Syarikat Abu Dhabi minat projek lebuh raya rakyat
Aslani M, | 04 Ogs 2013 |
KOTA BHARU: Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan utama menghala ke Kota Bharu sekali lagi menjadi sendat. Kesesakan begitu ketara sejak semalam.
Dan hari ini aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan terpaksa bergerak perlahan.
Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.
Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri merancang membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km, sebagai laluan alternatif selepas projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.
Anggota Exco kerajaan negeri, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.
Katanya, langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri.
“Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.
“Konsultan berkenaan diberi tempoh tiga bulan bagi menyediakan kertas cadangan projek secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya di sini.
Pecah tanah projek lebuh raya rakyat diadakan pada 28 Mei 2012 dengan mengambil kira keperluan mendesak di Kelantan, selepas diketepikan kerajaan pusat sejak sekian lama.
Kerja-kerja meratakan laluan sudah dilakukan di tapak projek berhampiran Bukit Bakar, Machang awal tahun ini. Bagaimanapun projek berkenaan terhenti berikutan kontraktor menarik diri.
Hanifa berkata, syarikat dari United Arab Emirates tersebut juga mendapat kerjasama Islamic Development Bank (IDB) sebagai sumber kewangan membiayai projek lebuh raya raya.
“Projek tersebut dibina menggunakan kaedah wakaf di mana orang ramai turut membiayai bagi membina infrastruktur projek terbabit.
“Dan sehingga sekarang lebih RM2.6 juta dana wakaf dikumpul daripada orang ramai. Dan kita jangka dana itu meningkat sehingga RM6 juta.
“Dana wakaf tersebut belum lagi diusik dan ia akan digunakan bagi membina jambatan di sepanjang laluan Kuala Krai ke Kota Bharu,” ujarnya.
Sementara itu difahamkan tender bagi membina lebuh raya berkenaan dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang tujuh km di bawah projek ECER telah ditutup.
Projek tersebut melalui jajaran sama dengan lebuh raya rakyat difahamkan membabitkan kos RM200 juta.
Oleh itu Hanifa berkata, kerajaan negeri merakam ucapan terima kasih di atas kesediaan kerajaan pusat membina sebahagian pakej lebuh raya berkenaan.
“Kerajaan negeri juga telah menulis kepada Menteri Kerjaraya bagi mengadakan pertemuan untuk membincang lebih lanjut projek lebuh raya di Kelantan,” ujarnya.
DAP teliti lebih 200 laporan untuk saman Utusan
Harakahdaily, | 04 Ogs 2013 |
Demikian ditegaskan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
Menurutnya, dalam laporan dan rencana yang diterbitkannya, Utusan Malaysia telah berulang-kali menyebarkan pembohongan dan kepalsuan tentang DAP dan pimpinan DAP, terutamanya berkenaan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semasa Kongres Kebangsaan DAP bulan Disember lalu, tanpa mempedulikan prinsip-prinsip asas kewartawanan yang berkaitan dengan etika, kejujuran dan kebenaran.
Katanya, serangan yang diarahkan oleh “war room” Umno/BN dengan tujuan memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP ini mencapai kemuncaknya pada bulan April, sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-13, dan walaupun rentaknya menjadi perlahan selepas pilihanraya umum Mei lalu, momentumnya meningkat kembali pada bulan Jun dan Julai, sehinggalah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, walaupun Pendaftar Pertubuhan tidak mengemukakan sebarang alasan kepada DAP mengapa ia mahu pemilihan semula CEC diadakan, dua tuduhan palsu telah ditonjolkan dalam Utusan sejak enam bulan lalu untuk menghalalkan tindakan RoS:
1. Bahawa 753 perwakilan DAP tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan dinafikan hak untuk memilih CEC baru.
2. Bahawa Kongres DAP Disember lalu telah disertai oleh 547 perwakilan hantu yang sebahagian besarnya dari Pulau Pinang dan mengundi dalam kongres berkenaan
“Arahan RoS untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu boleh difahami jika salah satu dari dua dakwaan itu adalah benar. Tetapi kedua-duanya adalah pembohongan yang nyata,” ujarnya lagi.
Menurut Lim lagi, Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman secara terbuka telah menyebut pada awal tahun ini bahawa beliau hanya boleh mengarahkan supaya pemilihan semula CEC diadakan jika ada “bukti kukuh” tentang percanggahan dalam proses pemilihan.
“Tuduhan liar ‘753’ dan ‘547’ itu terbukti sebagai pembohongan, maka apa ‘bukti kukuh’ yang Pendaftar Pertubuhan miliki untuk menghalalkan arahannya supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC?” soal Lim.
Tentera kepung penyokong Morsi di Raba'ah
Harakahdaily, | 04 Ogs 2013 |
MESIR: Menjelang pagi ini para penyokong legitimasi yang berhimpun di Medan Raba'ah dikejutkan dengan kehadiran pasukan tentera Mesir (Amnu Markazi) yang mahu mengepung mereka.
TV Al-Quds melaporkan, kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan, pihak tentera sudah berkumpul di Jalan Abbas Aqqad dengan beberapa buah kereta kebal dan kereta perisai siap sedia untuk menggempur.
Kehadiran pasukan tentera itu membuatkan kawasan-tengah Medan Raba'ah lengang kerana peserta himpunan mula berkumpul di setiap pintu utama masuk ke Rabiatul Adawiyah bagi berhadapan dengan ancaman serangan yang bakal berlaku.
Sejak sebulan menduduki Medan Raba'ah, para penyokong Dr Muhammad Morsi telah membina tembok pasir di sekeliling dataran tersebut dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan para peserta himpunan.
Sebelum ini berlaku beberapa siri serangan dari pihak polis Mesir dan kumpulan samseng upahan sehingga menyebabkan ratusan peserta himpunan di sini terkorban dan ribuan lagi cedera.
Difahamkan, pasukan tentera yang lengkap dengan kereta kebal pagi tadi kemudiannya berundur selepas para penyokong Morsi bertegas tidak mahu berganjak.
Kepungan hari ini dibuat selang beberapa hari selepas kenyataan kerajaan sementara yang memberi mandat penuh kepada Menteri Pertahanan Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi untuk bertindak menyuraikan peserta himpunan di Raba'ah.
Dalam pada itu, salah seorang warga Mesir yang dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk berangkat ke Arab Saudi bagi melaksanakan ibadah umrah dilaporkan telah berpatah balik.
Keputusan serta-merta itu dibuat beliau selepas mendengar berita medan Raba'ah dikepung oleh pihak tentera awal pagi ini.
Beliau yang dalam pakaian ihram kemudian terus ke medan Raba'ah dan bergabung dengan kumpulan penyokong Morsi di sini untuk bersama-sama mereka.
Di mana bijaknya menteri sentuh anti raja?
Subky Latif, | 04 Ogs 2013 |
Yang saya kira menjolok mata ialah slot Dato’ Shabrey Cheek mengulang tentang gejala anti raja di kalangan penduduk yang saya adalah hal yang terpinggir oleh segelintir orang yang boleh dikira sampah masyarakat.
Dalam slot itu dia bercakap kawalan yang perlu dibuat bagi membendung kejadian yang dikiranya tidak patriotik. Lalu dipujinya patriotik bangsa Inggeris yang bangga dengan sistem berajanya hingga rakyat Australia yang terpencil dari England itu ikut bangga menyambut kelahiran putera yang jadi waris ke empat takhta England itu.
Tetapi gejala tidak patriotik ini dikatakan berkembang dalam masyarakat kita.
Saya tidak nafikan gejala itu. Di negeri Siam yang begitu keras kekangannya pun ada juga orang tiga sukunya. Jangan dikata di England, di Australia, Kanada dan lain-lain tiada orng tiga suku itu tetapi pembesar-pembesar Thailand dan Britain tidak menjadikannya isu murahan.
Mereka tidak ulas dalam media massa dan tidak bercakap mengenainya di khalayak ramai dan apa lagilah di Parlimen.
Anak-anak raja England itu bukanlah baik belaka. Banyak rumah tangga mereka yang pecah. Di sekeliling Ratu itu sendiri – adiknya, Puterinya, Putera Mahkotanya, menantunya dan cucunya ada kerenah belaka. Tetapi Ratu tidak dapat halang rakyatnya berkata buruk tentang semua kejadian itu.
Tetapi pembesar-pembesar tidak riuh hingga hendak mengadakan peraturan itu dan ini. Mereka biarkan saja orang-orang tiga suku itu bercakap apa yang dikehendakinya, sebaliknya pembesar-pembesar, media utamanya menganggap perkara itu tidak berlaku, dan mereka perbesarkan tentang rasa cinta dan bangga bangsa itu terhadap bangsawannya.
Dalam semua keadaan mereka tunjukkan semua rakyat jelata suka sangat kepada raja. Mereka berbaris menuggu kereta anak raja kahwin lalu, mereka menunggu berjam-jam nak tahu menentu raja melahirkan putera atau puteri.
Dengan tidak memperdulikan kejadian tiga suku, maka keseluruhan rakyatnya tidak melihat hal-hal tiga suku suatu yang besar dan mengancam sistem beraja dan patriotik mereka. Dengan kejadian tiga suku itu masyarakat luar Britain tidak mengira penyakit anti raja menular dalam masyarakat itu.
Tetapi apabila menteri kita suka sangat menyebut tentang orang itu anti raja, orang ini tidak berada dan biadab, dan yang lain pula anti nasional, maka ia menyebabkan orang tiga suku yang tidak terfikir dengan kedudukan raja itu akan ikut semangkuk.
Dengan orang besar kita berkata begitu dan begini tentang orang tiga suku itu orang mengira bertambah gejala itu dari semasa ke semasa.
Diamkan saja hal itu. Tidak usah dibesar-besarkan. Apabila ia tidak dihebah dan dihebohkan, orang tiga suku akan jadi perkara kecil yang mati sendiri dan orang tidak terasa bahawa sistem beraja menjadi masalah bagi semua rakyat.
Yang menjadi masalah ialah orang besar kita merasa dirinya saja yang cinta pada raja dan dia saja yang patriotik. Orang lain semuanya anti feudal dan anti nasional. Sebenarnya sikap itu menyusahkan ketenteraman para bangsawan kita seolah-olah orang tidak sukakan mereka menular.
Muhyiddin Yassin selamat sampai di Tehran, Iran
http://atsixty-zakriali.blogspot.com, | 04 Ogs 2013 |
Tan Sri Muhyiddin Yassin Selamat Sampai Di Tehran, Iran
Pagi Tadi TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin Selamat Sampai Di Tehran,Iran Bagi Menghadiri Upacara Pelantikan Presiden Iran Yang Baru...Lawak2 Kat Tanah Air Sendiri Gerombalan Media Tali Barut UMNO/BN Duk Kutuk2 Syiah, Siap Kait Kan Pemimpin Dan Penyokong PAS Sebagai Syiah Bagai, Tetapi TPM Sanggup Pergi Disana Dan Menghadiri Upacara Pelantikan Presiden Iran Yang Baru Dimana Negara Itu Terkenal Demgan Bapa Segala Syiah...
Itupun Ramai Jugak Yang Buta Kayu...Kihkihkih....
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Rahsia bilal mati bersujud, dikisahkan isterinya
http://greenboc.blogspot.com, | 04 Ogs 2013 |
[TELADAN] "Rahsia" Siak Dapat Mati Dalam Keadaan Bersujud Dikisahkan Isterinya
Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi.
Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini.
Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama...
Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jangan sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh).
6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula...
Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh.
Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian untuk dimandikan dan seperti tidur.
Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.
Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah...
Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... fb PHR
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan