Jumaat, 9 Ogos 2013

KEJAM....TAK DE PERIKEMANUSIAAN...MEREKA TAK TAKUT BALASAN NERAKA ALLAH SWT

'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan jadi panas

Harakahdaily, 09 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: ‘The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya, tulis Aspan Alias.

Tulisnya lagi, the pre publication remarks yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.

Lebih-lebih lagi, menurutnya  tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi.

“Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi,” tulisnya di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com sebagaimana di bawah.

'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia’ akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya. ‘The pre publication remarks’ yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.

Lebih-lebih lagi tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi.

Segala-gala kemudharatan yang negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah.

Mahathir berkata yang beliau belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari apa yang disebutkan oleh Abdullah dalam publisiti ‘pre-launching’nya itu Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat di mana-mana nanti.

Abdullah selama ini berdiam diri apabila di‘seksa’ oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Di antara Dr Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing.

Sudah begitu lama Dr Mahathir hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi sedemikian rupa.

Bagi saya jika ada kesalahan Abdullah itu, ia juga adalah kesalahan Dr Mahathir kerana Abdullah adalah ciptaan Dr Mahathir dalam kepimpinan negara. Mahathir telah mencipta Abdullah untuk dijadikan pemimpin yang boleh disuruh arah dan dipandu oleh pengaruh beliau setelah bersara. Media telah memaparkan Abdullah sebagai orang baik. Tetapi dari awal tidak pula media ini memaparkan sebagai seorang pemimpin yang baik, hanya sekadar orang baik sahaja.

Tetapi ciptaan Mahathir tidak menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain.

Itulah sebab bermulanya perselisihan di antara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada negara.

Apabila Dr Mahathir sedar yang Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima segala keburukan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri. Segala keburukan berlaku dari zaman Abdullah Badawi.

Rasuah yang berlaku secara besar-besaran mengikut pandangan Dr Mahathir berlaku dari zaman Abdullah. Mengisi kepimpinan yang berbudaya mengampu dan ‘burung balam’ itu bermula dari zaman Abdullah.

Tidak siapa boleh percaya rasuah yang begitu besar dan dilakukan secara sistematik oleh kerajaan itu berlaku dari zaman Abdullah. Lazimnya rasuah yang sampai ke tahap seperti yang dialami negara sekarang memakan masa paling kurang dua puluh tahun untuk berkembang seperti yang kita lihat sekarang.

Mahathir tidak memberikan tumpuan untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan di kalangan UMNO kerana membina kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan.

Akhirnya Abdullah Badawi yang dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah, Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini.

Saya selalu menyebut sesiapa yang mentadbir negara selepas Dr Mahathir merupakan dari kumpulan yang sama, tidak boleh diharapkan apa-apa yang besar dari mereka. Mereka adalah ‘tot’ dari Dr Mahathir dan tidak mungkin ada dikalangan yang berkuasa dalam UMNO sekarang mampu memimpin negara dengan betul.

Dr Mahathir itu sendiri menerima akibat kritikan dan pemimpin yang mengambil beliau sebagai pemimpin negara. Hussein Onn sendiri pernah menzahirkan penyesalan beliau kerana memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi cara mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang baik mereka tidak mengkritik Dr Mahathir seperti Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan sekarang kritikan beliau akan hinggap pula kepada batang tubuh Najib Tun Razak.

Walau bagaimana pun mari kita baca dahulu apa yang tertulis dalam ‘Awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang akan dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Nurul Izah Anwar itu.

Selepas itu kita bahaskan sama-sama. Apa yang saya komen ini hanyalah merupakan ‘preamble’ terhadap apa yang mungkin saya komen setelah membaca buku itu dengan sepenuhnya nanti.

Isu ini pastinya merupakan satu topik yang di minati ramai. Kita tunggu. Tidak lari gunung dikejar.

4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam

Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.
Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.
Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan.
“Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.
“Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa,” kata Ku kepada The Malaysia Insider.
Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.
Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama.
Terdahulu di Chemor, Perak seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal.
Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam tadi apabila dua suspek bermotosikal itu dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.
Sementara itu, di Georgetown, Pulau Pinang pula berlaku kejadian tembak menembak awal pagi tadi mengejutkan penduduk sekitar apabila 16 tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah banglo di Pulau Tikus.
Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan polis kini sedang mengenal pasti identiti penembak melalui rakaman cctv.
Pada masa sama dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, jam 11.30 pagi tadi seorang. lelaki ditembak sekurang kurangan 10 kali oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson.
Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur. – 9 Ogos 2013.-TMI

Disangka bunyi mercun rupanya ketua bounzer pulak kena tembak..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 09 Ogs 2013

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya.

Baca lagi

Beginilah rakyat Syria diraikan pemerintah sempena Aidilfitri

http://naimnikmat.blogspot.com, 09 Ogs 2013

BEGINILAH RAKYAT SYRIA DIRAIKAN SEMPENA AIDILFITRI OLEH PEMERINTAH MEREKA (GAMBAR)


Apakah salah si kecil ini sehingga terpaksa menahan dan meraung kesakitan sebegini rupa. Wahai saudaraku kalian yg memiliki akal fikiran yang waras dan sifat belas kasihan? Bagaimana kiranya bayi ini adalah anak anda? Atau adik anda? atau cucu anda?

Ya Allah kau hancurlah kerajaan syiah pimpinan Basyar Assad dan sekutu-sekutu mereka, azablah mereka dgn azab yg pedih. Sungguh mereka menzalimi hamba-hambamu dengan kezaliman yang amat dahsyat.

Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pendukung Mursi sambut Idulfitri di lokasi demonstrasi

Harakahdaily, 09 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Hari Raya Aidilfitri dirayakan para pendukung presiden yang digulingkan tentera Mesir, Muhammad Mursi dengan turun ke jalan.

Memetik tulisan blog Kelab Greenboc, mereka menuntut jawatan Mursi dikembalikan. Mereka merayakan Aidil-fitri pada hari Khamis (8/8) di lokasi demonstrasi di Nasr City.

"Pendemo di sini sekarang jumlahnya ramai, mengatakan kepada pemerintah, Mursi adalah presiden yang sah, dan mereka tidak akan pergi sehingga kedudukan Mursi dikembalikan," ujar laporan Aljazeera.

Kedua belah pihak, pendukung dan penentang Mursi meminta pendukung masing-masing untuk protes. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour dalam pesanannya sempena Aidil-Fitri menyatakan Mesir dalam keadaan kritikal. Pemerintahan sementara akan menekankan rancangannya sendiri untuk membuat pemilihan baru dalam sembilan bulan.

"Kereta masa depan sudah berangkat, dan setiap orang harus sadar momen dan menangkapnya, siapa saja yang gagal menyadari momen ini harus bertanggungjawab terhadap keputusannya," ujar Mansoour.

Sebelumnya, utusan AS, William Burns menjadi orang tengah kompromi di antara pemerintah dan Ikhwanul Muslimin. Utusan Eropah, Bernardino Leon juga berada di Kaherah untuk usaha yang sama. Brussel dan Washington mengatakan semua pihak di Mesir harus mengatasi masalah yang dinilai telah berbahaya.

"Situasi ini sangat rapuh, yang tidak hanya berisiko lebih banyak pertumpahan darah dan polarisasi di Mesi, tetapi juga menghalang pemulihan ekonomi yang sangat penting bagi kejayaan transisi Mesir," ujar Menteri Luar Negeri AS, John Kerry dan ketua urusan luar negeri Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dalam pernyataan bersama. isteri Mursi, Naglaa Mahmoud, yang jarang kelihatan di depan umum turut ikut serta dalam demontrasi aman semalam. Ia berbicara di hadapan para demonstran di Kaherah dengan menyerukan suaminya untuk diizinkan kembali ke tampuk kekuasaan. Para peserta aksi menyambut pidato Naglaa dengan teriakan "Kembali! Kembali!".

Video 1

Video 2

Video 3

‘Cina mahu zakat’ satu hasutan bahaya – Teresa

Harakahdaily, 09 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam).

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat ‘diberi kepada orang Cina’.

Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel ‘Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok’ yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada ‘orang gila’ dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.

“Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya,” katanya dipetik Roketkini.

Menurutnya, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.

Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada ‘dihambat’ polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu ‘azan’.

Tiada ulasan: