Morsy tinggal FJP dan Ikhwan, jadi presiden untuk semua
Harakahdaily, | 18 Jun 2012 |
KAHERAH: Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsy (gambar)
meletakkan semua jawatannya dalam FJP dan Ikhwanul Muslimin Mesir bagi
membolehkan beliau menjadi presiden kepada semua rakyat Mesir.
Langkah yang disifatkan sebagai satu tindakan berani ini bertujuan membolehkan beliau diterima sebagai pemimpin untuk semua rakyat Mesir tanpa mengira parti atau kumpulan rakyatnya.
Di Dataran Tahrir, ribuan rakyatnya meraikan kemenangan Morsy, jurutera yang mendapat pendidikan dari Amerika itu, dengan menyifatkan kemenangan ini sebagai berakhirnya regim Mubarak secara rasmi.
Namun, kebimbangan terus disuarakan pelbagai pihak apabila tentera Mesir melalui Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dua hari sebelum mengundi membuat peraturan untuk mengehadkan kuasa ketua negara yang bakal diambil Morsy.
Golongan Islam dan Liberal terus menentang tindakan ini dan menyifatkan ia satu "military coup".
"Tentera mengalihkan kuasanya kepada tentera," menjadi tajuk muka depan akhbar bebas, al-Masry al-Youm.
Dalam pengundian pusingan kedua untuk jawatan presiden ini, Morsy mengalahkan bekas Perdana Menteri Mesir terakhir di era Mubarak, Ahmed Shafik dengan undi 52 berbanding 48 peratus dari kalangan 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.
(Antara ribuan rakyat Mesir yang memenuhi Dataran Tahrir bagi meraikan kemenangan Morsy)
Shafik adalah bekas Ketua Tentera Udara Mesir sebelum dilantik menjadi perdana menteri terakhir oleh Mubarak.
Tindakan tentera mengisytiharkan kuasa ketua negara yang terhad adalah satu tindakan yang mencabar demokrasi yang cuba mahu bertunas di negara itu.
"Tindakan yang mengganggu demokrasi dan revolusi," kata bekas diplomat dan juga pemenang anugerah Nobel, Mohamed ElBaradei melalui Twitternya.
Sementara itu, kemenangan Ikhwan selepas puluhan tahun dibentuk disambut dengan penuh kegembiraan oleh gerakan Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.
(Dr Syed Azman, Penolong Setiausaha Agung PAS yang menjadi pemerhati pilihan raya turut meraikan kegembiraan rakyat Mesir)
Namun ia disambut dengan penuh curiga oleh kumpulan sekular termasuk negara-negara barat yang bimbang dengan brand Islam Ikhwan.
"Saya mengundi Morsy tetapi saya tidak boleh kata saya gembira dengan kemenangannya, " kata seorang penganggur, Mohamed Mahmoud, 28 sebagaimana dilaporkan Reuters.
"Saya masih takut kedua-duanya dan apa yang mereka akan buat. Saya tidak mahu negara Islam atau negara baru Mubarak," kata beliau merujuk kepada Morsy yang mewakili kumpulan Islam dan Shafik yang mewakili Mubarak.

Delvia Yunita Anak Yatim Tsunami Berjaya Genggam Ijazah Keperawatan
http://msomelayu.blogspot.com, | 18 Jun 2012 |
Semasa berada di dewan masyarakat yang dibangunkan
oleh kerajaan Turki di Banda Aceh Khamis lalu air mata saya berlinang
tatkala menyaksikan upacara wisuda (konvokesyen) sarjana Sekolah Tinggi
Kesihatan (STIKes) Yayasan Harapan Bangsa Darussalam Banda Aceh.
Dalam majlis itu kira-kira 30 orang graduan menerima skrol ijazah
(sarjana) masing-masing. Meskipun majlis itu kerdil namun persiapan dan
atucaranya sama dengan majlis graduasi melibatkan ratusan mahasiswa
laksana di universiti. Melihat itu teringat majlis itu seolah-olah
seperti main-main saja. Namun darjat dan kualiti majlis sama saja.
Dua perkara yang menjadikan saya terharu dan menjadi sebak ketika berada di dewan itu. Pertama,
mengenangkan kesungguhan Yayasan Harapan Bangsa itu dalam membangun
sekolah (kolej) berkenaan. Tanpa melihat rupa bentuk dan prasarana
sekolah itu saya sudah dapat membayangkan bagaimana bentuk dan rupa
dirinya. Suasana majlis itu telah memberi gambaran hakikatnya.
Tetapi itu tidak menjadi masalah, yang penting ilmu yang diberikan kepada pelajarnya tetap berkualiti dan menepati selibas sewajarnya. Ilmu itu pula dapat dimanfaatkan untuk pembangunan manusia dan negara Aceh itu sendiri oleh anak didiknya. Mudah-mudahan dengan usaha Yayasan itu akan lahir para jururawat berkalibar dan beriman di Aceh.
Saya rasa tidak ada mana-mana yayasan atau pun badan yang mendirikan
sekolah perawatan (Ners) seperti itu. Yang ada semuanya kolej yang
menjadi gedung-gedung hebat dan canggih sebagai kampus. Juga rasanya
tidak ada kolej yang mengadakan graduasi dengan jumlah sebanyak itu.
Perkara kedua menyebabkan saya sebak ialah tatkala Delvina
Ayu, 21 dipanggil untuk menerima skrolnya. Air mata saya mengalir
deras. Jauh dilubuk hati tertusuk rasa bangga kerana akhirnya anak
tsunami ini bisa juga menggengam sekeping ijazah dalam bidang
keperawatan. Kalau bukan kerana kesugguhan dan pendorong yang kuat
memberi dorongan tidak mungkin apa yang saya saksikan ini tersaksi.
Mungkin saja anak Aceh yang ayu itu kini masih merana dan menghiba diri
atas nasib malang yang menimpanya lapan tahun lalu.
Dalam dewan yang boleh memuat kira-kira 400 orang itu saya duduk berderetan dengan keluarga Ayu yang datang khas dari Kuala Simpang yang jaraknya kira-kira 400 km dengan Banda Aceh. Mereka datang untuk merai kejayaan Ayu dan sekaligus terus memberi semangat kepada anak yatim tsunami ini. Keluarga Ayu begitu prihatin terhadap nasibnya.
Saya melihat beberapa anggota keluarganya yang terdiri dari emak saudara dan sepupunya mengelap air mata saat mendengar nama Ayu dipanggil untuk naik ke pentas. Saya menjadi sayu dan berpaling ke arah Rushdan Mustapa yang duduk di sebelah saya. Saya nampak Rusdhan juga menyapu air mata dengan mulut yang berjebak, menangis - kegembiraan dan kesedihan.
Tentulah selain dari keluarga Ayu yang wajar merasa sebak dan hiba ialah Rushdan. Kenapa tidak atas kesungguhan, pengorbanan dan ketulusan Rusdhan mengambil Ayu sebagai anak angkat dan mengekolahkannya memungkinkan anak yatim tsunami itu kini menggengam segulung ijazah. Tanpa Rushdan saya tidak dapat bayangkan apa yang berlaku.
Ayu adalah salah seorang dari puluhan ribu anak-anak Aceh yang menjadi yatim piatu kerana musibah ombak besar yang ganas yang menelan lebih 300 ribu jiwa itu. Seluruh keluarga Ayu, ayah, ibu dan tiga adik beradiknya hilang dan maut dibawa arus tsunami. Kampung, Kaju di mana kampung Ayu itu sendiri menjadi hancur lumat dan sampai kini pemulihannya masih belum sempurna lagi.
Ketika tragedi itu membela Aceh usia Ayu dalam lingkungan 13 tahun. Dalam usia begitu muda sudah tentu dia tidak tanggung menghadapi kedukaan sebesar itu, kehilangan tempat bergantung dan segala-galanya. Lama dia ditimpa trauma. Beberapa hari yang membawa ke minggu dan bulan dia menangis dan menangis kemudian berakhir dengan sikap membisu enggan berbicara dengan sesiapa juga.
Keadaan itu membimbang mata yang memerhati kepadanya. Patah-patah yang terkeluar dari mulutnya ialah nama bapak, ibu dan adik-adik. Sesekali dia akan menjerit, terkaba... semasa tidur. Dia akan menangis hingga ke pagi sambiri menyebut nama-nama keluarganya. Tubuhnya yang montel menjadi susuk dengan tiba-tiba kerana kehilangan selera makan.
Saat ini Allah menghantar seorang bapa angkat untuknya, sdr Rusdhan. Saya masih ingat semasa kunjungan untuk kali kedua saya ke Aceh sempena dengan pilihan raya Gabenur di mana Rushdan ikut sama beliau memberi tahu akan niatnya mahu mengambil anak yatim tsunami dijadikan anak angkat. Saya ingat Rushdan bergurau tetapi ternyata menjadi kenyataan. Akhirnya Allah meletakkan Ayu di atas pangku tanggungjawabnya.
Satu hari dalam kunjungan itu Rusdhan hilang dari penginapan. Puas mencari dan bertanya khabar tidak diketahui. Rupanya dia merayau jauh ke kampung-kampung yang mengalami musibah tsunami. Di sebuah kampung bernama Kaju itulah aktivis masyarakat yang ulit ini menemui anak angkatnya.
Lantas beliau menjejaki keluarga Ayu yang lain nun jauh di Kuala Simpang. Ikrar dibuat, Rushdan mahu mengambil Ayu menjadi anak angkatnya. Perbelanjaan hidup dan persekolahan dan lain-lainnya dibawah tanggungjawabnya. Kehadiran Rushdan dalam keluarga itu bagaikan jatuhnya sebelah bulan purnama ke atas ribaan keluarga Ayu, memberi sinar dan harapan untuk mereka melihat Ayu terbela.
Rushdan ternyata bertanggungjawab. Dijaga Ayu dan diberikan kasih sayang sepenuhnya. Arwah isterinya Mashitah turut sama berkongsi tanggungjawab dan harapan dengan Rushdan. Mashitah bukan lagi menganggap Ayu sebagai sekadar anak angkat tetapi persis anaknya sendiri. Ayu membesar dalam belaian kedua suami isteri ini dan keluarga mereka. Hasil kasih sayang dan didikan itu trauma yang menyelubungi Ayu perlahan-lahan berlalu.
Dan hari ini, setamat beliau dan berjaya menggenggam ijzarah pertama hidup Ayu seperti sudah berada selangkah dalam taman kebahagiaan. Ternyata Ayu seorang anak yang kini menjadi gadis yang kental sedia menghadapi cabaran dan melupai kisah. Mungkin tertanam di dalam dirinya dengan ijazah itu dia akan merawat luka lamanya disebabkan tsunami dan merawat negeri kesayangannya Aceh yang sebenarnya masih luka.
Tahniah untuk Delvia Yunita dan tahniah juga untuk sdr Rushdan yang berjaya melakukan kebajikan besar seperti mana dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga dan memelihara anak-anak yatim. [wm.kl.7:40 pm 18/06/12]
PTPTN seperti ditadbir oleh orang gila kerana Menteri Pelajaran Tinggi
Khaled Nordin bertindak sebagai orang gila memerintahkan PTPTN
membekukan bantuan baru bagi dua IPTS di Selangor iaitu Unisel dan Kuis.
Maka Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan Putrajaya.
UMNO/BN menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya sekarang.
Apabila semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN membatalkan pembekuan itu.
Sebagai menteri dan pegawai sekali lagi mereka dilihat macam orang gila apabila membatalkannya. Sebagai pegawai awam mereka seperti bermain wang awam dan kuasa seperti main duit sendiri. Mentadbirkan jabatan dan wangnya ikut kehendak sendiri tanpa peraturan. Itu cara zaman batu dulu, bukan zaman pentadbiran canggih sekarang.
Apa pun alasan yang menteri beri ternyata mereka dilihat sebagai pihak yang kalah. Ia memalukan kerajaan dan memalukan UMNO di ambang PRU yang bila-bila masa itu. Ternyata mereka pentadbir yang tiada kelas dan sebagai orang politik yang tidak kelas.
Mereka hendak menguji dan memerangkap PKR dan kerajaan Selangor tetapi yang dilihat politik Rafizi Ramli dengan janji pilihan raya Pakatan telah memerangkap mereka.
Kerja gila itu bukan yang oleh kerjaan BN. Beberapa bulan dulu Perdana Menteri Najib seperti orang gila menaikkan taraf dan gaji beberapa puluh tinggi PTD sampai puluh ribu. Ada yang sudah menerima ratus ribu atau dikatakan hampir sejuta. Ia boleh mengambil orang luar PTD untuk jawatan itu.
Setelah ramai yang bising dan merasakan ia kerja gila, tiba-tiba dibatalkan. Bagaimana hendak mengambil balik gaji yang sudah diterima oleh setengah pegawai? Menaikkan gaji secara mendadak dikira satu kerja gila dan membatalkannya pula macam kerja gila juga. Jadi dua kali gila.
Tidak cukup dengan itu PM Najib umumkan penggabungan MAS dan AirAsia. Angkat Tan Sri Tony Fernandes jadi lembaga MAS. Ia satu lagi kerja gila kerana orang terasa Fernandes dan Air Asia akan telan MAS sebeagaimana di zaman Mahathir dulu sebuah bank komersial yang kecil bergabung dengan Bank Bumiputera yang besar menyebabkan Bank Bumiputera ditelan oleh bank yang kecil itu. Macam sawa ditelan ular lidi. Memang ia dilihat gila.
Sejurus kemudian penggabungan MAS dan Air Asia itu dibatalkan pula. Tak gilakah namanya. Tidak diketahui apakah pembatalan itu melibatkan pampasan kepad Tan Sri Tony dan AirAsia?
Apakah yang Khaled Nordin lakukan ke atas dua kampus di Selangor itu kerana diperintah oleh Najib atau ia ideanya sendiri. Kalau tindakan bodohnya itu dilakukan atas suruhan Najib, maka nasib Khaled samalah dengan nasib Pengerusi PTPTN yang terpaksa ikut suruhan menterinya.
Kalau Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka bodoh juga pegawai yang mengikutnya. Tetapi kalau tindakan itu adalah dari akal Khaled Nordin sendiri, nyatalah dia sudah memalukan Perdana Menteri. Bila orang kata menteri bodoh, maka ia seperti mengata Perdana Menteri bodohlah.
Semuanya adalah bagi memberi peluang kepada pembangkang memperleceh keupayaan menteri BN menjelang PRU. Tindakan itu satu kerugan besar buat BN.
Rusdhan bangga dan sebak di samping Ayu. |
Sebahagian keluarga Ayu datang untuk memberi semangat. |
Tetapi itu tidak menjadi masalah, yang penting ilmu yang diberikan kepada pelajarnya tetap berkualiti dan menepati selibas sewajarnya. Ilmu itu pula dapat dimanfaatkan untuk pembangunan manusia dan negara Aceh itu sendiri oleh anak didiknya. Mudah-mudahan dengan usaha Yayasan itu akan lahir para jururawat berkalibar dan beriman di Aceh.
Sebahagin dari graduan bersalam dengan pensyarah. |
Kejayaan yang boleh menjadi penawar menghambat duka. |
Dalam dewan yang boleh memuat kira-kira 400 orang itu saya duduk berderetan dengan keluarga Ayu yang datang khas dari Kuala Simpang yang jaraknya kira-kira 400 km dengan Banda Aceh. Mereka datang untuk merai kejayaan Ayu dan sekaligus terus memberi semangat kepada anak yatim tsunami ini. Keluarga Ayu begitu prihatin terhadap nasibnya.
Saya melihat beberapa anggota keluarganya yang terdiri dari emak saudara dan sepupunya mengelap air mata saat mendengar nama Ayu dipanggil untuk naik ke pentas. Saya menjadi sayu dan berpaling ke arah Rushdan Mustapa yang duduk di sebelah saya. Saya nampak Rusdhan juga menyapu air mata dengan mulut yang berjebak, menangis - kegembiraan dan kesedihan.
Tentulah selain dari keluarga Ayu yang wajar merasa sebak dan hiba ialah Rushdan. Kenapa tidak atas kesungguhan, pengorbanan dan ketulusan Rusdhan mengambil Ayu sebagai anak angkat dan mengekolahkannya memungkinkan anak yatim tsunami itu kini menggengam segulung ijazah. Tanpa Rushdan saya tidak dapat bayangkan apa yang berlaku.
Ayu adalah salah seorang dari puluhan ribu anak-anak Aceh yang menjadi yatim piatu kerana musibah ombak besar yang ganas yang menelan lebih 300 ribu jiwa itu. Seluruh keluarga Ayu, ayah, ibu dan tiga adik beradiknya hilang dan maut dibawa arus tsunami. Kampung, Kaju di mana kampung Ayu itu sendiri menjadi hancur lumat dan sampai kini pemulihannya masih belum sempurna lagi.
Ketika tragedi itu membela Aceh usia Ayu dalam lingkungan 13 tahun. Dalam usia begitu muda sudah tentu dia tidak tanggung menghadapi kedukaan sebesar itu, kehilangan tempat bergantung dan segala-galanya. Lama dia ditimpa trauma. Beberapa hari yang membawa ke minggu dan bulan dia menangis dan menangis kemudian berakhir dengan sikap membisu enggan berbicara dengan sesiapa juga.
Keadaan itu membimbang mata yang memerhati kepadanya. Patah-patah yang terkeluar dari mulutnya ialah nama bapak, ibu dan adik-adik. Sesekali dia akan menjerit, terkaba... semasa tidur. Dia akan menangis hingga ke pagi sambiri menyebut nama-nama keluarganya. Tubuhnya yang montel menjadi susuk dengan tiba-tiba kerana kehilangan selera makan.
Saat ini Allah menghantar seorang bapa angkat untuknya, sdr Rusdhan. Saya masih ingat semasa kunjungan untuk kali kedua saya ke Aceh sempena dengan pilihan raya Gabenur di mana Rushdan ikut sama beliau memberi tahu akan niatnya mahu mengambil anak yatim tsunami dijadikan anak angkat. Saya ingat Rushdan bergurau tetapi ternyata menjadi kenyataan. Akhirnya Allah meletakkan Ayu di atas pangku tanggungjawabnya.
Satu hari dalam kunjungan itu Rusdhan hilang dari penginapan. Puas mencari dan bertanya khabar tidak diketahui. Rupanya dia merayau jauh ke kampung-kampung yang mengalami musibah tsunami. Di sebuah kampung bernama Kaju itulah aktivis masyarakat yang ulit ini menemui anak angkatnya.
Lantas beliau menjejaki keluarga Ayu yang lain nun jauh di Kuala Simpang. Ikrar dibuat, Rushdan mahu mengambil Ayu menjadi anak angkatnya. Perbelanjaan hidup dan persekolahan dan lain-lainnya dibawah tanggungjawabnya. Kehadiran Rushdan dalam keluarga itu bagaikan jatuhnya sebelah bulan purnama ke atas ribaan keluarga Ayu, memberi sinar dan harapan untuk mereka melihat Ayu terbela.
Rushdan ternyata bertanggungjawab. Dijaga Ayu dan diberikan kasih sayang sepenuhnya. Arwah isterinya Mashitah turut sama berkongsi tanggungjawab dan harapan dengan Rushdan. Mashitah bukan lagi menganggap Ayu sebagai sekadar anak angkat tetapi persis anaknya sendiri. Ayu membesar dalam belaian kedua suami isteri ini dan keluarga mereka. Hasil kasih sayang dan didikan itu trauma yang menyelubungi Ayu perlahan-lahan berlalu.
Dan hari ini, setamat beliau dan berjaya menggenggam ijzarah pertama hidup Ayu seperti sudah berada selangkah dalam taman kebahagiaan. Ternyata Ayu seorang anak yang kini menjadi gadis yang kental sedia menghadapi cabaran dan melupai kisah. Mungkin tertanam di dalam dirinya dengan ijazah itu dia akan merawat luka lamanya disebabkan tsunami dan merawat negeri kesayangannya Aceh yang sebenarnya masih luka.
Tahniah untuk Delvia Yunita dan tahniah juga untuk sdr Rushdan yang berjaya melakukan kebajikan besar seperti mana dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga dan memelihara anak-anak yatim. [wm.kl.7:40 pm 18/06/12]
Bukan PTPTN saja yang gila
Subky Latif, | 18 Jun 2012 |
Maka Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan Putrajaya.
UMNO/BN menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya sekarang.
Apabila semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN membatalkan pembekuan itu.
Sebagai menteri dan pegawai sekali lagi mereka dilihat macam orang gila apabila membatalkannya. Sebagai pegawai awam mereka seperti bermain wang awam dan kuasa seperti main duit sendiri. Mentadbirkan jabatan dan wangnya ikut kehendak sendiri tanpa peraturan. Itu cara zaman batu dulu, bukan zaman pentadbiran canggih sekarang.
Apa pun alasan yang menteri beri ternyata mereka dilihat sebagai pihak yang kalah. Ia memalukan kerajaan dan memalukan UMNO di ambang PRU yang bila-bila masa itu. Ternyata mereka pentadbir yang tiada kelas dan sebagai orang politik yang tidak kelas.
Mereka hendak menguji dan memerangkap PKR dan kerajaan Selangor tetapi yang dilihat politik Rafizi Ramli dengan janji pilihan raya Pakatan telah memerangkap mereka.
Kerja gila itu bukan yang oleh kerjaan BN. Beberapa bulan dulu Perdana Menteri Najib seperti orang gila menaikkan taraf dan gaji beberapa puluh tinggi PTD sampai puluh ribu. Ada yang sudah menerima ratus ribu atau dikatakan hampir sejuta. Ia boleh mengambil orang luar PTD untuk jawatan itu.
Setelah ramai yang bising dan merasakan ia kerja gila, tiba-tiba dibatalkan. Bagaimana hendak mengambil balik gaji yang sudah diterima oleh setengah pegawai? Menaikkan gaji secara mendadak dikira satu kerja gila dan membatalkannya pula macam kerja gila juga. Jadi dua kali gila.
Tidak cukup dengan itu PM Najib umumkan penggabungan MAS dan AirAsia. Angkat Tan Sri Tony Fernandes jadi lembaga MAS. Ia satu lagi kerja gila kerana orang terasa Fernandes dan Air Asia akan telan MAS sebeagaimana di zaman Mahathir dulu sebuah bank komersial yang kecil bergabung dengan Bank Bumiputera yang besar menyebabkan Bank Bumiputera ditelan oleh bank yang kecil itu. Macam sawa ditelan ular lidi. Memang ia dilihat gila.
Sejurus kemudian penggabungan MAS dan Air Asia itu dibatalkan pula. Tak gilakah namanya. Tidak diketahui apakah pembatalan itu melibatkan pampasan kepad Tan Sri Tony dan AirAsia?
Apakah yang Khaled Nordin lakukan ke atas dua kampus di Selangor itu kerana diperintah oleh Najib atau ia ideanya sendiri. Kalau tindakan bodohnya itu dilakukan atas suruhan Najib, maka nasib Khaled samalah dengan nasib Pengerusi PTPTN yang terpaksa ikut suruhan menterinya.
Kalau Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka bodoh juga pegawai yang mengikutnya. Tetapi kalau tindakan itu adalah dari akal Khaled Nordin sendiri, nyatalah dia sudah memalukan Perdana Menteri. Bila orang kata menteri bodoh, maka ia seperti mengata Perdana Menteri bodohlah.
Semuanya adalah bagi memberi peluang kepada pembangkang memperleceh keupayaan menteri BN menjelang PRU. Tindakan itu satu kerugan besar buat BN.
Syiah: Hujah hentam kami tak masuk akal
Kumpulan
Syiah Malaysia menyelar tindakan pelbagai pihak terus menghentam
fahaman itu menggunakan hujah yang tersasar dan tidak masuk akal, kata
jurucakapnya Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz.
Hujah itu, kata Kamilzuhairi (bawah), antaranya mendakwa Syiah membenarkan semua solat dijamak dan menanggap tuhan bersifat jahil, seperti ditimbulkan Ketua Unit Kajian Gerakan Syiah, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Mohamad Ismail.
"Mohamad Ismail mendakwa Syiah menganggap tuhan itu jahil. Ini benda yang bukan Islam sendiri takkan buat kenyataan sebegitu, satu benda yang tak masuk akal.
"(Jika benar) itu sudah jatuh kufur," katanya sambil mendakwa mendengar perkara itu daripada mulut Mohamad sendiri dalam ceramah di Gombak pada Jumaat lalu.
Beliau mengulas liputan khas lima halaman dalam harian berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini berhubung mazhab Syiah yang didakwa berkembang secara senyap-senyap walaupun tidak dibenar disebarkan.
Akhbar itu antaranya turut memetik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai menyifatkan Syiah sebagai "agama politik" dan mendakwa "demonstrasi pertama dalam Islam berasaskan ideologi Syiah".
Selain itu, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi turut dipetik sebagai berkata "konflik Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih rumit daripada konflik Umno dengan PAS".
Liputan meluas sejak minggu lalu
Ditanya tentang motif laporan intensif itu (bawah), Kamilzuhairi berkata beliau kurang pasti namun menyedari liputan meluas anti mazhab itu bermula sejak hujung minggu lepas lagi.
Sementara itu Kamilzuhairi terus mempertikaikan kewibawaan Mohamad yang digambarkan berlebih-lebih memburukkan ajaran Syiah, antaranya dengan mendakwa mereka menggunakan al-Quran yang berbeza.
"Saya sendiri duduk di Iran selama lapan tahun, satu Quran lain pun saya tidak pernah tengok," katanya merujuk kepada kenyataan Mohamad yang didakwa dibuat sebelum ini.
Menurutnya, kekeliruan berkenaan mungkin timbul kerana Syiah mempunyai banyak kitab-kitab doa yang turut dijadikan rujukan.
Mengulas dakwaan berkaitan 'agama politik', beliau berkata sebagai salah satu mazhab dalam Islam, Syiah pastinya turut mencakupi elemen politik, akidah, fikah, sastera dan juga seni yang menjadikan Islam itu agama yang lengkap.
Katanya lagi, tanggapan itu mungkin juga timbul kerana amalan pengikut mazhab Syiah yang berkabung secara terbuka pada bulan Muharram bagi mengingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Sayidina Hussin bin Ali.
"Apa yang berlaku adalah melahirkan kesedihan terhadap perkara yang berlaku kepada cucu Nabi," katanya.
Isu konflik di Syiah-Sunni juga tidak timbul kerana pengikut Syiah di negara ini menganggap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai 'adik-beradik', katanya.
Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.
Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat, oleh kerana Nik Aziz tidak menerima tawaran tajaan itu, sebarang pendakwaan patut dibuat terhadap pihak yang menawarkannya.
Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa.
Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka.
Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 50, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan membabitkan kos RM65,000.
Semakan kehakima yang difailkan empat peneroka Felda - Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Nor Atan - menamakan KPF, SKM dan satu jawatankuasa suruhanjaya sebagai responden dalam permohonan berkenaan.
Permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bagi menyemak semula keputusan SKM yang membenarkan Isa dilantik ke dalam KPF, walaupun mengetahui bahawa pelantikan tersebut tidak sah.
Permohonan yang difailkan melalui firma Mohamad Hanipa & Associates itu juga menuntut supaya pelantikan dan keahlian Isa dalam KPF ditangguhkan sementara sehingga keputusan semakan kehakiman itu diperolehi.
Empat peneroka berkenaan turut menuntut perintah untuk membatalkan keputusan SKM bagi membatalkan pelantikan Isa.
Peneroka itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan atas tindakan tersebut.
Pada 23 Mei lalu, SKM dan jawatankuasa berkenaan mendapati KPF melanggar satu undang-undang kecil dengan membenarkan keanggotaan Isa, namun memutuskan bahawa keahlian itu tidak boleh dibatalkan kerana tiada undang-undang yang memperuntukkan perkara itu.
Dalam satu kenyataan, Ronn Torossian melampirkan gambar Maira di Dubai bagi membuktikan bahawa dia telah memulakan lawatannya ke Eropah tanpa ditahan oleh pihak polis.
"Media telah salah melaporkan khabar angin berkaitan Interpol - adalah jelas dari gambar tersebut, dia bebas melancong di Eropah, keluarga Nazarbayev merancang menghabiskan masa dengan anggota keluarga dan orang tersayang," kata kenyataan itu.
Anak Maira, Daniyar Nazarbayev, bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.
Keluarga Maira sebelum ini menjadi perhatian apabila Daniyar didakwa menipu bapa tiri Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta), seperti dilaporkan The New York Post.
Maira pada 15 Jun, melalui jurucakap perhubungan awam, menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal.
Katanya, beliau dan suami akan memberikan komitmen kepada anak-anak, menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan merancang bercuti ke Eropah untuk beberapa minggu.
Sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan terhadap Daniyar diperbesar-besarkan oleh The New York Post dan dakwaan itu juga tidak melibatkan keluarganya.
Hujah itu, kata Kamilzuhairi (bawah), antaranya mendakwa Syiah membenarkan semua solat dijamak dan menanggap tuhan bersifat jahil, seperti ditimbulkan Ketua Unit Kajian Gerakan Syiah, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Mohamad Ismail.
"Mohamad Ismail mendakwa Syiah menganggap tuhan itu jahil. Ini benda yang bukan Islam sendiri takkan buat kenyataan sebegitu, satu benda yang tak masuk akal.
"(Jika benar) itu sudah jatuh kufur," katanya sambil mendakwa mendengar perkara itu daripada mulut Mohamad sendiri dalam ceramah di Gombak pada Jumaat lalu.
Beliau mengulas liputan khas lima halaman dalam harian berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini berhubung mazhab Syiah yang didakwa berkembang secara senyap-senyap walaupun tidak dibenar disebarkan.
Akhbar itu antaranya turut memetik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai menyifatkan Syiah sebagai "agama politik" dan mendakwa "demonstrasi pertama dalam Islam berasaskan ideologi Syiah".
Selain itu, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi turut dipetik sebagai berkata "konflik Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih rumit daripada konflik Umno dengan PAS".
Liputan meluas sejak minggu lalu
Ditanya tentang motif laporan intensif itu (bawah), Kamilzuhairi berkata beliau kurang pasti namun menyedari liputan meluas anti mazhab itu bermula sejak hujung minggu lepas lagi.
Sementara itu Kamilzuhairi terus mempertikaikan kewibawaan Mohamad yang digambarkan berlebih-lebih memburukkan ajaran Syiah, antaranya dengan mendakwa mereka menggunakan al-Quran yang berbeza.
"Saya sendiri duduk di Iran selama lapan tahun, satu Quran lain pun saya tidak pernah tengok," katanya merujuk kepada kenyataan Mohamad yang didakwa dibuat sebelum ini.
Menurutnya, kekeliruan berkenaan mungkin timbul kerana Syiah mempunyai banyak kitab-kitab doa yang turut dijadikan rujukan.
Mengulas dakwaan berkaitan 'agama politik', beliau berkata sebagai salah satu mazhab dalam Islam, Syiah pastinya turut mencakupi elemen politik, akidah, fikah, sastera dan juga seni yang menjadikan Islam itu agama yang lengkap.
Katanya lagi, tanggapan itu mungkin juga timbul kerana amalan pengikut mazhab Syiah yang berkabung secara terbuka pada bulan Muharram bagi mengingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Sayidina Hussin bin Ali.
"Apa yang berlaku adalah melahirkan kesedihan terhadap perkara yang berlaku kepada cucu Nabi," katanya.
Isu konflik di Syiah-Sunni juga tidak timbul kerana pengikut Syiah di negara ini menganggap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai 'adik-beradik', katanya.
Kes haji Nik Aziz boleh dibuka semula
Walaupun
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik
Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh
dibuka semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz.Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.
Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat, oleh kerana Nik Aziz tidak menerima tawaran tajaan itu, sebarang pendakwaan patut dibuat terhadap pihak yang menawarkannya.
Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa.
Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka.
Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 50, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan membabitkan kos RM65,000.
Peneroka cabar pelantikan Isa Samad
Satu
semakan kehakiman difailkan ke atas keputusan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) membenarkan pelantikan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad
sebagai ahli lembaga dan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).Semakan kehakima yang difailkan empat peneroka Felda - Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Nor Atan - menamakan KPF, SKM dan satu jawatankuasa suruhanjaya sebagai responden dalam permohonan berkenaan.
Permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bagi menyemak semula keputusan SKM yang membenarkan Isa dilantik ke dalam KPF, walaupun mengetahui bahawa pelantikan tersebut tidak sah.
Permohonan yang difailkan melalui firma Mohamad Hanipa & Associates itu juga menuntut supaya pelantikan dan keahlian Isa dalam KPF ditangguhkan sementara sehingga keputusan semakan kehakiman itu diperolehi.
Empat peneroka berkenaan turut menuntut perintah untuk membatalkan keputusan SKM bagi membatalkan pelantikan Isa.
Peneroka itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan atas tindakan tersebut.
Pada 23 Mei lalu, SKM dan jawatankuasa berkenaan mendapati KPF melanggar satu undang-undang kecil dengan membenarkan keanggotaan Isa, namun memutuskan bahawa keahlian itu tidak boleh dibatalkan kerana tiada undang-undang yang memperuntukkan perkara itu.
'Bakal besan PM tiada dalam senarai Interpol'
Maira
Nazarbayev daripada Kazakhstan, melalui seorang jurucakap, menafikan
dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikehendali Polis Antarabangsa
(Interpol).Dalam satu kenyataan, Ronn Torossian melampirkan gambar Maira di Dubai bagi membuktikan bahawa dia telah memulakan lawatannya ke Eropah tanpa ditahan oleh pihak polis.
"Media telah salah melaporkan khabar angin berkaitan Interpol - adalah jelas dari gambar tersebut, dia bebas melancong di Eropah, keluarga Nazarbayev merancang menghabiskan masa dengan anggota keluarga dan orang tersayang," kata kenyataan itu.
Anak Maira, Daniyar Nazarbayev, bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.
Keluarga Maira sebelum ini menjadi perhatian apabila Daniyar didakwa menipu bapa tiri Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta), seperti dilaporkan The New York Post.
Maira pada 15 Jun, melalui jurucakap perhubungan awam, menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal.
Katanya, beliau dan suami akan memberikan komitmen kepada anak-anak, menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan merancang bercuti ke Eropah untuk beberapa minggu.
Sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan terhadap Daniyar diperbesar-besarkan oleh The New York Post dan dakwaan itu juga tidak melibatkan keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan