Jumaat, 9 Ogos 2013

JANGAN NAK MELINDUNGI ORANG TERTENTU...ALLAH TAHU....ALLAH TAHULAH BAGAIMANA NAK MENGHUKUM

Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam?

Subky Latif, 08 Ogs 2013
Apakah urusan beli kapal selam Perancis, Scorpene suatu skandal atau tidak, boleh ditentukan oleh kenyataan seorang individu baik  di luar mahkamah atau dalam mahkamah.

Sekalipun Suaram menggunakan bidang undang-undang dalam  dan luar negeri bagi membuktikan ia adalah satu skandal menteri pertahanan pada masa itu masih ada yang berkata mereka tidak mempercayainya, maka sudah tentu seorang individu yang mengatakan ia bebas skandal tidaklah boleh dipegang 100 peratus.

Tetapi menteri Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa dia seperti puas hati dengan kenyataan individu seperti sah urusan pembelian itu bebas skandal sekali gus mengira bahawa isu yang dipelopori Suaram dan  disokong sekalian pembangkang itu adalah karut.

Pada menteri itu apa yang dibangkitkan selama ini sama ada oleh pembangkang di negara ini yang cuba menggunakan saluran undang-undang dan apa yang dilakukan oleh peguam Perancis bagi memastikan  syarikat di Perancis tidak terbabit dalam skandal bolehlah dimasukkan saja ke bakul sampah.

Secara umum dari aspek undang-undang menteri dan mana-mana individu yang dikatakan jadi watak dalam skandal itu belum boleh dikata bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah. Walaupun orang belum dijatuh hukum itu dikira bersih dari segi undang-undang, tetapi umum melihatnya tidak begitu bersih selagi mahkamah tidak membersihkannya.

Oleh sebab isu skandal ini adalah benda yang tergantung, maka tidaklah semua pihak boleh berpuas hati watak-watak itu bersih atau kotor. Dia boleh bersih dan dia boleh kotor.

Menteri yang berpuas hati dan yakin tidak ada skandal atas pengakuan seorang individu adalah seorang ahli akademik yang ada kelas sebelum berpolitik. Dan sebagai seorang ahli  akademik selalu  didengar sindiriannya yang tajak:

Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri.

Menteri yang ada latar belakang akademik tentulah tidak sama dengan yang tidak ada latar belakang akademik. Tan Sri Rafidah Aziz misalnya, kerana dia juga dulunya orang akademik, maka dia  tidak boleh sama dengan Shahrizat  Jalil yang berdalil  dan berdalih.

Shahidan  Kassim, Tengku Adnan atau Mahfuz Omar tiada latar bakang akademik, maka orang pun tidak harap sangat mereka mempertahankan dunia akademik. Tetapi orang akademik tak boleh buat sebarangan. Kalau orang akademik tidak jaga nilai  dan dunia akademiknya nescaya runtuhlah dunia ilmu. Ilmu yang mulia itu akan jadi  sama dengan ilmu sihir.

Bagi ahli akademik,  rencana dan buku yang  tidak ada nota kaki, seperti tulisan dan buku saya, dikira buku picisan. Tak adalah tulisan saya dikira picisan kerana saya bukan orang akadamik dan tidak pernah mendapat didikan akademik.

Orang akademik tak boleh buat begitu. Orang akademik sebelum dia sahkan sesuatu itu palsu atau benar, maka dia pastikan sumbernya. Dia buat penyelidikan. Jika tidak  cukup bukti, ditawakuf dulu.

Hakimpun tidak percaya semua apa yang dicakap di mahkamah walaupun sudah didahulu dengan bersumpah. Dia kena pastikan saksi itu palsu atau tidak. Hakim tahu adanya loyar buruk dan hakim beruk. Maka sekadar dengar kenyataan seorang saksi, belum boleh dia buat keputusan.

Kemudian Suaram keluar kenyataan pertikai wibawa orang yang buat kenyataan tentang skandal itu. Lagilah saya tidak dapat bergantung kepada kenyataan seorang individu. Inilah Islam pesan apabila datang khabar  dari orang munafik, pastikan kesahihannya. Itulah akademik dan ilmu.

Jika saya janda, wali saya itu dikata begitu dan begini, saya  cari wali lain bagi menikahkan saya. 

Ada puak nak bina pejabat UMNO atas tanah wakaf kubur
Posted on Thursday, August 08 @ 21:08:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: TinBuruk

"Untuk menyekat Mazlan dan Bidin daripada mempersoalkan saya dengan pelbagai isu termasuk isu dalaman PAS, saya cuba mengalih isu.

"Dengar kawan awak JKKK Taman Rusila nak rampas tanah kubur?" Saya mula mengalih isu Syiah kepada isu JKKK UMNO. Kebetulan Mazlan adalah kawan baik kepada pengerusi berkenaan.

"Bukan rampas, tebus guna untuk manafaat bersama. Tadika akan dibina di situ untuk manafaat pendudukan taman" kata Mazlan.

"Orang PAS tak boleh lihat perkara baik semuanya nak buat fitnah" Bidin menyampuk.

"Kan dah ada orang tanam tebu dan tembikar di situ? Kenapa sakitkan hati mereka buat report kepada Maidan?" saya mula mempertikaikan maklumat mereka.

Tanah Perkuburan Rusila ada banyak kawasan lapang. Ada penduduk yang telah minta izin untuk bertanam dan mereka telah menjaga tanah perkuburan itu dengan hasil lebihan keuntungan daripada tanaman yang diusahakan. Mereka juga menjaga kebersihan dan kelengkapan kubur.

Walaupun tanah perkuburan itu hanya untuk orang Rusila, mereka telah memberikan sebahagian daripada tanah perkuburan itu untuk penduduk taman bagi perkuburan mereka di situ.

Malangnya JKKK di taman itu cuba untuk menguasai tanah perkuburan tersebut, mereka telah menghalang penduduk menggunakan tanah perkuburan untuk projek tanaman, malah mereka mengugut dan membuat laporan kepada Maidan. Cubaan gangguan ini adalah untuk menguasai tanah perkuburan berkenaan.


Sebenarnya tanah perkuburan itu adalah di bawah penguasai Penghulu Yusuf, 'toki' (datuk) Ayah Chik (Datuk kepada Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Puak UMNO degil malah tak mahu menerima nasihat penduduk kampung, mereka telah mengadu kepada Maidan untuk menghalau penduduk daripada menggunakan tanah berkenaan sedang penduduk telah mendapat izin daripada waris Tuan Guru Haji Abul Hadi.

Saya difahamkan puak UMNO (JKKK di situ) merancang untuk membina pejabat UMNO di situ. Mereka cuba mengabur mata rakyat dengan membina satu tadika kononnya untuk kepentingan penduduk di taman berkenaan.

Sekarang penduduk kampung telah diberikan salinan geran hak milik tanah perkuburan tersebut yang menyatakan adalah hak milik penguasaan penghulu Yusuf.

"Dulu ada JKKK membahagikan tanah hak milik DarulBayan kepada beberapa orang AJK sedangkan tanah itu adalah tanah untuk projek anak Yatim, sekarang ini nak bina pejabat atas tanah kubur? Kenapa teruk sangat sikap JKKK?"  tanya saya.

"Itu baru cadangan" Bidin menyampuk lagi, Mazlan sekadar diam.

"Kalau nak buat sesuatu, tanyalah orang lama di situ, tanah tu hak milik siapa? Ada geran hak milik atau tidak? Jangan buat pandai-pandai menghalau orang kampung sesedap hati"
saya menyindir lagi.

"Betul ke ada geran?"
Mazlan mula bertanya.

"Geran itu dikeluarkan sebelum Merdeka. Penduduk telah diberi salinan geran asala yang disimpan oleh kakak Presiden PAS"
  kata saya.

"Geran itu adalah geran yang menyatakan hak milik pengusaan walaupun itu tanah wakaf" tambah saya.

Bidin dan Mazlan diam sahaja.

Saya cepat menghabiskan minuman dan terus ke kaunter untuk membayar harga makanan. Bukan apa saya tak nak Mazlan belajankan saya. Biar saya yang belanjakan mereka. Bukan tak makan duit orang UMNO tapi ada rasa tak sedap hati.. maaf atas sikap itu.

"Saya kena cepat" kata saya lalu meninggalkan mereka.

"Terima kasih, niat nak belanja tapi sebaliknya" kata Mazlan sambil tersenyum.

"Tak apa lain kali ada lagi" kata saya.

UMNO di mana-mana sekali tak boleh lihat tanah wakaf atau tanah hak kerajaan, mesti ada projek nak sapu atau nak kongsi sesama mereka. Itu hati perut mereka, hidup dengan kesenangan atas kesengsaraan rakyat.

Kena baca artikel sebelum ini bagi memahami cerita di atas.
http://tin-buruk.blogspot.com/2013/07/orang-umno-pun-bercakap-pasal-syiah.html



Tin Buruk
http://tin-buruk.blogspot.com"



Israel rancang hapus identiti Islam
  • Penempatan haram Israel Penempatan haram Israel
1 / 1
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Qurei memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO itu turut menyelar dasar Israel yang bertujuan untuk melanggar dan memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut.

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya melindungi kesucian Baitulmaqdis terutamanya Masjid al-Aqsa yang kini semakin terancam akibat perbuatan biadab golongan Yahudi," tegasnya dalam laporan Press TV.

Sejak beberapa dekad lalu, Israel cuba untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan membina penempatan haram Yahudi dan turut mengusir penduduk Palestin.

Difahamkan, rejim Zionis sengaja meluaskan projek penempatan haram mereka susulan daripada kejayaan Palestin menaik taraf status mereka kepada pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), November lalu.

Pada 19 Julai lalu, Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan garis panduan melarang 28 negara anggotanya membiayai projek penempatan haram di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Bukit Golan yang diduduki Israel selepas Perang Enam Hari pada 1967.

Garis panduan itu adalah sebahagian daripada rangka kerja kewangan 2014-2020 melibatkan kerjasama EU dan Israel dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi dan kebudayaan.
Cedera parah ditembak ketika memandu
IPOH - Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama
Diculik kerana hutang
  • Diculik kerana hutang DIBURU...dari kiri Mohd Azril Nor Azmi, 33, Kamaruzalam Mohd Nor, 48 dan Mohd Zulkifli Husain, 41
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal menjelaskan hutang, seorang kakitangan kerajaan berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa ‘culik’ empat lelaki yang dipercayai diupah mengutip hutang berkenaan.

Kejadian berlaku di tempat letak kereta, Pejabat Daerah Besut, Besut, 30 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu disaksikan rakan sekerja mangsa, 32, sebelum menghubungi bapanya yang ketika itu berada di rumah di Kampung Paya Rawa, Tembila, Besut.

“Bapa mangsa, 56, seorang pesara kerajaan menerima panggilan telefon daripada rakan sekerja memaklumkan ternampak mangsa dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki tidak dikenali.

“Mengesyaki sesuatu perkara buruk telah berlaku kepada anaknya, bapa mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, beberapa jam selepas kejadian, bapa mangsa menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang suspek meminta dibayarkan balik jumlah hutang yang mencecah ribuan ringgit jika ingin mangsa selamat.

“Pada 31 Julai, kira-kira jam 1.30 pagi, datang seorang daripada suspek membawa bersama mangsa menaiki kereta jenis Perodua Kelisa milik mangsa ke rumah, bertujuan mengambil wang dijanjikan dan sekali gus menyerahkan mangsa kepada keluarganya.

“Bagaimanapun, suspek yang berusia 41 tahun itu tidak bernasib baik selepas berjaya ditahan anggota polis yang sudah bersiap sedia memasang perangkap di rumah berkenaan,” katanya.

Siasatan awal mendapati, suspek yang baru sahaja keluar dari penjara tiga hari sebelum kejadian memiliki sembilan rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah; pecah rumah; curi motosikal dan juga individu yang dicari bagi
menyelesaikan kes jenayah dadah.

“Selain itu, kita berjaya merampas wang berjumlah RM1,000 serta mendapatkan kembali kereta milik mangsa dan yang paling penting, berjaya menyelamatkan nyawa mangsa,” katanya.

Susulan penahanan suspek, tiga lagi suspek kini diburu dan identiti mereka sudah dikenal pasti.

“Kami berharap orang awam yang mengenali suspek ini dapat menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik,” katanya.

Ketiga-tiga suspek yang kini diburu ialah Mohd Azril Nor Azmi, 33, dari Jalan Sekeolah Kebengasaa Alor Lintah, Jerteh; Kamaruzaman Mohd Nor, 48, dari Kampung Padang Luas Dalam, Jerteh dan Mohd Zulkifli Husain, 41, dari Jalan Perwira 2, Kampung Beris Lampu, Kuala Besut.
Rayu anak pulang
  • Rayu anak pulang Norain
1 / 2
TEMERLOH - Pasangan suami isteri Zainal Ismail 66, dan isteri Fuziyah Mansor 53, merayu anak gadis mereka, Norain, 23, yang menghilangkan diri lebih sebulan lalu pulang ke pangkuan keluarga bagi menyambut Aidilfitri bersama.

Fuziah berkata, anak gadisnya yang mesra disapa Ain, keluar rumah 28 Jun lalu untuk memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Kuantan dan buat sementara waktu dia tinggal bersama kakak dan abang iparnya.

Menurutnya, Ain anak keempat dari lima beradik itu menghilangkan diri ketika berada di rumah kakaknya di Kuantan, 9 Julai lalu.

"Tanpa sebarang sebab, kami dimaklumkan Ain menghilangkan diri dengan barang peribadi dan dia ada hantar mesej kepada kakaknya memohon maaf serta memaklumkan keluar mahu cari ketenangan.

"Selepas itu langsung tiada khabar berita mengenainya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tingkat, di sini, semalam.

Fuziyah berkata, tindakan Ain yang bekas pelajar lepasan Kolej Universiti Segi menghilangkan diri sangat mengejutkan keluarga memandangkan dia anak manja dan tidak pernah melakukan perkara sedemikian sebelum ini.

"Kami sekeluarga sangat merindui Ain dan buntu memikirkan nasibnya memandangkan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, dia berikhtiar mencari di banyak tempat, termasuk di serata Kuala Lumpur, tempat belajar Ain di Damansara dan bertemu rakan-rakan anaknya.

Menurutnya, paling merisaukannya jika anak gadisnya itu terpengaruh dengan keldai dadah atau menjadi mangsa sindiket penipuan black money.

“Saya tahu Ain cerdik, dia tidak akan melakukan benda yang tak patut. Apa yang saya risaukan ialah keselamatannya.

“Jika dia tak selesa tinggal dengan kakaknya, dia boleh beritahu kami, tetapi apabila dia terus menghilangkan diri saya sangat buntu,” katanya.

Sehubungan itu sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi Norain berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Fuziyah menerusi 010-5390383.

Tiada ulasan: