Posted on Saturday, August 03 @ 13:57:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: hishamahmad
" Terdapat satu kisah benar dalam majalah Reader Digest[1], catatan peribadi Dr. Micheal J. Collins, seorang Doktor Pakar Bedah (Orthopaedic). Ketika bertugas di Mayo Clinic di Minessota antara tahun 1979 – 1983 seorang pesakit, Jason Withers (36 tahun) bekerja sebagai tukang kayu telah terpotong kesemua 4 jari pada tangan kanannya dengan gergaji circular.
“Awak mesti tolong saya, Dr.” Jason merayu kepda Dr. Micheal di bilik ER. “Saya perlu untuk mampu bekerja”. Jason mempunyai isteri dan beberapa orang anak. Dia perlukan jarinya untuk bekerja.
“Bolehkah Dr. cantumkan semula jari saya,”
katanya dengan mata bergenang air mata. Kes ini didapati berpotensi
untuk pembedahan. Bagaimanapun Jason didapati seorang perokok pada
kadar lebih satu kotak rokok satu hari. Dr. Micheal mengatakan dia
mesti berhenti merokok serta-merta. Merokok bukan sahaja menjejaskan
kesihatan tetapi di dalam kesnya, merokok menyebabkan sekatan pada
aliran salur darah.
“Diandaikan
pembedahan berjaya, kesemua jari dapat dicantum dan darah dapat
mengalir kepadanya, semua akan menjadi sia-sia jika awak merokok walau
sebatang. Salur darah akan tersekat dan jari- jari itu akan mati,” kata Dr. Micheal kepada Jason. Jason mengeluar kotak rokok daripada poketnya dan mencampakkan ke lantai dan berkata. “Dr. jika awak semua dapat cantumkan semula semua jari saya, saya tidak akan merokok lagi!”
Pembedahan
kemudian dilakukan. Hari keempat, tanda kejayaan mulai kelihatan.
Jari-jari yang asalnya gelap dan seperti ‘mengarat’ kini berwarna
sedikit merah jambu dan lebih sihat. Pada hari ke 10, Jason dibenarkan
peluang. Hari esok, selepas Jason pulang, Dr. Micheal menerima panggilan
cemas daripada isteri Jason yang berkata “Jari-jarinya kelihatan teruk. Kena periksa segera, Doktor.”
Setelah memeriksa kesemua jari itu, Dr. Micheal menghela nafas dan berkata perlahan, “Maafkan saya, Jason atas apa yang berlaku. Tiada apa lagi dapat kami lakukan untuk selamatkan jari-jari itu”.
Jason hanya diam tunduk membisu merenung lantai lantas menyebab
terlintas difikiran Dr. Micheal bahawa Jason telah melakukan suatu yang
bodoh, lalu dengan perlahan Dr. Micheal bertanya; “Jason, katakan bahawa awak tidak merokok, kan?”
Jason
mendiamkan diri tetapi ia memberi jawapan yang jelas. Dia telah
merokok. Dr. Micheal merasa kecewa dan marah, mengapalah bodoh sangat
lelaki ini, merosakkan dirinya sendiri. Segala yang telah dilakukan
untuk Jason hanya membuang masa. “Oh, Jason, apalah yang telah kau lakukan pada dirimu sendiri.”
Pembedahan
semula terpaksa dilakukan beberapa kali dalam beberapa hari hanya
sekadar untuk membersihkan dari kesan kerosakan yang berlaku. Kesemua 4
jari itu tidak dapat diselamatkan. Jason meminta maaf kepada Dr. Micheal. “Saya menyesal dr. saya tahu kini saya cacat, tapi saya janji saya tidak akan merokok lagi walau sebatang.” Jason menyesal, tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Kesimpulannya, kegagalan pesakit itu (Jason) mentaati arahan doktor
pakar itu telah menyebabkan kesan kerugian dan kesan buruk kepada
dirinya sendiri tetapi tidak menjejaskan doktor itu. Diri pesakit itu
sendiri yang menderita. Doktor tidak rugi apa-apa. Doktor itu tidak
terjejaspun, reputasinya kekal ternama.
Begitulah cinta Allah. Kecintaan dan ketaatan penuh kepada Allah s.w.t.
adalah tidak lain bagi kebaikan manusia sendiri bahkan kebaikan itu
mengatasi semua kebaikan yang lain kerana ia merupakan kebaikan bagi
dunia dan akhirat manusia. Jika manusia itu tidak mencintai dan tidak
mentaati Allah maka kerugian itu adalah bagi dirinya sendiri. Dalam
ertikata lain, seorang yang mencintai Allah dan melakukan kebaikan di
dunia ini, maka manfaat kebaikan itu dikembalikan kepada dirinya
sendiri. Dia sendiri akan mendapatkan kebaikan atas kebaikan yang
dilakukan itu. Manakala, setiap maksiat dan dosa yang dilakukan tidak
sedikitpun menjejaskan dan tidak langsung memberi kesan kepada keagungan
dan kebesaran Allah s.w.t sebaliknya ianya sekadar merugikan,
menjejaskan dan merosakkan diri seseorang pelaku dosa dan maksiat itu
sendiri. Bermakna keburukan dosa dan maksiat itu akan menimpa dirinya
sendiri. Inilah janji Allah yang disebut di banyak tempat di dalam
al-Quran.
Ujian Cinta
Namun kita sedar cinta kita sentiasa diuji. Allah juga yang menguji
cinta kita. Setakat mana ketulenan dan kesucian cinta kita. Sekuat mana
kita dapat mempertahankan cinta kita. Adakah sekuat cinta lelaki hebat
bernama Yusuf dalam menangkis godaan gelora cinta bernafsu wanita jelita
(Zulaikha)? Adakah cinta kita dapat diselamatkan seperti cinta pemuda
yang hampir menzinai sepupunya tetapi terselamat atas rasa takut berdosa
kepada Allah seperti diriwayat di dalam surah al-kahf? Adakah cinta
kita seteguh cinta ibu yang merelakan diri terjun bersama anak kecilnya
ke dalam api membakar seperti direkod di dalam hadith sahih mengenai
kisah Ashabul ukhdud, dari wahyu surah Burj?
Keteguhan cinta tidaklah lagi terbukti selagi belum diuji. Hanya bila
diuji, baru kita ketahui. Kita mesti sentiasa berusaha meneguhkan cinta
kita sebagai bukti kesungguhan cinta kita. Namun sedarilah, biarpun
seteguh mana cinta kita yang kita rasa, hakikatnya ia masih lemah, rapuh
dan sentiasa berisiko. Cinta itu boleh tergelincir, tercemar dan
ternoda tetapi sekiranya kita bersungguh pada usaha dan ikhlas di hati,
in sya Allah cinta kita diselamatkan saat diuji.
Ketahuilah kekuatan cinta Yusuf juga tercabar tetapi diteguhkan kembali oleh Allah setelah Yusuf ‘melihat tanda dari Tuhannya’.
Cinta pemuda yang hampir menzinai sepupu sendiri yang sangat dicintai
dalam keadaan yang hampir sangat untuk terlanjur pasti akan terlanjur
jika tidak kerana dia tersentak, tersedar dan menggigil atas kata-kata
sepupunya, “takutlah kamu kepada Allah untuk mengambil apa yang bukan hakmu”.
Manakala keyakinan cinta si ibu tadi yang bersedia untuk terjun mati ke
dalam panas api demi mempertahan akidah suci menjadi goyah apabila
menatapi wajah anak kecilnya itu tetapi kembali utuh apabila anak kecil
itu bersuara; “wahai ibuku, sesungguh kita dipihak yang benar.”
Siapa
yang menggerakkan gadis itu untuk mengeluarkan kata sehebat itu dalam
situasi itu? Siapa yang mencampakkan rasa takut yang amat sangat di
dalam diri pemuda itu? Siapa yang melakukan keajaiban sehingga bayi
kecil dapat berkata-kata dan menenangkan ibunya?
Ketahuilah, kesemua cinta mereka diselamatkan oleh Allah saat mereka
diuji. Cinta mereka jujur dan ikhlas tetapi tetap memerlukan Allah.
Allah yang memberikan ujian, Allah juga yang memilih untuk menyelamatkan
sesiapa yang diuji-Nya”.
Ujian Besar Bagi Kita
Begitulah juga bagi diri kita.
Cinta kita akan selalu diuji. Ujian pelbagai bentuk, rupa dan keadaan.
Ujian kecil, sederhana dan besar. Apabila tiba masanya, suatu ketika
nanti, logik mencadangkan bahawa kita akan diuji dengan ujian yang berat
dan besar yang ketika ianya berlaku ia benar-benar menguji kita. Ia
benar-benar mencabar kesabaran dan keimanan kita. Ketika itu barulah
kita tahu setakat mana ketulinan dan kekuatan cinta kita. Adakah kita
akan melepasi ujian itu?
Semoga, sepertimana mereka tadi, kita berharap cinta kita juga akan diselamatkan Allah s.w.t saat kita diuji.
Untuk itu, sebagai syarat kepada harapan untuk cinta kita diselamatkan, kita mesti berjihad, berjuang dan berusaha (to struggle and strive)
dalam membuktikan cinta kita kepada-Nya. Allah s.w.t. telah berfirman
di dalam al-Quran yang mulia, melalui surah Ankabut 29:69:
ƒ
Bermaksud;
“dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh
keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Perjuangkan cinta kita kepada-Nya, setinggi yang terdaya. Jika tidak
mampu, khusus bagi kebanyakan kita, bersyukurlah pada tahap cinta
manusia biasa. Cinta yang mengharapkan pahala, cinta yang meminta
memasuki syurga dan cinta yang meminta dijauhkan dari neraka. .
Semoga dengan itu Allah membalas cinta kita. Sesungguhnya apabila
Allah membalas cinta kita… maka telah sempurnalah impian cinta kita.
Bermaksud
“……dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. baginda bersabda: "Apabila Allah
mencintai seorang hamba, maka Dia akan menyeru Jibril; "Sesungguhnya
Allah mencintai si hamba itu, maka cintailah dia. "Maka Jibril pun
mencintai orang tersebut, lalu Jibril menyeru kepada penghuni langit;
"Sesungguhnya Allah mencintai si hamba itu, maka cintailah orang itu"
maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut, hingga akhirnya
ditetapkan bagi orang itu untuk diterima di bumi.”[2 hisham-ahmad.blogspot.com
ziarahi blog untuk artikel - debu dosa.
Debu Dosa Bertepek di Muka Ketika solat?
Posted on Friday, August 02 @ 17:00:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: hishamahmad
"Banyak orang mengatakan bahawa benda ini (walaupun membawa dosa yang besar) terlalu sukar dielakkan, kalau tak kena ’tahi’nya pasti terkena debu-debunya kerana ianya telah terlalu meluas dan melata disekeliling kita dan telah menjerut leher nenek moyang kita sedari merdeka atau sejak dari bank-bank ini diberanakkan di tanah air kita.
Benda ini sangat dekat dengan diri setiap kita kerana ia begitu relevan dalam urusan wang, kewangan dan keperluan keseronokan hidup seperti rumah, kenderaan, projek, perniagaan dan pelbagai urusan. Tapi apakah benda ini? Apa pulak yang dikatakan debu-debunya? Apa yang bahaya pula dengan debu-debu ini?
Dosa itu tidak lain ialah dosa Riba dan debu-debu yang dikatakan ialah Debu Riba. Nampaknya kita tidak boleh salahkan banyak orang itu (yang percaya begitu) kerana mereka bersandarkan satu hadith, secara mereka sedar atau tidak (kewujudan hadith itu) . Hebat juga!. Hadith ’famous’ mengenai isu ini yang maksudnya:-
”Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun melainkan ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya" (Riwayat Abu Daud)
Taktahulah apa maksud dan tujuan sebenar dari pernyataan dan perasaan di atas ini , tetapi ia membuka kepada dua rasa, fikiran dan tafsiran --- iaitu 1. Untuk mengatakan bahawa ”apa nak buat , riba dan berlambak , memang tak boleh lari, darurat, jadi tak dosalah kalau ambil sikit-sikit!” atau 2. Kita mesti tentang riba dengan lebih kuat , sebelum debu itu terkena muka kita sendiri. Marilah kita teliti, antara cadangan tafsiran-tafsiran logikal akal pada pengataan-pengataan pada hadis itu iaitu :- Tafsiran Perkataan-Perkataan ’Akan datang suatu zaman’.
(1) | Bermaksud
oleh kerana lafaz dan sabda hadis ini dibuat oleh nabi kita di
zamannya maka perkara (keluasan aktiviti-aktiviti riba) itu akan
berlaku di suatu masa yang akan datang iaitu bersifat masa hadapan. |
(2) | Menunjukkan
kelebihan mukjizat nabi s.a.w. yang diberikan ilmu pengetahuan oleh
Allah s.w.t. untuk menyatakan sesuatu yang bersifat futuristik, masa
depan atau perkara ghaib. |
(3) | Zaman
atau era masa itu mungkin boleh dikatakan berlaku selepas kewafatan
nabi dan/atau selepas tumbangnya khalifah Islamiah atau apabila budaya
ekonomi dan kewangan orang yahudi bersumberkan Riba dilaksanakan dengan
meluas di barat dan di negara-negara bukan Islam. Ia kemudiannya
dikembang-biakkan di negara-negara orang Islam melalui penjajahan. Hasil
peninggalan kesan penjajahan termasuklah peninggalan budaya kewangan
dan perdagangan sebagaimana dalam dilihat pada sistem perbankan kita
yang bermula dengan perbankan konvensional. |
(4) | Zaman
dimaksudkan itu boleh dikatakan termasuklah pada masa sekarang dan
beberapa masa sebelum sekarang dan tidak diketahui beberapa masa lagi
selepas sekarang. |
(1) | terlalu
banyak dan meluasnya aktiviti-aktiviti Riba dalam kegiatan ekonomi
harian khususnya melibatkan perbankan dan institusi kewangan khususnya
pada urusan pinjaman wang dan simpanan. |
(2) | terlalu sukar untuk seorang melepaskan atau mengelakkan dari termakan Riba. ’termakan Riba’
ini ialah bagi pemahaman munasabah termasuklah sama ada menikmati
hasil dari transaksi atau aktiviti Riba atau terlibat (secara langsung)
dengan Riba. Keadaan ini berlaku termasuklah kerana tiada kesungguhan
untuk mengelakkan Riba atau sebenarnya merasakan dirinya terpaksa dan
tiada jalan lain atas alasan antaranya untuk cari makan, survival hidup
dan sebagainya. |
(1) | Debu-Debu
Riba :- Hanya ulama yang arif dalam bahasa Arab akan beri tafsiran
yang lebih baik mengenai perkataan arab yang bahasa melayunya disebut
’debu-debu’ Riba. Kita anggaplah debu-debu Riba ini ibarat kesan,
serpihan, tempias, palitan atau penglibatan kepada Riba secara tidak
langsung atau tidak sengaja atau mungkin tidak disedari. |
(2) | memang sukar mengelakkan diri dari terjebak dengan Riba itu, sehingga insan yang bersungguh-sungguhpun akan ’ditimpa dengan debu’ Riba juga mungkin sama ada secara sedar atau tidak. |
Tafsiran 1:- amalan Riba telah terlalu meluas sehingga terlalu sukar untuk dielakkan. Justeru ia adalah suatu perkara haram dan dosa besar yang mesti ditentang habis-habisan tanpa kecuali dan keringanan; atau
Tafsiran 2:- amalan Riba telah terlalu meluas sehingga terlalu sukar untuk dielakkan. Justeru mewujudkan ruang kelonggaran atau situasi pengecualian sama ada atas alasan maslahah, darurat, hajiyah atau sebagainya, menjadikan pelaku dan pengamalnya dikatakan tidak berdosa.
Nampaknya seperti tafsiran 2 lebih diharapkan, mengambilkira situasi ’sakit’ zaman sekarang. Bagaimana fikiran tuan-tuan sekelian? Dalam hal agama sepenting ini, tidak wajarnya kita membuat tafsiran mengikut logik akal kita semata-mata. ’Reserve’ dahulu. Mintalah pandangan dari mufti-mufti dan pakar syariah dalam hal ini. Wallahu ’alam.
Tafsiran Ulama Islam atau Ilmuan Agama Ust. Zaharuddin seorang Ilmuan kewangan syariah paling popular di Malaysia ada menyatakan dalam penulisannya bahawa jika wujud tanggapan menafsir hadis itu dengan tujuan memberi kelonggaran dalam penglibatan amalan Riba, hujah itu tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam al-Munziri kerana perawinya bernama al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a. (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi s.a.w. ini dari Abu Hurairah) (Beliau menyarankan dirujuk Sunan Abu Daud dengan Tahqiq Albani, halaman 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar).
Dilihat kepada kata-kata bergaris itu, kelihatan Tafsiran 2 di atas lebih terserlah dari hadith ini. Benarkah? Namun tafsiran itu dilemahkan dengan menimbulkan isu kedudukan hadith tersebut yang dikatakan lemah atau doif. Jika lemah, adakah dengan itu ia tidak boleh dibuat hujah? Adakah ia sekadar Doif (lemah) atau Doif Jiddan (sangat lemah).
Hadith yang lemah kerana masalah sanad atau perawi, tentu sukar diterima sebagai hujah. Adakah kandungan hadis ini ada dikuatkan oleh mana-mana Hadith Sahih. Selagi bukan kategori sangat lemah atau mauduk, kedudukan hadis lemah ini, ada kemungkinan isikandung hadith itu dari Rasul s.a.w.?
Tak wajar juga hadith ini diabai secara total apalagi isinya kandungnya berunsur pandangan bersifat futuristik yang ada kebenarannya. Wallahu alam. Kedudukan hadith itu yang dihujahkan pada tahap yang lemah adalah penting untuk menghalang penggunaan hadith itu sebagai authoriti yang membenarkan kewujudan situasi pengecualian atau kelonggaran bagi amalan Riba.
Mengenali Ilmuan tersebut, dipercayai beliau sangat tidak cenderung untuk membenarkan tafsiran yang memberi kelonggaran kepada amalan Riba. Sedapat dan semesti mungkin amalan Riba mesti dielakkan kecuali dan terkecuali hanya dalam situasi yang benar-benar terpaksa iaitu tiada pilihan langsung.
Tidak boleh bersedapan dengan Riba dan tidak boleh menjadikan Riba pilihan pertama, kedua, ketiga, keempat atau kelima tetapi pilihan terakhir itupun jika masih memerlukan untuk meneruskan satu-satu urusan atau transaksi berunsur Riba itu. Jika boleh, dibatalkan sahaja urusan itu. Bahkan dipercayai beliau pasti akan memberi pelbagai alternatif lain sehingga transaksi atau urusan berunsur Riba tidak boleh diteruskan.
Walaupun begitu. Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatwa-Fatwa Semasa ada merujuk kepada hadith ini dan membahaskan dari sudut maksud dan tafsiran. Namun tiada pula disebut kedudukan status hadis itu dari sudut kedudukan kekuatannya sama ada Doif atau Sohih.
Tafsiran ini jelas lebih menyokong ayat Allah s.w.t. mengenai beratnya dosa Riba seperti maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya.” Namun begitu, diharapkan adanya pandangan balas dari mana-mana ilmuan agama seperti mufti dan pakar kewangan Islam atau dari mana-mana pihak dengan membawa rujukan dan authoriti yang kuat.
Nasihat:- Sesungguhnya apa yang mustahak ialah kita memastikan bahawa sesuatu transaksi atau urusan antara kita dengan seseorang atau sesuatu pihak itu bebas Riba kerana itu juga adalah penglibatan yang langsung. Tetapi jika pihak satu lagi yang berurusan dengan kita dalam masa yang sama berurusan dengan pihak lain secara yang berunsurkan Riba, maka jika kita ketahui, kita boleh hindari, hindarkanlah diri. Jika di luar kawalan kita dan tidak dapat dielakkan, maka ’rasa benci dalam hati’ adalah selemah-lemah iman. Jika ia melibatkan orang/pihak Islam, maka sudah tentu wujud tugas dakwah. Nasihat dan berdakwahlah.
Seloka Sinis Untuk Dianalisis
Duhai pencinta Allah dan Rasul... ayuh,
Apa jua kadar cintamu; sikit, banyak separuh atau penuh
Tidak mengapa juga kalau kau masih mencari cinta,
kalau jujur, kelak kau pasti akan temuinya.. cinta
asalkan kau bukan pencinta palsu atau pemalsu cinta
Ayuh...
bersihkan diri dan keluargamu dari debu-debu Riba..
Pastikan debu itu disapu, di ’vacum’ sebelum dikau terpijak...
Takut bila terpijak sikit secara tidak sengaja,
terasa macam tak apa-apa,
kemudian dikau sengaja biarkan diri kita didebu’nga’ ,
sedikit demi sedikit kita dah tak rasa kotor lagi,
lama-lama kita rasa syok pula dengan debu (riba) ini
macam bedak talqum untuk mewangikan badan kita yang busuk
kemudian status diangkat menjadi debu tayamum pengganti air untuk wuduk
Pada tahap ini , takda lain nak ku ucap melainkan .. ”Bro, Ini dah kira dahsyat!”
”Debu Riba dah naik status dan martabat”
Maknanya apa? Apa yang aku merepek?
Kau kata aku merepek.... aku tidak merepek ...
Debu riba itu yang dah bertepek -bertepek
Bertepek pada tubuh pada orang yang masih solat, beribadah kepada Tuhan
Halam, haral , sorry typo error... halal-haram... sekali jalan.
artikel ini telah disesuaikan bagi paparan web ini. Tapi bagi melihat artikel asal yang lebih isinya dan seloka tambahan-kedua, sila ziarahi blog ana.
hisham-ahmad.blogspot.com"
Siapa sebenarnya yang berfahaman syiah?
Posted on Saturday, August 03 @ 13:37:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"Ini bukan penulis yang buat buat cerita tetapi ia suatu yang reality. Ia telah diberithu oleh orang umno sendiri.
Bukan setakat itu sahaja, malah penulis di beritahu bahawa salah seorang bekas perdana menteri pun di katakan berfahaman syiah dan mengamalkannya.
Masakan tidak. Pergi keluar Negara, dia boleh jamak solat selama satu minggu solat lima waktu sehari semalam.
Orang
PAS setakat hari ini belum ada cerita boleh jamak solat sekaligus
selama satu minggu. Demikian juga dengan kahwin kontrak yang sangat
popular bagi orang syiah.
Sesetengah pendapat
mengatakan kahwin kontrak (muta’ah) yang diamalkan oleh syiah itu seolah
olah telah menghalalkan zina yang jelas telah dilarang keras oleh
kebanyakan imam mazhab kita bertalfiq dengannya.
Akan
tetapi ia telah dijadikan amalan orang umno ketika berada diluar
Negara. Kalau ada yang masih tak percaya boleh pergi sendiri ke
Indonesia.
Sebagai contoh, kebanyakan orang
umno yang melancung ke Domai berlumba lumba melanggan pelacur secara
kahwin kontrak. Apatah lagi mengunjungi India.
Hal ini, telah lama diberitahu oleh kawan lama penulis, yang melanjutkan pengjiannya di India lama dahulu.
seorang
Profesor salah sebuah university tempatan beritahu penulis bahawa orang
umno yang datang ke Domai kebanyakan mengamalkan kahwin kontrak.
Pada orang umno, itu mungkin tak salah. Akan tetapi pada orang PAS itu suatu kesalahan yang amat berat dan besar.
Lebih lebih lagi parti Pas memperjuangkan islam tulen berbandingan umno memperjuangkan kebangsaan.
Anda
juga belum lupa dengan seorang timbalan menteri jabatan perdana menteri
yang buat fatwa bahawa ibu tunggal boleh melacur untuk cari sarahidup
anak anak jika terpaksa.Darurat konon.
Kaedah2 memupuk perpaduan antara kaum
Posted on Friday, August 02 @ 18:45:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: mystiq
"Isu rasis masih hangat diperbincangkan lewat ini dan tidak kesudahan nampaknya. Apa yang telah dilakukan sekian lama oleh pihak2 yg berkenaan masih tidak menampakkan suasana yang ingin dilihat oleh umum. Saya ingin mengajukan beberapa idea2 yang saya rasa akan membantu kearah memupuk persefahaman yang lebih erat diantara masyarakat majmuk negara ini.
Saya gariskan disini 10 idea2 yang timbul dari pemikiran saya sendiri;
- Diperingkat sekolah, pada setiap cuti sekolah yang panjang, pelajar2 perlu digalakkan menjemput seorang kawan (jantina sama) dari kaum lain untuk tinggal bersama beberapa hari atau mengikut pilihannya. Ini akan menjalin hubungan yang lebih erat bila mereka tinggal bersama menghayati, makan, minum serta adat yang diamalkan.
- Guru2 pula perlu digalakkan memakai pakaian tradisi pelbagai kaum pada hari2 kebesaran tertentu dengan diberi insentif untuk menyediakan pakaian pelbagai kaum.
- Di tempat kerja pula, majikan perlu galakkan pelbagai kaum sertai jawatankuasa yg dilantik untuk menghiaskan ruang lobby pada hari2 kebesaran seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali serta Krismas. Pekerja dari semua kaum harus digalakkan memakai pakaian kaum yang merayakan hari kebesaram tersebut. [Ini sebenarnya telah pun dilakukan dengan jayanya ditempat kerja saya]
- Jika ada suami isteri yang ingin mengambil anak angkat dari mana2 rumah anak yatim maka mareka perlu memilih anak kesayangan mereka dari kaum yang lain.
- Perkahwinan campur harus digalakkan oleh kerajaan. Insentif wang perlu diberikan pada pasangan campuran.
- Dari segi media pula, diTV, kementerian penerangan boleh anjurkan ‘kuiz’ antara kaum yang akan melibatkan soalan2 berbentuk menguji pemahaman suatu kaum tentang kaum yang lain.
- Juga diTV, perlu diperbanyakkan penyampai berita dari pelbagai kaum pada sesi berita perdana.
- Masih diTV, perlu dikembalikan juga acara2 lagu dan irama yang disertai oleh artis2 dari pelbagai kaum.
- Kedai pakaian harus memberikan insentif pada pelanggan yang membeli pakaian tradisi kaum yang lain.
- Pada majlis2 perkahwinan, tuan rumah diharuskan menjemput tetamu2 dari kaum yang lain supaya mereka dapat menghayati upacara tradisi sesuatu kaum dengan lebih dekat,
Saya terbitkan idea2 INI hanya kerana keinginan melihat anak pelbagai kaum bersatu padu LEBIH dari apa yang kita sedang lihat sekarang.
Sekian Terimakasih. Aug 2013."
Ramah Mesra Aidilfitri 1434Hijrah
Posted on Saturday, August 03 @ 13:39:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: ibnuabbas
"
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan