Posted on Friday, August 02 @ 17:08:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"Peniaga emas cedera ditembak di persimpangan lampu isyarat di Pandan Indah
02/08/2013 1:01pm KUALA LUMPUR - Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.
"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.
Artikel ‘Chinese Dilemma’ Tun M digugur dari Facebook
Posted on Friday, August 02 @ 04:36:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Mohd Farhan Darwis
Facebook Dr Mahathir
Artikel yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan daripada laman sosial Facebook atas dakwaan menyalahi standard komuniti.
Artikel bertajuk "The Chinese Dilemma" itu digugurkan selepas pentadbir laman Facebook Dr Mahathir memuat naik artikel berkenaan yang juga boleh didapati dalam akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST).
"Kelmarin pentadbir (admin) meletakkan satu rencana yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri kita ini bertajuk The Chinese Dillema. Artikel itu dibuang kerana melanggar community standard, kononnya. Ini bermakna ramai tersentuh dan menentang serta komplen apa yang ditulis oleh YAB Tun kepada Facebook," kata admin Facebook milik Dr Mahathir yang hanya dikenali sebagai "KN".
KN juga turut menyeru orang ramai membaca artikel berkenaan yang boleh didapati di laman web NST dan menilai sama ada artikel berkenaan benar-benar menyentuh standard komuniti atau sebaliknya.
"Anda baca sendiri di New Straits Times web edition dan tentukan sendiri sama ada ia melanggar community standard Facebook atau lebih menyerlah apa yang dipanggil "unpleasant truth," kata admin Facebook berkenaan.
Dipercayai artikel Dr Mahathir itu digugurkan setelah menerima banyak aduan menyalahi standard komuniti.
Malah, ia berkemungkinan dipercayai menimbulkan ucapan berunsur kebencian, yang mana menurut laman sosial berkenaan "menyerang individu berdasarkan kaum, etnik, asal usul, agama, seks, jantina, orientasi seksual, kurang upaya, atau penyakit."
Dr Mahathir dalam ruangan artikel beliau itu menulis komuniti China memperolehi hasilnya melalui perkongsian kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, taraf kehidupan mereka juga lebih baik berbanding zaman sebelum Kemerdekaan yang ketika itu Malaysia ditadbir oleh British.
Masyarakat Cina membentuk 30 peratus daripada 28 juta populasi di negara ini.
Serangan dan kritikan terhadap sesetengah bangsa mula terbit apabila keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan BN kehilangan sokongan pengundi Cina.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia kemudiannya memaparkan tajuk muka hadapan "Apa Lagi Cina Mahu" yang mencetuskan kontroversi dan kritikan banyak pihak. - 1 Ogos, 2013.
Malaysia Insider
Adakah Hussain Ahmad Najadi dibunuh kerana sebuah buku?
Posted on Friday, August 02 @ 14:27:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"Pengasas Arab Malaysian Bank yang dibunuh telah mengarang sebuah buku bertajuk “The Sea and The Hills” baru-baru ini. Buku ini telah habis dijual di pasaran. Buku ini menceritakan kisah hidup beliau, bagaimana beliau dipenjara kerana mempersoalkan hutang seorang menteri yang lama tertunggak, kebangkitan Arab Spring, sistem demokrasi, politik dan demonstrasi. Kenapa PDRM begitu cepat mengatakan motif pembunuhan belliau berkaitan urusan jual beli hartanah?
Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang - Anak
1 Ogos 2013
KUALA LUMPUR: Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.
Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanahsebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.
By sharing his life, he hopes to create more understanding between Malaysia and the Arab world.
Tuesday May 7, 2013
It is the story of Hussain Najadi, a Bahrain-born commoner who founded the Arab Malaysian Development Bank. Hussain was born in 1938 in Bahrain’s capital, Manama.
After being caught leading several demonstrations, he was told to leave the country when he was 18 years old (in 1956), and he opted to go to Germany, where his training and career in business began.
He does not shy away from talking at length about the rise of citizen movements like the Arab Spring demanding more democratic space in the Middle East."
PERKASA gesa k'jaan bertindak terhadap Namewee
Kumpulan
hak-hak Melayu, PERKASA mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap
pembikin filem, Namewee, kerana mengkritik kerajaan yang mengarahkan
supaya dikaji semula kelulusan filem The New Village, yang menyebabkan tayangan filem itu tertangguh.Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata Namewee telah berkelakuan melampau dalam posting blog videonya di Youtube, di mana dia mengembar-gemburkan tentang 'double standard' dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap industri filem.
Namewee berkata, walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis dulu tetapi menurutnya itu semua hanya sekadar sejarah.
"Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, sertaj membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.
Tayangan filem Tanda Putera telah ditangguhkan beberapa kali sejak tahun lepas kerana kritikan terhadap babak rusuhan Mei pada 1963
Filem The New Village sepatutnya mula ditayangkan pada 22 Ogos, tetapi Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) mengkaji semula filem itu berikutan aduan oleh Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang mendakwa filem itu mengagungkan komunisme.
Namewee juga mengadu mengenai masalah yang dihadapinya dengan pengawal selia filem, terutama dengan filem terbarunya Kara King, yang ditayangkan mulai 1 Ogos.
Beliau berkata tayangan filem itu telah ditangguhkan sejak Tahun Baru Cina dan pengawal selia hanya memberi tarikh tayangan mulai 1 Ogos dalam tempoh yang singkat.
Akibatnya, dia tidak sempat melakukan kerja-kerja promosi dan membuat tayangan secara serentak di beberapa negara seperti yang dirancang.
Menantu Hadi sedia buktikan sabotaj dalam PAS
Menantu
presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan
menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan
wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya
umum ke-13 Mei lalu.
Bagaimanapun, beliau enggan memberi respon berhubung aduan displin yang dibuat oleh anggota PAS seumur hidup Zulhazmi Shariff baru-baru ini kerana didakwanya tidak menepati prosedur.
"Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon.
"Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).
Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya tengah malam tadi.
Pada Jumaat lalu, Zulhazmi (bawah) membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan Zaharuddin kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.
Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.
Katanya,jawatankuasa displin perlu menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin itu dan jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat.
Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi bapa mertuanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.
Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk mendapatkan reaksi mengenai status aduan tersebut tetapi setakat ini belum mendapat maklum balas.

Anwar, Karpal lapor polis dakwaan rasuah hakim
Datuk
Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan seorang calon
BN dalam pilihan raya umum lalu, yang memetik dakwaan "surat misteri"
bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.
Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN Permatang Pauh Mazlan Ismail.
Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya.
Dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya hari ini, Anwar menyifatkan "surat layang" itu fitnah berterusan yang didakwanya ditaja Umno.
Kata Anwar, sepanjang penglibatan Karpal sebagai panel guamannya, soal bayaran tidak pernah dibangkitkan.
Justeru, tambahnya, membangkitkan soal bayaran dan dakwaan yang dilemparkan itu menghina maruah Karpal dan dirinya.
"Saya bersetuju (dengan Karpal) dan mengambil tindakan bersesuaian dengan fitnah yang berterusan," katanya.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, isu itu dibangkitkan bagi mengelakkan pelbagai isu lain, antaranya unjuran ekonomi yang lesu, kadar jenayah meningkat dan dakwaan skandal rasuah.
Mazlan sebelum ini dilapor menerima surat bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal" dan meminta Anwar dan Karpal memberi penjelasan berhubung isi kandungannya.
Mazlan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.
Karpal: Kalau jantan, tunjukkan akaun
Sementara itu, Karpal berkata, dakwaan itu mengarut dan tidak ada asas.
"Saya mencabar Mazlan, jika dia anak jantan tunjukkan akaun bank, nombor cek dan identiti orang yang membuat surat tersebut.
"Saya juga mencabar TV3, Utusan Malaysia dan NST untuk melakukan perkara yang sama," kata Karpal yang tidak teragak-agak untuk memfailkan tindakan undang-undang kepada tiga pihak itu.
Karpal berkata pihaknya sedang mengumpul bukti dan akan mengambil tindakan dalam tempoh seminggu.
Ahli parlimen Bukit Gelugor itu turut menggesa pejabat Peguam Negara mengarahkan siasatan mendalam susulan dakwaan yang dilemparkan kepada mereka.
Katanya, pejabat peguam negara tidak boleh berdiam diri dan perlu mempertahankan sistem kehakiman ekoran dakwaan tersebut dan harus memberi maklum balas mengenai perkara itu.

Anwar: Jakim pilih bulu isu 'video anjing'
Datuk
Seri Anwar Ibrahim membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
yang didakwanya memilih bulu apabila menjadikan kontroversi video
seorang jurulatih anjing sebagai isu nasional.
Dalam masa yang sama, ketua umum PKR itu mendakwa, badan itu hanya membiarkan pihak yang terlibat dengan rasuah, judi dan pegangan saham syarikat arak.
"Sepatutnya (jurulatih itu) dipanggil dan beri nasihat supaya dia jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional.
"Orang Islam pegang (saham syarikat) San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Kelmarin Jakim dilapor memutuskan status klip video "1 Hari Di Hari Raya" oleh Maznah Mohd Yusof yang disebarkan di Internet sebagai menghina Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Nada pendamaian di Mesir bagi elak pertumpahan darah
Pemerintah
Mesir dan kumpulan penyokong Mohamed Mursi, presiden yang digulingkan
tentera, memberikan tanda-tanda awal kesediaan untuk berkompromi setelah
ditekan oleh wakil Barat bagi mengelakkan pertumpahan darah.
Berhadapan dengan ancaman tindakan keras kepada Ikhwanul Muslimin, diplomasi mula mengambil tempat, cukup sebulan selepas Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu, lapor Reuters.
Mengakui kekuatan protes popular terhadap setahun pentadbiran Mursi, untuk pertama kalinya, kumpulan penyokong presiden Islamis itu berkata, mereka menghormati tuntutan jutaan orang yang turun ke jalan raya sebelum rampasan kuasa.
Menurut jurucakap, penyokong di kem bantahan yang enggan bersurai selagi Mursi tidak dikembalikan ke tampuk kekuasaan, kini mahukan penyelesaian yang "menghormati semua hasrat popular".
Mereka memberitahu wakil Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah bahawa mereka mahu perlembagaan yang digantung dikembalikan dan menolak sebarang peranan politik oleh ketua tentera Jenderal Abdel Fattah al-Sisi, individu yang bertanggungjawab menyingkirkan Mursi.
"Saya hormat dan berpegang pada tuntutan massa pada 30 Jun, tetapi saya tidak akan membinanya di atas rampasan kuasa tentera," jurucakap Tarek El-Malt memberitahu Reuters, berdasarkan reaksi deligasi pro-Mursi kepada wakil itu.
Ditanya sama ada deligasinya menegaskan supaya kuasa Mursi dikembalikan sebagai syarat rundingan politik, Malt, anggota parti Wasat, sekutu Ikhwan, berkata, perkara terperinci itu perlu dibincangkan dalam diskusi di masa depan.
Bagaimanapun, memandangkan penentang Mursi menggesa supaya ia tidak menjadi sebahagian daripada penyelesaian politik, Malt berkata, "Sisi juga harus tidak berada dalam keadaan politik yang sama".
Katanya, kumpulan pro-Mursi juga sedia berbincang dengan National Salvation Front, gabungan longgar parti liberal dan haluan kiri yang terlibat dalam kerajaan sementara yang dibentuk tentera.

Hajat wanita mati pada Ramadan jadi kenyataan
Hajat
seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila
dia ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di
rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves dekat Kuala Lumpur
petang semalam.
Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.
Rakan sekerjanya Rosnita Ishak, 33, berkata mangsa sering meluahkan hasratnya itu kepada beliau tetapi beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan, dan tidak terlintas padanya ia akan menjadi kenyataan.
"Malam tadi saya tidur di rumahnya selepas dia paksa saya temankan dia bermalam dan kami sempat bersahur bersama. Pagi tadi kira-kira pukul 6.45 pagi, dia hantar saya ke stesen bas di Greenwood sebab saya kena kerja, tapi saya tidak pasti dia kemudiannya balik naik apa.
"Dia jarang balik rumah sebab kami kerja di Genting, tapi bila dia cuti panjang dia akan balik. Dia ada juga minta saya supaya tidak bekerja hari ini sebab dia nak bawak saya pergi jalan-jalan. Tapi saya berkeras untuk bekerja," katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata berdasarkan perancangan awal mereka, dia dan Badariah bersama rakan-rakan lain ingin ke Hospital Selayang untuk melawat rakan mereka yang sakit, pada sebelah petang semalam.
"Kira-kira pukul 1 petang kawan saya hubungi dia (Badariah) tetapi tidak dapat. Jadi kawan saya datang ke rumahnya dan tengok rumah dalam keadaan bersepah dengan pintu tidak ditutup tetapi hanya pintu pagar sahaja yang berkunci.
"Lepas menjerit-jerit memanggil dia, tetapi tak ada jawapan, lalu kawan saya panggil orang untuk buka pagar rumah dan menemui arwah di dalam bilik dalam keadaan kaku dengan tangan dan lututnya berikat," katanya yang mengenali mangsa sejak lapan tahun lepas.
Kakak ipar mangsa Fatimah Ismail, 44, berkata mangsa yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak sekian lama merupakan anak keempat daripada enam beradik.
"Kali terakhir saya jumpa dia bulan Januari lalu, ketika dia berkunjung ke rumah saya," katanya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
"Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di tingkat tiga. Mangsa yang lengkap berpakaian baju kurung ditemui mati di atas lantai di bilik tidurnya dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lutut diikat dengan kain.
"Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dadanya manakala kawasan sekitar dipenuhi dengan percikan darah.
"Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata siasatan lanjut akan dilakukan ekoran terdapat kesan darah pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan