Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam?
Subky Latif, | 08 Ogs 2013 |
Sekalipun Suaram menggunakan bidang undang-undang dalam dan luar negeri bagi membuktikan ia adalah satu skandal menteri pertahanan pada masa itu masih ada yang berkata mereka tidak mempercayainya, maka sudah tentu seorang individu yang mengatakan ia bebas skandal tidaklah boleh dipegang 100 peratus.
Tetapi menteri Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa dia seperti puas hati dengan kenyataan individu seperti sah urusan pembelian itu bebas skandal sekali gus mengira bahawa isu yang dipelopori Suaram dan disokong sekalian pembangkang itu adalah karut.
Pada menteri itu apa yang dibangkitkan selama ini sama ada oleh pembangkang di negara ini yang cuba menggunakan saluran undang-undang dan apa yang dilakukan oleh peguam Perancis bagi memastikan syarikat di Perancis tidak terbabit dalam skandal bolehlah dimasukkan saja ke bakul sampah.
Secara umum dari aspek undang-undang menteri dan mana-mana individu yang dikatakan jadi watak dalam skandal itu belum boleh dikata bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah. Walaupun orang belum dijatuh hukum itu dikira bersih dari segi undang-undang, tetapi umum melihatnya tidak begitu bersih selagi mahkamah tidak membersihkannya.
Oleh sebab isu skandal ini adalah benda yang tergantung, maka tidaklah semua pihak boleh berpuas hati watak-watak itu bersih atau kotor. Dia boleh bersih dan dia boleh kotor.
Menteri yang berpuas hati dan yakin tidak ada skandal atas pengakuan seorang individu adalah seorang ahli akademik yang ada kelas sebelum berpolitik. Dan sebagai seorang ahli akademik selalu didengar sindiriannya yang tajak:
Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri.
Menteri yang ada latar belakang akademik tentulah tidak sama dengan yang tidak ada latar belakang akademik. Tan Sri Rafidah Aziz misalnya, kerana dia juga dulunya orang akademik, maka dia tidak boleh sama dengan Shahrizat Jalil yang berdalil dan berdalih.
Shahidan Kassim, Tengku Adnan atau Mahfuz Omar tiada latar bakang akademik, maka orang pun tidak harap sangat mereka mempertahankan dunia akademik. Tetapi orang akademik tak boleh buat sebarangan. Kalau orang akademik tidak jaga nilai dan dunia akademiknya nescaya runtuhlah dunia ilmu. Ilmu yang mulia itu akan jadi sama dengan ilmu sihir.
Bagi ahli akademik, rencana dan buku yang tidak ada nota kaki, seperti tulisan dan buku saya, dikira buku picisan. Tak adalah tulisan saya dikira picisan kerana saya bukan orang akadamik dan tidak pernah mendapat didikan akademik.
Orang akademik tak boleh buat begitu. Orang akademik sebelum dia sahkan sesuatu itu palsu atau benar, maka dia pastikan sumbernya. Dia buat penyelidikan. Jika tidak cukup bukti, ditawakuf dulu.
Hakimpun tidak percaya semua apa yang dicakap di mahkamah walaupun sudah didahulu dengan bersumpah. Dia kena pastikan saksi itu palsu atau tidak. Hakim tahu adanya loyar buruk dan hakim beruk. Maka sekadar dengar kenyataan seorang saksi, belum boleh dia buat keputusan.
Kemudian Suaram keluar kenyataan pertikai wibawa orang yang buat kenyataan tentang skandal itu. Lagilah saya tidak dapat bergantung kepada kenyataan seorang individu. Inilah Islam pesan apabila datang khabar dari orang munafik, pastikan kesahihannya. Itulah akademik dan ilmu.
Jika saya janda, wali saya itu dikata begitu dan begini, saya cari wali lain bagi menikahkan saya.
Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam
Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.
Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
Noor Aziah berkata situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.
Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia.
"Sebenarnya institusi keluarga itu adalah asas pembangunan sesebuah negara dan kalau institusi keluarga itu berjalan dengan baik maka negara pun akan jadi lebih baik," katanya.
Menyentuh mengenai belia pula, beliau meminta kerajaan memperbanyakkan penganjuran program keilmuan dan keagamaan kepada golongan belia di negara ini dalam usaha melahirkan belia berakhlak mulia, pada masa hadapan.
Noor Aziah berkata berdasarkan dapatan hasil kajiannya, mendapati gejala sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah dan minum arak dalam kalangan belia Islam kini, berada pada tahap membimbangkan.
"Antara beberapa kaji selidik yang saya lakukan adalah Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009, Kajian Belia, Dadah dan HIV:Punca dan Hak pada tahun 2010, dan Kajian Pembinaan Modul Ta’dib di Sekolah Henry Gurney, Melaka 2011.
"Hasil kajian ini membuatkan saya risau akan akhlak golongan belia pada masa ini yang mana bagi pandangan saya berpunca daripada tidak menghayati ilmu agama sepenuhnya walaupun ada pendidikan agama tetapi tidak mengamalkan ilmu agama yang ada itu. Kebanyakan responden menjawab tidak tahu sembahyang atau sudah lupa macam mana hendak sembahyang sewaktu ditemu bual," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata penularan gejala tidak sihat itu bakal memberi impak negatif kepada pembangunan modal insan negara ini sekiranya tidak ditangani segera.
"Dari kajian yang saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12 tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia' pada 2007, mendapati ibu paling muda mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun.
"Macam mana negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam," katanya.
Apabila ditanya pendekatan kreatif yang boleh dilaksanakan bagi menarik minat belia terhadap program itu, Noor Aziah berkata ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya mencari 'role model' dari kalangan belia yang berjaya dalam bidang tertentu seperti johan Tilawah al-Quran, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, jaguh sukan dan artis.
Noor Aziah juga berkata kira-kira 80 peratus golongan belia bermasalah datang daripada keluarga ibu tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa.
Beliau yang juga anggota Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak Malaysia itu berkata angka itu didapati menerusi Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009 yang melibatkan responden berumur 15 tahun hingga 40 tahun.
Sehubungan itu, beliau berkata peranan institusi kekeluargaan juga penting untuk memartabatkan pembangunan sahsiah diri golongan belia negara.
"Di sini peranan ibu bapa penting memberi pendidikan agama sepenuhnya kepada anak-anak. Pada pemerhatian saya kebanyakan anak-anak hanya dapat ilmu agama daripada guru agama dan apabila bersama ibu bapa mereka tidak belajar.
"Oleh demikian, saya menyarankan supaya kita semua kembali kepada perkara asas iaitu didikan agama dan memperbaiki mutu keluarga yang sedia ada dan yang akan dibina," katanya.
- Bernama
Kes dera suami perlukan perhatian serius
Pada awal usia bercinta Sham, 47, (bukan nama sebenar) dan isterinya berjanji untuk membina rumah tangga bahagia.
Bagaimanapun, selepas tujuh tahun berkahwin, Sham mendakwa sering menjadi mangsa keganasan isterinya dan bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 tahun didakwa turut mengikut perangai buruk ibu mereka apabila bersuhabat memukulnya jika si isteri naik angin.
Tidak tahan dengan penderitaan itu, Sham akhirnya membuat pendedahan di sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu bertarikh 10 Februari 2010 sebelum membuat laporan polis.
Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Fadlina Siddiq berkata kes Sham bukanlah satu-satunya kes penderaan suami yang dilakukan isteri di negara ini.
Malah, ia telahpun meluas dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini namun jarang diketengahkan ke pihak media dan polis atas faktor menjaga maruah suami sebagai ketua keluarga dan memikirkan anak-anak, tidak mahu mereka menjadi mangsa penceraian.
Fadlina berkata dalam kebanyakan kes, suami didera anggota fizikalnya menggunakan objek keras seperti batang penyapu dan batang pengelap lantai.
"Tetapi, ada kadang kalanya (si isteri) suka memainkan emosi (suami); tidak mahu bercakap berminggu-minggu, menjauhkan diri dengan anak dan tidak tidur bersama suami selama mana yang mereka mahu," kata Fadlina kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut penganalisaan bahagian kaunseling Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pula, terdapat 107 kes penderaan terhadap suami dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 323 lagi kes kepada polis dari tahun 2008 hingga April 2013.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Rohani Abdul Karim berkata jumlah itu biarpun kecil jika dibanding dengan mangsa dera lain ia masih memerlukan perhatian serius supaya lelaki merasakan mereka juga dilindungi.
Katanya punca yang menyebabkan mereka menjadi mangsa dera ialah isteri angkuh dengan jawatan dan pendidikan yang lebih tinggi daripada suami, mempunyai sikap yang panas baran serta suami yang berperwatakan lemah lembut.
"Kadang kala ada kes berlaku kerana pengalaman lampau kes keganasan rumah tangga yang dialami oleh si isteri. Perasaan dendam atau tidak puas hati terhadap penderaannya menyebabkan dia turut melakukan keganasan terhadap suami," katanya.
"Menerusi kementerian, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah digubal khusus untuk melindungi mangsa sama ada suami atau isteri, bekas suami atau isteri, kanak-kanak, orang dewasa yang tidak berkeupayaan dan mana-mana anggota keluarga lain terlibat.
"Sebagai kementerian yang prihatin, kami juga telah mengambil beberapa insiatif untuk menambah baik Akta itu. Pindaan telah diluluskan di Parlimen pada 21 Dis 2011 dan dikuatkuasakan pada 20 Feb 2012," katanya.
Antara isi kandungan pindaan itu ialah memperluaskan takrifan keganasan rumah tangga daripada hanya berbentuk fizikal sebelum ini kepada turut
merangkumi penderaan emosi, mental dan psikologi.
"Kami akan memperbanyakkan program seperti seminar kepekaan gender, seminar literasi undang-undang, seminar menangani keganasan terhadap wanita/lelaki dan bermacam-macam lagi.
"...kerana kami percaya apabila mereka (suami) dilibatkan sama dalam aktiviti ini suara hati mereka dapat didengari dan penambahbaikan dapat dilakukan untuk mereka pada masa depan. Tambahan, selama ini kita hanya fokus kepada wanita dan lelaki dipinggirkan," katanya.

Pegang jawatan k'jaan, Chua sedia hadapi JK disiplin
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin
kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi
Pelabuhan Pulau Pinang.
"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam.
Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai 'Duta Khas Perdana Menteri ke China', anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.
Minggu lepas, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Tian Lock bersama-sama dengan pengerusi bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah serta enam lagi pengerusi bahagian lain menegaskan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada jawatankuasa disiplin parti sekiranya Dr Chua masih enggan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
Enam lagi bahagian yang turut menggesa Dr Chua untuk meletakkan jawatan kerajaan itu adalah MCA Teluk Intan, Bentong, Kuala Selangor, Kual Krau, Raub dan Paya Besar
MCA sebelum PRU13 telah memutuskan untuk tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menerima sokongan penuh masyarakat Cina.
Namun, Dr Chua dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi parti telah memutuskan bahawa mana-mana jawatan yang dipegang sebelum PRU13 masih boleh diteruskan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam parti.

Tujuh rumah setinggan di Sentul Pasar hangus
Sekurang-kurangnya tujuh rumah setinggan di Kampung Chubadak, Sentul Pasar musnah dalam satu kebakaran malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata kedudukan rumah yang sesak dan terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan banyak rumah musnah kerana api marak dengan pantas.
"Kami masih belum boleh nyatakan jumlah sebenar rumah yang terbakar kerana kami sedang mengumpul pemilik rumah berkenaan kerana kebanyakannya bercuti raya di kampung masing-masing.
"Yang menjadi masalah utama adalah sumber air yang agak jauh, kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke mari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam, dan anggota serta jentera bomba tiba 14 minit kemudian serta dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 40 minit.
"Kami telah menghantar lima jentera iaitu Balai Bomba Sentul, Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Setiawangsa, Balai Bomba Gombak Selatan dan Balai Bomba Sri Hartamas," katanya.
Katanya semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada kecederaan dilapor berlaku dalam kejadian.
"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kedua ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baru Kedah.
"Sudah hampir 50 tahun ibu bapa saya tinggal di sini," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Pasangan suami isteri Roslan Mun, 41, dan Normiza Halim, 31 turut bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri.
"Ketika kejadian saya bersama kira-kira 20 anggota keluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu apabila terdengar suara jiran menjerit ada api. Saya dan anggota keluarga segera mengambil anak-anak masing-masing dan barangan berharga serta bergegas keluar rumah," kata Normiza.

Warga emas rentung, 200 rumah musnah
Seorang
wanita warga emas rentung manakala kira-kira 1,000 orang tinggal
sehelai sepinggang apabila 200 buah rumah musnah dalam kebakaran besar
di Kampung Cendera Mata, Batu Sapi, dekat Sandakan semalam.
Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata mangsa dikenali sebagai Isnah Kuayah, 73 dan seorang lelaki turut terkena renjatan elektrik dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent.
Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, seorang anggota Bomba mengalami kecederaan selepas tergelincir ketika membuat operasi memadamkan api dan sedang diberi rawatan di hospital itu.
Ordine berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari dan menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera ke lokasi kejadian serta dibantu 15 anggota bomba sukarela dari Karamunting selain anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Beliau berkata ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak dan hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu.
Katanya mayat mangsa ditemui di bawah rangka rumah yang terbakar, manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan