Khamis, 21 Jun 2012

BUKAN FELDA ..MALAH MUNGKIN RAKYAT AKAN TOLAK PARTI YANG KERJA2NYA....ASYIK PUTAR BELIT...PENIPU...BELASAH HAK RAKYAT...DOUBLE STANDARD...UTAMAKAN KRONI...TAK NAK IKUT ISLAM...DAN SUBURKAN MAKSIAT...LAH NI RAKYAT DAH BIJAK MEMILIH... YANG MANA KACA DAN YANG MANA INTAN..MUNGKIN KACA TU SENDIRI TAK SEDAR DIRI...ANGGAP DIRINYA INTAN YANG BERKILAU2....

RM3b: Pakatan dakwa Murad diugut
ARHIZA AHMAD
20 Jun 2012
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid menerima ugutan berhubung pendedahan akaun sejumlah RM3 bilion melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Murad dipercayai didatangi pihak tertentu dan memberi arahan agar tidak membuat penafian berhubung kenyataan beliau terhadap Anwar.

“Kita mendapat maklumat bahawa beliau didatangi oleh pihak tertentu, yang melakukan ugutan, malah kami tahu siapa pegawai terbabit yang berbuat sedemikian.

“Abdul Murad telah didesak agar tidak membuat penafian, kita tahu beliau diugut,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung PKR pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, semalam.

Sebelum ini, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk melibatkan Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam perkembangan sama, bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris pernah membuat akuan bersumpah bagi membuktikan bahawa siasatan telah dijalankan dan ditutup kerana tiada kes.

Sementara itu, Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen berkata, beliau menggesa mana-mana pihak untuk membuat siasatan sekiranya ada bukti baru mengenai dakwaan Abdul Murad itu.

Anwar sekali lagi mengulangi pelawaannya agar pihak berkuasa tampil membuat siasatan semula jika wujudnya bukti-bukti baru membabitkan dakwaan tersebut.

“Saya sedia disiasat dan akan berikan kerjasama dalam kes ini, tetapi apa yang saya lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan ia merupakan kes kitar semula.

“Ini semua tuduhan yang tidak berasas, saya juga mencabar mereka untuk membuktikan saya mempunyai akaun di bank seperti yang didakwa,” katanya.
Asri: PRU tidak mungkin ketika musim haji
Wartawan Sinar Harian
20 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan ketika musim haji bagi mengelakkan implikasi dan kesan politik ke atas parti yang memerintah.

Malah kata Asri, beliau juga yakin bahawa parti yang memerintah tahu akan kesan buruk atau sengaja mencari isu jika memanggil PRU13 ketika musim haji.

PRU13 peringkat Parlimen akan diadakan apabila Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen. PRU13 dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Musim haji tahun ini akan bermula pertengahan September.

Malaysia pernah mengadakan PRU pada musim haji.

"Saya tidak fikir kerajaan akan mengadakan pilihan raya," kata Asri kepada Sinar Harian Online ketika ditanya sama ada beliau yakin PRU13 akan diadakan ketika musim haji sebagaimana dikhuatiri oleh parti pembangkang khususnya Pas baru-baru ini.

"(Disebabkan) mereka bimbang, mereka melontarkan isu berkenaan, tetapi saya rasa tidak begitu (tidak akan diadakan PRU13)," kata beliau yang sentiasa mengikuti dengan dekat, menganalisis dan mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan politik.

Ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini juga berkata, tindakan mengadakan PRU semasa musim haji seakan "sengaja solat di tempat orang lalu lintas."

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Hal ini disebut oleh pelbagai ulama seperti al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari," katanya.

Asri juga berkata, orang yang sengaja memilih tempat lalu lintas itu yang berdosa.

"Ulama hendak memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas," katanya.
Mahathir: 'Kita masih belum sedia untuk liberalisme'

20 Jun 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA - Adalah baik untuk mempunyai kebebasan berhimpun tetapi ia perlu ada hadnya kerana sebuah kerajaan yang baik bukan hanya bertanggungjawab kepada kumpulan minoriti tetapi juga majoriti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua kebebasan ada hadnya, hanya kerana kebebasan mungkin menceroboh atau menafikan kebebasan orang lain.
 
"Jadi, kita perlu menerima had ini, anda boleh mendapat kebebasan tetapi anda tidak boleh melangkaui sesetengah perkara kerana orang lain juga berhak untuk mendapat kebebasan," katanya dalam ceramahnya Akta Perhimpunan Aman 2012 - Masa Depan dan Cabaran di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebebasan berhimpun juga tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memberi tekanan kepada kerajaan kerana apabila ini berlaku sepanjang masa, kerajaan tidak boleh membuat keputusan yang baik.
 
Dr Mahathir berkata, walaupun Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal tetapi masih mengamalkan demokrasi dalam erti kata rakyat boleh mengubah kerajaan melalui proses pengundian dan dengan ini ia tidak memerlukan rakyat untuk bangkit dan mengadakan revolusi.
 
"Tapi mereka (pembangkang) nampaknya percaya apabila anda berikan kebebasan berhimpun, ia tiada had dan bagi mereka yang berhimpun boleh buat apa saja dan anda tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka.
 
"Kita masih belum bersedia untuk liberalisme. Saya fikir ia akan mencemarkan imej negara jika kita cuba menjadi begitu liberal seperti demokrasi liberal di barat," katanya.
 
Beliau berkata di negara ini, ia masih terbuka untuk kritikan berbanding negara-negara lain yang (dikatakan) liberal, dan ia tidak perlu dicemari dengan demonstrasi, hanya semata-mata untuk menegakkan pendapat. - Bernama
Abai isu tidak penting
RUWAIDA MD ZAIN
20 Jun 2012
Abai isu tidak penting
Abdul Khalid selepas majlis Perjanjin Pelaburan dan Pemegang Saham Operator Telefon Bimbit Prabayar di sini semalam.
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik beliau, Faekah Husin yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi PKR sebagai tidak penting dan perlu  diabaikan.
“Ada gerakan juga untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), (gerakan menjatuhkan individu) dalaman atau luaran parti pun serupa.
“Politik adalah ‘dynamic games’ tetapi ada juga yang banyak kenyataan itu ialah kenyataan spekulasi. Jadi kita tidak mengambil usaha itu sebagai satu usaha yang penting,” katanya.
Dakwaan gerakan itu menjatuhkan Faekah itu bermula di laman sosial Twitter dengan menggunakan #Kami Sayang PKR dan #Pecat Faekah yang menggesa agar Faekah meletak jawatan.
Abdul Khalid yang sedia maklum perkara itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) mempunyai objektif jelas di mana ketiga-tiga parti dalam PR bekerjasama dengan satu jiwa untuk membentuk dan menyediakan sebuah kerajaan  alternatif “Saya tahu tujuan ini, anda mesti tahu (perkara) ini dalam politik. Macam hal Datuk Seri Anwar Ibrahim, berapa banyak kes yang beliau lalui. Apa yang beliau lakukan, abaikannya.
“Bekerja keras adalah objektif terbaik. Jadi, saya ikut juga, abaikan semua itu kerana gangguan ini tidak akan memberikan nilai tambah kepada objektif anda,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memuji Faekah ketika ditanya dakwaan setiausaha politiknya itu didakwa bersikap lebih sudu dari kuah ketika mengeluarkan sesetengah kenyataan media.
“Itu bermakna beliau melakukan tugasnya dengan baik. Tujuan utama kita adalah komunikasi, bermakna kita harus menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media selepas Perjanjian Pelaburan dan Pemegang Saham Operator Telefon Bimbit Prabayar di sini semalam.
Kes Stephanie Foray: Si mati mungkin dirogol - Pakar forensik

20 Jun 2012
KUANTAN - Pakar Forensik Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak menolak kemungkinan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray dirogol sebelum atau selepas kematiannya.
 
Dr Sri Marni Zainal Abidin yang menjadi saksi ke-11 pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Foray di Pulau Tioman tahun lepas, berkata kemungkinan itu boleh berlaku setelah beliau menjalankan bedah siasat jasad si mati yang hampir reput pada 8 Ogos 2011 di HTAA dengan dibantu Pakar Forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Nurliza Abdullah.
 
Sri Marni dalam keterangannya berkata dalam laporan bedah siasatnya Foray mungkin dirogol setelah sampel daripada kemaluannya yang dihantar ke Jabatan Kimia mengesahkan terdapat kesan air mani.
 
"Ini menunjukkan berlakunya hubungan seksual serta mengambil kira empat keretakan tulang berlaku di sekitar bahagian mukanya, saya tidak menolak kemungkinan si mati mungkin dirogol," katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Salim  Soib@Hamid.
 
Sri Marni juga menjelaskan bahagian sulit Foray hampir tidak dapat dikenal pasti akibat proses pereputan tetapi beliau berjaya mengambil sampel daripada bahagian yang mempunyai bulu pubik.

Namun ketika ditanya Salim sama ada perlakuan seksual tersebut berlaku selepas atau sebelum Foray dibunuh, Sri Marni tidak dapat menentukannya kerana jasad si mati mengalami proses pereputan.
 
"Sekiranya masih ada tisu atau kulit yang belum reput, ada kemungkinan ia boleh menunjukkan sama ada hubungan seksual itu berlaku sebelum atau selepas kematian si mati," katanya.
 
Sri Marni memberi keterangan pada hari ke-14 perbicaraan ke atas Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.
 
Beliau juga memberitahu mahkamah, bahawa menerusi ujian etimologi dan pereputan jasad Foray, masa kematian dianggarkan antara empat minggu hingga tiga bulan.
 
Dalam pada itu, Sri Marni juga memberitahu kematian Foray adalah akibat kecederaan kepala yang disebabkan oleh benda yang tumpul dan keras yang menyebabkan keretakan beberapa tulang pada bahagian muka dan tengkorak kepala mangsa.

Ketika menjawab soalan Salim, Sri Marni berkata apa-apa sahaja objek termasuk besi, kayu mahupun sebiji botol boleh menyebabkan kecederaan sedemikian sekiranya ia mempunyai permukaan yang keras dan tumpul.
 
"Pemeriksaan terhadap jasad Foray juga tidak menunjukkan apa-apa kesan penyakit yang signifikan yang boleh menyebabkan kematian pada masa Foray meninggal dunia.
 
"Ini dapat dipastikan menerusi pemeriksaan saya di bahagian organ dalaman utama contohnya jantung, paru-paru dan hati mangsa. Walaupun organ-organ berkenaan mengalami proses pereputan dan kering, kesan penyakit tidak kelihatan," katanya.
 
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung esok. - Bernama
Pas gesa warga Felda tolak BN
NOOR AZURASAHRIL
20 Jun 2012
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Pas meminta rakyat, khususnya warga Felda supaya menolak Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) yang didakwa mengkhianati peneroka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa  Saham.
Menurutnya, terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.
"Ini satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda seluruh negara.
“Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan," katanya, semalam.
Isu NFC: Pac akan panggil wakil Kementerian Pertanian, Jabatan Veterinar

20 Jun 2012
Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail keluar tinggalkan Mahkamah Sesyen
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil wakil daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Veterinar bagi memberi penjelasan berhubung prosedur operasi standard (SOP) penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
 
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata jawatankuasa itu bersetuju memanggil wakil kementerian dan jabatan untuk memberi keterangan pada 26 Jun ini.
 
"Akan tetapi ia lebih kepada penjelasan SOP kontrak NFC sama ada mereka mematuhi SOP. Kita tidak akan menyentuh apa-apa berkaitan mahkamah yang boleh menimbulkan subjudis.
 
"Ia adalah dua bahagian. Satu, apabila wang (dana) itu hilang kita tidak mahu sentuh... (tetapi sentuh) bagaimana keputusan dibuat sebelum memulakan projek," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini.
 
Pada 12 Mac lepas, Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyeleweng RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Taman Tun Dr Ismail.
 
Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009.
 
Selain Pusat Fidlot Nasional (NFC), PAC turut menyiasat kos pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baharu atau KLIA 2, pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pelupusan hutang bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli. - Bernama

Tiada ulasan: