Ahad, 4 Ogos 2013

BALIK...BALIK JUGA...RAYA...RAYA JUGA...SAMAN KENA ELAK

Sultan Arah Tutup Premis Perniagaan Waktu Solat Jumaat
Posted on Sunday, August 04 @ 00:19:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Alangkah baiknya jika arahan ini dapat dilaksanakan di Malaysia yang majoriti umat Islamnya bermazhab Syafie dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan ianya menjadi teks khutbah Jumaat.

Semoga JAKIM dapat mengeluarkan teks khutbah Jumaat sebegini.

KHUTBAH JUMAAT : PENUTUPAN SEMENTARA PREMIS PERNIAGAAN BAGI SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena HariRaya Aidiladha tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masehi pada 10 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2012 Masehi, antara petikan titah baginda:

"Salah satu contoh paling tepat lagi mustahak untuk disegerakan dalam perkara membaiki imej bandar dan malah negara seluruhnya ialah, pada hari Jumaat, diwaktu atau jam yang bersesuaian, semua premis perniagaan bisaitah ditutup buat sementara waktu, sehingga selesai menunaikan sembahyang fardhu Jumaat".

Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam negeri melalui jabatn-jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran telah mengeluarkan arahan supaya semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat hiburan, rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan, gerai/ tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan dibawah kawalan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan hendaklah ditutup pada hari-hari Jumaat mulai jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang. Arahan penutupan berkuatkuasa mulai hari Jumat 18 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 2 November 2012 Masihi.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai penutupan sementara premis perniagaan pada hari Jumaat ini hendaklah kita junjung tinggi dan taati kerana mentaati perintah ulil Amri adalah wajib sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surat An-Nisa ayat 59 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan kepada ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

Sesungguhnya arahan penutupan sementara bagi sembahyang fardhu Jumaat adalah salah satu tindakan yang baik bagi memelihara kesucian agama dan negara serta memberikan imej keislaman sesuai dengan falsafah negara kita 'Melayu Islam Beraja' dan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan negara ini sebuah negara zikir.

http://www.religious-affairs.gov.bn/

http://www.bt.com.bn/news-national"


 Khutbah Eid al-Fitr 1434H: Taqwa Ramadhan al-Mubarak Yang Berpanjangan
Posted on Saturday, August 03 @ 14:09:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: ustaznik

"taqwa dari Ramadhan

Sinopsis: Matlamat Ramadhan terbesar adalah taqwa kepada Allah. Huraiannya pelbagai. Kesimpulannya junjung perintah Allah dan tinggalkan laranganNya.

 

Taqwa bukan hanya ketika Ramadhan tetapi mesti dibawa hingga ke luar Ramadhan. Bersedia menerima Islam sebagai satu sistem yang syumul juga adalah manifestasi taqwa.
Namun dalam menegakkan Islam yang syumul ini tetap ada pelbagai ujiannya. Realiti kehidupan masakini membenarkan perkara ini.
Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS berkongsi khutbah Eid al-Fitr 1434 H seperti di bawah untuk para khatib:
khubah eid alfitr 1434 H (0)

Note: Download teks Khutbah Aidil Fitril Presiden PAS ada didalam - PC "


 Arab Saudi yang munafik
Posted on Saturday, August 03 @ 14:07:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tokpepijat

"

Sungguh memualkan dan menjijikkan sehingga kini Pemerintah Tanah Suci Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pembunuhan lebih 500 rakyat Mesir yang menentang kudeta tentera.

Mengapa Saudi tidak mengambil sikap terus terang Amerika melalui lisan Setiausaha Negaranya John Kerry yang menyokong kudeta sebagai "pemulihan demokrasi" ?

Sikap hipokrit Saudi sungguh ketara. Dalam isu Syria, begitu bersungguh-sungguh menyokong rakyat Syria yang menentang regim Bashar. Saudi menggunakan alasan Syiah, untuk menentang Bashar untuk mengaburi rakyatnya dan umat Islam.

Didakyahkan tentang kekufuran,kesesatan serta kejahatan Syiah tetapi dalam masa yang sama membenarkan puak Syiah masuk mengerjakan haji.Pelik bukan ?

Sebenarnya Saudi menentang Bashar bukan atas dasar Syiahnya Bashar tetapi lebih kepada mengikut telunjuk Amerika.

Sikap munafik Saudi terserlah dengan diam membisu tentang pembunuhan tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri.Bahkan lebih jahat lagi Saudi turut sama menyumbang bantuan kewangan serta merta kepada  tentera Mesir sebaik sahaja Presiden Morsi digulingkan.

Sumbangan bernilai bilion dollar itu boleh disifatkan sebaga tanda terima kasih Saudi kepada  tentera Mesir.

Kalau dilihat kepada sistem pemerintahan Saudi dan Mesir(era Mubarak dan Sisi) ianya sama sahaja walaupun nama berlainan. Saudi dengan monarkinya manakala Mesir dengan diktatornya. Keduanya kuku besi.

Umum mengetahui hubungan erat regim Mubarak dengan Saudi terjalin begitu lama hinggalah Mubarak digulingkan.Tentunya pemulihan demokrasi Mesir mengancam kehidupan Istana Saudi.

Sebenarnya, yang menjaga kepentingan dan keselamatan Israel di Timur Tengah bukanlah Amerika Syarikat. Amerika sekadar "pemberi arahan". Yang betul-betul "menjaga" Israel adalah Mesir(era Mubarak) dan Saudi.

Kedua negara inilah di beri "amanah" untuk menjaga anak emas Amerika. Kejatuhan Mesir ke tangan Ikhwanul Muslimin bukan sahaja menggugat Israel bahkan Arab Saudi.

Sebab itulah kini Israel dan Arab Saudi "berganding tangan" memberi sokongan dan bantuan kepada Regim Tentera Mesir untuk membunuh umat Islam Mesir!

Jika Syeikh Muhammad Abdul Wahab  masih hidup, tentulah beliau melihat inilah "bid'ah dan khurafat" Pemerintahan Arab Saudi yang wajib diperangi!

Arab Saudi yang munafik. "


 AWAS!!! Info Roadblock JPJ Dan PDRM Seluruh Malaysia [SAKSIKAN...]
Posted on Saturday, August 03 @ 14:05:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: matuse68

"

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. IniKalilah ingin berkongsi matlumat mengenai lokasi road block dan speed trap seluruh Malaysia.

Info roadblock JPJ dan PDRM.. Berhati-hati di jalanraya..

Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit SedenakPLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit BangiNKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit HicomELITE

(Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 32- Km
2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro CherasFlyingg Airbone.



 Sumber [Baca seterusnya...]"


 Cerita Tentang Lailatul Qadar Yang Menginsafkan
Posted on Saturday, August 03 @ 14:03:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: BayangDiAir

"Sebuah kata-kata yang cukup indah terpacul dari mulut rakanku membuatkan aku terasa malu. Kami berbincang tentang  lailatul qadar. Ada yang kata sudah berlaku pada malam ke-21 baru-baru ini. Ada juga menceritakan apa yang mereka buat pada malam itu.

Ada pula yang rasa menyesal kerana tidak sempat banyak beribadat pada malam itu kerana menyelesaikan tugas yang belum selesai pada siang hari. Ada pula rasa sangat letih pada malam tersebut. Ada yang kata berlaku pada malam ke-23. Ada pula yang kata, lailatul qadar belum lagi datang pada tahun ini.

Ada surau dan masjid menganjurkan program qiamullail. Para jamaah dijemput untuk bersolat tasbih dan tahujud pada pukul 3.30 pagi. Ada para jamaah yang ambil kesempatan tidur di masjid. Dalam asyik berbincang tentang malam lailatul qadar itu, timbul di hati ini rasa tawar semangat apabila ada yang mengatakan ia telah berlaku pada malam ke-21 atau malam ke-23. Maklumlah, masing-masing ghairah nak jumpa dengan malam mulia tersebut. Nak banyak beribadat konon. Tut-tut terlepas kerana dikatakan telah berlalu.
Apabila kita bercakap dalam suasana keimanan ada-ada sahaja buah keimanan yang dianugerahkan Allah kepada kita. Hanya saya lantunan kata-kata dari seorang sahabat telah cukup membuatkan kita rasa nak bersihkan ibadat kita kerana Allah. Kata-katanya aku petik begini, “benar kita berlumba-lumba nak cari lailatul qadar dengan ibadat. Tetapi orang yang nak cari ‘redho Allah’ akan beribadat terus walaupun lailatul qadar telah berlalu. Redho Allah adalah segala-galanya. Redho Allah adalah kunci kebahagiaan dunia akhirat.”
Buah yang aku fahami dari kata-kata sahabatku itu ialah ‘ibadat kerana mengharapkan redho Allah adalah sesuci-suci  dan seikhlas-ikhlas ibadat’. Dan andai ditakdirkan ibadat kita itu bertepatan dengan berlakunya lailatul qadar, kita telah mendapat segala-galanya dan sebesar-besarnya kurniaan dari Allah s.w.t. 

 Ramadan berlalu syawal menjelma
Posted on Saturday, August 03 @ 14:00:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: ocean

"Kekadang pelik dengan sikap manusia yang berria2 beno utk menyambut 1 syawal dengan bermacam2 ragam - adakah perlu menyambut 1 syawal tersebut dengan penuh keriangan kerana sudah tak perlu berpuasa siang hari atau gembira kerana dapat menghabiskan sebulan puasa ramadan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt....

hmmm entah lh - tepuk dada tanya lah diri sendiri. bukanya kita tk boleh nak bergembira namun biarlah berpadanan kerana rahmat 1 syawal bukan lah sebanyaknya rahmat2 di bulan ramadan, terdapat sebuah hadis - yang menyatakan sekiranya manusia mengetahui bertapa besar nya rahmat2 Allah swt di bulan ramadan nescaya manusia inginkan bulan lain dalam setahun itu biarlah ramadan kerana di bulan ramadan terdaptnya rahmat2 Allah swt dalam bermacam cara. wallahualam"

Tiada ulasan: