Khamis, 15 Ogos 2013

BERMUNAJAT...BERDOA DALAM SUJUD...KETIKA ITU KITA HAMPIR DENGAN ALLAH...BERDOA DALAM RASA HINA DINA NYA KITA....YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU...MAKBULKAN DOA KU YA ALLAH...ENGKAULAH MAHA MENGABULKAN DOA2 HAMBA MU...HANCURKAN MUSUH ISLAM...BALASLAH SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN SERTA KEKEJAM MEREKA...YANG ALLAH ENGKAU MAHA PENDENGAR

MESIR: PAS desak Najib panggil sidang khas Parlimen

Harakahdaily, 14 Ogs 2013

(Penyokong Morsi yang didakwa mati dibakar di Nahdhah)

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak agar segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan keganasan terbaru di Mesir.

Ketua Whip Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, berkata pada persidangan khas itu, kerajaan juga digesa membawa usul bagi membantah tindakan pemerintah sementara Mesir di bawah kuasa tentera yang telah membantai rakyat sendiri awal pagi ini.

"Datuk (Seri) Najib selaku ketua parlimen perlu bertindak segera. Kepimpinan Malaysia perlu dilihat berani menyatakan pendirian. Biar kita dapat keputusan atas nama parlimen.

"Saya yakin, kita di Pakatan Rakyat akan bersetuju dengan usul yang dibawa bagi membantah tindakan tersebut.

"Parlimen pernah menyaksikan sejarah kita (Pakatan Rakyat) dan kerajaan bersama dalam beberapa isu termasuk isu Palestin sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam operasi bermula awal pagi tadi waktu tempatan, pihak tentera Mesir menggempur Medan Raba'ah yang menjadi pusat perkampungan himpunan penyokong legitimati dan penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi.

Serangan yang didakwa menggunakan kereta perisai, jentolak, penembak tepat , gas pemedih mata dan peluru hidup itu memakan korban ratusan orang dan ribuan lagi cedera di medan itu.

Beberapa agensi berita termasuk RNN turut melaporkan bahawa pasukan penembak tepat juga mengambil tempat dari atas helikopter dan tentera turut menggunakan gas beracun.

Sehingga kini, angka rasmi kematian tidak dapat disahkan, namun beberapa sumber memaklumkan ianya mungkin mencecah 500 orang setakat ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, melalui sidang kahs itu nanti, Pakatan Rakyat akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan berhubung langkah yang wajar diambil selaku negara anggota PBB dan OIC.

"Kita juga desak kerajaan Malaysia memanggil duta Mesir untuk memberi nota bantahan dan amaran berhubung tindakan kejam kerajaan sementara tersebut," katanya.

Serangan bermula, lebih 100 pro Morsi terkorban

Harakahdaily, 14 Ogs 2013
(Antara penyokong legitimasi yang terkorban dalam serangan berdarah pagi ini)

MESIR: Kumpulan pro legitimasi yang berhimpun di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr mula digempur tentera sebentar tadi selepas rancangan serangan Sabtu lalu itu ditangguhkan sebelum ini.

Pihak tentera didakwa bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup serta beberapa penembak tepat dilihat menembak dari bangunan sebelah Tiba Mall.

Bunyi tembakan peluru hidup juga tidak putus-putus semenjak jam 7 pagi waktu tempatan.

Gas pemedih mata telah dilepaskan dari empat penjuru iaitu Salah Salem, Tiba Mall, Jalan Nasr dan Jalan Thayran.

Tentera juga dilihat melepaskan gas pemedih mata di pintu masuk Bangunan Pengawal Republik, berhampiran Medan Rabiatul Adawiyah.

(Seorang penyokong Morsi maut terkena peluru hidup yang disasar ke bahagian kepala)

Tentera juga didakwa menggunakan kereta perisai untuk memecah masuk ke kubu penyokong Morsi di Raba'ah dan merobohkan khemah.

Dalam perkembangan terkini, lebih 100 orang penyokong pro Morsi sudah dilaporkan meninggal dunia setakat ini.

Hospital lapangan Raba'ah telah melaporkan tentang kenaikan jumlah korban meningkat seramai 120 orang sehingga kini iaitu selepas 40 minit serangan manakala 1,800 lagi cedera.

Mereka kini memerlukan kenderaan-kenderaan kecemasan dan kenderaan khusus untuk memindahkan orang yang tercedera ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan mereka.

Angka kematian dijangka terus meningkat ekoran masih ramai yang cedera parah yang dihalang untuk dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.


Sementra itu, jurucakap rasmi Ikhwan Muslimin Dr Ahmad Arif menerusi laman facebooknya mengecam tindakan kejam terbaru oleh pihak tentera ini.

"Pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis dan mana-mana roh yang tercerai dari badan hari ini," katanya.

Sementara itu pihak hospital lapangan Medan Raba'ah Adawiyah melaporkan bahawa talian internet di hospital berkenaan telah diputuskan.

Tidak cukup dengan itu, kanister gas pemedih mata turut dilontarkan di hospital tersebut dalam jumlah yang banyak.

Ambulans juga tidak dibenarkan masuk ke Medan Rabiatul Adawiyah. Mangsa-mangsa yang cedera parah bersama luka peluru di dada tidak dapat dikeluarkan dari medan.

[Lihat di sini]

Selain pemuda, turut tercedera termasuk orang-orang tua dan bayi (gambar) yang sebahagiannya cedera akibat dirempuh dengan jentolak.

Dalam perkembangan sama, al-Jazeera melaporkan bahawa  asap menyelubungi Medan Nahdhah dan telah dilaporkan gas pemedih mata dan tembakan senapang patah dilepaskan ke arah Pro Demokrasi di dataran tersebut.

Pemberita al-Jazeera, Dorothy Parvaz melaporkan dari Kaherah bahawa "Kelihatan banyak asap hitam dan helikopter berlegar-legar di ruang udara".

Media Kerajaan yang dikuasai tentera pula mengesahkan bahawa pasukan keselamatannya telah memulakan rancangan berfasa mereka untuk meleraikan demonstrasi di Kaherah.

Tindakan ini adalah susulan daripada ancaman selama berminggu daripada kerajaan sementara (kudeta) bahawa 'kekerasan' mungkin digunakan untuk meleraikan tapak demonstrasi tersebut.

Kutuk serangan rejim Mesir, munajat malam ini

Harakahdaily, 14 Ogs 2013


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk serangan besar-besaran tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour di negara tersebut.

Kejadian terbaharu pada hari ini apabila pasukan tentera menggempur ribuan demonstran melalui gas pemedih mata serta tembakan peluru hidup mengakibatkan saat ini lebih 200 orang mati syahid manakala lebih 8,000 orang cedera.

“DPPM menganggap kejadian terbaharu ini sebagai tindakan paling kejam, zalim dan di luar peri kemanusiaan rejim Mesir terhadap rakyatnya sendiri,” ujar Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Ia berlaku di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr di mana pasukan tentera menggempur para demonstran melalui gas pemedih mata dan penembak tepat di atas bangunan.

Katanya, lebih membimbangkan lagi apabila ambulans tidak dibenarkan masuk ke medan Rabiatul Adawiyah yang menyaksikan banyak pertumpahan darah.

“Apakah kerajaan kudeta Mesir mahu menukarkan negaranya sama seperti Syria yang sudah bergolak selama 3 tahun?

“Apakah pemimpin kudeta Jeneral Abdul Fattah As Sisi mahu membunuh ratusan ribu rakyatnya sendiri sama seperti Basyar Al Assad lakukan terhadap rakyat di negaranya?

“Berapa ramai lagi harus mati syahid terbunuh oleh kekejaman kerajaan kudeta Mesir?” ujar beliau.

Katanya, DPPM menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mesir pada hari ini tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara tersebut.

Beliau menegaskan, semakin rakyat dizalimi, semakin ramai bangkit menolak kerajaan kuku besi negara tersebut.

Menurutnya, membunuh rakyat yang tidak bersalah tidak akan mematikan hasrat jutaan rakyat yang menuntut keadilan melalui proses demokrasi yang tulen.

Beliau berkata, hanya meja rundingan serta menyerahkan kembali mandat kuasa negara kepada kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat iaitu Dr Mohammad Morsi mampu mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara itu.

Selain itu, ujar beliau DPPM mempersoalkan apakah tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani konflik terkini di Mesir.

Malaysia, kata Nasrudin sepatutnya mengambil langkah terkehadapan dengan menyatakan bantahan secara lantang terhadap tindakan kerajaan kudeta Mesir.

Tambahnya, DPPM juga menggesa kerajaan Malaysia memutuskan hubungan dengan kerajaan kudeta Mesir sehingga keamanan dan kerajaan yang sah kembali berkuasa.

“Tidak ada gunanya kerajaan mengiktiraf kerajaan haram yang telah membunuh ribuan rakyatnya serta merampas kuasa secara zalim daripada pemimpin yang sah di negara tersebut,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru, malam ini, katanya sejurus selesai solat Maghrib berjamaah, DPP kawasan-kawasan diarahkan supaya anjur majlis solat dan Munajat Perdana di kawasan masing-masing secara serentak untuk menghantar bantuan doa kepada rakyat Mesir yang sedang dibantai teruk oleh rejim.

PAS Batu Sapi prihatin bantu mangsa kebakaran

Muhammad Faeez Azahar, 14 Ogs 2013


BATU SAPI: PAS Kawasan Batu Sapi bersama Dewan Pemuda PAS Sabah prihatin membantu mengurangkan beban mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi yang sehingga hari ini masih belum mendapat perhatian serta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Kebakaran besar yang telah mengorbankan 93 buah rumah itu berlaku pada 1 Syawal lalu dan turut mengakibatkan seorang warga tua kurang upaya maut.

Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah berkata, ke semua mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang dan mereka tidak dapat menyelamatkan apa-apa harta benda kerana api sangat marak.

Katanya, PAS bersama anggota Jabatan Amal Malaysia telah membantu meringankan beban mangsa yang melahirkan rasa duka cita dengan pihak bertanggungjawab termasuklah pemimpin tempatan yang tidak mengambil perhatian akan nasib mereka.

Namun katanya sebaliknya kejadian ini seakan-akan cuba disenyapkan daripada diketahui oleh rakyat di seluruh negara.

"Kami melahirkan rasa dukacita dengan kejadian ini dan PAS kawasan dengan rasa simpati dan tanggungjawab telah sedaya upaya menyalurkan sumbangan disamping kudrat daripada ahli parti serta Jabatan Amal Malaysia untuk membantu mengurangkan beban mereka.

"Antara sumbangan yang disalurkan ialah berupa keperluan harian seperti beras, roti, baldi dan sebagainya serta pakaian terpakai dan duit raya kepada kanak-kanak.

"Pihak Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah telah melancarkan misi sumbangan berperingkat kepada semua mangsa kebakaran," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Jelas beliau, pihak parti DAP juga turut bersama-sama PAS membantu mangsa kebakaran yang sangat memerlukan bantuan dan keprihatinan daripada mana-mana pihak.

Ujar Hamzah, mangsa kebakaran terpaksa mendirikan khemah di tepi-tepi jalan sebagai tempat berlindung keluarga masing-masing.

"Kami berharap pihak yang lebih berautoriti iaitu kerajaan dapat menyalurkan dalam kadar segera kepada mangsa kebakaran ini kerana mereka dalam keadaan yang memerlukan.

"Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak untuk membantu mereka dan kepada yang ingin membantu bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah  560232000360," jelasnya.

Tiada ulasan: