Ahad, 4 Ogos 2013

SUSAH KALAU ADA MAKHLUK JENIS TAK MAKAN SAMAN

Kita Terbalik Di 10 Akhir Ramadhan!
Posted on Sunday, August 04 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: al-bahanj

"

Kita terbalik di 10 akhir Ramadhan.

Sepatutnya di akhir 10 ini kita semakin kuat beribadah,
tapi sayangnya kita semakin kuat pula membeli belah.

Sepatutnya kita semakin sedih dan hiba,
tapi kita semakin datang rasa gembira pula.





Kita terbalik di 10 akhir Ramadhan.

Sepatutnya di akhir 10 ini kita semakin kuat beribadah,
tapi sayangnya kita semakin kuat pula membeli belah.

Sepatutnya kita semakin sedih dan hiba,
tapi kita semakin datang rasa gembira pula.

Sepatutnya kita semakin rajin ke masjid dan beriktikaf di dalamnya,
tapi kita semakin lama semakin menjauhinya.

Sepatutnya masjid semakin dipenuhi manusia,
tapi kini tinggal hanya beberapa baris sahaja.

Sepatutnya kita semakin banyak membaca Al-Quran,
tapi lagu-lagu raya semakin banyak kita dengar dan layan.

Sepatutnya semakin sibuk kita dengan amalan-amalan sunat,
tapi ramai pula disibukkan dengan baju raya, kuih raya, dodol dan ketupat.

Sepatutnya sunnah Nabi semakin mantap diamalkan,
tapi kita semakin lupa hingga berbuka dengan tamar pun kita tinggalkan.

Sepatutnya ALLAH semakin banyak kita ingat,
tapi kita dzikirullah pun tak sempat.

Sepatutnya semakin berhati-hati kita terhadap dosa,
tapi kita semakin semborono melanggarnya.

Sepatutnya semakin kuat kita memohon kepada ALLAH akan keampunan,
tapi sayangnya kita semakin banyak melakukan kesalahan.

Oh terbaliknya kita!
Berbeza sungguh kita dengan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya!

Janganlah kita terbalik.
Hidupkanlah 10 akhir Ramadhan ini secara yang paling baik.
Hendaklah kepada cara Rasulullah menghidupkan Ramadhan kita kembali balik.

Supaya Ramadhan kita lebih bermakna.
Diterima ALLAH dan diampunkan semua dosa.

Supaya `Eidul Fitri layak kita bergembira.
Kerana kembalinya kita kepada fitrah seorang hamba kepada ALLAH Yang Maha Esa.

- muzir.wordpress.com


*Sumber:  http://muzir.wordpress.com"

 MESIR KINI : Bakal lemas di atas darat...!
Posted on Sunday, August 04 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Dijangkakan Regim as-Sisi bakal melakukan pembersihan habis-habisan terhadap rakyat Mesir selepas 1 Syawal nanti.

Dengan sokongan Amerika,Israel,Saudi dan UAE, regim as-Sisi akan mula mengerah samseng,polis dan askarnya menggempur habis-habisan penyokong Morsi dan demokrasi.

Caranya dengan mengupah samseng-samseng,SB polis melakukan lakonan "provokasi" terhadap Tentera untuk memberi jalan dan penyebab tembakan di hala terus kepada rakyat Mesir.

 Anda boleh bayangkan bagaimana aksi SB-SB Malaysia melakukan provokasi di setiap BERSIH. Begitulah aksi makhluk satu spesis mereka di Mesir.

Taktik SB-SB seluruh dunia sama sahaja. Provokasi .

Regim as- Sisi kini dengan kerjasama Mossad (Israel)sedang memasang perangkap untuk mencetuskan "ALGERIA 2 " di bumi Kana'an ini.

Apabila berlaku pertempuran senjata,maka dengan senang lenangnya Regim As-Sisi mengerah kekuatan tenteranya untuk menggempur rakyatnya sendiri.

Apabila ribuan rakyat Mesir terbunuh,Amerika,Saudi dan UAE akan tampil untuk menyatakan "simpati,kasihan dan takziah". Dan seterusnya menuduh Al Qaeda terlibat. Juga menuduh HAMAS juga bersubahat dengan membekalkan senjata kepada penentang Regim As-Sisi.

Dan jika Regim as-Sisi tidak terdaya menentang arus kebangkitan rakyat Mesir, sekonyong-konyong Amerika melalui PBB menghulurkan pendamaian dan gencatan senjata.

Taktik yang sama digunakan semasa Israel hampir tewas ditangan Mesir dalam Perang Ramadhan 1973 dan Perang Bosnia 1990.

Percayalah jika Tentera Firaun Kuno mati lemas di Laut Merah akibat belahan tongkat Musa as,tidak mustahil Tentera Firaun Moden juga mati kelemasan.

Cuma,bezanya Tentera Firaun Moden bakal mati kelemasan di daratan ! InsyaAllah.

MESIR KINI : Bakal lemas di atas darat...!"


 [GEMPAR] Satu-satunya Mujahidin Rakyat Malaysia Yang Kini Berperang di Syria
Posted on Sunday, August 04 @ 16:39:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hijabulcrewz

"

Ini adalah gambar satu-satunya mujahidin Free Syrian Army (FSA) berkerakyatan Malaysia asli bukan Banglasia atau Myammasia. Dilaporkan bahawa beliau baru sahaja berlepas ke sana untuk bersama barisan jihad menentang Regim Zalim Syiah Nusairiah LaknatuLlah Basyar Assad. Nama beliau Faisal Hamdi. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai seorang isteri, Faliyana Bt Muda dan mempunya beberapa seorang cahaya mata.

Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana seorang rakyat Malaysia ini boleh 'terlepas' ke Syria dan tiba-tiba muncul dengan menyertai pasukan mujahidin FSA di sana kan?

Ini jawapannya...

Beliau sebenarnya adalah salah seorang anggota kumpulan team kemanusiaan dari Malaysia yang ditugaskan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat serta pelarian perang di Syria terpaksa menderita akibat peperangan yang meletus. Namun apabila tiba di sana, beliau nekad mengambil keputusan yang telah lama dipendam hajatnya iaitu berjuang fisabiliLlah. Untuk pengetahuan, sebelum berangkat ke Syria, beliau telah mempersiapkan diri dengan memasuki latihan keras rejimen askar wataniah serta mempersiapkan diri dengan amalan serta ilmu agama.


Komen isteri beliau di facebook suaminya, Faisal Hamdi.

Kini, hajat dan cita-cita beliau sudah tercapai. Doanya dimakbulkan Allah. Malah, lebih manis pemergian beliau adalah di dalam bulan Ramadhan serta mendapat restu daripada keluarga beliau. Isteri dan seluruh anggota keluarga beliau di Malaysia mendoakan kesejahteraan beliau. Malahan, seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia mendoakan kemenangan dan kesejahteraan para mujahidin di Syria.

Namun, ada satu perkara yang pasti. Jika beliau pulang ke Malaysia...

Artikel bersambung di: http://hijabulcrewz.blogspot.com/"


 Syarikat penerbangan yang hidang arak rosakkan imej Islam, titah Sultan
Posted on Sunday, August 04 @ 16:29:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Semoga dengan isu Syiah, isu anjing, isu ratu cantik akan mendorong dan menguatkan lagi semangat umat Islam di Malaysia terutamanya pemimpin Islam untuk menjaga imej Islam bermula Ramadan tahun ini.

Titah 2013 – Petikan Titah Sultan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29.

Ulang tahun itu kita peringati kerana ia adalah sejarah kita, sejarah menjawat kemerdekaan. Kita jawat kemerdekaan itu dengan takbir Allahu Akbar iaitu suatu cara tersendiri yang tidak pernah berlaku di mana-mana.

Cara ini tentu saja tidak kosong daripada hikmah. Malah beta melihatnya sebagai satu alamat baik kepada Brunei, yang kini sudahpun jadi kenyataan dikenali sebagai Negara Zikir atau Negara MIB.

Tanda orang sayang sangatlah mudah dikenali. Hatinya telus kepada bangsa dan budinya pula luhur, suka berjasa. Dia tidak mahu dilihat sebagai lemah manakala berlaku sesuatu kepada negaranya.

Berseronok yang melampau-lampau boleh melemahkan jentera masyarakat kerana tiada apa yang dapat ditunggu daripadanya kecuali kerugian jua.

Kerana itu, menurut kaum cerdik pandai untuk menjadi bangsa yang maju dan kuat, kenalah kita mengurangkan berseronok dan menggantikannya dengan banyak bekerja dan berfikir.

Beta sudahpun menyebut bahawa peraturan ini penting untuk menjaga imej negara dan juga imej Islam sendiri. Kedua-duanya itu kita mahu supaya terpelihara dan sentiasa indah.

Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Dan malah orang tidak nampak bahawa dengan kehendak Allah jua penerbangan yang menghidangkan arak pun boleh juga rugi, bahkan lebih besar kerugian daripada kita yang tidak menghidangkan arak.

Titah penuh Baginda di http://www.nationalday.information.gov.bn"


 Cinta si hitam manis
Posted on Sunday, August 04 @ 16:14:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hishamahmad

"Abu Dubeis sentiasa ingin bertawaf sehampir kaabah. Pusingan lebih cepat habis. Bermakna ibadah tawaf boleh dilakukan banyak kali. Abu Dubeis pernah bertawaf ditingkat atas, terasa berbeza jauhnya jarak untuk menghabiskan 1 pusingan. Jarak satu pusingan lengkap di atas mungkin memerlukan lebih dari 3 kali pusingan lengkap di bawah.

Kalau 7 pusingan? Tentulah, bertawaf di bawah lebih menguntungkan dari sudut hasil bilangan. Namun ingat, adanya sudut kiraan berbeza. Bahawa pahala mengikut juga kadar susah payah dalam melakukannya. Adilnya Allah Yang Maha adil.

Setiap kali pusingan tawaf dilakukan, tidak dapat tidak kita akan melihat kepada bucu atau sudut Rukun Hajar Aswad. Disitulah terdapatnya ‘Hajar Aswad’, iaitu yang disebut dalam bahasa inggeris ‘The Black Stone’ bermaksud ‘Si Batu Hitam’. Si batu hitam yang sentiasa kelihatan manis. Memadailah disebut ‘si hitam manis’. Si hitam manis yang menggamit perasaan. Sentiasa menyebab jiwa manusia disekelingnya bergelora.

Selama musim haji, dan sepanjang bertawaf entah berapa banyak kali, Abu Dubeis telah mengalami dan menyaksikan beberapa perkara pelik. Mungkin tak pelik sangat, tapi perlu juga diceritakan. Hai! ini semua gara-gara si hitam manis yang menawan.

Kisah Cinta 1

Semasa bertawaf melepasi Rukun Yamani, sambil merenung ke arah Hajar Aswad, Abu Dubeis pernah di tawarkan perkhidmatan untuk membantu Abu Dubeis mencium Hajar Aswad. Tawaran ini bukan sekali bahkan tiga kali. Ketiga-tiga tawaran ditolak oleh Abu Dubeis secara terus, tanpa membuka peluang untuk mereka mengusulkan terma-terma rundingan. Masih diingati salah seorang di antara mereka, yang susuk tubuhnya sedikit gempal dan tidak tinggi. Orang Indonesia. “Mau cium pak”. Dia dapat mengesan Abu Dubeis orang Malaysia, serumpun dengannya. “Walaupun aku berjubah arab, tak pakai beg atau lencana tabung haji, namun muka melayu aku ni tak boleh nak sorok,” bisik Abu Dubeis bergurau dengan diri sendiri. Sebenarnya mungkin kita hairan, bagaimana susuk tubuh yang tidak besar itu mampu membantu kita. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil 2-3 orang dalam membantu pelanggan mencapai hasrat untuk mencium Hajar Aswad. Bayangkanlah sampai ke peringkat ini, ada ‘business deal’.

Tidak tahulah berapa banyak kali tawaran ini telah dibuat? Tidak tahulah juga berapa banyak kali tawaran ini telah disambut, diterima. Tidak diketahui juga jumlah sebenar ‘nilai dagangan’ transaksi perniagaan ini dalam setahun. Pastinya bernilai jutaan, jika dalam rupiah.

Siapa yang tidak jatuh hati kepadanya. Siapa yang tidak menaruh hasrat untuk menciumnya. Biarpun hitam, tarikannya menggamit perasaan. Siapa yang lalu, pasti tidak dapat tidak, akan tertoleh, biar sekilas pandang. Namun bukan semua berani menghampiri untuk meluahkan rasa di hati. Cabarannya sukar sekali. Ia idaman setiap lelaki.

Mulanya terasa hairan, kenapa sampai 3 kali dia ditawarkan. Perkhidmatan untuk ciuman. Barulah Abu Dubeis sedar dan perasan. Semasa bertawaf, setiap kali tiba dipenjuru itu, pandangan pasti terarah ke situ, lidah menjadi kelu, mata merenung sayu. Hati dilanda rindu. Rindu yang bukan sebarangan. Rindu bayangan.

Mungkin ketika itulah geng indon ini perasaan. Melihat Abu Dubies seperti kepinginan. Rasanya inilah yang mereka fikirkan; “Wah! ini bapak dari Malaysia bisa jadi pelanggan. Ongkosnya pasti lumayan. Tengok muka, begitu kasihan, kesayuan. Begitu dahagakan ciuman. Tapi enggak ada keberanian. Sekadar menaruh hati dari kejauhan. Bagai pungguk rindukan bulan”.

Bagi Abu Dubeis. Dia cinta tapi dia tak tergamak membayar. Dia yakin itu salah. Itu cinta yang ternoda. Jika dapat mencium pun, apalah ertinya. Dia akan berusaha sendiri, tak kisahlah kalau perlu berkali-kali. Sekadar terdaya, dengan ingatan untuk tidak menyakiti sesiapa. Dia memohon Allah agar dia tidak menyakiti, juga tidak disakiti. Dia akan berdoa dan merintih selalu dan sentiasa. Dia yakin, jika Allah mengkehendaki, ia pasti berlaku. Dia memohon agar ia berlaku. Jika dapat sekali. Dia mahu meminta lagi. Lagi dan lagi.

Kisah cinta bahagian 2 dan 3 akan dipaparkan dalam blog bila tiba masanya.in sya Allah. Artikel ini juga dipinda dari artikel asal yang terdapat dalam buku haji yang berbeza yang ada dipasaran sekarang. bertajuk Baitullah Aku Datang, Terbitan Karangkraf Terdapat kupasan kritis dan argumentatif beberapa isu yang beliau hadapi dan perhatikan semasa ibadah haji. Antara isu menarik, sensisitif dan kontroversi ialah isu kebal tanpa syahwat, solat diudara, wanita solat didepan lelaki dibelakang, kerana cinta (kisah ttg hajaral aswad), mahu susah atau muassasah dan lain-lain lagi. (Ingin membeli sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my). Anda juga boleh melihat iklan buku ini di akhibar Sinar Online.

hisham-ahmad.blogspot.com"

Tiada ulasan: