Isnin, 5 Ogos 2013

BETUL...BETUL...BETUL (BUNYI GAYA UPIN IPIN)

Kembalikan Morsi, syarat utama penyelesaian - Ikhwan

Harakahdaily, 05 Ogs 2013

MESIR: Ikhwan Muslimin menegaskan tidak akan menerima sebarang solusi yang dicadangkan mana-mana pihak kecuali pihak tentera bersetuju dengan syarat bahawa Dr Muhammad Morsi perlu dikembalikan sebagai Presiden Mesir yang sah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin sebagai menjawab kepada pertemuan Wakil Menteri Luar Negeri AS, William Burns yang mahu memujuk Ikhwan menerima solusi damai terhadap krisis politik yang berlaku di Mesir.

Kunjungan utusan AS itu sendiri adalah yang terbaru dalam penerusan langkah diplomatik menjadi orang tengah antara pendukung Mursi dan pemerintah sementara yang dikuasai tentera.

Ikhwan mendakwa, pendirian mereka tidak berubah, agar pihak tentera yang merampas kuasa mengembalikan legitimasi Mesir dengan menyerahkan kembali pemerintahan kepada Morsi yang telah dipilih oleh rakyat negara itu secara sah.

Dalam pada itu, Ahram Online melaporkan, Menteri Luar Negeri UEA Abdullah Zayed bersama rakannya dari Qatar Khalid Al-Attiyah serta William Burns telah mengunjungi orang kedua Ikhwanul Muslimin Khairat Asy-Syatir di penjara Tora malam tadi.

Ianya sebagai usaha memujuk Ikhwan menerima inisiatif penyelesaian yang mahu dikemukakan bagi menamatkan krisis di negara itu.

Namun Al-Jazeera kemudian melaporkan, Asy-Syatir, yang telah ditahan atas "tuduhan rekaan" menghasut pembunuhan, menolak untuk bertemu dengan mereka bertiga itu.

“Muhammad Mursi adalah presiden sah Mesir. Mereka harus berbicara kepada Mursi,” kata Asy-Syatir seperti dipetik Al Jazeera.

Tunisia: Tentera tidak campur tangan

Abd Shukur Harun, 05 Ogs 2013
Belum lagi reda pergolakan rampasan kuasa di Mesir, kini  golongan sekular yang disokong oleh Barat sedang berusaha untuk mengkhianati kerajaan Islam yang didukung oleh gerakan Islam Ennahdah pimpinan Rashid Ghannouchi.

Bagaimanapun, tidak seperti di Mesir, tentera Tunisia masih tidak campur tangan politik, sementara majoriti rakyat Tunisia menyokong kerajaan Islam. Malah rakyat Tunisia mengadakan perhimpunan besar-besaran yang disertai oleh Rashid Ghannouchi sendiri untuk menyokong kerajaan. Ternyata Ennahdah masih popular dan disokong kuat oleh majoriti rakyat negaranya.

Lebih 200,000 orang telah berhimpun di Dataran Kasbah, di ibu negara Tunisia kelmarin untuk menyokong kerajaan yang ada. Bagaimanapun
pembangkang yang terdiri dari golongan sekular pro-Barat bersama  segolongan kecil pelampau Islam mengadakan bantahan berterusan, menuntut kerajaan Islam yang didukung oleh Ennahdah meletakkan jawatan.

Perhimpunan besar-besaran yang menyokong kerajaan pula diadakan sebagai jawapan kepada desakan pembangkang yang berterusan supaya kerajaan mletakkan jawatan. Pihak pembangkang mengadakan demonstrasi hampir setiap hari.
Mereka yang berhimpun menyokong kerajaan meneriakkan slogan, “Rakyat Tunisia mahukan Ennahda, Allah Maha Besar.” Menunjukkan solokongan kepada kerajaan yang didukung oleh Ennahdah.

Bantahan golongan pembangkang ini berikutan pembunuhan seorang tokoh pembangkang, ahli parlimen, Mohamed Brahmi, yang juga ahli  parti nasionalis Arab, Popular Front Party, pada 25 Julai lalu. Sebelum itu terjadi pembunuhan ketua parti tersebut, Chokri Belaid Februari lalu.

Anggota polis telah mengawal keadaan dan tidak kelihatan sebarang kegiatan tentera dan setakat ini belum ada korban jiwa. Bagaimanapun pembangkang dikatakan akan meneruskan bantahan.

Revolusi Jasmin oleh Ennahdah di Tunisia lebih dua tahun lalu dianggap sebagai ‘Arab Spring’ demokrat yang berjaya menggulingkan diktator Zine el-Abidine Ben Ali. Bagaimanapun golongan sekular dan Salafi menentang kerajaan yang didukung oleh Ennahdah.

Berbeza dengan Mesir, setakat ini pihak tentera tidak campur tangan dan tidak mahu terlibat dalam pergeseran politik di Tunisia itu. Rashid Ghannouchi memberitahu perhimpunan yang menyokong kerajaannya: "Mereka yang berfikir bahawa senario yang berlaku di Mesir akan juga berlaku di Tunisia adalah salah.Tunisia adalah inspirasi bersama dengan revolusinya dan tidak akan mengimport rampasan kuasa dari mana-manapun,” katanya.

Sebuah pakatan pembangkang telah menuntut pengunduran kerajaan yang didukung oleh Ennahdah dan membubarkan Dewan Perlembagaan Nasional. Pembangkang merancang demonstrasi Selasa ini bertepatan enam bulan pembunuhan Belaid. Ennahdah menolak tuntutan supaya kerajaan meletak jawatan kerana berlaku pembunuhan Belaid dan Brahimi serta gagal menyekat gerakan Islam radikal.

Bagaimanapun, dalam sidang medianya Sabtu lalu, Perdana Menteri Ali Larayedh menekankan mengenai perlunya dipulihkan perpaduan kebangsaan dan bertegas bahawa kerajaannya tidak akan meletakkan jawatan.

Partinya yang didukung oleh Ennahdah memenangi pilihan raya umum Oktober 2011 setelah berlaku Revolusi Jasmin yang menggulingkan diktator Zine el-Abidine Ben Ali. Beliau telah mencadangkan supaya diluaskan lagi kerajaan campurannya meliputi pelbagai golongan masyarakat.

Pembangkang menuduh Ennahdah ‘berlembut’ dengan golongan Islam radikal yang melancarkan serangan hingga terbunuh Mohamed Brahmi dan Chokri Belaid in. Tetapi menurut Perdana Menteri Ali Larayedh, pembunuh kedua-dua tokoh pembangkang itu sudah dapat ditangkap oleh pihak keselamatan.

Pihak tentera Tunisia kini sedang memburu militan di pergunungan Chambi yang bersempadan dengan Algeria selepas serangan militan yang membunuh seorang tentera minggu lalu. Tentera kemudian telah membunuh 10 anggota militan di pergungan tersebut.

Tunisia adalah negara utara Afrika dengan presidennya Moncef Marzouk. Apabila gerakan Islam Ennahdah mengambil alih kuasa setelah Revolusi Jasmine, usaha pertamanya ialah memulihkan demokrasi, menegakkan keadilan dalam semua bidang kehidupan, memulihkan ekonomi dan membaiki kehidupan rakyat.

Menurut Rashid Ghannouchi usaha ini ialah untuk memenuhi tuntutan rakyat Tunisia sendiri yang selama ini menderita di bawah diktator Zine el-Abidine Ben Ali, hingga seorang seorang peniaga kecil di tepi jalan di Tunisia membakar diri kerana dizalimi oleh pemerintah waktu itu. Peristiwa itu akhirnya mencetuskan  revolusi rakyat yang dipanggil Revolusi Jasmin yang menggulingkan Ben Ali.

Sepanjang pemerintahan yang didukung oleh Ennahdah, bukan tidak ada masalah, terutama sabotaj dan penentangan dari golongan sekular yang menolak Ennahdah. Dalam masa yang sama golongan pelampau Islam yang bersikap keras juga menentang Ennahdah yang bersikap sederhana dan berusaha mengelakkan pertembungan dengan Barat, terutama Amerika.

Namun oleh kerana Tunisia bukan jiran Israel seperti Mesir, maka kedudukan politik dan pertahanan Tunisia tidak sama dengan Mesir. Bagaimanapun Barat, khususnya Amerika, sentiasa tidak selesa dengan Ennahdah, betapapun sederhananya gerakaan Islam Tunisia itu.

Selama 20 tahun Rashid Ghannouchi menjadi orang pelarian politik dan menetap di London serta beberapa negara Eropah dan pulang selepas Revolusi Jasmine. Beliau antara pencetus pemikiran demokrasi Islam yang bersikap terbuka dan menerima pelbagai idea, hasil dari pendedahannya di dunia Barat dan Timur serta berusaha mengharmonikannya dengan syariat Islam yang menjadi asas kukuh pegangannya.  

Seperti Perdana Menteri Turki, Recep Toyeeb Erdogan, Ghannouchi mengemukakan pendekatan baru politik demokrasi Islam dan setakat ini memberikan harapan cerah.

Perang Tabuk (1)

Ustaz Abu Muhammad Harits, 05 Ogs 2013
Bulan Rejab tahun ke sembilan hijrah. Panas menyengat kota Madinah. Pasir dan batu bagaikan bara api. Tetapi pada saat itu buah-buahan sedang ranum untuk dipetik. Sehingga betul-betul menggoda hati untuk tidak beranjak menikmati teduhnya naungan, menanti untuk dituai.

Sebab-sebab Peperangan

Setelah jatuhnya Makkah ke pangkuan Islam. Hilanglah keraguan terhadap risalah yang dibawa Manusia Agung, Muhammad bin ‘Abdillah bin ‘Abdul Muththalib SAW. Manusiapun memeluk Islam berbondong-bondong. Kaum musliminpun mulai tenang mempelajari syariat Islam di tempat masing-masing.

Tetapi, nun jauh di utara, di luar bumi Hijaz. Satu kekuatan besar mengancam perkembangan agama yang baru bersemi ini. Kekuatan empayar Rom.

Sebuah kekuatan imperial yang menguasai belahan bumi bahagian barat. Negara yang sudah memiliki strata peradaban yang maju untuk ukuran ketamadunan ketika itu. Jauh melampaui negara-negara Arab yang ada. Bahkan kekuatan kabilah Arab yang ada seperti Quraisy, tidak ada tandingannya berbandingnya kekuatan empayar Rom.

Setelah terbunuhnya utusan Rasulullah SAW, Al-Harits bin ‘Umair Al-Azdi di tangan Syurahbil bin ‘Amr Al-Ghassani, beliaupun mengirim pasukan Zaid bin Haritsah hingga terjadi pertempuran sengit di Mu’tah dengan gugurnya para panglima pasukan muslimin; Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abi Thalib dan ‘Abdullah bin Rawahah .

Akan tetapi peristiwa ini tidak diperhitungkan oleh Hercules, raja Rom ketika itu. Sehingga dia tidak merasa perlu melakukan perjanjian damai dengan kaum muslimin untuk menjaga keamanan wilayah kekuasaannya.

Bagi kabilah Arab lainnya yang menjadi jajahan Rom, peristiwa Mu`tah telah memberi pengaruh begitu dalam. Satu demi satu mereka melepaskan diri dari kekuasaan Rom.

Setelah melihat perkembangan inilah Hercules baru menyadari betapa perlunya menyiapkan pasukan untuk menumpas gerakan kaum muslimin agar tidak mengganggu kekuasaan Rom. Maka Hercules pun segera menggerakkan rakyatnya.

Sampailah berita ke kota Madinah tentang persiapan tentara Rom untuk menyerang kaum muslimin. Berita ini cukup membimbangkan para sahabat di Madinah. kebimbangan ini jelas dari dialog antara Umar al-Khattab dan seorang sahabat Ansar.

Pada saat itu, Rasulullah SAW sedang memboikot isteri-isterinya selama satu bulan dan menyendiri di tingkat atas rumah baginda.

Waktu itu, Umar al-Khattab dan sahabat Ansar itu saling bergiliran hadir di majlis Rasulullah SAW. Suatu ketika sahabat Ansar itu datang mengetuk pintu Umar. Umar lantas membuka pintu dengan bergegas dan berkata: “Ada apa? Apakah pasukan Ghassan (Rom) sudah menyerang?”

“Bukan. Ada yang lebih dahsyat dari itu. Rasulullah SAW menceraikan isteri-isteri baginda,” kata sahabat tersebut.

Inilah salah satu yang menunjukkan gentingnya keadaan saat itu.

Masjid Dhirar

Sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, ada seorang tokoh dari Khazraj digelar Abu Amir Ar-Rahib (Si Pendeta). Pada masa jahiliyah, dia memeluk agama Kristian dan membaca ilmu ahli kitab. Dia rajin beribadah ketika itu dan mempunyai kedudukan mulia dalam kalangan orang-orang Khazraj.

Setelah Rasulullah SAW tiba sebagai muhajirin di Madinah, dan kaum muslimin bersatu mendukung baginda, lalu Islam memiliki kemuliaan dan Allah memenangkan mereka dalam perang Badr, Abu Amir menelan kepahitan hingga diapun menampakkan permusuhan dan lari bergabung dengan orang-orang kafir Makkah, menghasut mereka agar memerangi Rasulullah SAW. Dia juga yang menggali lubang perangkap dalam peperangan hingga Rasulullah SAW jatuh di salah satu lubang perangkap tersebut.

Suatu ketika Abu Amir cuba memujuk orang-orang Ansar agar menyokong dan membelanya. Tetapi dia menerima cercaan dari orang-orang Ansar. Rasulullah SAW sendiri pernah mengajaknya kepada Islam dan membacakan al-Qur’an kepadanya, namun dia menolak dan menentang. Akhirnya Rasulullah SAW mendoakannya mati sebatang kara terusir dari tanah airnya.

Hal itu menjadi kenyataan. Ketika dia melihat kedudukan Rasulullah SAW semakin tinggi, dia lari ke Syam bergabung dengan Hercules, meminta bantuan kepadanya memerangi Nabi SAW. Hercules menjanjikan dan mengizinkannya tinggal di negerinya. Kemudian Abu Amir menulis surat kepada beberapa orang yang masih menyokongnya dari kalangan Ansar yang munafik. Dia menjanjikan bahawa akan ada bantuan untuk memerangi Rasulullah SAW serta mengembalikan kedudukannya di tengah-tengah kaumnya.

Untuk memudahkan perancangannya, Abu Amir memerintahkan penyokongnya untuk membuat satu markas mengintip keadaan kaum muslimin jika bantuan itu datang. Akhirnya merekapun segera membangun sebuah masjid yang berdekatan dengan Masjid Quba. Masjid itu selesai sebelum Rasulullah SAW berangkat menuju Tabuk.

Merekapun datang meminta agar Rasulullah SAW solat di masjid tersebut sebagai bukti bahawa baginda telah merestui. Mereka memberi alasan bahawa masjid itu dibangun untuk menampung kalau ada yang sakit dan mengalami kesusahan pada malam musim dingin serta orang-orang yang lemah.

Allah menjaga baginda agar tidak solat di sana, kata baginda: “Kami sedang dalam perjalanan. Kalau kami sudah kembali Insya-Allah (kami akan solat di sana).”

Ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan kembali dari Tabuk, tinggal sehari atau dua hari lagi sebelum masuk ke Madinah, turunlah Jibril menerangkan keadaan masjid dhirar tersebut. Bahawasanya mereka mendirikan masjid tersebut di atas kekafiran, memecah belah kaum mukminin di masjid mereka. Akhirnya Rasulullah SAW mengirim beberapa orang untuk meruntuhkan masjid itu menjelang kedatangan beliau di Madinah.

Allah SWT berfirman menerangkan keadaan masjid ini, maksudnya:

“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: Kami tidak menghendaki selain kebaikan. Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).” (Surah at-Taubah : ayat 107)

Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa ada empat perkara yang mendorong mereka mendirikan masjid tersebut, iaitu:

1.Upaya menimbulkan mudarat bagi orang lain
2.Kekafiran kepada Allah dan membanggakan diri terhadap kaum muslimin
3.Memecah belah kaum mukminin
4.Merisik maklumat untuk mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, sebagai bantuan buat musuh-musuh Allah.

Allah SWT menggagalkan usaha mereka dan membuat tipu daya mereka sia-sia dengan memerintahkan Nabi-Nya SAW agar meruntuhkan serta memusnahkan masjid tersebut.

Allah SWT juga melarang Rasul-Nya SAW dan kaum mukminin solat di masjid tersebut dengan larangan yang sangat keras. Allah SWTberfirman, maksudnya:

“Janganlah kamu menegakkan solat dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (surah at-Taubah : ayat 108)

Adapun sumpah yang mereka ucapkan sebagaimana dalam firman Allah SWT tersebut:

"Mereka sesungguhnya bersumpah: “Kami tidak menghendaki selain kebaikan.”


Justeru celaan terhadap mereka atas angan-angan keji dan kedustaan mereka. Maka sebab itulah Allah SWT berfirman:

“Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta.”

Dengan hancurnya masjid dhirar, semakin sempitlah ruang gerak kaum munafik. Jati diri mereka pun semakin jelas bagi kaum muslimin.

Persiapan Menuju Tabuk

Tabuk adalah daerah di pinggiran wilayah Syam ke arah kiblat (selatan), dari Madinah sekitar 12 marhalah. Menurut Yaqut al-Hamawi daerah ini terletak antara Wadil Qura dan negeri Syam. Daerah ini termasuk jajahan Bizantium (Rom) ketika itu.

Rasulullah SAW bertekad untuk memerangi Rom, padahal ketika itu musim panas begitu hebat. Keadaan ekonomi sedang melalui zaman sukar. Baginda sengaja menampakkan kepada kaum muslimin keinginan tersebut. Bahkan beliau mengajak kabilah-kabilah Arab dan orang-orang badui di sekitar baginda agar berangkat bersama-sama. Maka terkumpullah pasukan cukup besar, iaitu sekitar 30,000 orang. Namun masih ada beberapa orang yang tertinggal tanpa alasan, di antaranya Ka’b bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi’ dan Hilal bin Umayyah  yang akan diceritakan pada bahagian lain Insya-Allah.

Walaupun keadaan serba sukar, Rasulullah SAW tetap mendorong kaum muslimin bersiap-siap untuk berperang. Padahal biasanya, apabila hendak berangkat berperang, beliau selalu menampakkan seolah-olah bukan untuk berperang. Beliau membangkitkan semangat orang-orang yang berharta agar berinfak pada jalan Allah. Maka berlumba-lumbalah para hartawan mengeluarkan hartanya untuk membiayai Jaisyul ‘Usrah (Pasukan yang kesulitan) tersebut.

Az-Zuhri dan ulama lainnya menceritakan:

Rasulullah SAW biasanya kalau ingin berangkat berperang, melakukan secara kiasan atau kata-kata lembut. Tetapi dalam perang Tabuk ini, baginda menyampaikan terang-terangan tujuan dan sasarannya agar kaum muslimin bersiap-siap. Beliau sampaikan bahawa yang dituju adalah Rom.

Pada suatu hari dalam situasi persiapan tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Jadd bin Qais, salah satu keluarga kabilah Bani Salimah: “Hai Jadd, apakah tahun ini engkau ada keinginan kepada kulit-kulit Banil Ashfar?”

Jadd menukas: “Ya Rasulullah, izinkanlah saya (tidak ikut berperang). Jangan anda jerumuskan saya dalam fitnah. Demi Allah, kaumku semua tahu bahwa tidak ada laki-laki yang paling besar kekagumannya kepada wanita daripada aku. Saya bimbang kalau saya melihat wanita Rom itu, saya tidak dapat bersabar.”

Rasulullah SAW pun meninggalkannya sambil berkata: “Saya beri izin untukmu.”

Tentang Jadd inilah turun firman Allah SWT, maksudnya:

“Di antara mereka ada orang yang berkata: “Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah”. Ketahuilah, bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.” (Surah at-Taubah : ayat 49)

Ada pula dari kalangan kaum munafikin yang mengatakan: “Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini.” Mereka merasa tidak membutuhkan jihad serta meragukan kebenaran dan menimbulkan kegoncangan pada Rasulullah SAW. Maka Allah SWTmenurunkan firman-Nya, yang bermaksud:

“Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu, merasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: ‘Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini’. Katakanlah: ‘Api neraka Jahannam itu lebih sangat panas (nya),’ jikalau mereka mengetahui.” (Surah at-Taubah : ayat 81)

http://www.salafy.or.id

MB doa anak Kelantan pulang dengan selamat

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, 05 Ogs 2013

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengucapkan selamat pulang pada anak Kelantan di perantauan yang kini telah mula pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, kepada masih yang bersiap untuk pulang diharap mereka berhati-hati di jalan raya serta memandu dengan penuh berhemat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri daripada kerajaan negeri, sumbangan badan korporat dan sumbangannya sendiri kepada 200 orang penerima.

Katanya, semoga anak rantau pulang dengan selamat dan jangan sekali-kali ikut perasaan ketika memandu.

“Masing-masing jaga diri, kalau mengantuk rehat seketika kerana perjalanan yang jauh macam-macam hal boleh berlaku,”ujarnya.

Pada masa yang sama Ahmad  turut memberitahu beliau akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama bermula jam 10.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

“Saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Kelantan tidak kira di mana sahaja berada, moga Aidilfitri ini lebih membawa seribu erti buat kita umat Islam,”ujarnya.

Sehubungan itu beliau turut menjemput rakyat Kelantan tanpa mengira faham politik, kaum, hadir ke rumahnya.

Aidilfitri tahun ini merupakan kali pertama beliau menyambutnya sebagai menteri besar.

Sementara itu, Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga akan mengadakan rumah terbukanya sebagaimana biasa pada hari raya pertama Aidilfitri.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu menjemput semua rakyat Kelantan menginjungi rumah terbukanya bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada sebelah petang.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan pada semua umat Islam di seluruh negara,”ujarnya.

PAS gesa tunda dulu tandatangani perjanjian TPPA

Harakahdaily, 05 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Malaysia menangguhkan dahulu untuk menandatangani perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement yang dijadual dibuat Oktober tahun ini.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penurunan nilai mata wang Ringgit secara mendadak sejak BN mendapat mandat lemah pada 5 Mei yang lalu memberi petanda jelas bahawa Malaysia belum bersedia memasuki perjanjian itu.

"Perkara yang paling dirisaukan PAS ialah di dalam TPPA tertera sistem Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) di mana pelabur-pelabur atau syarikat-syarikat asing diberi kuasa untuk mengemukakan saman kepada kerajaan di mahkamah antarabangsa.

"Sekiranya krisis berlaku, dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak, ketidak-mampunan negara dan syarikat-syarikat tempatan untuk menanggung kos perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa akan meningkat secara mendadak juga. Ini sangat tidak adil untuk negara-negara kecil yang memasuki TPPA ini," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Penarafan kredit dunia, Fitch Ratings yang meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif dan penurunan nilai mata wang Ringgit secara mendadak sejak BN mendapat mandat lemah pada 5 Mei yang lalu telah memberi tanda jelas bahawa ekonomi Malaysia belum bersedia dan kukuh untuk memasuki perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bakal dimeterai Oktober ini.

Kedudukan ekonomi Malaysia yang semakin lemah menyebabkan kerajaan tiada peluru yang cukup untuk berunding dan memastikan TPPA menguntungkan negara secara keseluruhannya.

Kemampuan kerajaan Malaysia untuk mengawal nilai mata wang Ringgit di pasaran tatkala hutang negara semakin membebankan dijangka lebih merosot jika TPPA ditandatangani. Ini kerana salah satu daripada dasar TPPA ialah pengharaman kawalan modal dan penambatan mata wang.

Sebagai negara kecil seperti Malaysia, tanpa kawalan modal dan penambatan mata wang sebagai senjata pertahanan ekonomi tatkala diserang kapitalis-kapitalis dunia seperti di 1997, negara akan mudah ditekan untuk menerima bantuan-bantuan daripada institusi kewangan dunia seperti IMF, yang syarat-syaratnya bagaikan satu penjajahan moden terhadap negara yang kecil modal seperti Malaysia.

Perkara yang paling dirisaukan PAS ialah di dalam TPPA tertera sistem Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) di mana pelabur-pelabur atau syarikat-syarikat asing diberi kuasa untuk mengemukakan saman kepada kerajaan di mahkamah antarabangsa.

Sekiranya krisis berlaku, dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak, ketidak-mampunan negara dan syarikat-syarikat tempatan untuk menanggung kos perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa akan meningkat secara mendadak juga. Ini sangat tidak adil untuk negara-negara kecil yang memasuki TPPA ini.

Atas sudut ini dan budaya rasuah di Malaysia yang semakin menular, PAS amat bimbang kerajaan Malaysia tidak dapat melindungi pasaran dan syarikat-syarikat tempatan tatkala industri penting seperti kewangan, tenaga, projek kerajaan dan peluang pekerjaan didominasi syarikat asing jika TPPA ditandatangani kerana kerajaan takut disaman.

Setelah 18 kali berunding, kandungan TPPA masih tidak diketahui umum, dan lebih teruk lagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus membisukan diri. Sekiranya di peringkat rundingan ini, kerajaan Malaysia sudah tidak berani mempertikaikan kerahsiaan TPPA atas sebab ‘perjanjian untuk berunding rahsia’, apakah kita boleh mengharap kerajaan Malaysia yang ada ini untuk menjaga hak rakyat tatkala didapati TPPA menindas rakyat Malaysia secara amnya?

TPPA mesti dibentang dan dibahas di Parlimen dari sudut ‘Mengapa Malaysia harus mengundur diri dan menolak di TPPA?’ sebelum apa-apa keputusan dibuat. Jika tidak menjumpai sebarang alasan kukuh untuk menolaknya, barulah ia harus dibincang mengapa Malaysia harus menerima TPPA.

PAS mencadangkan agar perbahasan khas ini di parlimen disertai bekas negarawan, bekas governor Bank Negara dan institusi-institusi pakar ekonomi. PAS menegaskan kerajaan Malaysia harus menangguhkan perjanjian TPPA ini selagi TPPA tidak didebat secara menyeluruh dan difahami rakyat.

Kerajaan Malaysia tidak seharusnya terasa tertekan oleh negara besar untuk memeteraikan perjanjian TPPA Oktober ini. Kepentingan negara dan rakyat wajib dijadikan keutamaan dalam rundingan TPPA. Kerajaan BN mesti mendapat persetujuan rakyat sebelum menandatangani perjanjian TPPA.

Lagi satu kes pembaziran Kerajaan PR Pulau Pinang?

http://omakkau.blogspot.com, 05 Ogs 2013

LAGI SATU KES PEMBAZIRAN OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG????.....MEMBERI BANTUAN RM1,000 SETIAP PELAJAR ANAK PULAU PINANG YANG BERJAYA KE IPTA!!!!!


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTA PERINGKAT DIPLOMA BAGI SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2013/2014 & PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH BAGI SESI AKADEMIK 2 TAHUN 2012/2013
PADA 3 OGOS 2013 DI DEWAN SRI PINANG

Turut hadir, T/KM I dan II, Setia Usaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Dari tahun 2008 sehingga tahun 2010, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang hanya menetapkan kuota 500 pemohon sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk menerima bantuan pendaftaran RM500 ini setiap tahun. Sejak i-Beta diperkenalkan secara talian pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menaikkan bantuan pendaftaran ini sebanyak RM1,000 tanpa sebarang kuota ditetapkan.


Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas telah mengumumkan pemberian bantuan pendaftaran RM1,000 kepada bakal-bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan. Pemberian bantuan ini hanyalah untuk pelajar tahun pertama sahaja.


Bantuan pendaftaran IPTA RM1,000 ini dibuka kepada semua bakal mahasiswa-mahasiswi yang terpilih melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda IPTA dengan syarat salah seorang ibu bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri Pulau Pinang dan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan.


Ini merupakan salah satu daripada program kebajikan emas yang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah putuskan dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang hasil urus tadbir CAT yang kerajaan PR Pulau Pinang amalkan sejak tahun 2008. Program- program kebajikan ini telah membuktikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengotakan setiap janji yang dibuat tanpa mengira latar belakang keluarga dan warna kulit.

Semua pemohon dikehendaki mengisi permohonan secara talian di i-Beta dan seterusnya menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan di Pejabat Daerah masing-masing.

Dimaklumkan seramai 924 pemohonan telah  terima dalam sistem i-Beta yang telah dibuka permohonannya pada 21 Mei 2013 sehingga 1 Julai 2013.

Walaubagaimanapun seramai 351 pemohon sahaja yang berjaya menerima bantuan pendaftaran RM1,000 ini.  Ini disebabkan terdapat pemohonan-pemohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk kegagalan menghantar salinan dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Daerah masing-masing.


Pemberian bantuan pendaftaran RM1,000 kepada pelajar hari ini merangkumi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma bagi sesi akademik 1 (first intake) tahun 2013/2014 dan juga pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah bagi sesi akademik 2 (second intake) tahun 2012/2013.

Pendaftaran i-Beta masih dibuka untuk pengambilan peringkat ijazah bagi sesi 1 tahun 2013/2014 sehingga 30 September 2013.

TG Abdul Hamid Seligi, pemergianmu penuh husnul khatimah

http://pondoktauhid.blogspot.com, 05 Ogs 2013

Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi, pemergian mu penuh HUSNUL KHATIMAH

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyanyang

PERKONGSIAN cerita pemergian tokoh ulama Ahli Sunnah Tuan Guru Hj Abdul Hamid Pondok Seligi yang penuh mengembirakan , pemergian yang dicita -citakan oleh seluruh orang beriman iaitu Husnul Khatimah ... SUBAHANALLAH .
Moga Allah satukan roh beliau dengan roh Anbia , Solihin , Syuhada dan bersama roh orang beriman . Moga roh kita bersama dihimpunkan bersama roh mereka amin Ya Rabb.

4.7.2013
Sejarah kembalinya seorang aulia iaitu Tuan Guru / Baba Haji Hamid Pondok Seligi  ke Rahmatullah , pada 4.7.2013 hari Khamis malam Jummat ,Jumaat terakhir Syaban .
Saya ( Helmi Assyafie) mendapat sms berkaitan nazak Baba Mid ( Tuan Guru Hj Abdul Hamid Seligi ) dari siang hari Khamis 4.7.2013 itu , saya sangka tiada apa-apa berlaku dan hanya berdoa agar Allah panjangkan usia baba Mid , saya pun rasa biasa sahaja la sebab baba dah lama sakit (strok) .
Takdir Allah , Allah lebih menyanyangi Tuan Guru Hj Hamid Seligi , maka saya mendapat berita pemergian
Baba Mid Seligi dari setiausaha pondok Seligi iaitu Usta Shah . Setelah mendapat sms selepas solat maghrib hari Khamis malam Jumaat maka saya terus tersa sebak hati , sedih teramat sangat dengan pemergian tokoh ulama ahli sunnah wal jamaah yang sangat kuat berjuang demi Islam dan ahli sunnah .
Saya terus hebahkan berita pemergian baba ke Rahmatullah melaluai blog , facebook dan sms kepada sahabat-sahabat .
Saya terus ke Majlis Lantunan Mahabbah semperna menjelang Ramadhan anjuran PAKSI dan Darul Hadis , setelah saya hebahkan berita ini dalam internet saya ke majlis Lantunan Mahabbh bersama keluarga mertua .Alhamdulillah saya menulis surat kepada penganjur agar para hadirin yang hadir hadiahkan Al Fatihah kepada roh Baba  Mid . Alhamdulillah pihak penganjur menunaikan hasrat itu , ribuan orang sedekah Fatihah kepada baba Mid pada malam itu di Stadium Suka Menanti .

PEMERGIAN YANG INDAH.
Menurut cerita setiuasaha Pondok Seligi , Ustaz Shah semasa saya dan sahabat pondok ziarah pusara Allahyarham Tuan Guru / Baba Hj Abdul Hamid , Baba mula tenat pada waktu asar hari khamis . Ahli keluarga dan murid terdekat berkumpul dan bersama baba . Apabila diajar talkin  " LA ILAH HA ILALLAH " maka baba akan sebut lengkap " LA ILAH HAILALLAH MUHAMADUR RASULULLAH " siap dengan huraikan maksud , ini pemberian ALLAH kepada baba , walaupun lama telantar di atas katil disebabkan strok tetapi Allah jaga akal baba dan Allah beri kekuatan fikiran kepada baba hingga masa sakit dan nazak baba masih mampu mengajar orang lain .
Ini semua pemberian ALLAH berkat Istiqamah baba dengan ilmu dan perjuangan .

Pada petang itu juga isteri Tuan Guru Haji Hamid Seligi lebih dikenali dengan panggilan Mama dari kalangan pelajar pondok menceritakan ,BABA kata kepada Mama " Mek nampak tak RASULULLAH mari jumpa (ziarah) ba (Baba Abdul Hamid ) ni" dua tiga kali baba ulang perkataan itu . Mama ingin menjaga perasaan baba masa nazak itu kat " eemmmm ya la " sebab yang nampak baba bukan mama - kata isteri Guru
SUBAHANALLAH ......RASULULLAH hadir dipenghujung hayat pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi .Semasa itu Baba minta supaya mama angkat badan baba sebab tak sampai tanggan nak bersalaman dengan Rasulullah ....ALLAH , baba sahaja yang nampak orang lain tak nampak kata mama dan mama yakin baba cakap tidak pernah dusta pada mama memeng sahih itu Rasulullah seperti dakwaan baba semasa nazak .
Gambar BABA serta MAMA (isteri Baba Mid )

Semasa masuk waktu Maghrib , azan dikumandang maka murid rapat dan sebahagian ahli keluarga ke surau di hadapan rumah baba untuk solat Maghrib berjemaah , baba tengah nazak teruk ,semasa itu disisi baba ada mama (isteri baba ) dan anak baba , semasa jemaah sedang solat maghrib maka malaika datang jemput roh baba dengan keadaan baba sangat tenang dan sempurna mengucap kalimah mulia LA ILAH HAILALLAH ......maka nafas baba keluar dengan tenang . Masyallah......pergilah seorang aulia menemui tuhan yang mengasihinya . AL FATIHAH

Serba Ringkas mengenai Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi
dari maklumat yang saya(Helmi Assyafie) kenali Baba dari jauh .
Tuan Guru / Baba Mid berasal dari Fathoni Darussalam
dan merupakan perjuang Fathoni , Baba tidak boleh balik Fathoni disebabkan baba diburu dan dikehendaki oleh kerajaan Thailand .
Baba berjuang bersama perjuang kemerdekaan Fattani lebih kurang hampir tiga tahun dalam hutan menentang Siam . Baba merupakan murid kepada Syeikh Hj Sulong Fathoni yang mati syahid dibunuh siam dan dihumbankan jasad beliau ke dalam laut .
Semasa berjuang dalam hutan Baba pernah ditembak siam tetapi ALLAH memelihara baba peluru yang kena serban baba jatuh titepi badan baba , peluru tidak masuk dalam kepala Baba , SUBAHANALLAH
Semasa di Malaysia baba membuka pondok dan berjuang dalam medan dakwah seumur hayat beliau .
Baba kuat memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah terutamanya didalam bidang Tauhid .
Baba dihujung hayat berpesan kepada murid-murid yang ziarah beliau " Belajar tauhid sungguh-sungguh , belajarlah tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah"
Baba Hj Abdul Hamid juga kuat memperjuangkan PAS di Kelantan bagi memstikan pemerintahan negeri dan negara diterajuai oleh perjuangan Islam . Manhaj Pondok Seligi Kelantan sealiran dengan Pondok Sik Kedah .

Beberapa wasiat baba Mid Seligi
1. Masa baba meninggal kebumikan baba di dalam kawasan pondok berhadapan pintu gerbang pondok
2. Tuan Guru Nik Aziz sebagai imam solat jenazah beliau
Sewaktu saya ziarah baba kali terakhir pada bulan November 2012( saya bersama 3 buah bas dari Kedah ziarah  baba) http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html, saya bertanya soalan kepada baba " apa pendapat baba tentang Tuan Guru Nik Aziz , ada       segelintir ulama pondok yang tentang beliau " , maka baba jawab " jangan kira sangat lah sedikit sebanyak tu (masalah selisih pandapat) payah (susah ) nak cari serupa (seperti ) nik Aziz tu , pemimpin soleh , baik , adil lagi , wali lagi " kata beliau .


GAMBAR KENANGAN TUAN GURU / BABA HAJI ABDUL HAMID PONDOK SELIGI r.a.
Tuan Guru Nik Aziz semasa menjadi MB Kelantan sering ziarah Tuan Guru Hj Abdul Hamid

Ziarah akhir saya  dan sahabat dari Pondok Sik Kedah dalam rangka program Ziarah ulama " Kembara Ilmu Mendekati Ulama tahun ke 3 anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ) pada bulan Novembetr.2012  http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html


KENANGAN ZIARAH PUSARA ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL HAMID SELIGI
Pada 23.7.2013
Bersamaan 14 Ramadhan 1434
Asar hari Selasa
dalam rangka turun Kempen PRK Kuala Besut


Kenangan Ramadhan 2013 tahun ini ziarah KELANTAN dan TERENGGANU

Tiada ulasan: