Selasa, 6 Ogos 2013

SEMUA AKAN KEMBALI MENEMUI ALLAH SWT...ADAKAH KITA MENEMUI DENGAN DOSA YANG ADA SERTA DOSA HIDUP BERLAGAK@SOMBONG DIDUNIA...FIKIR2 SAPE KITA DISISI ALLAH SWT

Mandela terima notis amaran bayar bil api, air
Posted on Tuesday, August 06 @ 14:52:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Sumber AFP

JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Bekas presidennya, Nelson Mandela diberi amaran supaya membayar bil air dan elektrik jika tidak mahu ia dipotong.

Sehari selepas notis itu ditampal di pintu rumahnya, Majlis Perbandaran Johannesburg meminta maaf atas insiden yang tidak disangka itu.

Majlis bandar raya itu telah menghantar bil tuntutan sebanyak RM2,132 (AS$660) daripada Mandela.

Menurut pihak perbandaran itu, berlaku kesilapan dalam penghantaran notis tersebut.

Notis tersebut menyebut jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari, bekalan akan dipotong dan tindakan undang-undang akan diambil.

Namun, akaun tersebut bukan milik Mandela sebaliknya milik seorang pelanggan dari kejiranan tersebut.

Permintaan maaf secara rasmi sudah dihantar ke Mandela Centre of Memory. 

 Sarjan Hassan, pahlawan Melayu Islam yang hebat
Posted on Tuesday, August 06 @ 14:25:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuat filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis.


Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu.
Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.
Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.
Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.
Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.
Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.
Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.
Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.
Tidak sia-sialah perjuangan ninda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, ninda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.
Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan.

"





 Sikap zuhud Sarjan Hassan, tinggi ilmu tasaufnya
Posted on Tuesday, August 06 @ 14:27:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Sarjan Hassan hanya bersekolah pondok di Kg Sega, Rantau, N.Sembilan. Pernah berguru dengan Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad, seorang ulama tasauf yang begitu tawaduk dari Tarekat Ahmadiah.

Antara sifat zuhud Sarjan Hassan yang diceritakan dalam rancangan dokumentari khas TV2 ialah bagaimana Sarjan Hassan yang mempunyai anak yang ramai, ketika waktu makan apabila selesai makan Sarjan Hassan akan kutip setiap butir nasi yang disepahkan oleh anak-anaknya atas lantai, dimasukkan ke dalam pinggannya dan Sarjan Hassan akan memakan nasi tadi.


Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu, Sarjan Hassan kata itu ialah rezeki Allah, tak elok dibazirkan.

Allahu Akbar, bandingkan dengan sikap pembaziran kita selama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang berbaki 2 hari saja lagi insyaAllah.
Benarlah kata sahabat saya dari kumpulan tasauf yang lain bahawa untuk menjadi pahlawan Islam, pejuang Islam perlu ada ilmu tasauf, serta amalkannya. Kalau tidak berkemampuan untuk belajar ilmu tasauf katanya, dampingilah ahli dan ulama tasauf, kerana pemimpin Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh adalah merupakan ahli tasauf dan mendampingi ulama tasauf.

"


Pemimpin UMNO pun tegur masalah Khutbah Jumaat di Malaysia
Posted on Tuesday, August 06 @ 14:29:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"Akhirnya ada juga pemimpin UMNO yang menegur mengenai topik khutbah Jumaat di Malaysia yang perlu sentuh masalah setempat seperti apa yang disuarakan selama ini dalam artikel saya bertajuk “Khutbah Jumaat semakin membosankan” di SINI


Tahniah Datuk Seri.


Isi khutbah dengan isu semasa
5 Ogos 2013

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dicadangkan agar menyelitkan keadaan semasa dan isu-isu setempat dalam teks khutbah Jumaat kerana pendekatan itu efektif untuk menyedarkan masyarakat dan bagi mencegah gejala yang boleh membawa kemungkaran.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, isu-isu seperti itu boleh dikupas dalam sebahagian kecil khutbah bagi mengingatkan jemaah.

"Biarlah tok siak itu menceritakan berkenaan apa yang berlaku dalam masyarakat dari kawasan kampung masing-masing yang memberi kesedaran kepada mereka yang bersolat Jumaat.

"Selain sebarkan syiar Islam, khutbah Jumaat juga perlu memastikan apa yang berlaku di tempat kita khususnya untuk cegah kemungkaran," katanya.


 


"
Mashaa Allah!! Gambar Betapa Zuhudnya Cara KDYMM Sultan Muhammad V [SAKSIKAN...]
Posted on Monday, August 05 @ 20:30:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: matuse68

"KDYMM Sultan Muhammad V & YTM Tengku Mahkota Kelantan di Dewan Jubli Perak,Istana Negeri,Kubang Kerian malam tadi. Turut hadir sama YAB. Ustaz Dato' Ahmad Yakob Menteri Besar Negeri Kelantan dan Exco Kerajaan Negeri Serta beberapa Pembesar Negeri.



 
Moreh Minda@QIAM WITH ME Bersama Ustaz Azhar Idrus di Dewan Jubli Perak,Istana Negeri,Kubang Kerian malam tadi
 KDYMM Sultan Muhammad V berbual mesra dengan MB Kelantan sebelum berbuka puasa.
 KDYMM Sultan Muhammad V berbual mesra dengan MB Kelantan sebelum berbuka puasa

 Mashaa allah..  Betapa zuhudnya cara pemakaian KDYMM Sultan Muhammad V



 

 

Tiada ulasan: