Posted on Thursday, August 01 @ 07:06:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"
Bagi
saya yang bermazhab Syafie, anjing adalah najis mughalazah. Anjing
adalah makhluk Allah dan disebut 5 kali dalam al Quran. Sebelum ini pun
saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana seekor anjing menyahut azan
subuh di tempat saya. Tahukah kita apa binatang lain yang ada disebut
dalam al Quran?
(Sebahagian
dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang,
yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula
berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka"
- secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan
setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang
kedelapannya ialah anjing mereka". (Al-Kahfi 18:22)
Cerita anjing sahut seruan azan subuh di http://waghih.blogspot.com/2007/09/anjing-sahut-seruan-azan-subuh-di.html
Benarkah negara kita negara aman seperti diperkatakan?
Posted on Thursday, August 01 @ 01:59:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Aspan Alias
Benarkah negara ini negara yang aman? Benarkah yang rakyat negara kita bukan seperti setengah negara di Afrika dan banyak negara lain yang setiap rakyat bebas kesana kemari dengan selamat? Jika benar negara kita sebuah negara yang selamat untuk bergerak bebas kenapa setiap hari dan minggu kita mendengar tembakan dan pembunuhan berlaku terhadap manusia dan ia berlaku dimana-mana.
Yang terbaru ialah percubaan membunuh Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan yang berlaku di Bahau. Sebelum ini Timbaan Ketua Pengarah Kastam Di Raja Malaysia, Shaharuddin juga di tembak di persimpangan jalan di Putrajaya. Bunuh membunuh sudah menjadi begitu lumrah dan ia di syaki berlaku kerana pihak yang berkuasa terutamanya pihak penguasa seperti Polis dan lain-lain terlibat dengan kegiatan jenayah besar atau melindungi penjenayah kerana ada unsur rasuah yang tidak terkawal.
Apakah benar negara kita negara selamat? Ini persoalan yang sangat penting yang sehingga hari ini tidak ada pihak yang dapat diyakini yang kita semua berada dalam sebuah negara yang boleh di kategorikan sebagai negara yang aman..
Sanjeevan dikatakan menjadi mangsa penjenayah apabila beliau memberi isyarat yang beliau akan membongkar sindiket kegiatan dadah yang mungkin melibatkan pihak Polis. Jika ianya benar tidak sepatutnya Menteri bertanggungjawab awal-awal lagi menafikan yang pihak Polis terlibat dengan kejadian ini. Elok di lakukan penyiasatan dahulu.
Pembunuhan keatas Timbalan Ketua Pengarah Kastam diRaja Malaysia dahulu juga disyaki ada kaitan dengan tugas beliau sebagai seorang penguatkuasa kerajaan yang tinggi dengan kuasa yang tinggi berada ditangan beliau. Jika kita lihat dan pandang betul-betul mereka yang menjadi mangsa pembunuhan atau cubaan membunuh itu melibatkan orang yang berada dalam jabatan dan tugasan yang melibatkan perniagaan.
Selain dari itu dimana-mana berlaku jenayah yang menakutkan rakyat negara ini. Beberapa minggu yang lepas tidak jauh dari rumah saya berlaku usaha untuk membunuh seorang Dr dimana sekumpulan yang bersenjatakan parang telah menetak Dr Pakar Wanita itu sehingga putus empat jarinya serta hampir memutuskan lengannya.
Kalau disenaraikan perlakuan jenayah seperti ini ia amat menakutkan kerana terlalu banyak jenayah yang melibatkan nyawa manusia berlaku seperti ia perkara biasa sahaja. Kita hanya mendengar pembunuhan-pembunuhan seperti ini hanya berlaku di Columbia dan beberapa negara di Selatan Amerika sahaja. Saya percaya lebih ramai lagi manusia mati dibunuh penjenayah dari kematian anggota tentera yang berperang dengan musuh negara dihutan belantara dan persempadanan negara.
Setiap waktu dan masa kita membaca yang pembunuhan berlaku dimana-mana. Banyak diantara pembunuhan ini berlaku yang berkaitan dengan perniagaan dan wang ringgit. Itu jenayah kolar biru. Bagaimana pula dengan jenayah kolar putih?
Mendengar pemimpin itu rasuah disana sini sudah menjadi pendengaran yang biasa. Itu pun jenayah yang tidak kurang bahayanya dari jenayah pembunuhan nyawa manusia. Jenayah berkolar putih ini amat merbahaya kepada rakyat negara dan jika ini tidak dapat dikawal ia akan menjadikan negara kita tidak aman lagi. Rasuah yang tidak henti-henti dilakukan ini akan membawa banyak mudaratnya kepada rakyat dan negara, kerana jenayah berkolar putih ini berlaku dalam skala yang besar dan akhirnya ia pernah melibatkan pembunuhan kepada manusia yang melakukan jenayah rasuah ini.
Jenayah-jenayah tidak kira ia berkolar putih atau berkolar biru adalah sama. Tidak ada bezanya penjenayah seperti Botak Chin dahulu dengan perasuah dan peragut harta awam yang banyak itu. Kita perlu menganggap sesiapa yang melakukan rasuah itu sebagai peragut atau penyamun dan perompak itu sama sahaja tarafnya dengan Botak Chin yang sangat terkenal dengan keganasannya merompak diakhir tujuh puluhan dahulu.
Semuanya ini melibatkan keselamatan awam. Malangnya kita tidak mahu memberikan pengiktirafan yang penyamun dan perompak kolar putih itu sama kategorinya dengan penyamun berkolar biru itu.
Jika benar percubaan pembunuhan terhadap Sanjeevan ini adalah kerana ada pihak yang tidak senang dengan tindakannya untuk membongkar sindiket dadah yang melibatkan pihak Polis ia adalah satu kejadian yang sangat menakutkan rakyat ramai. Yang mengesaki tentang penglibatan Polis dalam isu ini adalah bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan sendiri dan ini bukan perkara yang mudah untuk diselesaikan jika apa yang beliau syaki itu adalah benar.
Ramai merasakan kehidupan mereka tidak lagi aman dan tenteram kerana kita telah mendengar yang pihak yang sepatutnya melindungi orang ramai sendiri sudah dipersoalkan kejujuran mereka memikul tanggungjawab melindungi rakyat itu. Jika Polis tidak boleh dipercayai, Mahkamah tidak boleh diyakini serta pemimpin pula tidak boleh berlaku adil dan bersih ia amat menakutkan rakyat. Jika yang ditugaskan melindungi negara itu sendiri terlibat dengan jenayah yang mereka patut mencegahnya, maka tiada lagilah rakyat yang dahagakan keamanan itu tempat untuk berlindung.
Jika semuanya terlibat maka tidak akan ada pihak yang boleh melakukan apa-apa untuk menjaga kesejahteraan negara. Jika kita mengakui perkara-perkara yang berlaku ini melibatkan pihak penguat kuasa undang-undang, maka kita sekarang seolah-olah berada dalam sebuah negara yang tidak aman keseluruhannya.
Kadangkala ada kecederungan untuk mempercayai yang negara kita seolah-olah berada di dalam darurat. Darurat dari pemikiran dan darurat dalam segala-galanya. Harta benda rakyat tidak selamat, kesejahteraan rakyat tidak terjamin dan keselamatan negara sendiri pun belum pasti dapat dilindungi.
Jika semua pihak lebih mementingkan kedudukan dan kekayaan diri dan keluarga sendiri maka tidaklah lagi sempurna kehidupan dalam sebuah negara yang dikatakan sudah merdeka dan aman damai ini.
Lebih teruk lagi ada kumpulan yang hanya mementingkan bangsa dan warna kulitnya sendiri sahaja dengan menyanyikan lagu lama yang mengelirukan orang ramai. Tajuk lagu yang saya maksudkan itu ialah ‘multiracialism’.
Sampai bila kita tidak akan aman…
aspanaliasnet.blogspot.com

Kenapa SPRM Membisu Skandal RM80 Juta Manifesto BN?
Posted on Thursday, August 01 @ 01:50:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Shahbudin Husin
Beberapa hari selepas kemenangan tipis BN dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu, terdedah suatu skandal yang melibatkan beberapa nama yang rapat dengan Najib yang didakwa mengaut keuntungan atas angin lebih RM80 juta berkaitan urusan pencetakan manifesto pilihanraya BN.
Pendedahkan skandal itu menggambarkan bahawa di ketika UMNO, BN dan para pemimpinnya sedang bergelut antara hidup dan mati untuk memenangi pilihanraya, rupa-rupanya ada segelintir mereka yang diamanahkan sedikit kuasa telah bertindak rakus mengambil "kesempatan dalam kesempitan" semata-mata untuk kepentingan peribadi masing-masing.
Isu itu mula timbul apabila seorang yang menamakan dirinya "Hamba Allah Yang Prihatin Dan Anti Rasuah" telah menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, meminta agar suatu siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat di mana beliau bekerja iaitu Zeal Hitech Solution Sdn Bhd yang dikatakan mendapat pembekalan mencetak manifesto pilihanraya untuk BN yang berjumlah 7 juta unit.
Pengadu mendakwa, pada mulanya kontrak itu diarahkan oleh Najib untuk diberikan kepada Utusan tetapi melalui permainan orang-orang tertntu di ibu pejabat UMNO serta di sekeliling Najib, kontrak itu kemudiannya diberikan kepada Zeal Hitech Solution Sdn Bhd.
Beliau mendakwa, perencanaan untuk mengalihkan kontrak yang pada mulanya diberikan kepada Utusan ke Zeal Hitech Solution Sdn Bhd itu didalangi oleh beberapa nama yang rapat dengan Najib, antaranya Ketua War Room UMNO, Alies Nor, Setiausaha Kerja UNNO, Raof Jusoh, dua penasihat media Najib, Farid Ridzwan, Khalid Mohd serta beberapa nama yang lain.
Apa yang diketahui pengadu, setelah kontrak itu diberikan kepada syarikat terbabit, urusan pencetakan manisfesto itu diserahkan juga kepada Utusan. Namun, pengadu yang mendawa diarahkan oleh Zeal Hitech Solution Sdn Bhd untuk membuat tuntutan pembayaran mendapati, kos pencetakan kepada Utusan hanyalah RM1.17 seunit sedangkan syarikatnya membuat tuntutan kepada UMNO pada kadar RM12.83 seunit.
Pengadu juga mendakwanya, Zeal Hitech Solution Sdn Bhd juga bukanlah sebuah syarikat percetakan atau penerbitan dan tidak mempunyai sebarang lesen percetakan daripada Kementerian Dalam Negeri.
Menyedari bahawa kemungkinan terdapat kecurangan dalam urusniaga itu dan adanya pihak yang mengaut keuntungan atas angin lebih RM80 juta daripadanya, pengadu telah menulis surat kepada SPRM meminta agar suatu siasatan dapat dibuat untuk merungkai segala salah laku yang mungkin wujud di sebaliknya.
Namun sehingga ini, setelah hampir tiga bulan selepas pilihanraya umum berlalu, khabar berita mengenai perkembangan siasatan kes itu oleh SPRM masih tidak diketahui statusnya. Sama ada kes itu sedang disiasat, telah disiasat, akan disiasat atau sebenarnya sudah dibakulsampahkan, tiada siapa yang tahu.
Namun keresahan ahli-ahli UMNO yang mengetahui tentang perkara itu, mereka sering bercakap mengenainya dan akhirnya cenderung menyalahkan kelemahan Perdana Menteri kerana membiarkan orang-orang di sekelilingnya mengkhianati perjuangan UMNO semata-mata kerana wang dan kemudian seperti melindungi mereka yang terbabit pula.
Ini berikutan ramai yang menyedari bahawa mereka yang terbabit dan disebut namanya dalam aduan kepada SPRM itu masih berada bersama Najib dan UMNO serta sering dilihat kemunculannya dalam majlis-majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri sepanjang Ramadan ini.
Keadaan ini tentunya memeranjatkan kerana sebelum ini banyak blog dan laman sosial mendedahkan mengenai perkara itu sambil ada diantaranya yang mendakwa, beberapa nama yang disebut itu juga bergaya mewah ke sana-sini memandu Porsche, Lamborghini, memiliki kondo mewah di tengah-tengah ibukota serta mengubahsuai rumah dengan kos yang tinggi.
Bahkan, penerima Anugerah Wartawan Negara, A Kadir Jasin juga pernah menulis mengenainya dalam blog beliau.
Bagi kebanyakan ahli UMNO, mereka mahu perkara ini disiasat dengan telus dan berdasarkan fakta serta sekurang-kurangnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini, ada jawapan mengenainya.
Bagi mereka ini, mustahil Najib yang begitu meminati dunia internet dan laman sosial serta menggalakkan rakyat menggunakan media itu untuk berhubung, langsung tidak mengetahui mengenai apa yang dipercakapkan oleh kebanyakan rakyat dan ahli UMNO mengenai kecurangan orang-orang yang rapat dengannya.
Keengganan atau kelambatan Najib mengambil tindakan bukan saja memberi erti seolah-olah beliau merestui perbuatan salah mereka itu, bahkan menambahkan lagi siri kebencian dan pertikaian terhadap kepimpinannya yang dianggap lemah, lembik serta tidak tegas.
Kegagalan SPRM bertindak juga mengundang persoalan. Jika dalam kes-kes yang melibatkan "ikan bilis" mereka didapati begitu pantas bertindak tetapi dalam kes yang diadukan oleh Hamba Allah Yang Prihatin Dan Anti Rasuah dan melibatkan orang-orang kepercayaan Najib ini, SPRM didapati seperti membisu seribu bahawa sedangkan segala fakta mengenai apa yang didakwa, sudah cukup jelas dan mencukupi untuk memulakan siasatan.
Pengadu telah menyebut mengenai kes ini dengan jelas, nama-nama yang didakwa terbabit, syarikat yang terlibat dan jumlah penyelewengan atau penipuan yang dilakukan terhadap UMNO. Semuanya telah lengkap.
Ia hanya terpulang kepada SPRM sama ada mereka mahu bertindak atau tidak. (SH 30/07/2013)
shahbudindotcom.blogspot.com

Apa beza antara Sunni dan Syiah?
Posted on Thursday, August 01 @ 01:38:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: rozmal
"Disebabkan media satu Malaysia sekarang ini heboh memperkatakan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah, majikan bukan Islam tempat kerja saya pun bertanya kepada saya apa beza antara Sunni dan Syiah.
Apa saya nak jawab, sedangkan sebelum ini saya tak beri penerangan kepada dia mengenai Allah, mengenai Nabi Adam, mengenai Nabi Muhammad mengenai syurga dan neraka, mengenai berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Begitu besar peranan media di Malaysia ini sehingga bukan Islam di Malaysia tertanya-tanya apa beza antara Sunni dan Syiah.
Alangkah baiknya media di Malaysia ini memperbesar-besarkan isu menyembah Allah yang satu, Nabi Muhammad itu penutup segala nabi dari Nabi Adam, Nabi Musa hinggalah ke Nabi Isa, al Quran itu lengkap, penyelesai kepada semua masalah di muka bumi dan banyak lagi.
Saya tidak memberitahu majikan saya yang bukan Islam itu yang saya ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah, cuma saya kata Syiah itu datang kemudian.
Bagaimana pula akidah ada di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia ini yang berjudi, minum arak, menggunakan khidmat bomoh yang tidak berlandaskan syariat Islam, mempercayai tilikan dan horoskop, tidak tutup aurat, tidak mengambil al Quran sebagai panduan dan perundangan?

Mummy Rokiah Harus Membuat Penyelidikan Mendalam Soal Kuin- Anom
Posted on Wednesday, July 31 @ 21:41:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh mummy Rokiah
Anonymous July 31, 2013 at 1:12 AM

Salam Ramadhan Mummy!!! Saya setuju apa yang Mummy tulis dan arah
tuju Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil yang pernah Mummy tuliskan
dulu.
Oklah Mummy itu hak Mummy berpandangan. Mummy harus membuat penyelidikan mendalam soal KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil.

Jangan babitkan Pentadbiran Negeri dalam soal ini kerana Pentadbiran waktu perancangan KUIN di Kuala Ketil telah tidak bersetuju dengan rancangan pembinaan Kampus KUIN di Kuala Ketil tersebut kerana kekurangan kewangan kerajaan.
Tetapi diteruskan juga oleh Kerajaan Negeri waktu itu konon untuk
menunjukkan Kerajaan berupaya. Bila ditanya di dalam Dewan Negeri
senang sahaja jawaban yang diberi.Kalau mereka terus memerintah mereka
tahu untuk membayar hutang yang dibuat itu tetapi jika tidak
memerintah terpulang kepada kerajaan yang ada.
Mummy!Jangan dibandingkan dengan IPTS yang lain kerana yuran yang
dikenakan antara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi
bezanya.Cuba naikkan yuran KUIN kalau tidak bergegar penentangnya.Ini
sebenarnya masalah KUIN.Perkhidmatan dan segalanya mesti first class
tapi bab yuran tiada class.
Cuba Mummy bandingkan semasa KUIN bertumpu kepada pengajian yang
berkisar tentang Ilmu Islam seperti awal penubuhannya.KUIN terpaksa
menolak kemasukan pelajar baru kerana model yang diikut adalah
Universiti Al Azhar. Bila terlalu banyak pusat pengajian baru
ditubuhkan maka ianya umpama kain selimut pendek.Pandai mengurus ni
Mummy bukan dilihat pada degree apa dia miliki tetapi tergantung banyak
pada niat seseorang itu.
Banyak kepincangan berlaku diKUIN.Bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi kebenaran itu boleh dibuktikan dengan angka dan fakta.Ustaz
Azizan betul dengan impiannya tetapi pelaksananya menjahanamkan
kepercayaan dan impian Uztaz Azizan.Kesian Uztaz Azizan.Sememangnya
telah dinasehati Kerajaan dahulu supaya ditangguhkan dahulu pembangunan
KUIN di Kuala Ketil kerana masalah kewangan Kerajaan Negeri tetapi
tidak diikuti.
Jadinya Mummy jangan salahkan Pentadbir kerana seorang Pentadbir hanya boleh menasehati pembuat dasar.
Selamat hari raya Mummy...
RESPON MR :-
Puan Anom July 31, 1:12 AM,
Terima kasih di atas respon puan, ada beberapa perkara yang
diketengahkan sama-sama dapat kita ambil iktibar. Jika terdapat
kesalahan kerajaan dahulu seharusnya kerajaan yang baru ambil alih
tidak mengambil jalan mudah dengan memajak apa juga asetnya.
Kalau nak dikira kegagalan berapa banyak dasar kerajaan persekutuan juga yang gagal malah di ’bailout’ lagi.
1.“Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil” –
Apa juga tanggapan saya terima. Tetapi biar kita rasional dalam hal
ini. Dapatan kajian awal saya Dr Jamil terlibat secara tidak langsung
dalam Kolej Insaniah ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan
Rektor di UIA dan ketika itu beliau juga aktif dalam Persatuan
Anak-Anak Kedah atau ADAM (Anak Darul Aman yang terdiri dari kumpulan
anak-anak Kedah di perantauan eg Kuala Lumpur).
Persatuan ini mempunyai hubungan rapat dengan MB Kedah ketika itu
Datuk Seri Syed Razak dan banyak memberi buah fikiran kepada Syed
Razak.
Salah satu nya ialah untuk dinaikkan taraf Kolej Insaniah kepada
University College maka Dr Jamil menyahut cabaran ini dan berusaha
membantu sehingga diiktiraf sebagai Kolej Universiti Insaniah.
Apabila Kerajaan PAS mengambil alih, MB Ustaz Azizan telah
menghubungi Presiden UIA ketika itu Tan Sri Sanusi Junid untuk
mengambil Dr Jamil mentadbir KUIN setelah mengetahui penglibatan Dr
Jamil melalui ADAM dan Tan Sri Sanusi telah memberi sokongan di atas
pelantikan beliau dan melepaskan Dr Jamil dari UIA.
2.“KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil”-
Keputusan pemimpin ada ketika tesurat dan ada ketika tersirat. Banyak
keputusan Tun M yang tersirat e.g apabila beliau membuat keputusan
untuk menubuhkan UUM di Sintok ketika itu kawasan ‘jin bertendang’.
Ramai yang bantah dan jauh sekali jika dinilai dari segi ‘financial
viability’ kalau keuntungan yang dicari. Tetapi lihat hasilnya hari ini
Sintok yang satu ketika merupakan 'Ghost Town' telah tercatat nama
bandar nya di Harvard.
3.“yuran yang dikenakan anatara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.”-
Keuntungan sesebuah universiti adalah dari yuran program-program post
graduate; Master dan Doctorate. Untuk menganjur program ini tenaga
pengajarnya harus lah berkelayakan seperti jumlah Professor dsbnya.
Difahamkan KUIN telah mendapat tenaga dari beberapa orang Professor
Emeritus yang sanggup berkhidmat untuk anak Kedah kerana mereka juga
anak Kedah e.g Professor Emeritus Dr Amir Awang- yang terkenal dari USM
malah terkenal di luar negara juga, khasnya kalangan Universiti
ternama.
Universiti swasta sanggup menawarkan bayaran lumayan kepada mereka
ini tetapi di atas kecintaan sbg anak jati Kedah, Melayu dan Islam
mereka sanggup berkhidmat di KUIN. (Lim Kok Wing sanggup beli untuk
dapatkan Prof Emeritus padahal beliau bukan pun dari kalangan
academician) sebab itu adalah nilai sesebuah universiti bukan
bangunannya tetapi 'softwarenya' otak-otak kesarjanaan tenaga
pengajarnya.
4. Sebab itu saya berpendapat KUIN mesti dinaikkan taraf kepada
universiti penuh supaya mendapat peruntukan yang lebih dari Kerajaan
Persekutuan dan dapat menghasilkan kajian-kajian tersohor yang akan
menjadi rujukan dunia Islam di rantau ini dan graduannya kelak adalah
produk yang bertaraf dunia.
5. Dari sudut pandangan politik:-
Dulu semua pihak menentang cadangan penubuhan Universiti Merdeka yang
ingin ditubuhkan oleh kerjasama kaum Cina MCA dan DAP kini hasil dari
liberalisasi pendidikan, mereka telah berjaya jauh kehadapan lebih
dari itu malah telah berapa banyak peruntukan telah disalur oleh
Kerajaan Persekutuan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti
Tunku Abd Rahman yang semuanya pelajar Cina . Sebaliknya kita masih
lagi bergelut sesama sendiri di atas satu isu yang cetek.
6.Penjelasan saya yang ringkas ini adalah demi orang Islam dan Melayu Kedah.
WASSALAM. "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"
Sara Amelia cemas lihat wartawan di pejabat JAWI
Posted on Wednesday, July 31 @ 13:37:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Malaysiakini
Seorang peserta Miss Malaysia World 2013, Sara Amelia Muhamad Bernard cemas apabila melihat kehadiran para wartawan dan jurugambar yang berada di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada petang semalam.
Laporan Utusan Malaysia menyebut, beliau bertindak berlari semula ke kawasan letak kereta apabila melihat kehadiran petugas media berkenaan yang berada di kawasan tersebut secara kebetulan.
Para pegawai JAWI kemudiannya terpaksa memujuk Sara Amelia untuk memasuki bangunan JAWI yang terletak di kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Petugas JAWI juga mengarahkan petugas media berkenaan, yang membuat liputan satu operasi jabatan tersebut, ke satu bahagian lain di pejabat tersebut demi keselesaan jelitawan itu, lapor Utusan.
Menurut laporan tersebut, Sara Amelia hadir ke jabatan berkenaan untuk memberi keterangan berhubung penyertaannya dalam pertandingan kontroversi tersebut, yang diputuskan haram oleh Majlis Fatwa.

Kenapa Najib tak buat sidang khas parlimen perangi jenayah?
Posted on Wednesday, July 31 @ 13:33:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
PUTRAJAYA 30 Julai - Kerajaan bersedia memberikan apa sahaja yang diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah keberkesanan dan usaha pasukan itu memerangi jenayah khususnya jenayah berat.

Najib
kata perlu tindakan segera untuk tangani jenayah berat yang semakin
membimbangkan rakyat ketika ini. Perlu dikaji undang-undang yang dapat
mengekang jenayah ini pada sesi parlimen akan datang. Persoalannya kalau
perlu tindakan segera, rakyat semakin bimbang keselamatan mereka,
kenapa perlu tunggu sidang parlimen, kenapa tak buat sidang khas
parlimen? Bukankah wakil rakyat dilantik untuk membela rakyat? Mana
lebih penting, sambutan raya atau keselamatan rakyat?
PUTRAJAYA 30 Julai - Kerajaan bersedia memberikan apa sahaja yang diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah keberkesanan dan usaha pasukan itu memerangi jenayah khususnya jenayah berat.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan segera perlu
dilakukan oleh polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap insiden
pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Justeru,
tegas Najib, polis perlu melihat kepada undang-undang sedia ada
berhubung tindakan yang perlu dan boleh diambil bagi menangani insiden
pembunuhan menggunakan senjata api.
''Apa
yang disebut tadi, kita berniat membawanya pada sesi Parlimen
seterusnya, peruntukan yang akan mengukuhkan tindakan polis (untuk
memerangi jenayah) dan saya tidak bercakap tentang jangka panjang tetapi
tindakan serta-merta iaitu pada sesi Parlimen seterusnya," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130731/dn_01/Perangi-jenayah-berat-segera
Betul punya zalim dan kejam Lim Guan Eng kepada semua penjawat awam Pulau Pinang termasuk guru Kafa dan Guru SAR!!!!!
Pemuda UMNO. PERKASA dan JATI wajar buat demo segera di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di KOMTAR.
Bantah sambil bakar potrait Lim Guan Eng yang menekan dan menzalimi kakitangan awam serta guru-guru KAFA dan SAR.
SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.
"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.
"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau pada pagi tadi di Komtar, George Town.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.
Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut diberi bonus RM200.
KERAJAAN PR PULAU PINANG PIMPINAN LIM GUAN ENG BUAT HAL LAGI!!!!...BERI BONUS SETENGAH BULAN GAJI ATAU MINIMA RM600 UNTUK PENJAWAT AWAM, RM300 GURU KAFA DAN RM200 GURU SEKOLAH AGAMA RAKYAT!!!!
Pemuda UMNO. PERKASA dan JATI wajar buat demo segera di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di KOMTAR.
Bantah sambil bakar potrait Lim Guan Eng yang menekan dan menzalimi kakitangan awam serta guru-guru KAFA dan SAR.
SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.
"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.
"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau pada pagi tadi di Komtar, George Town.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.
Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut diberi bonus RM200.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan