Selasa, 6 Ogos 2013

YE TAK YE JUGAK

Minta bantuan PAS, ramainya melarat bawah BN

Khairil Abdul Rahim, 06 Ogs 2013
TEMERLOH: “Kemenangan berganda di Parlimen Temerloh pada pilihan raya lalu menyedarkan PAS bahawa betapa ramainya rakyat yang melarat di bawah kerajaan BN,” kata Yang Dipertua PAS kawasan, Md Jusoh Darus.

Berucap dalam majlis penyampaian sumbangan raya di kampung Batu Satu dekat sini, beliau berkata selama ini di bawah kekuasaan BN kita tidak tahu rupa-rupanya ramai rakyat yang tidak terbela nasib mereka sehinggalah PAS menang di Parlimen Temerloh.

Beliau yang juga wakil peribadi Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ini berdasarkan apabila begitu ramai penduduk yang melarat begitu ramai datang ke pejabat PAS dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen memohon bantuan.

“Dulu PAS menumpukan khidmat dan program turun padang di Dun Kuala Semantan saja iaitu sebahagian besarnya kawasan bandar kerana PAS menang di situ.

“Kini dengan menang di parlimen kami dapati banyak kampung dalam Dun Mentakab dan Lanchang dengan pelbagai bangsa yang dilanda kemiskinan tegar ditinggalkan BN dan sebahagian besarnya kawasan kediaman Melayu,” katanya.

Tambahnya, walaupun begitu PAS tetap mengambil pendekatan positif dan berharap rakyat memenangkan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagaimana negeri-negeri dimenangi PR.

“Kerana tidak ada ruginya jika rakyat memberi peluang kepada PAS dan PR kerana akan betul-betul dapat membangunkan dasar negara berkebajikan. Rakyat Pahang perlu melihat bagaimana penduduk di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang beroleh banyak kebajikan,” tegasnya.

Dalam pada itu pada majlis yang sama, seramai 50 penduduk miskin dan golongan kurang upaya di Kampung Batu Satu menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad. (Gambar atas)

 Masuk Islam hanya kerana tangga kayu
Posted on Monday, August 05 @ 20:28:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: rozmal

"

Hidayah itu hanyalah dari Allah. Kadang-kadang kita berbelanja berjuta-juta ringgit beri bantuan, beri saguhati penceramah beribu-ribu ringgit untuk beri ceramah, buat siaran ceramah di TV, belum pasti yang bukan Islam akan dapat hidayah, kerana hidayah milik Allah.


Cerita bagaiamana mereka mendapat hidayah di Sabah hanya kerana upah buat tangga kayu RM150 yang pada asalnya bertujuan untuk bantu orang lain, akhirnya yang membuat tangga yang mendapat hidayah.

Tangga kayu yang buta, bisu dan pekak boleh jadi punca Allah beri hidayah, kita bagaimana?

Kisah penuh “Hidayah Sang Pemburu: Kisah Tangga” di http://syahadah.dakwah.org/?page_id=378

 
pemburu1
Hamzah, nama lamanya Pakiak, seorang pemburu. Kebolehan beliau memburu amat dikagumi di pedalaman ini. Beliau mampu “memanggil” binatang buruan yang dikehendaki.
“Bagaimana kamu semua sebaik ini?” Tanya Encik Pakiak. Saya jawab, “Inilah Islam.” Maka dia berkata, “Sayapun ingin jadi Islam.”
Demikian sebahagian perbualan kami pada 28 Sept 2012, ketika Saudara Hamzah (Pakiak) sedang membina tangga di rumah saudara Anton di Kampung Kagasa, Nabawan.
Beliau tertarik memeluk Islam apabila mendapat tahu, kayu-kayu yang diguna membina tangga itu diusahakan oleh saudara-saudara Islam di Mukim Sepulut, walaupun agak jauh dan tidak begitu kenal antara mereka. Hanya kerana rasa bersaudara dalam Islam, mereka sanggup membantu.
Malam Jumaat, 7 Sept 2012, kami ziarahi keluarga Anton dan Rosneh di Kampung Kagasa, Nabawan. Kebetulan rumah mereka terletak dalam perjalanan kami menuju ke Sepulut.
pemburu2
Rumah Anton
Ketika kami ziarahi mereka mereka baru pulang dari hospital di Keningau. Anton mengidap sakit tulang belakang sementara isterinya Rosneh Osman baru menjalani pembedahan usus.
Masalah kesihatan yang ditanggung Anton menyebabkan beliau tidak mampu bekerja berat. Beliau selama ini mengambil upah membersih kebun atau tanah orang.
Keadaan rumah mereka amat menyedihkan. Tangga rumah mereka yang sangat uzur dan reput, jika disentuh pasti luruh. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka masuk ke rumah melalui tangga ini, lebih-lebih lagi dalam keadaa anak-anak mereka yang masih kecil dan masalah kesihatan mereka.
Kami perlu berhati-hati ketika memanjat sisa-sisa tepian tangga untuk naik ke rumah. Mereka menyambut baik walaupun pertama kali bertemu.
Hal kesusahan hidup pasangan ini saya ketahui dari adik mereka yang belajar di SMK Nabawan. Walau hari sudah gelap, kami berusaha untuk singgah ke sini, menghulurkan bantuan mana yang patut.
Setelah ziarah sebentar, bertanya khabar serta menyampaikan sedikit makanan dan wang, kami bergegas ke Sepulut. Di sana ada seorang sedang menanti untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Oleh kerana ketibaan kami agak lewat malam itu, saudara-saudara di Sepulut bertanya, kerana lama mereka menunggu. Saya jelaskan keadaan serta menunjukkan gambar keluarga Anton dan keadaan rumah mereka.
Walaupun tidak saling mengenali, atas rasa tanggungjawab sesama Islam, mereka berjanji akan mengusahakan kayu untuk mengganti tangga rumah Anton.
Bukan sahaja kayu, malah zink dan paku juga dihantar sama ke rumah Anton. Kini hanya perlukan seorang tukang.
Pemandu kami, Wasli @ Stanley, mencadangkan agar bapa saudaranya, Pakiak sebagai tukang. Saya bersetuju.
pemburu3
Membina Tangga
Dengan upah RM150, Pakiak memulakan kerja-kerja dibantu isterinya.
Beliau kehairanan apabila melihat kayu-kayu yang telah sedia digunakan untuk membuat tangga.
“Dari mana kayu-kayu ini? Tanya Pakiak.
“Kayu ini dari saudara muslim di Sepulut.” Jawab saya.
Beliau terkedu apabila diberitahu oleh isteri Anton bahawa mereka tidak saling mengenali.
Begitulah, walaupun saudara-saudara kita di Sepulut kebanyakannya baru memeluk Islam, tetapi iman dan rasa persaudaraan Islam mereka subur. Mereka membantu menyediakan kayu untuk menggantikan tangga rumah saudara Islam mereka yang telah rosak, walaupun mereka dari kampung yang berjauhan.
Pakiak tersentuh…hatinya mula terbuka. Hidayah mula tiba.
“Bagaimana kamu semua sebaik ini?” Tanya Encik Pakiak.
Saya jawab, “Inilah Islam.”
Maka dia berkata, “Sayapun ingin jadi Islam.”
Itulah yang mendorong beliau mengucap dua kalimah syahadah di Kampung Padang pada 9 Feb lalu. Beliau insan ke 160 memeluk Islam sepanjang misi dakwah ini. Alhamdulillah.
pemburu4
Pakiak Mengucap dua kalimah syahadah
pemburu5
Isteri Pakiak memeluk Islam
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya.” (HR. Muslim)
Kerana itu kasih sayang amat berkait rapat dengan iman. benarlah sabda Nabi, “Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
pemburu6
Rentetan
pemburu7
Tangga baharu
محمد فضلي بن يوسف
05 Ogos 2013

 Kerbau pun mangsa kes tembakan di Malaysia
Posted on Monday, August 05 @ 20:31:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: amkns

"Bukan manusia saja tidak selamat di Malaysia ini dengan kes tembak menembak, malahan kerbau pun tak selamat lagi dan menjadi mangsa kes tembak menembak. Aduhai Malaysia, Apo Nak Jadi !



Pegawai SPRM Disyaki terbabit Curi Dan Tembak Kerbau
5 Ogos 2013

Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu.

“Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata keempat-empat suspek berusia 20 hingga 30-an termasuk pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditangkap beberapa jam selepas kejadian.


Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya, ditahan polis malam kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kes curi dan menembak seekor kerbau di Hulu Selangor.

Lelaki berusia 36 tahun dari bahagian tatatertib SPRM Putrajaya itu ditahan bersama tiga lelaki lain setelah pemilik kerbau terbabit membuat laporan polis.

Pemilik kerbau memaklumkan, suspek tanpa rasa takut, mengakui telah menembak kerbau terbabit sebelum menyembelih dan melapahnya.


 ‘culik’ Wan Aisyah, Culik Anak Beranak
Posted on Tuesday, August 06 @ 16:32:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh CNP
KUALA LUMPUR -  Suspek yang diburu polis berkaitan kes kehilangan adik Wan Aisyah Wan Exzan telah menghubungi polis semalam.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah.



Abdul Rahim berkata susulan panggilan daripada suspek, polis telah menggesa lelaki itu yang merupakan teman lelaki ibu Wan Aisyah, untuk tampil memberi keterangan mengenai kejadian yang menggemparkan negara itu.
“Lelaki itu kini dalam perjalanan ke IPD Gombak dari negeri lain untuk memberi keterangan kepada polis,” kata Abdul Rahim kepada wartawan.

aisyah

Abdul Rahim berkata kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang.
Bagaimanapun, beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kehilangan Wan Aisyah adalah bermotifkan penculikan.
Berita kehilangan kanak-kanak berumur tiga tahun itu disebarkan dengan luas di laman media sosial selepas ibunya, Arbaiyah Md Zin, memuatnaik gambar anak beliau yang sedang didukung oleh suspek.
Kejadian itu dikatakan berlaku di pasaraya Jaya Jusco di Rawang.
Arbaiyah, yang telah bercerai dengan suaminya, kemudian, membuat laporan polis mengenai kehilangan Wan Aisyah.
Semalam, ibu suspek tersebut telah menyerahkan Wan Aisyah di Balai Polis Sungai Nibong.
Wan Aisyah dilaporkan hilang pada 2 Ogos selepas Arbaiyah menyerahkan kanak-kanak itu kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri.
Menurut polis, suspek telah berjanji untuk berkahwin dengan Arbaiyah selepas Hari Raya dan Arbaiyah telah menyerahkan wang sebanyak RM25,000 untuk menjana perniagaan emas lelaki terbabit. – Sumber

 Berapa Agaknya Upah Bunuh Guna C4?
Posted on Tuesday, August 06 @ 16:04:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: nordinali

"

'Upah bunuh kini cuma RM1,000'

Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.

Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.

NONEDalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.

"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.

Nordin Bin ALi
From http://nordinali.blogspot.com/"


 Sunni pun ada ala Syiah
Posted on Tuesday, August 06 @ 15:14:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: nordinali

" RITUAL KAEDAH KUNO YG GANAS UTK MEMANGIL HUJAN

Penduduk kampung ini begitu terdesak untuk hujan mereka telah menggunakan satu upacara kuno di mana mereka menyerang antara satu sama lain dengan cambuk untuk cuba mempengaruhi cuaca.

Dalam kesakitan selepas setiap pukulan , pesaing-pesaing yang tahan lasak tidak berganjak diantara satu sama lain .

Upacara dikenali sebagai ujungan telah diguna pakai oleh banyak kawasan di Indonesia, termasuk bandar Kediri, di mana gambar-gambar telah diambil.

Semasa upacara ritual, alat pemukul yang diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban akan dipukul ke badan. Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik. Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan










Nordin Bin Ali
From http://nordinali.blogspot.com
 
 Apabila pistol dan gari mula berjoget.......
Posted on Tuesday, August 06 @ 14:57:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Mengapa Amerika meruntuhkan bangunan kebanggaannya sendiri WTC pada 11 September 2011 hingga mengorbankan rakyatnya sendiri seramai 3,000 orang?

Kerana Amerika mahu menyerang Afghanistan dan negara Islam yang lain.

Tanpa alasan yang "relevan", Amerika akan dikutuk dunia.

Oleh itu Amerika kena mencipta"alasan dan dalil" bagi menghalalkan tindakannya juga "melahirkan seekor kambing hitam" untuk disembelih!

Mudah analogi ini.

Melihat kepada situasi jenayah sekarang di Malaysia, tidak mustahil ianya berlaku.

Apabila Ordinan Darurat(EO) di hapuskan oleh orang politik, tentunya satu masalah untuk "dihidupkan" semula.

Oleh itu perlu ada satu "lakonan" untuk agar EO dihidupkan kembali tanpa bantahan ramai.

Maka "terciptanya" lakonan antara orang politik dan pihak keselamatan agar "hantu EO" kembali mengganas secara berhemah!

Alaa...macam di Mesir kini.Selepas kudeta tentera,barulah ada bekalan minyak dan elektrik serta polis mula bertugas menjaga lalulintas dan keselamatan.Sabotaj!

Apabila pistol dan gari mula berjoget......."
 
 Kongsi zakat dengan Cina: Teresa jumpa peguam
Posted on Tuesday, August 06 @ 14:56:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM – Rentetan penyebaran maklumat palsu di media sosial mengenai “Orang Cina pun mahu zakat”, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bakal mengambil tindakan perundangan terhadap penyebar fitnah itu.

Dipetik daripada laman sosial Facebooknya, Teresa berkata, dua hari lalu, satu artikel mengenai zakat tersebut telah dikeluarkan di laman web sama yang turut memuatkan kempen BN pada PRK di Dun Kuala Besut.

Teresa mendakwa, perkembangan terkini itu adalah usaha untuk menuduhnya menghina Islam.

“Saya amat menghormati agama Islam sebagaimana saya menghormati agama-agama lain.

“Walau apa pun, saya sudah rujuk kes ini kepada peguam saya.

 “Tunggulah tindakan seterusnya. Saya yakin kebenaran pasti terserlah,” katanya.

 Pada tahun 2008, Teresa yang juga Pengerusi DAP Selangor telah ditahan di bawah ISA selama tujuh hari akibat penyebaran berita palsu mengenai larangan azan di kawasan yang dimenanginya pada PRU lalu. - Sinar Harian

Tiada ulasan: