Selasa, 26 Jun 2012

KERANA TERLALU BANYAK PENIPUAN..JIKA MENIPULAH....MAKA PENIPUAN AKAN MEMBATALKAN KEPUTUSAN...JIKA PEMBUKTIAN YANG SHAHIH DAPAT DIBUKTIKAN...BUKAN ITU SAJA...SEKSAAN AKAN DAPAT DIAKHIRAT KERANA MENIPU....JIKA TAK MENIPU JANGAN RISAU LAH......

Serang peninju negara: Anak VVIP didakwa
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
25 Jun 2012
Serang peninju negara: Anak VVIP didakwa
Tunku Nick Tazuddin (berkemeja hijau) dan Alex (berkemeja biru) kelihatan tenang ketika diiringi masuk ke kamar pertuduhan.
JOHOR BAHRU – Seorang anak kenamaan bersama seorang lagi rakannya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sinihari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi yang masih bebas dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan pada 6 Mei lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada tarikh berkenaan antara jam 4.30 pagi hingga 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini, dengan menggunakan senjata tumpul.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.
RM3b: Pas tiada halangan SPRM siasat Anwar

25 Jun 2012
RM3b: Pas tiada halangan SPRM siasat Anwar
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR -  Pas hari ini secara terbuka mengakui parti itu tiada halangan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Sambil mengalu-alukan siasatan semula itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata bukan saja Anwar, malah parti itu sentiasa terbuka untuk melihat suruhanjaya itu menyiasat siapa sahaja termasuk Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bukan saja Anwar, Nik Aziz, malah siapa pun jika perlu disiasat, siasatlah, itu kita tidak ada masalah.

"Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak membuat siasatan atas
mana-mana tuduhan...itu pendirian rasmi kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya mengenai pendirian Pas berhubung isu pemilikan RM3 bilion Anwar seperti didedahkan dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, Anwar tentunya tidak mempunyai masalah untuk disiasat kerana ketua pembangkang itu sendiri telah menyatakan sedia untuk bekerjasama malah berani untuk tampil menjawab tuduhan itu ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 di Dewan Rakyat Rabu lepas.

 "Anwar juga sedia bangun dan bahas isu ni dalam Parlimen, menunjukkan beliau berani dan tidak akan lari dari masalah," katanya.

Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu.

Berhubung desakan Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan yang mahu beliau meminta maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan, Salahuddin berkata, isu tersebut tidak akan timbul sekiranya pihak yang membuat dakwaan faham bahasa Melayu sepenuhnya.

Katanya, beliau langsung tidak berniat untuk menghina apabila menjadikan perarakan membawa Kabadi semasa perarakan itu sebagai satu daripada contoh, kerana maksud sebenar adalah bagi menggambarkan walaupun pembawa kabadi berada dalam keadaan separuh sedar, perarakan itu masih berlangsung dalam keadaan aman tanpa adanya provokasi pihak tertentu.

"Saya langsung tidak berniat menghina agama Hindu dengan kaitkan Thaipusam dengan perhimpunan jalanan, malah yakin sekiranya boleh memahami bahasa Melayu dengan baik, mereka boleh faham apa yang saya maksudkan," katanya.

Selain mahu Salahuddin meminta maaf, parti itu juga mahu beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut, yang dibuatnya pada debat bertajuk `Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi' pada Selasa lepas.

Malahan parti itu juga telah membuat laporan polis terhadap Salahuddin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur  perkauman dan berbaur hasutan. - Bernama
Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
25 Jun 2012
Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat
Husam Musa, Awang Adek
KOTA BHARU - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan  Dr Awang  Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.

"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.

Isu tersebut timbul apabila bekas Bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali “Kickdefella mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu.
Perkasa desak Singapura lucut diplomat sertai Bersih 3.0

25 Jun 2012
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum mendesak Kedutaan Singapura menarik balik khidmat tiga diplomatnya yang dilaporkan menyertai perhimpunan haram Bersih  3.0.
Perhimpunan aman selama setengah jam di hadapan pejabat sementara Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini, bermula pada pukul 1.30 petang ini, dihadiri 250 penyokong Perkasa yang diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali.
Ibrahim berkata memorandum satu muka surat itu diserahkan kepada Setiusaha Pertama Suruhanjaya berkenaan, Tan Chee King dan Setiausaha Pertama Politik, Haris Rusdi Chai di lobi bangunan sementara suruhanjaya itu.
Katanya tujuan memorandum itu dihantar adalah untuk menyokong prinsip Malaysia yang tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam isu dalaman negara kerana ia mampu membawa kesan negatif yang boleh menggugat hubungan baik kedua-dua kerajaan.
"Sebagai sebuah negara yang merdeka, mereka perlu menghormati antara satu sama lain dan tindakan diplomat itu dilihat sebagai pengkhianatan kepada negara ini," katanya kepada pemberita.
Ibrahim berkata Singapura juga perlu meminta maaf dengan kerajaan Malaysia serta seluruh rakyatnya berhubung insiden berkenaan bagi mengelakkan timbul lebih banyak persepsi negatif.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong ke Wisma Putra berhubung pembabitan tiga diplomat negara itu dalam perhimpunan haram berkenaan. - Bernama
PKR terima keputusan Rafizi letak jawatan
Jamilah Hamzah
25 Jun 2012
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - PKR menerima keputusan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau turut menerima baik keputusan peribadi yang dibuat oleh Rafizi itu.
Saifuddin berkata, Rafizi memerlukan banyak masa bagi merancang strategi perundingan dan pengagihan kerusi, kriteria penentuan bahan kempen selain menyusun langkah membuat lebih banyak pendedahan berkenaan skandal Umno.
"Saya setuju keputusan Rafizi meletakkan jawatan di Kerajaan Selangor itu.
"Beliau perlukan masa yang cukup untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam parti ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Rafizi juga hadir pada sidang media itu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, keputusan tersebut baik untuk meringankan beban yang dipikul oleh Rafizi bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengarah Strategi dengan lancar.

Rafizi mengumumkan keputusan itu yang mengejutkan banyak pihak minggu lalu.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pula berkata, beliau juga bersetuju dengan tindakan Rafizi untuk menarik diri daripada jawatan Kerajaan Selangor bagi menumpukan tugas sepenuhnya kepada parti.

Zuraida berkata, Rafizi memerlukan waktu yang cukup untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai Pengarah Strategi bagi memenangi PRU13.

"Dia hebat memang patut fokus kepada strategi parti bagi hadapi pilihan raya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang turut berkata, Rafizi berkemampuan mengatasi kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan percaturan strategi parti yang dilaksankannya.
Rafizi: Tiada krisis, saya sanggup 'sumpah'
Jamilah Hamzah
25 Jun 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
PETALING JAYA - Rafizi Ramli menafikan sekerasnya-kerasnya tindakan beliau meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu disebabkan krisis dengan pemimpin PKR dan sanggup untuk "bersumpah" menyangkal tanggapan sedemikian.

Menurut Pengarah Strategi PKR ini, beliau tidak pernah mempunyai sebarang krisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin atau pun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, kononnnya telah memaksa membuat keputusan meletakkan jawatan.

"Isu itu tak ada kebenaran. Cuma tindakan saya itu memberi kejutan kepada ahli PKR sahaja.

"Saya rasa itu mungkin 'cybertrooper' Umno yang menyamar menjadi ahli PKR menyebarkan fitnah tersebut," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan semua ahli pimpinan PKR termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan bukan hanya berdasarkan hubungan parti sahaja.

"Saya rapat dengan semua Azmin dan semua rakan PKR.

"Saya kenal Azmin sebelum saya jadi ahli PKR lagi dan hubungan kami bukan berdasarkan parti semata-mata tapi seperti keluarga," katanya.

Azmin juga Pengarah Pilihan Raya PKR dan Pengerusi PKR Selangor.

Rafizi berkata, cerita yang ditimbulkan Umno mungkin untuk memecahbelahkan PR, namun keadaan tersebut akan memudaratkan lagi kedudukan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kalau mereka (Umno) benar-benar kaji tentang saya, mereka akan tahu saya begitu rapat dengan semua orang.

"Saya juga sering bertemu Faekah tapi disebabkan bidang tugas yang berlainan kadang-kadang tidak dapat untuk bertentang mata," kata Rafizi lagi.

Rafizi juga berkata, isu yang dimainkan Umno memang tidak betul dan beliau boleh bersumpah untuk menafikan fitnah tersebut.

"Demi ALLAH saya tak ada pertelingkahan dengan Faekah atau ahli-ahli PKR yang lain," katanya.
Rafizi: Kerusi mana saya tanding bukan isu
Jamilah Hamzah
25 Jun 2012
Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli
Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli
PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan menegaskan, tidak timbul persoalan bahagian yang bakal beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Apa pun kata Rafizi, beliau pasti akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun kata Rafizi, keputusan untuk menempatkan calon akan dibuat oleh kepimpinan tinggi setiap parti pada saat akhir sebelum bertanding.

"Soal saya bertanding di mana itu tidak menjadi isu, yang penting saya akan bertanding pada PRU kali ini.

"Setiap keputusan berkenaan calon yang bertanding akan dibuat oleh pemimpin tertinggi setiap parti pada saat akhir menjelang pilihan raya," katanya.

Menurutnya, mereka mempunyai strategi tertentu untuk membuat penempatan calon dan itu adalah strategi bagi setiap parti.

"Ini amalan biasa dalam parti. Kita memang yakin kalau kita tumpukan ke atas kawasan Pandan, dan kita teruskan gerak kerja di Pandan, kita yakin boleh ambil alih Pandan daripada Barisan Nasional.

"Bagaimanapun rakyat yang boleh buat perubahan dalam PRU ini," katanya.

Kata Rafizi, sama ada beliau atau sesiapa sahaja dari Pakatan Rakyat bertanding di Pandan, media boleh membuat spekulasi.
Undi dua kali: SPR buat laporan terhadap Zulkifli Ismail

25 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis terhadap Zulkifli Ismail yang mendakwa telah mengundi dua kali pada pilihan raya umum (PRU) tahun 1980an di dua pusat pengundian.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang membuat laporan itu berkata Zukifli turut mendakwa dan menuduh dalam, akhbar PAS, Harakah, bahawa suruhanjaya itu menipu apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi, serta membuat beberapa tuduhan lain yang memfitnah SPR.

"Ia (laporan itu) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR," kata Zukifli dalam satu kenyataan di sini.

Harakah, keluaran 11-14 Jun 2012 menyiarkan dakwaan Zulkifli itu.

Beliau mendakwa bahawa beliau pernah mengundi dua kali pada PRU tahun 80an di dua pusat pengundian, iaitu di Dewan Undangan Negeri Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang.

Zulkifli juga mendakwa pada PRU 2004, SPR melakukan penipuan apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi, dan pada PRU 2008, tiga rakannya tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain.

Beliau juga mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain tetapi menggunakan gambar orang yang akan mengundi, serta mendakwa SPR menggunakan nama pengundi yang dikenalpasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi.

Zulkifli juga turut mendakwa bahawa melalui sumber maklumat yang diperolehinya MyKad palsu dibuat di sebuah kilang di Klang, manakala "cip" dalam MyKad adalah dari negara China.  - Bernama
Pemuda Pas yakin Tuan Ibrahim calon sesuai
Wartawan Sinar Harian
25 Jun 2012
TEMERLOH – Pemuda Pas Negeri melahirkan keyakinan parti itu layak bertanding di kerusi Parlimen Temerloh untuk pilihan raya umum ke-13 berdasarkan kekuatan parti itu di situ.

Ketua Pemudanya, Shahril Azman Abdul Halim berkata, berdasarkan perkiraan awal, sekarang memang dilihat Pas mempunyai kekuatan di Temerloh kerana parti itu mempunyai kedudukan cawangan paling ramai di parlimen itu selain mempunyai kedudukan jentera yang kukuh.

“Kita juga melihat gerakan atau pusat operasi Pas juga ditempatkan di Temerloh sekali gus menunjukkan kekuatan parti ini sememangnya tidak boleh diragui dan jika Pas meletakkan calon di situ, orang yang paling layak ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri.

“Namun begitu, keputusan ini bukan terletak di peringkat negeri sebaliknya di tangan majlis presiden, Pakatan Rakyat (PR) sekarang sedang berbincang untuk meletakkan calon di situ.

“Kita bukan berbalah sebaliknya sedang berbincang kerana tidak kira siapa yang bertanding di situ, Pas akan tetap memberikan sokongan,” katanya.

Sementara itu Shahril Azman turut mengulas kedudukan PR di Mentakab yang mempunyai potensi untuk menang di kerusi yang dimenangi BN itu.

Beliau berkata, BN sendiri mengakui undi Cina di Mentakab telah merosot dan PR melihat itu sebagai satu perkara yang ada asasnya.

“Jika kita lihat di seluruh negara, undi Cina di kawasan bandar telah menunjukkan sokongan sehingga 80 peratus kepada PR, ini tidak mustahil berlaku di Mentakab,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Pas juga berkeyakinan Pas akan terus mengekalkan kemenangan kerusi bagi Dun Kuala Semantan dalam PRU ke-13 ini.

Tiada ulasan: