Rabu, 13 Jun 2012

ADA JUGA YANG ORANG MEMUTAR BELIT KENYATAAN ...BEBAL ATAU SAJA2 BUAT BEBAL...BUKAN HAPUS MALAH DENGAR CERITA MEREKA NAK BAGI PERCUMA...JANGAN SAMPAI ALLAH MURKA ...ALLAH TURUNKAN BALA...DENGAN ORANG SIBUK SURUH MINTA MAAF...KITA BUAT MAKSIAT@MUNGKAR ADA MOHON AMPUN ATAU TAUBAT...AMPUN NI UNTUK ALLAH...MAAF UNTUK MANUSIA....JANGAN KITA SAMAKAN MAHKLUK DENGAN ALLAH....

Gempar!! Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012
Posted on Tuesday, June 12 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: karmic

"Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

 

awan nano

awan nano 2

awan nano 3

awan nano 4

awan nano 5

awan nano 6

Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku.

Foto diatas bukan edit, bukan malapetaka dan sila jangan buat kesimpulan suka-suka

Debik Karmic "


Apa maksud PM umum Kelantan negeri termiskin


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan maksud pihak kerajaan apabila beliau mengumumkan Kelantan sebagai negeri termiskin dalam satu majlis di negeri Sabah.
 
Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain (gambar) turut meminta penjelasan adakah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan yang agak kerap kebelakangan ini bertujuan merancang untuk membawa negeri itu keluar dari masalah ini.

Beliau mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Berikut ialah soalan-soalan daripada ahli parlimen PAS bagi jawab lisan di Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan kesihatan seluruh negara serta pertambahan peruntukan kesihatan negara berbanding dengan yang ada sekarang hanya 4.3% daripada KDNK.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Sivik menjadi mata pelajaran wajib untuk Penilaian Berdasar sekolah (PBS). Di Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat tidak menawarkan mata pelajaran ini kerana kekurangan guru dan kemudahan. Perkara ini juga baru dimaklumkan. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkara ini.

Datuk Kamarudin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah penonton berita RTM 1, RTM 2, TV 3, NTV 7, CNN, BBC dan Al-Jazeera di Malaysia pada tahun 2011.

Mohd Firdaus Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kelahiran anak luar nikah di kalangan orang Islam bagi tempoh 2007-2011 dan nyatakan langkah-langkah bagi
membendung gejala ini dan keberkesanannya.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bila tarikh sebenar Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu akan dibuka untuk kegunaan pengguna jalan raya.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) maksud pihak Kerajaan apabila YAB. Perdana Menteri mengumumkan Kelantan sebagai negeri termiskin dalam satu majlis di negeri Sabah; dan
(b) adakah lawatan YAB. Perdana Menteri ke Kelantan yang agak kerap kebelakangan ini bertujuan merancang untuk membawa negeri itu keluar dari masalah ini.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian dan usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia terhadap konflik di Syria.

Dr. Che Rosli Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
(a) status pelaksanaan gaji minimum bagi pekerja dalam industri; dan
(b) kejayaan latihan dan penempatan siswazah yang menganggur.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah peruntukan kepada MADA untuk petani menghadiri program Rural Tranformation Centre (RTC) pada 4 Mei 2012 di Kota Bharu Kelantan.

Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak kapal sokongan luar pesisir (OSV) yang diperlukan untuk industri minyak dan gas negara, berapa yang didaftarkan di Malaysia dan nyatakan berapa banyak yang dimiliki Bumiputera dan berapa banyak yang dimiliki bukan Bumiputera.
 Nostalgia : Siapa Kata Demo Bukan Budaya Orang Melayu??
Posted on Tuesday, June 12 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Artikel Oleh: karmic

"Demo KL

Kuala Lumpur. Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu"

demo melaka
Melaka. Sepanduk: "Zalim Itu Binasa"


demo Kelantan

Demonstrasi secara besar besaran ini dilaporkan berlaku pada Februari 1946. Menurut akhbar MAJLIS (9/2/1946), perhimpunan itu dihadiri sejumlah 36,000 orang melayu Kelantan manakala akhbar SERUAN RA'AYAT pada hari yang sama telah melaporkan kehadiran seramai 65,000 orang.

Nota:

Rakyat Kelantan memang dah bijak dalam politik dan juga hak mereka sejak sekian lama.. syabash betta

Kalau Rais Yatim dah ada pada ketika itu sebagai menteri, mungkin akhbar MAJLIS akan melaporkan hanya 3277 orang saja yang hadir, termasuk jurugambar dan pasukan cheerleaders... kah kah kah

Golongan Kiri

Perarakan anggota API, AWAS & GERAM di Melaka menentang Malayan Union. Demonstrasi ini diadakan setelah gabungan politik berhaluan kiri selesai mengadakan Sidang Kongres di Melaka.

Nota: pada manusia manusia yang berkepentingan yang sesuka hatinya mengatakan demonstrasi bukan dari budaya melayu/malaysia, sila buka mata dan jangan pekakkan telinga. Demo itu adalah hak yang terjamin dalam perlembagaan yang bertunjangkan demokrasi... bukan sebab demo tak kasi... err.. atau demo lo ni doh tok supo mulo... kah kah kah kah

Sumber : Debik Karmic"

Menteri umporno ugut Raja Melayu
Posted on Tuesday, June 12 @ 11:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter
Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.


Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.
“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.
“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.
“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?
“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.
“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.
Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.
Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.
Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.
Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.
“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,” kata beliau.
Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mengapa ramai pemimpin UMNO takut debat?
Posted on Tuesday, June 12 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter
“Plz convey my four letter words to the moderator…” Tweet ini ditujukan kepada Dr Maszlee Malik selepas beliau mencadangkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Seruan debat itu dibuat dalam satu debat di antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Straetgik PKR Rafizi Ramli pada akhir bulan lalu.

Soal sama ada Najib berani berdebat dengan Anwar, itu perkara kedua. Yang penting, seluruh Malaysia telah menyaksikan cabaran oleh seorang ahli akademik – bukan musuh atau lawan politik Najib mahu pun Anwar – yang ingin melihat budaya politik sihat berkembang di negara ini.

Dr Maszlee, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang juga anak kelahiran Johor, bukan orang baru dalam dunia diskusi politik. Malah, kepakaran akademik beliau adalah dalam bidang politik moden dunia Islam. Sayangnya masih ada kalangan pecacai UMNO yang rendah akal budi serta kurang cerdik minda mereka.

Cadang debat dikatakan biadap?

Tak hairanlah kalau Dr. Maszlee dihentam keromo blogger pro-UMNO sebagai “biadap”, yakni biadap kerana berani mencadangkan pemimpin nombor wahid mereka, Najib, untuk berdebat dengan Anwar sekalu pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi tidak pula biadap bagi pecacai UMNO untuk membaling batu dan telur kepada para pemimpin Pakatan serta memecahkan kereta wakil-wakil rakyat oposisi. Tidak kurang ajar bagi mereka untuk mengganggu-gugat rumah keluarga Pengerusi Bersama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dengan itu, tidak biadap untuk para pecacai UMNO mengancam Dr Maszlee yang terpaksa menerima reaksi negatif (bukan kritikan membina tetapi ugutan biadap) sama ada dalam tweeter dan facebook. Budaya takut debat semakin tebal di kalangan para pemimpin UMNO yang selama ini menyangka kuasa menghalalkan apa saja tindakan mereka tanpa boleh dipertikaikan oleh rakyat jelata.

“Macam jin keluar dari botol…”

Bagi Dr Maszlee sendiri, debat yang dikendalikannya di antara Khairy dan Rafizi adalah satu lagi perkembangan sihat dalam budaya berwacana dan dialog di negara ini.

“Khairy telah melakukan jasa besar dan beliau harus diberi pujian. Dia telah meletakkan satu standard yang Pemuda UMNO kena ikut, pemimpin UMNO lain kena ikut dan untuk masa depan, ahli politik UMNO kena ikut.

“Dalam kes ni, kena tabik (Khairy) kerana dia berani. Dan apa yang dilakukan tu membentuk sejarah. Bila itu sudah menjadi budaya dia akan jadi ibarat ‘jin terkeluar dari botol…dia tak boleh masuk balik’…”

“Mendidik masyarakat-non-partisan”

Apabila saya bertanya mengenai pendirian politik beliau, Dr Maszlee dengan jelas berkata bahawa beliau mahu mendidik masyarakat.

“Sebagai orang akademik, lebih baik saya ambil peluang untuk mendidik masyarakat bagi mencapai ke arah politik idea. Kalau saya sudah mengambil sikap berpartisan, maka saya rasa saya akan menggagalkan usaha yang saya lakukan.”

Beliau juga menekankan bahawa dalam usaha mendidik masyarakat, sebagai seorang akademik yang non-partisan perlulah ‘vokal’ dalam mengenengahkan idea-idea baru bagi membentuk sebuah masyarakat yang berfikiran kritis dan segar.

“Dalam mendidik masyarakat kita perlu ‘vokal’, jadi bila kita vokal, seringkali orang kaitkan ia dengan pembangkang- itu tak betul. Kita perlu wujudkan bahawa sikap ‘vokal’ perlu ada kepada semua. Sikap kritikal juga perlu ada kepada semua, begitu juga sikap analitikal, bukan hanya dalam pembangkang hatta dalam UMNO sendiri,” katanya.

Walau pun demikian, sedikit sebanyak penglibatan beliau dalam mendidik masyarakat meraikan politik baru dipandang serong seolah-olah berpihak kepada oposisi.

Dr. Maszlee merujuk masalah ini sebagai masalah persepsi yang sememangnya wujud dalam masyrakat, khususnya dalam keadaan di mana media massa dan sumber maklumat dikuasai sepenuhnya oleh pemerintah. Malah, persepsi itu tidak terikat kepada UMNO dan Barisan Nasional sahaja, malah sedikit-sebanyak mempunyai kesan dalam minda segelintir pemimpin Pakatan.

Beliau hanya berharap supaya masyarakat, terutamanya pemimpin politik bersikap lebih terbuka dan toleran serta tidak menganggap rakyat bodoh jika mahu kerjaya serta wadah politik mereka terus relevan dan dipercayai rakyat - Hafiz Zainuddin

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 
 Pengkhianatan BN Bukan Persepsi, Sudah Menjadi Realiti
Posted on Tuesday, June 12 @ 10:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Tan Seri Muhyiddin Yasin cuba menutup kelemahan BN yang semakin terhakis sokongan dengan menyalahkan media baru yang menyebarkan fitnah kepada BN sehingga orang mula benci dan membentuk persepsi buruk dengan Umno BN.

Selama ini yang membuat fitnah ialah cyber troper pro Umno cuba menggunakan media baru untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat namun tetap tidak berjaya. Terbaru terdapat gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersalam dengan Ambiga, pada hal gambar Ambiga bersalam dengan Hillary Clinton. Sebelumnya gambar YAB Lim Guan Eng menyembelih lembu korban, hakikatnya ialah gambar Datuk Seri Haji Nizar Jamaludin yang sedang menyebelih lembu korban.

Apakah isu NFC yang diberi kepada suami Sharizat sebanyak RM250 juta satu persepsi? Adakah cerita hapus hutang sebanyak RM589 juta kepada Tan Seri Tajudin Ramli satu persepsi?. Sedangkan anak-anak muda yang berhutang dengan PTPTN sebanyak RM30,000 dikejar sampai dalam kelambu.


Apakah satu fitnah apabila pemimpin PR mendedahkan isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Adakah Raja Farhana Raja Nong Chik akan mendapat projek sebanyak ini jika bukan anak Raja Nong Chik.


Apakah tindakan bebal pemimpin Umno yang memberhentikan PTPTN kepada Unisel dan KUIS satu fitnah?. Tindakan seorang pemimpin yang buta perut terhadap konsep federalisme, seolah-olah Selangor bukan berada di dalam peta Malaysia.

Politik ugut bukan lagi sesuai di zaman melenium baru, ia sesuai di zaman batu. Stail ini seolah-olah melawan arus yang besar dan memberi kesan kepada persepsi buruk kepada kerajaan BN.

Anak-anak muda yang menjadi pengundi baru seramai 2.4 juta yang berumur 40 tahun ke bawah amat benci stail politik seperti ini. Mereka akan terjemahkan di dalam peti undi. Kehadiran hampir 70% anak muda di dalam himpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau Ke Puterajaya adalah angka petunjuk mereka benci dengan politik kotor BN.



Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Dr Mohd Puad Zarkashi Pukul Anak Sindir Menantu
Posted on Tuesday, June 12 @ 09:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh SUHAIZAN BIN KAIAT
Pemuda PAS Johor ingin memberi maklumbalas berhubung berita utama Sinar Harian edisi Johor pada hari ini selasa 12 Jun 2012 bertajuk “PAS Johor Rugi Besar”. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi menyatakan PAS yang bakal meletakkan calon Menteri Besar di Johor akan mengalami kerugian besar, kononnya atas sebab perpecahan dalam kempimpinan DAP Negeri Johor.

Pemuda PAS Johor berpandangan bahawa Dr Puad Zarkashi sedang memukul anak untuk sindir menantu. Perpecahan yang serius bukan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya berlaku dalam kepimpinan UMNO di Johor sendiri. Dr Puad Zarkashi kononnya memukul PAS dan DAP tetapi hakikat sebenarnya sedang memukul UMNO Johor.

Pepecahan dalam UMNO Johor berlaku di semua peringkat daripada sayap- sayap, cawangan, bahagian dan negeri. Pemuda UMNO Johor kelihatan tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13. Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu dan Tebrau lebih menampil dibandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor. Perkara ini berlaku akibat daripada masalah dalaman Pemuda UMNO Johor sendiri.

UMNO Johor sudah 6 tahun tidak mengadakan konvensyennya. Kali terakhir konvensyen di adakan adalah pada 5 November 2006. Pada kovensyen tersebut Dr Puad Zarkashi dengan lantang membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Mathematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Mengikut sumber dalaman, UMNO Johor tidak lagi membuat konvenysen adalah kerana Menteri Besar Johor Dato Abd Ghani Bin Othman tidak dapat menjawab pelbagai masalah yang berlaku di Negeri Johor khusunya yang berlaku diperingkat bahagian-bahagian UMNO Johor.

Perpecahan UMNO diperingkat bahagian tertentu sangat serius sehingga sukar untuk kepimpinan UMNO meletakkan calon dalam pilihanraya umum akan datang. Sebagai contoh pertembungan klasik yang semua orang UMNO mengetahuinya, berlaku dalam UMNO Bahagian Pulai di antara Ketua Bahagian UMNO Pulai Dato Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas YB Dato Osman Sapian. Pertembungan ini sangat serius sehingga menyukarkan UMNO meletakkan calon Parlimen Pulai dan DUN Kempas.

Calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional(BN) juga menghadapi masalah. Dato Abdul Ghani Bin Othman besar kemungkinan tidak akan menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihanraya umum akan datang. Ini kerana UMNO Johor perlukan penyegaran dengan kempimpinan yang baru. Kekosongan ini telah menyebabkan berlakunya lobi melobi antara bakal calon-calon Menteri Besar Johor. Proses lobi melobi ini telah menyebabkan perpecahan UMNO Johor. Berita ini kebanyakkan rakyat Johor memahaminya.

Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini telah menyebabkan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Dato Abdul terpaksa membuat lawatan disetiap bahagian UMNO di Johor lebih daripada sekali untuk membuat persiapan pilihanraya umum akan datang. Presiden UMNO dan Timbalannya kerap membuat lawatan ke Johor sehingga lebih tiga kali dalam tempoh satu bulan. Lawatan-lawatan politik seumpama ini tidak pernah berlaku pada pilihanraya umum sebelum ini di negeri Johor. Salah satu punca kenapa Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak masih belum membubarkan parlimen adalah berpunca daripada ketidakyakinan Presiden UMNO mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini. Terdapat sembilan kerusi parlimen BN yang panas di Johor. Semakin hari semangkin banyak bilangan parlimen yang panas kepada BN di Johor.

Walaubagaimana pun keperihatinan Dr Puad Zarkashi terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah sesuatu yang membanggakan. Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu. PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah. Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13.

Yang Benar


SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA
PEMUDA PAS JOHOR

Enggan Meminta Maaf Bukti Bn Angkuh Kepada Rakyat
Posted on Tuesday, June 12 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Kamarulzaman Mohamad
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kesal dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek yang enggan memohon maaf berhubung insiden semasa perlumbaan 'drag' dalam Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya bulan lalu.

Beliau memberi respon bahawa perkara itu tidak berbangkit kerana pihaknya telah mengambil tanggungjawab penuh dengan menghantar semua yang tercedera ke hospital. Beliau juga menambah bahawa anak-anak mereka mungkin akan menghadapi insiden lain juga sekiranya ke acara lain.

Bagi DPPWP, kata-kata beliau itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bernama Menteri. Apatah lagi beliau juga merupakan seorang Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan program tersebut. Seharusnya, Datuk Seri Shabery Cheek mewakili kerajaan memohon maaf kepada keluarga mangsa di atas kejadian tersebut bagi menunjukkan keprihatinan. Sekelumit permohonan maaf adalah tidak sukar bagi beliau sebenarnya.

Ini sekaligus menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana sikap pihak menteri Kerajaan Barisan Nasional dalam menganjurkan sesebuah program. Sikap suka berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab sudah menjadi lumrah dan darah daging mereka. Bagi mereka, apa yang penting adalah gahnya nama Barisan Nasional menganjurkan program. Soal-soal lain ditolak ketepi.

Ini juga menggambarkan bagaimana kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir dan menjaga kebajikan rakyat. Harta dan keringat rakyat diperah semahu-mahunya dalam merealisasikan agenda mereka. Rakyat diperkudakan demi menjamin kekuasaan mereka di tampuk pemerintahan. Bagi UMNO/Barisan Nasional, harta rakyat merupakan harta mereka.

DPPWP menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar menolak kerajaan Barisan Nasional yang merupakan sebuah kerajaan yang tidak menjaga kebajikan rakyat ini. Sudah tiba masanya bagi sebuah kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional dalam mentadbir Malaysia ini.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
 Isu no plat WWW1 - kini Nizar pula saman Utusex Meloya dan TV3 suku 1 Malaysia A
Posted on Tuesday, June 12 @ 08:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog SharshooterBaru kelmarin dalam perbicaraan kes Mat Sabu dan Guan Eng, sudah terang lagi bersuluh bahawa Utusex Meloya telah memfitnah Mat Sabu dan Guan Eng kini tiba pula giliran YB Nizar pula untuk saman Utusex Meloya dan TV3 suku..biar mampos penyebar propaganda fitnah umporno sampai Sultan Johor pun ditipu hidup-hidup.

YB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.

Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1.

"Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan.

"Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga sedia menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menyatakan perkara sebenar.

Beliau berkata, pihaknya akan mengutus surat untuk mohon menghadap ke Istana Johor.

"Saya ingin menyatakan seikhlas-ikhlas hati di hadapan semua, saya teringin untuk menghadap, memohon maaf dan menceritakan kepada Baginda hal yang sebenarnya supaya kemelut ini dapat dihentikan," katanya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Nizar mahu mohon ampun




NIZAR


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menyatakan kesediaan untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.
Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.
"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini (semalam) saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.
"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Pembangkang perlu mohon maaf



MOHAMED KHALED menggunakan cermin mata 3D bagi melihat gambar selepas merasmikan Estcon 2012 di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang sepatutnya memohon maaf kepada rakyat di negara ini kerana mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbukti sangat diperlukan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan tersebut boleh mendatangkan lebih banyak masalah kepada ibu bapa dan pelajar.
“Insiden yang berlaku kepada Unisel (Universiti Selangor) telah menunjukkan kalau tidak ada PTPTN bukan sekadar Unisel tetapi semua institusi pengajian tinggi swasta di negara ini bakal berhadapan masalah. Jadi, dia (pembangkang) harus minta maaf kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan: