencalar wawasan murni seperti mana yang digagas oleh Raja Nazrin,” jelasnya lagi.

Radzi juga kesal dan sedih melihat agama Islam dihina dan dipermainkan oleh ramai pihak sama ada kaum Islam mahupun bukan Islam.

Lebih malang, katanya apabila orang Islam sendiri menghina sistem Islam atau perundangan Islam berbanding dengan bukan Islam yang mungkin masih belum kenal erti Islam. 
 Perlantikan Shahrizat: Hadiah Najib kepada Rasuah
Posted on Thursday, August 29 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Kenyataan Media
28 Ogos 2013

Perlantikan Shahrizat: Hadiah Najib kepada Rasuah

Perlantikan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai penasihat kepada Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Wanita membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak berminat menghapuskan rasuah seperti yang dilaung-laungkannya melalui Program Transformasi Negara (GTP).

Shahrizat tercemar dengan 'skandal lembu-lembu kondo' yang membabitkan penggelapan wang rakyat RM250 juta di mana beliau sendiri mengambil bahagian dalam mesyuarat jamaah menteri yang meluluskan projek tersebut.
Malah perlantikan Shahrizat yang terpalit dengan skandal NFC adalah merupakan hadiah dan ganjaran dari Najib kepada perasuah.

Skandal NFC telah memaksa Shahrizat meletakkan jawatan Menteri dan menamatkan kedudukannya sebagai Senator di Dewan Negara.

Pelantikan Shahrizat sebagai penasihat kepada Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita mengesahkan bahawa kerajaan BN pimpinan Najib Razak hanya mampu mengungkap slogan-slogan lunak membasmi rasuah – hakikatnya hanya untuk memperdaya rakyat jelata dan songlapan RM250 juta hak rakyat itu belum nampak sebarang harapan untuk dikembalikan kepada rakyat. Rakyat Malaysia berhak mendapat kepimpinan wanita yang bersih dari rasuah dan boleh menjadi contoh; pastinya menolak pemimpin seperti beliau.

PM Najib dituntut untuk menarik balik perlantikan Shahrizat.

Rodziah Ismail
Timbalan Ketua Wanita Pusat
dan Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat
Merangkap ADUN Batu Tiga

Facebook YB Rodziah Ismail 
  31 OGOS : Adakah nilai sejarah kita lebih murah dari sebatang rokok daun....?
Posted on Thursday, August 29 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: tokpepijat

" Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "dimaki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "dikencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Atatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "d kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau disanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

31 OGOS : Adakah nilai sejarah kita lebih murah dari sebatang rokok daun....?"

Merokok Dari Pandangan Islam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak Muzakarah Khas 17 Jul, 2013
Fatwa Negeri Berkaitan: 
Bil Tajuk Negeri Penwartaan Tarikh Keputusan
1 Merokok Menurut Perspektif Islam Melaka Tidak Diwartakan 17 Oct, 2003
2 Merokok Kedah Tidak Diwartakan 1 Jan, 1970
3 Fatwa Rokok Perlis Tidak Diwartakan 1 Jan, 1970
4 Fatwa Tentang Rokok Pulau Pinang Diwartakan 18 Nov, 2004
5 Merokok Pada Pandangan Islam Sarawak Tidak Diwartakan 9 Dec, 1995
6 Fatwa Tentang Merokok Selangor Diwartakan 25 Oct, 1995
Gengster Melayu Geng 3 Calit pungut wang di tapak pembinaan
Posted on Thursday, August 29 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

28 Ogos 2013 - Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.

malaysiakini.com"
 


Renungan Hari Merdeka: MERDEKA KAH KITA ?
Posted on Thursday, August 29 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"

Patung-patung ini direka oleh warga Austria yang juga pereka Tugu Iwojima di Amerika.

Dulunya,setiap tahun bermula 1966 hingga 2009 diadakan upacara khas di depan patung ini
tanda mengingati perjuangan patung-patung ini buat negara kita

Bahkan, jika ada tetamu negara
suatu kewajipan dalam tentatif program untuk
hadir dan kalung bunga depan patung ini

Peliknya tugu ini
wajah patungnya tiada iras askar Melayu

Lebih pelik lagi
tiada satupun nama Melayu Islam
tercatat di kaki tugu ini
sebagai pahlawan tanahair

Adakah ini hasil peninggalan penjajah Inggeris?
seperti Kota Farmosa peninggalan penjajah Portugis

Merdeka kah kita.........

Renungan Hari Merdeka: MERDEKA KAH KITA?"


 Kerajaan akan merayu kpd Facebook untuk dpt data 197 pengguna, - Ahmad Shabery
Posted on Wednesday, August 28 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Kerajaan akan merayu kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat peribadi 197 pengguna laman sosial itu, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, Facebook berhak menolak permohonan kerajaan malah pastinya laman media sosial itu mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka menolak permohonan itu.

"Aduan kepada Facebook beratus juta sehari maka pastinya pihaknya memilih untuk melayan aduan tersebut," katanya semasa ditemui pemberita di pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, laporan kepada Facebook bukan sahaja datang dari kerajaan seluruh dunia malah pemilik akaun individu juga mempunyai masalah dengan kandungan laman sosial berkenaan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripada Facebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.

Semakan terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus).

Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.

Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.

Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.

Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh.

"Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.

"Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.

"Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar,” katanya. – 28 Ogos, 2013.-TMI


 2 lelaki capai kata sepakat kongsi isteri
Posted on Wednesday, August 28 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering


Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.
Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.
Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.


Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.
Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.
“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.
Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.
“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.
Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. - Agensi

sumber : Harian Metro 

 ‘AirAsia Sedia Hidangan Babi’: Bekas Menteri Mohon Maaf
Posted on Wednesday, August 28 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.

Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.
“AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.
“Saya berterima kasih kepada Rocky’s Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia,” katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.
Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, “Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini” di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.
Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
“Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka,” jelasnya menerusi blog Zamkata.
Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.
Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.
“Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya,” jelas Zainuddin menerusi blognya.

 Kedamaian Rimba dan "Hantu" Altantuya
Posted on Wednesday, August 28 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



HUJUNG minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.


Terima kasih kepada (Tan Sri) Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.


Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.

Harapan Kepada Generasi Muda HATTA ucapan dari lubuk hati Exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.
Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.
Kalau pemilihan kepemimpinan parti-parti politik, khasnya Umno pasca PRU13 tidak menghasilkan lebih banyak pemimpin muda, kita harus menganggapnya sebagai satu kegagalan dan tanda nyata bahawa suara generasi muda masih tidak dihargai.

Generasi lama yang idealistik dan bergiat cergas atas dasar perjuangan tidak banyak lagi yang tinggal. Generasi yang berkuasa semakin korup dan tandus semangat perjuangan. Harapan kita adalah kepada generasi muda – kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

Terima kasih kepada penyelidik Awang Noor Abdyul Ghani yang mengajar saya mengenai “stumpage”. Dengan izin, I am stumped to learn that forestry authorities are charging lower premiums for forest concessions than professionally accessed. No wonder loggers became overnight millionaires, states ending up logging larger and large tracks of forests to earn revenue and we are losing pristine forests and precious water catchment areas. Something is not right here!

Dan kepada yang lain juga kerana menjalankan penyelidikan yang sangat berguna. Langkah seterusnya adalah berkongsi dengan khalayak dalam bahasa yang mereka boleh fahami agar mereka juga komited melindungi alam semula jadi anugerah Tuhan itu.

Hantu Lapar dan "Hantu" Altantuya

KITA boleh lari secara fizikal dari hingar-bingar dan kacau-bilau kota, tetapi kita tidak boleh lari daripada khabar beritanya.

Seorang lagi wartawan tua berbisik: “You tahu apa jadi di mahkamah dengan kes Altantuya?”

Kita semu sudah baca, tengok dan dengar. Mahkamah Rayuan dengan majoriti mutlak tiga hakim membuang kes dan membebaskan (acquitted and discharged) Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan membunuh Altantuya Shaaribuu.

Peguam Negara, Abdul Ghani Patail kata bukan salah pendakwa. Jadi dia akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengar, kes ini akan masuk pusingan akhir. Ditakdirkan Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Rayuan, habislah cerita Azilah dan Sirul dan pembunuhan sensasi Altantuya akan kembali menjadi misteri yang akan terus menghantui banyak orang.

Kalau Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah rayuan, Azilah dan Sirul bebas sebebas-bebasnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Mereka tidak boleh dituduh lagi dengan tuduhan itu kerana, dalam hukum undang-undang, ia dikatakan “double jeopardy”. Seseorang tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama dua kali.

“Who Killed Altantuya?” Tanya akhbar The Star Sabtu lalu. Saya pun nak tumpang Tanya: Did the butler do it? If he didn’t, did he know who did? Or the butler did it but won’t admit?

Ah, if only Sherlock Holmes and his sidekick, Dr Watson, are alive we could try to secure their services to solve the crime as we now do with so many local and international advisors, consultants and special officers.

Alas Holmes and Watson were fictional although Antantuya’s murder was as sensational and having all the conspiratorial twists that peppered Holmes’ London exploits.

Kes ini belumlah selesai. Beberapa kemungkinan boleh berlaku. Mahkamah Persekutuan boleh bersetuju dengan Mahkamah Rayuan atau kes ini boleh dibicarakan semula di hadapan hakim yang berbeza. Sementara itu, “hantu” Altantuya akan terus mengganggu dan oleh sebab ini adalah kes mahkamah, saya tidak akan menyiarkan komen yang ada unsur menghina mahkamah atau subjudice.

NOTA Kaki: Syabas Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri baru Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru, Abdul Khalid Abu Bakar kerana ada tulang belakang dan tidak asyik minta maaf. Cantas 1% penjenayah, penjahat dan penyangak demi kesejahteraan 99% rakyat jelata yang patuhi undang-undang. Tapi cantas juga anggota polis kambing hitam yang sama jahat dengan penjenayah, penjahat dan penyangak. Insya-Allah rakyat sokong.

A KADIR JASIN
http://kadirjasin.blogspot.com/


Tiada ulasan: