Ahad, 10 Jun 2012

WARNA SAMA...NAMA SAMA SAMA...MENDAHULUI LAGI BERSIH 4.0...MACAM TAK DE MODAL...MACAM MEMBENARKAN HIMPUNAN BERSIH...CUMA TUNTUTAN LAIN...KALAU KITA KOTOR AKUI JE LAH...SAMPAI BILA NAK TEGAK BENANG BASAH..GELI JUGA TENGOK PUAK2 NI...AKUI APA DIMINTA MUNASABAH...TUNAIKANLAH..TAK TUNAI MACAM KITA TAKUT KALAH...

Bersih 4.0 sasar kumpul sejuta tandatangan sokongan
HIDAYAH HAIROM
10 Jun 2012
bersih 4.0
Program Mengumpul Sejuta Tandangan yang diadakan di kawasan sekitar Masjid
India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Majlis Bertindak Peniaga-peniaga dan Penduduk-penduduk Ibu Kota menyasarkan mahu mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan terhadap Bersih 4.0 Cintakan Keamanan - langkah memprotes tiga perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata, usaha tersebut sudah berlangsung sejak lima hari lalu di beberapa kawasan di ibu negara.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 110,000 tandatangan sudah dikumpulkan.

"Kita mensasarkan dapat mengumpul sejuta tandangan sebelum bulan Ramadan.

"Apabila kita sudah dapat kumpulkan sejuta tandangan, kita akan hantar kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika Program Mengumpul Sejuta Tandangan di sekitar Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.

Usaha tersebut sebagai membuktikan sokongan warga kota untuk melihat keamanan dikekalkan sekali gus menolak penganjuran Bersih, Bersih 2.0, dan Bersih 3.0, sebelum ini.

Dalam pada itu, Jamal berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada pihak Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka bagi penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 secara besar-besaran, namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.

Dalam pekembangan lain, katanya, pihaknya kini sudah menerima 480 peniaga telah menyatakan hasrat mahu membuat tuntutan ganti rugi menerusi peguam sukarela di bawah Bersih 4.0.

"Kita akan failkan di mahkamah dalam masa terdekat," katanya.


TPM: 'PRU tak lama lagi, juga tak terlalu cepat'
Nurul Aini Mohamed Ali
10 Jun 2012
TPM: 'PRU tak lama lagi, juga tak terlalu cepat'
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan baru - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak terlalu lama lagi.

Tetapi, beliau menambah - tarikhnya juga tidak terlalu cepat sebagaimana dijangkakan.

Beliau memberi sedikit gambaran, namun tarikh sebenar masih menjadi teka-teki.

Sidang Parlimen akan bermula esok di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ramalan banyak pihak menyebut PRU13 akan diadakan awal Julai. Malah ada yang meramalkan September ini.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

"Saya sedar rakyat Malaysia kini sudah tidak sabar-sabar lagi menghadapi PRU dan bagi Barisan Nasional (BN) bersama parti-parti komponen lain, kita mesti memastikan yang parti berada dalam keadaan bersedia dan kukuh untuk menghadapi pilihan raya," kata beliau berucap merasmikan Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan 2012 di sini, hari ini.

Tambah beliau, semua ahli perlu menyahut cabaran ini dan terus berjuang agar kemenangan besar dapat dicapai dalam PRU akan datang.

"Kita sekarang perlu berhadapan cabaran yang besar bagi menghadapi pilihan raya.

"Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada ahli BN agar tidak berlaku sebarang persengketaan dan sebarang masalah atau isu negatif dalam parti," tegas beliau.

Katanya lagi, masalah yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh BN merupakan isu persepsi di kalangan pengundi kerana rakyat menjadi keliru antara realiti dan persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang.

"Apabila isu persepsi ini timbul, rakyat akan terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengenai kesahihan isu yang ditimbulkan pembangkang," kata beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presiden Umno ini berkata, pembangkang kini menyerang dan menimbulkan persepsi negatif melalui rangkaian media sosial untuk menyebar fitnah yang tidak berasas.

"Oleh yang demikian, isu persepsi ini mesti diperbetulkan dengan kadar segera," tegas beliau.

Katanya, semua pemimpin tertinggi BN harus sentiasa tahu isu-isu semasa bagi memudahkan mereka memberi penjelasan kepada rakyat supaya tidak timbul isu persepsi ini.

"Selain itu, pemimpin tertinggi juga sentiasa turun padang dan mengambil langkah proaktif untuk memberi penjelasan secara terbuka terus kepada rakyat bagi membetulkan persepsi negatif mereka terhadap kerajaan," tambah beliau.

Untuk itu, jentera penerangan parti di setiap bahagian dan daerah  mesti memberi penjelasan jika timbul sebarang isu dan saling membantu bagi memastikan BN dapat meraih semula kerusi yang dipegang pembangkang kini.
Yaman pelawa Dr Mahathir jadi penasihat ekonomi

10 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
  
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan  serta seorang pegawai Bank Dunia.
  
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.
  
"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
   
"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
  
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.
  
Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama
Krisis Euro boleh jejas ekonomi rantau Asia

10 Jun 2012
Krisis Euro boleh jejas ekonomi serantau
Krisis Euro
PASIR PUTEH - Krisis di zon mata wang Euro boleh memberi kesan kepada kestabilan ekonomi di rantau ini termasuk menjejaskan eksport barangannya ke Eropah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
  
"Kuasa ekonomi baharu seperti China dan India selain Asean tidak akan terlepas daripada menerima tempias daripada krisis itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian 'Tok Aman Bali Beach Resort' yang disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, di sini hari ini.
  
Beliau mengulas persediaan Malaysia untuk menghadapi kesan daripada krisis ekonomi yang sedang melanda negara Kesatuan Eropah.
  
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata Malaysia bersedia menghadapi cabaran itu antaranya dengan melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
  
Beliau menarik perhatian bahawa semua projek domestik akan dapat menjana pertumbuhan baharu ekonomi bagi menangkis sebarang bentuk ancaman berpunca daripada krisis itu.
  
Awang Adek menggesa rakyat supaya bersama kerajaan terutama tidak mensabotaj ekonomi negara seperti mengadakan demonstrasi jalanan dan rusuhan, kerana ia boleh menyebabkan pelabur asing takut untuk melabur di negara ini.
  
"Demonstrasi jalanan itu juga boleh menjejaskan industri pelancongan yang memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara," katanya. - Bernama
Tutup kedutaan Syria
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2012
pemuda pas Nasruddin
Nasruddin (tengah) bersama Raja Ahmad Iskandar (kanan) dan Nik Mohamad
Abduh pada sidang media, semalam.
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menggesa kerajaan segera menutup Kedutaan Syria di negara ini dan memanggil balik kakitangan diplomatik Malaysia di negara itu sebagai langkah memberi tekanan kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad yang didakwa melakukan kekejaman terhadap rakyatnya.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, selain itu, pihaknya mendesak Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) segera campur tangan bagi menangani krisis yang berlaku dan merayu agar kerajaan negara itu berhenti melakukan kezaliman.

“Kita gesa semua negara memberi perhatian serius terhadap krisis itu dan mendesak kerajaan Malaysia menutup Kedutaan Syria dan memberi tekanan kepada mereka agar tidak boleh beroperasi di negara ini, sehingga kekejaman dihentikan.

“Kita juga merayu kerajaan Syria supaya mengasihani rakyatnya dan tidak menjadikan mereka sebagai mangsa kekejaman.

Bayangkan, banyak angka korban dilaporkan baru-baru ini dan sebahagian besar melibatkan kanak-kanak dan wanita,” katanya ketika sidang media di Pejabat Agung Pas, semalam.

Menurutnya, Pemuda Pas juga telah menubuhkan pasukan khas yang dipengerusikan Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa bagi membantah kekejaman dan penindasan yang didakwa dilakukan rejim Bashar ekoran kebangkitan dan tentangan rakyat terhadap presiden Syria itu.

Katanya, pasukan khas itu secara konsisten akan mendesak OIC segera campur dan merayu kerajaan Syria menghentikan tindakan kejam ke atas rakyatnya.

“Kita juga mengecam keras campur tangan luar termasuk pihak-pihak yang mengambil kesempatan ke atas Syria sehingga mencetuskan perang saudara yang rumit untuk diselesaikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nasruddin berkata, Pemuda Pas menawarkan 13 tawaran terhadap anak muda yang akan diumumkan dalam program khas yang digelar Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Tawaran itu meliputi aspek pendidikan, agama, sosial dan kerjaya yang akan diberi penekanan sekiranya mandat pemerintahan diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Umno digesa tidak perjuangkan kroni sahaja

10 Jun 2012
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
BERA - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja sebaliknya semua rakyat.

Beliau berkata, perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.

"Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut," katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di sini semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar ereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara dan rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat hanya mendengar hasutan serta pembohongan pembangkang yang menafikan usaha dilakukan kerajaan, sebaliknya biar rakyat tahu bahawa kerajaan BN serius membangunkan negara dan membela nasib mereka," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera mahu semua 50 cawangan Umno bahagian itu mengadakan lebih banyak aktiviti yang membabitkan semua golongan rakyat bagi mendekati mereka dan menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan.

Beliau juga mahu setiap cawangan itu melantik ketua, masing-masing bagi menjaga setiap 10 buah rumah di kawasan mereka bagi mengetahui masalah mereka dan menyalurkan maklumat itu kepada Biro Keahlian dan Pengundi Umno bahagian untuk tindakan segera.

Ismail Sabri juga berkata, Umno bahagian itu sedang mewujudkan pangkalan data bagi profil semua keluarga di bahagian itu bertujuan untuk mengetahui secara terperinci mengenai latar belakang, sikap serta masalah yang dihadapi mereka. - Bernama
BN Pulau Pinang guna pendekatan 'serang dan terang' jawab tohmahan pembangkang

10 Jun 2012
GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menggunakan pendekatan "serang dan terang" bagi menjawab tohmahan dan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkit pakatan pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata strategi itu akan digerak menerusi program 'Semboyan Dibunyikan' yang akan dilancar serentak melibatkan 13 kawasan parlimen di negeri ini bermula 14 Jun sehingga 15 Julai ini.

"Pendekatan ini memberi fokus terhadap pembongkaran isu yang sering dimainkan kerajaan pakatan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat terhadap mereka.
"Sebagai contoh kerajaan negeri mendakwa hutang negeri telah diselesaikan namun sebenarnya urusan melangsaikan hutang itu diserahkan kepada kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Strategi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di sini hari ini.

Beliau berkata pelbagai kaedah akan diguna termasuk media cetak dan media alternatif selain pucuk pimpinan parti turun padang bagi menyebar risalah untuk memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar yang berlaku dalam tempoh empat tahun pentadbiran Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.
Katanya penyebaran maklumat itu akan disemarak dengan penyertaan lebih 40 pelopor media alternatif BN yang sedia membantu menjayakan misi untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada parti tersebut.
"Jumlah ini mencukupi untuk melaksanakan tugas menyebarkan maklumat kepada orang ramai, terutama mereka yang sering menggunakan Internet sebagai saluran mendapatkan maklumat semasa," katanya.
Teng berkata antara isu yang akan diberi tumpuan ialah kebebasan media, pembinaan rumah kos rendah oleh kerajaan negeri dan masalah kesesakan lalu lintas.

Beliau turut menggesa setiap komponen parti itu menjadikan kekalahan lepas sebagai panduan buat mereka dan tidak sangsi dengan kebolehan diri bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.- Bernama

Tiada ulasan: