Jumaat, 2 Ogos 2013

SEMUA MESTI MATI ...CUMA CARA MATI BAGAIMANA

Ust Abdul Ghani Abd Rahman Masuk Icu Sekarang Di KPJ Damansara
Posted on Thursday, August 01 @ 23:54:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Mutaligat

AJK PAS Pusat, YDP PAS Masjid Tanah dan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abd. Ghani Abd. Rahman dimasukkan ke ICU di Hospital KPJ, Damansara.

Mohon doakan semoga di sembuhkan Allah S.W.T.

Makluman diperolehi dari Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail.

Beliau sebelum ini telah uzur agak lama kerana mengidap sakit buah pinggang.

mutaligat.blogspot.com


 Tok Siak Surau Al- Mujaahideen, Desa Surada, Bangi Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Zohor!!!!
Posted on Thursday, August 01 @ 23:15:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Omak Kau



Segalanya atas ketentuan Yang Maha Esa.

Sahabat ini, seorang petugas PAS yg gigih, menghembuskan nafas terakhirnya dalam husnul khatimah insyaAllah.

Beliau ketika ada hayatnya juga telah banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan Surau Al-Mujaahideen, Desa Surada, Bangi. Orang panggil 'Abang Lan'.



4 sebab zahiriah kita percaya dia mendapat Husnul Khatimah, meninggal dunia;

1. Ketika sujud solat sunat ba'diah zohor
2. Sedang berpuasa
3. Petang khamis
4. Di dalam rumah Allah.

Ya, Allah, tamatkan riwayat kami nanti dengan Husnul Khatimah juga ya Allah, dan masukkan kami ke syurga-Mu tanpa hisaab.

omakkau.blogspot.com


 Sumpahan C4 semakin menjelma
Posted on Thursday, August 01 @ 20:27:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Cuba fikir tentang hal-hal ini;
~  Musa Hasan benci dan anti IPCM
~  Sanjeevan (kawan Musa) dari Mywatch ditembak.
~  Khalid IGP kata jangan tuduh polis punya angkara.
~ Menteri Polis Zahid kata pembunuh ramai sekarang kerana EO sudah tiada.
~ Sirul dan Hare dakwa jadi “kambing hitam”.

Adakah ini permainan politik belaka? Macam di Thailand?
Rakyat jadi mangsa.Semakin ramai jadi mangsa maut di lokap polis.

Adakah malapetaka ini akibat sumpahan C4.Akibat si pembunuh jadi pemimpin negara?

Sumpahan C4 semakin menjelma......."


Pemergian Boon Huat, hilangnya permata hoki negara
Posted on Thursday, August 01 @ 23:26:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakmkan takziah buat keluarga pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang meninggal dunia akibat kemalangan pagi tadi.

Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan & Sukan (DACS) A.Halim Ahmad berkata, pemuda PAS melahirkan rasa sedih dengan kehilangan mendiang yang dianggap senior dalam skuad hoki kebangsaan lantaran beliau memulakan karier seawal usia 17 tahun.

"Kehilangan beliau pastinya amat dirasai memandangkan Malaysia sedang dalam persiapan menghadapi Piala Asia 2014 yang akan berlangsung di Ipoh sekaligus cuba ‘mengintai’ tempat untuk ke Piala Dunia Hoki pada tahun yang sama di The Hague, Belanda," katanya dalam satu kenyataan.

Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan setelah kereta yang dipandu beliau melanggar sebuah lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di lebuhraya Damansara-Puchong dekat Kelana Jaya jam 3 pagi tadi.

Mendiang yang berasal dari Bukit Cina Melaka, telah mengumpul lebih 300 cap mewakili negara dan merupakan aspirasi kepada pemain muda masa kini.

Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru baru-baru ini.

Mendiang juga menyarung jersi kebangsaan semasa Sukan Komenwel 1998 bersama-sama Mirnawan Nawawi & Nor Saiful Zaini, antara ‘sifu’ mendiang ketika baru ‘bertatih’ di peringkat antarabangsa.

"DACS mengucapkan takziah atas pemergian mendiang dan berharap agar Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) akan berusaha untuk terus melahirkan lebih ramai lagi ‘Chua Boon Huat’ agar kesinambungan kecemerlangan sukan hoki negara terus bersinar di mata dunia.

"Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa mendiang dalam mengharumkan nama negara di arena hoki antarabangsa. Segala jasa dan keringat mendiang akan kami kenang sampai bila-bila. Yang pastinya, Malaysia akan merindui senyuman ‘permata’ hoki negara ini," katanya.

Perasaan serupa turut dikongsi Dewan Pemuda PAS Wilayah yang menganggap pemergiannya sebagai kehilangan yang mengejutkan.

"Sesungguhnya pemergian beliau adalah sesuatu yang mengejutkan. Pemergian beliau juga tidak akan ada penggantinya.

"Komitmen dan komited beliau kepada sukan hoki ini perlu dicontohi oleh generasi-generasi muda," kata ketuanya Kamaruzzaman Mohamad.

Harakahdaily
 


 Sultan kesal aktiviti yang dirancang abaikan waktu solat
Posted on Thursday, August 01 @ 17:14:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Rancang aktiviti tanpa abaikan ibadat sembahyang

26 Julai 2013 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan, agat semua aktiviti yang dirancang hendaklah memastikan ibadat sembahyang tidak tercicir.

Kebawah DYMM bertitah menegaskan agar tidak terlepas pandang mengenainya kerana jika terlepas pandang dalam perkara ini bererti kita mengundang laknat Allah Ta’ala.

Baginda bertitah memberi contoh salah satu aktiviti yang sudahpun berlaku iaitu sukan larian yang disebut ‘The Run’ di mana acara-acara tersebut menurut jadual telah bermula dari jam 4.00 pagi lagi untuk menerima peserta. Pada jam 4.40 pula peserta dikehendaki berhimpun di tempat kawasan pemanasan badan, dan tepat jam 5.00 pagi, sesi pemanasan badan bermula, dengan acara-acara larian terus berlangsung termasuklah hiburan. Pada jam 8.30 pagi barulah ketibaan tetamu kehormat dan diikuti oleh beberapa acara lain sehingga tamat pada jam 9.30 pagi.

Melihat pada jadual ini baginda merasa pelik kerana jadual aktiviti itu termasuk dalam waktu Sembahyang Subuh iaitu jam 4.43 pagi hingga membawa ke waktu siang.

Baginda juga mendapat tahu, jumlah peserta adalah ramai, sehingga mencecah beribu-ribu orang, di mana di dalam jumlah seramai itu tentu saja majoritinya adalah orang Islam.

Memandang kepada program tersebut,baginda amat kesal kerana mengabaikan ingatan mereka terhadap sembahyang berbanding sukan.

Dalam hal ini, baginda menyarankan pihak penganjur serta para pemimpin yang terlibat juga, perlu berperanan untuk meluruskan keadaan, kerana kalau tidak berbuat demikian nampak perkara ini adalah satu musibah.

“Sungguh hairan,orang masih saja boleh ketawa, walaupun ribuan para belia dan remaja, lelaki dan perempuan tidak Sembahyang Subuh, padahal mereka juga mungkin sudah faham dan malah tahu, bahawa dua raka’at Sembahyang Sunat Subuh sahajapun, nilainya adalah mengatasi harga dunia ini dengan segala isi di dalamnya”, tegas baginda.

Mengambil kesempatan di majlis ini, baginda berharap agar kejadian yang seumpama itu tidak akan berlaku lagi, di samping itu juga ingin mengingatkan kepada para penganjur dan pemimpin khasnya supaya lebih berhati-hati dalam merancang sebarang rancangan atau kegiatan yang melibatkan anak buah dan orang ramai.

“Adalah perlu, untuk mereka menilai dan memastikan terlebih dahulu agar rancangan atau kegiatan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam, kerana jika ia bertentangan dan kita pula melakukannya, bukankah ini sama ertinya dengan kita menghinakan diri dan ugama sendiri, tegas baginda.

pelitabrunei.gov.bn

"

 Adakah CCTV dapat cegah jenayah atau untungkan kontraktor?
Posted on Thursday, August 01 @ 17:08:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: amkns

"CCTV hanya dapat merakam kejadian jenayah tetapi tidak dapat menghalang atau mencegah jenayah. Yang pasti syarikat pembekal CCTV juga yang akan untung, namun jenayah masih tidak terkawal sepertimana yang berlaku terhadap pengasas Arab Malaysia Bank yang dibunuh. CCTV tidak dapat menghalang pembunuhan, ianya hanya sekadar dapat memberi petunjuk kepada siapa yang membunuh.

Lebih 1,700 CCTV dipasang di seluruh negara
1 Ogos 2013

Dalam usaha membanteras jenayah, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, telah memasang 1,712 unit kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tumpuan utama jenayah di seluruh negara sehingga bulan lepas. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, CCTV itu dipasang dan diselenggara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bimbingan kementerian.

utusan.com.my

"


 lebih drpd 40% tumpuan dan kesibukan Ust Azizan sepanjang menjadi MB ialah memajukan KUIN
Posted on Thursday, August 01 @ 20:11:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Aku rasa lebih drpd 40% tumpuan dan kesibukan Ust Azizan sepanjang menjadi MB ialah memajukan KUIN, menyusun agenda besar menjadikan KUIN sebuah universiti Islam terunggul...apa yg dibuat pd penggal pertama ialah berusaha memenuhi syarat2 perundangan ke arah itu... Baik dr sudut keperluan kampus maupun kursus2 nya.

Tak ramai yg memahami pentadbiran dan dunia universiti dan akademik, maka sokongan datang acuh tak acuh, cemuhan, tak sabaq, gelojoh, nak cepat tgk hasil.... Meruntuh lebih mudah drpd membina... 


 Antara cinta kita dan cinta Rabiatul Adawiyah
Posted on Thursday, August 01 @ 16:47:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hishamahmad

"Cinta Kepada Allah adalah cinta yang melebihi segala cinta yang lain. Persoalannya, bagaimana yang dikatakan cinta kepada Allah? Mudah dikata tetapi bagaimana untuk benar-benar dirasa. Cinta kepada Allah mesti mengandungi ketaatan dan kepatuhan kepada Allah secara tidak berbelah bagi.

Lalu bagaimana kalau ketaatan dan kepatuhan itu dilakukan kerana takutkan neraka-Nya atau kerana menghajatkan Syurga. Adakah ini dapat dianggap sebagai ‘cinta’ atau cinta yang diterima di sisi Nya?

Tidakkah ketaatan kepada Allah itu patut dilaksanakan hanya kerana kasih, suka dan cinta semata-mata? Tidak bermotif dan tidak disandarkan kepada perkara lain. Sebagaimana dikatakan diucapkan oleh Rabiatul Adawiyah, seorang wali Allah;

“Ya, Allah kalaulah cinta ku ini kerana inginkan syurga-Mu, maka kau jauhkan aku darinya. Kiranya cintaku ini kerana takutkan neraka-Mu kau campakkanlah aku ke dalamnya.”

Benarkah ada manusia biasa yang mempunyai tahap cinta begitu luarbiasa dan sanggup berkata begini atau ia sekadar catatan (yang tidak dapat dipastikan atau dakwaan yang tidak dapat dibuktikan) oleh seseorang lain yang dikaitkan dengan seorang wanita mulia, yang juga dilakukan atas nama cinta?

Sewajarnya kita mencintai Allah kerana kita mencintai Allah. Itu sahaja. Kita mencintai Allah kerana Allah yang mencipta kita. Benar! tapi ia alasan paling minima. Bukan sekadar ini sebab kita perlu mencintai-Nya. Bermakna, sekalipun kita tidak diciptakan-Nya, Allah sentiasa kekal, layak dan mesti dicintai. Kita mencintai Allah kerana Allah memang layak untuk dicintai. Kita mencintai Allah kerana kita memerlukan rasa cinta itu. Kita mencintai Allah kerana kita memerlukan dan berhajat kepada Allah bukan kerana Allah memerlukan cinta kita. Allah tidak berhajat kepada kita, kita yang berhajat kepada-Nya.

Ketahuilah!, kita mencintai Allah kerana kita memerlukan untuk mencintai-Nya.

Membingungkan? Begini. Kita mencintai Allah kerana Allah menjadikan kita. Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang mulia pada surah al-Zariyat, 51: 56:- Bermaksud “dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku”.

Perkara asas ialah bahawa kita diciptakan Allah adalah untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya. Tentulah penyembahan dan ibadah itu dilakukan bukan kerana benci tetapi kerana cinta. Tanpa cinta, tentulah ia didasarkan kepada kepura-puraan, nifaq atau munafiq menjadikan ibadah itu tertolak dan tiada nilai di sisi-Nya.

Perkara kedua ialah kita juga perlu mencintai Allah kerana Allah memberikan pelbagai nikmat kepada kita dalam pelbagai bentuk yang kita tidak akan mampu menghitung apa lagi untuk membalasnya. Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang mulia pada surah Ibrahim, 14: 34:- Bermaksud; “dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya..”.

Mengatasi perkara pertama dan kedua itu, kita mencintai Allah kerana memerlukan untuk mencintai-Nya. Kita perlu mempunyai rasa cinta itu. Kita memerlukan perlakuan dan perasaan mencintai Allah itu bagi kebaikan, manafaat dan kepentingan diri kita sendiri. Macam pelik, bukan?

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran yang mulia, melalui surah al-Fathir, 35:15:-

Bermaksud; “Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat (memerlukan) kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah, Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”.

Maksud ayat ini memberikan kita satu sebab atau salah satu sebab mengapa kita perlu mencintai-Nya, iaitu ia bukan bagi kebaikan, kepentingan-Nya tetapi bagi kebaikan dan kepentingan diri kita sendiri sebagai manusia atau hambanya. Manusia yang berhajat kepada Allah. Manusia memerlukan Allah, tidak sebaliknya.

Sebagai contoh, apabila kita meluahkan rasa cinta kita, memuji dan dan mengagungkan-Nya, dengan lafaz seperti; “Ya Allah aku mencintai-Mu sepenuh jiwa ragaku, Segala puji bagi-Mu, Kaulah Tuhan yang maha Agung Maha”, ketahuilah bahawa luahan cinta dan lafaz pujian dan pengagungan kita itu tidak menjadikan Allah lebih berkuasa atau lebih agung, kerana ucapan dan lafaz kita itu. Mengapa?

Sesungguh Allah telah sedia dan senantiasa maha agung, maha besar tidak kira sama ada kita mengucapkan kata-kata yang membesarkan dan memuji Allah. Allah s.w.t tetap kekal sebagai tuhan yang maha agung maha besar dan dengan kehebatan nama-nama dan sifat-sifat Nya.

Sebenarnya, Allah memerintahkan kita untuk beribadah kepada-Nya, memuji-Nya sekaligus bermaksud mencintai-Nya ialah bagi kebaikan diri kita sendiri. Allah maha mengetahui tentang diri manusia sebagai makhluk ciptaan-Nya termasuklah perihal psikologi manusia. Perbuatan dan tindakan kita beribadah, memuji dan mencintai-Nya adalah memenuhi tuntutan fitrah dan sifat lumrah kejadian manusia. Kita memerlukan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung harap, tempat kita memohon dengan seribu macam jenis permohonan, tempat untuk kembali dengan kepasrahan. Tanpa rasa bertuhan kepada Allah, maksud hidup ini tidak beerti, kehidupan dunia tidak akan difahami.

Memadailah satu contoh di sini. Kezaliman yang berlaku kepada rakyat negara Syria iaitu dari golongan ahlul sunnah. Pembunuhan besar-besaran yang mengorban beratus ribu jiwa yang tidak berdosa. Kezaliman seorang diktator bernama Basyar Asad melalui keganasan tenteranya. Mangsa kekejaman itu termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak. Untuk menyelami erti kekejaman itu, saksikan rakaman-rakaman video di facebook, youtube dan sebagainya mengenai imej-imej pembunuhan dan mangsanya[1]. Kerana apa? Kerana apa yang dihayati melalui pendengaran tidak sama dengan apa yang dihayati melalui penyaksian mata sendiri.

Saksikan bagaimana tubuh-tubuh mayat kanak-kanak berada dalam pelbagai keadaan yang menyayat hati. Kepala tanpa otak, perut terburai, tubuh tanpa kepala atau lain-lain anggota. Manakala yang cedera atau cedera parah dalam keadaan berlumuran darah dengan kesakitan yang tidak terbayang dalam ketiadaan mencukupi ubat bius, kekurangan ubat-ubatan dan doktor, kemudahan tempat rawatan yang daif dan tidak dapat menangani kebanjiran pesakit. Sebahagian video memapar rakaman imej kanak-kanak itu dalam situasi sakaratul maut[2]. Manakala wanita, selain dibunuh kejam, mereka juga menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosi dan pemerkosaan yang berulangan sampai disengajakan agar mengandung benih keturunan penzalim. Bayangkanlah, pada satu keadaan satu noktah diseludup keluar dari tahanan pemenjaraan, di mana sebahagian wanita-wanita ini meminta fatwa dari ulama mereka sama ada bolehkah mereka[3] mencabut nyawa sendiri kerana bukan sahaja tidak tertahan menangung penderaan fizikal berulang tetapi derita emosi mengandungkan anak-anak haram dari kejahatan golongan berjiwa syaitan. Bayangkah tahap penderitaan ini?

Lalu, apa erti semuanya ini? Mengapa berlaku sebegitu sekali? Di mana keadilan dunia?

Mereka yang mengalaminya, menderita atas kezaliman itu memerlukan untuk menyembah dan mencintai Allah untuk menyakini keadilannya, bahawa jika mereka bertahan atas ujian ini, bagi mereka ganjaran yang besar di alam akhirat. Bagi kita yang menyaksikan tahap tertinggi kekejaman dan kebencian manusia kepada kanak-kanak ‘innocent’ ini tanpa kita mampu berbuat apa-apa, maka kita juga memerlukan untuk kembali kepada Allah untuk mengadu kepada-Nya, untuk meluahkan kekecewaan, kesedihan dan pengharapan kita atau apa sahaja yang dirasa dan ditanggung di dalam jiwa.

Kita memerlukan untuk beribadah, mencintai dan berdoa kepada-Nya betapa kita menyakini keadilan-Nya atas apa yang berlaku itu. Betapa kekadang atau kerapkali kita keliru dan bingung atas apa yang berlaku pada diri kita, orang-orang yang kita sayang atau di mana-mana bahagian di serata dunia. “Mengapa begini? Mengapa harus jadi begini? Mengapa manusia yang zalim masih bermaharajalela? Mengapa kanak-kanak kecil ini dizalimi begitu sekali? Di mana pertolongan-Mu, Ya Allah? Dikau kata pertolongan-Mu begitu hampir, tetapi kenapa ianya masih belum tiba?” “ Ya, Allah, apa yang aku fikirkan, seperti aku tidak meyakini keadilan dan pertolongan-Mu, Hanyasanya akulah yang keliru, yang tidak faham. Ya Allah, ampunkanlah aku atas apa yang aku fikirkan, lindungilah aku dari keburukan fikiranku..”

Ini keperluan fitrah kita sebagai manusia. Keperluan untuk mencintai Allah. Jika tidak, orang-orang yang baik akan kecewa dan menjadi sakit jiwa atau boleh menjadi gila. Sesungguh dari-Nya kita datang, kepada-Nya, kita kembali.

Cinta kepada Allah bukan cinta yang memerlukan kita meminta dicampakkan ke neraka-Nya sekiranya cinta kita dibayangi dengan keindahan syurga-Nya, digeruni dengan kedahsyatan api neraka-Nya.

Biarkan Rabiatul dengan kecintaannya. Biarkanlah segolongan manusia hari ini yang berusaha mencapai darjat cinta setinggi itu. Kita tahu kita tidak mampu menggapai bulan yang tinggi dengan kekuatan lompatan kita.

Cinta kita cinta manusia biasa. Manusia yang sentiasa berhajat kepada Tuhan yang memberikan segala hajat. Kita mencintai Allah kerana itu kita tunduk patuh, beribadah, menyembah dan memuji-Nya. Kita juga berusaha mematuhi segala arahan dan menjauhi segala larangan-Nya. Semuanya itu dilakukan atas nama cinta. Kerana cinta kita melakukan semua itu.

Kita akui cinta kita cinta manusia yang kecil dan daif di sisi Tuhannya. Cinta kita cinta yang selalu dibayangi di pengaruhi dengan keinginan meluap kepada syurga-Nya dan ketakutan kepada kedahsyatan neraka-Nya. Salahkah?

Kita tidak mampu berdusta, sedang Tuhan mengetahui apa yang dsembunyikan dihati kita. Kita tidak terdaya untuk tidak memikirkan kenikmatan syurga dan kengerian neraka. Kekadang kita terasa adakah cinta kita kepada-Nya kerana ingin memasuki Syurga-Nya dan kerana takutkan Neraka-Nya? Lekehnya cinta kita ini. Masih mahukan lebih setelah dilimpahi dengan nikmat tidak terhitung. Namun salah cinta sebegini?

Tidak, tidak mungkin salah. Allah menjanjikan balasan syurga bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Janji ini disebut berulang-kali di pelbagai tempat di dalam al quran. Begitulah sebaliknya bagi orang yang ingkar, baginya balasan api neraka. Jelas, cinta sebegini masih diiktiraf.

Bermaksud “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya” (2:25)

Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” (2:82)

Bermaksud; “dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.” (4:57)

Bermaksud; “dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah Yang benar. dan siapakah Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”. (4:122)

Perjuangkan cinta kita kepada-Nya, Buktikan. Tingkat martabat cinta kita kepada-Nya. Mungkin diantara kita, ada yang akhirnya benar-benar terdaya mencapai tahap tertinggi dalam kecintaannya setinggi cinta Rabiatul Adawiyah kepada Tuhan-Nya.

http://hisham-ahmad.blogspot.com/

[1] Itu sekadar sebahagian imej yang dapat dirakam. Tentulah realiti yang berlaku lebih dasyat dan ngeri.

[2] Saat- saat akhir kehidupan sebelum menghembus nafas terakhir

[3] Tidak berdosa

Tiada ulasan: