Jumaat, 15 Jun 2012

SEGALA KETENTUAN ALLAH...APA KATA...DALAM KEADAAN SEKARANG.....TAK MUSTAHIL PILIHARAYA 13 HUJUNG TAHUN ATAU AWAL TAHUN...KERANA APA...SEBAB TIADA PILIHAN DAN TAK BOLEH TANGGUH LAGI....APA2 BERLAKU SEMUA ADA RASA LAMA JUGA JADI WAKIL RAKYAT....

Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH
  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:07PM Jun 15 2012
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang.

Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah).

ayatullah khomeini iran spiritual leader 290509 02"Kenapa di Malaysia ini golongan agama khas yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng?

"Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya.

Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor".

Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir.

NONESebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dilapor memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas).
Penyenaraian Felda: Perhimpunan mohon campurtangan Agong
  • Leven Woon
  • 8:18PM Jun 15 2012
 
NGO berkaitan PAS - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) - akan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 14 Julai bagi memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.

Dikenali sebagai "Perhimpunan Oren untuk Selamatkan Felda", pengerusi ANAK, Mazlan Aliman berkata, para peserta akan berkumpul di luar masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta pada pukul 2 petang dan kemudian berarak ke Istana Negara yang baru, dekat situ.

"Kami menjangka sekurang-kurangnya 20,000 orang akan menghadiri perhimpunan tersebut. PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai perarakan sejauh 2km itu," kata Mazlan (kiri) ketika dihubungi hari ini.

Manakala Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menjadi pengerusi perhimpunan tersebut, dan Mazlan selaku ketua penyelaras.

Mazlan berkata, jawatankuasa penganjur bercadang mendapatkan penyertaan NGO dari gabungan BERSIH, gerakan anti-ISA dan anti-PPSMI untuk mempertahankan struktur Felda sekarang.

"Kita juga akan cuba untuk mendapatkan parti-parti politik dalam BN, terutama Umno, untuk bersama kita kerana ini adalah isu Melayu. Sembilan puluh tujuh peratus peneroka Felda adalah Melayu," kata Mazlan.

Apabila ditanya mengapa perhimpunan tersebut diadakan pada 14 Julai sedangkan FGV disenaraikan pada 28 Jun, Mazlan berkata ia akan menjadi kemuncak siri aktiviti memprotes penyenaraian Felda.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, mereka akan melancarkan cabaran undang-undang untuk menghentikan penyenaraian FGV, di samping mengadakan jelajah ke seluruh negara.

Ditanya mengenai potensi halangan daripada polis di tempat perhimpunan tersebut, Mazlan berkata, mereka akan mengikut prosedur tetapi tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan.

"Melainkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Abdul Razak) memutuskan untuk membatalkan penyenaraian FGV," katanya.
JKM diidakwa tipu isu IC anak jagaan
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:51PM Jun 15 2012
 
Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menipu apabila mendakwa tidak dimaklumkan berhubung isu status kenegaraan 1,758 anak bekas penghuni institusi jagaannya.

Presidennya Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Noraini Mohd Hashim berhubung perkara itu kelmarin bertujuan untuk memanipulasikan fakta.

Sebaliknya, Muhammad Khairul (bawah) berkata, beliau sebelum ini telah berjumpa sendiri dengan Noraini pada 4 Jun lalu di Putrajaya.

NONE"Saya dah pergi ke JKM dan beri dia (Noraini) 20 nama. Dia kata akan bantu. Kalau saya bagi dia semua seribu nama, dia boleh selesaikan semua ke?

"Cik (wartawan) pun ada masa saya pergi ke JKM kan? Semua media boleh jadi saksi. Dan masa perbincangan itu, saya dengan pembantu saya dan Noraini bersama pembantu Cik Noraini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rabu lalu, Bernama melaporkan, Noraini berkata, pihaknya tidak menerima maklumat mengenai dakwaan Perbak dan tidak boleh menyiasatnya jika senarai nama berkaitan tidak diserahkan.

Menurut Muhammad Khairul lagi, semasa pertemuannya dengan Noraini minggu lalu, beliau diarahkan supaya "tutup mulut" tentang perbincangan itu.

"Dia suruh saya tutup mulut dan nak bagi bantuan 1Azam dan bantuan bulanan. Dia yang suruh datang sebab nak bincang.

"Saya takkan kembali ke sana (pejabat JKM). Kerana bagi saya dia cuba nak memperbodohkan dan mempermainkan dengan saya," katanya sambil menambahkan akan membuat satu lagi pendedahan berkaitan pada Isnin depan.

Sebelum ini, Perbak mendedahkan seramai 1,758 individu di bawah persatuannya yang keluar daripada JKM tidak mendapat status warganegara.

Sehubungan itu, Muhammad Khairul mengancam untuk ''berperang'' dengan JKM sekiranya tiada tindakan setelah menyerahkan 20 nama kepada Noraini.
'Tiada rekod peguam kes Scorpene dilarang masuk'
3:20PM Jun 15 2012  
Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod pernah melarang  peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham daripada memasuki negara ini, kata kerajaan.

NONEBagaimanapun, pemeriksaan lanjut boleh dilakukan jika ada butir-butir
seperti nombor pasport, tarikh lahir dan tarikh kejadian Breham tidak dibenarkan masuk.

Jawapan bertulis di Parlimen semalam, bagaimanapun, tidak menjelaskan mengapa Breham dinafikan visa kerja, yang menurut peguam itu, menjadi sebab dia tidak dapat memasuki Malaysia bulan lepas.

Sebaliknya, Breham terpaksa mengadakan sidang akhbar di Bangkok, Thailand, mengena kes sivil Suaram berhubung pembelian kapal selam dari firma Perancis, DCNS.

Ahli parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok telah meminta Menteri Dalam Negeri di Parlimen mengapa jabatan imigresen enggan memberi visa itu kepada Bourdon dan Breham.
Jerebu: 3 kawasan di S'gor tahap tidak sihat
4:04PM Jun 15 2012  
Tiga kawasan di Selangor mencatatkan tahap kualiti udara tidak sihat pada pukul 11 pagi tadi, ketika keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung akibat musim panas sekarang dan disyaki ekoran pembakaran terbuka di utara dan tengah Sumatra.

azlanLamanweb Jabatan Alam Sekitar menyenaraikan Kuala Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara tertinggi dengan bacaan 131, diikuti Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).

Bacaan 101 atau lebih merupakan tahap tidak sihat manakala bacaan antara 51 dan 100 dianggap sederhana.

Tompok panas dikesan di beberapa kawasan di tengah dan utara Sumatera semasa musim panas sekarang.
Kebiasaannya aktiviti pembakaran aktiviti dijalankan untuk membersihkan kawasan pertanian.

Juga turut dikesan ialah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan di selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, di SHAH ALAM, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan
Penyelamat negeri Selangor berkata kebakaran hutan gambut di kawasan seluas 83 hektar di Banting sejak 5 Jun lepas dikenal pasti sebagai antara punca kemerosotan kualiti udara di sekitar Lembah Klang ketika ini.    
Selain itu, katanya kebakaran sebuah kebun di kawasan seluas 90 hektar di sekitar Sabak Bernam hari ini turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.  
"Beberapa kawasan di Selangor khususnya Klang, Shah Alam dan Sabak Bernam mengalami penurunan kualiti udara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan, kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang dan Perak hari ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
   
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini menjangkakan keadaan jerebu ini akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.
   
Katanya, laporan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meterological Centre menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lepas.
   
Imej satelit itu juga menunjukkan asap jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
   
Menurut kenyataan itu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkodkan pada jam 11 pagi ini menunjukkan tiga stesen, Kuala Selagor (IPU 131), Pelabuhan Klang (IPU 130) dan Shah Alam (IPU 106) berada pada tahap tidak sihat. Bacaan IPU di Seri Manjung, Perak pula dicatatkan pada tahap sederhana 94.
   
AS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
   
Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.
   
Orang ramai juga diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
   
Nizar mahu jelaskan pada Sultan Johor sendiri
  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:19PM Jun 15 2012
 
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menjelaskan berhubung isu nombor plat WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor kepada baginda sendiri.

Justeru, bekas menteri besar Perak enggan mengulas perkara itu di media buat masa ini.

NONE"Saya tunggu respons daripada istana. Kita tengah tunggu respons untuk mengadap," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya berhubung penjelasan yang akan diberikannya, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang itu mengulangi jawapannya:

"Kena tunggu respons (melalui) surat. Kita tunggu saja."

Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.

Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.

NONEMohammad Nizar sebelum ini menghantar surat permohonan rasmi untuk menghadap bagi membolehkannya menerangkan kedudukan sebenar isu itu, yang berpunca daripada tweetnya yang menyebut bahawa wang bidaan itu boleh digunakan membantu Melayu miskin.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata, sekiranya peluang diberikan untuk membuat penjelasan mengenai kenyataannya dalam Twitter, isu permohonan maaf kepada rakyat Johor tidak mungkin timbul.

"Jika ada pihak yang mempertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak," beliau dipetik sebagai berkata.

Mohammad Nizar menghantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor (atas) pagi ini, lapor harian itu.
Perangkap anti-Assad Amerika jerat Pemuda PAS
  • Amin Iskandar
  • 4:40PM Jun 15 2012
 
ULASAN Untuk terus mengukuhkan kedudukan Israel di Timur Tengah, satu persatu halangan perlu dihapuskan.
Semua negara-negara Arab sudah tunduk kepada Amerika Syarikat sekali gus kepada Israel.
Dengan ini, Amerika Syarikat dan Israel telah menguasai hampir keseluruhan minyak di Timur Tengah.
Arab Saudi telah menjadi penyumbang minyak mentah kepada Amerika Syarikat sejak lama dahulu. Begitu juga Kuwait dan Qatar.
george w bush awards three friends of america tony blair john howard 140109 01Iraq kuasa besar Timur Tengah dirampas menggunakan perang melawan keganasan.
Walaupun kini terbukti Saddam Hussein tidak menyimpan senjata pembunuh massa seperti yang dihebohkan oleh Bush dan Blair, nasi sudah menjadi bubur.
Tinggallah Syria menjadi batu penghalang kepada cita-cita untuk menguasai Timur Tengah dan menjamin keselamatan Israel.
Bashar Al-Assad tegak berdiri melawan Amerika Syarikat dan Israel yang mahu mewujudkan New World Order.
Selain itu, Syria juga sekutu rapat kepada Iran dan payung kepada Hamas dan Hezbollah. Syria juga melindungi aktivis-aktivis kiri yang antiimperialisme Amerika-Israel.
Guling Assad seperti Gadafi
Strategi Amerika-Israel yang diguna pakai dalam berhadapan dengan Bashar A-Assad kali ini tidak berbeza dengan apa yang dilakukan terhadap Muammar Gaddafi di Libya.
Oleh kerana gagal mewujudkan kebangkitan rakyat Syria melawan Assad seperti di Mesir dan Tunisia, Amerika Syarikat-Israel menaja kumpulan pemberontak bersenjata.
Ini disahkan dengan kenyataan dua senator Republikan dari Amerika yang Malaysia baru-baru ini.

NONE"Ini masanya untuk bertindak. Ini masanya memberikan senjata kepada pembangkang Syria bagi mempertahankan diri mereka.

"Situasi Syria tidak akan bertambah baik sehingga seluruh dunia sekurang-kuranya memberikan senjata kepada pemberontak Syria," kata Senator McCain dan Liberman pada 30 Mei lalu.
Dengan menggunakan media, persetujuan dunia diolah seperti mana dunia diyakinkan bahawa Iraq mempunyai senjata pembunuh massa pada tahun 2003 dahulu.

Media seperti CNN, Fox News dan Al-Jazeera menggambarkan Bashar Al-Assad sebagai pembunuh kejam dan mesti dihapuskan.
Kita harus bertanya, jika benar rakyat Syria bangkit melawan pemerintahan Bashar Al-Assad, mengapa tidak terjadi demonstrasi besar-besaran seperti di Tunisia dan Mesir?
Mengapa pula kebangkitan rakyat Syria dengan menggunakan senjata?
Jika tidak ada tajaan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Israel, kumpulan pemberontak tidak akan mampu mempunyai bekalan senjata canggih.
Sunni-Syiah
Persengketaan mahzab antara Sunni-Syiah sekali lagi digunakan, seperti yang pernah Amerika dan Israel gunakan semasa perang IranIraq sekitar tahun 1980-an dahulu.
Ini menyebabkan ramai umat Islam terpengaruh, terutamanya daripada kalangan ektrimis mahzab.
Di Malaysia ada juga yang terpengaruh. Dewan Pemuda PAS mengambil garis untuk bersama-sama menjatuhkan Bashar Al-Assad.
nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03Sama ada mereka benar-benar memahami polemik di belakang isu Syria ini atau semata-mata bencikan Assad yang dikatakan seorang Syiah, tidak pula saya ketahui.
Yang jelas, pemuda PAS bawah kepimpinan Nasrudin Hassan (kanan) terperangkap dalam isu Syria yang dijuarai oleh Amerika-Israel ini.

Baru-baru ini mereka berdemonstrasi di hapan kedutaan Syria dan meminta kerajaan Malaysia menghalau duta Syria pulang.
Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu meminta rakyat Malaysia agar berhati-hati berhadapan dengan isu Syria ini.
"Negara-negara Islam yang menyokong kempen menjatuhkan Bashar Al-Assad seperti Qatar dan Arab Saudi sendiri negara yang tidak mengamalkan demokrasi.
"Oleh itu, bila berhadapan dengan isu Syria ini, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terperangkap sehingga menjalankan kerja-kerja yang dimahukan oleh Amerika dan Israel," kata Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu.
Sebab utama Amerika Syarikat 'melanggar' Syria
Tulisan Prof Michel Chossudovsky yang bertajuk Confronting Iran, Protecting Israel: The Real Reason for America's War on Syria dengan jelas menghuraikan tentang niat utama Amerika dan Israel melanggar Syria.

Jatuhnya Bashar Al-Assad akan mengukuhkan pengaruh Israel di Timur Tengah.
Syria sekutu rapat Iran di Timur Tengah. Apabila Syria dapat dikuasai, dengan mudah Hamas dan Hezbollah dihapuskan sekali gus melemahkan Iran.
iran opposition election 260609 03Isu tentang kononnya masyarakat antarabangsa prihatin dengan nasib rakyat Syria yang terbunuh dalam konflik antara pemerintahan Bashar Al-Assad dan kumpulan pemberontak tidak timbul sama sekali.
Yang paling penting bagaimana untuk "memotong" akses Iran ke Timur Tengah.
Jika kempen menjatuhkan Bashar Al-Assad berjaya, boneka baru akan dinaikkan dan selepas itu Iran akan diserang.
Jika Amerika-Israel menyerang Iran tanpa menjatuhkan Bashar Al-Assad, Syria akan menjadi tempat kepada pergerakan Hamas dan Hezbollah untuk berlindung.
Israel akan diserang dari pelbagai sisi. Sebab itu Iran tidak akan diserang oleh Amerika Syarikat selagi Assad memimpin Syria.
Konflik Timur Tengah mempengaruhi Malaysia secara langsung. Sebagai negara yang bergantung kepada import minyak dari Timur Tengah, sebarang peperangan yang berlaku akan menjejaskan ekonomi negara akibat dari kenaikan harga minyak.
Jika tidak arif dengan politik antarabangsa, banyak-banyakanlah membaca. Dengan adanya Internet, kita sudah boleh mengakses kepada gedung ilmu yang luas.
Jangan kerana terlalu ekstrim dengan mahzab Sunnah Wal Jamaah, kita terpengaruh dengan agenda Amerika Syarikat-Israel untuk mewujudkan new world order.

Inilah Dajjal sebenar yang bakal muncul tidak lama lagi.

AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
 
Dua jurutol PLUS cedera terkena tembakan
2:58PM Jun 15 2012  
Dua orang jurutol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) cedera terkena tembakan dalam kejadian samun di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara di Serembah jam 9.57 malam tadi.
  
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata ketika kejadian, mangsa, Nurijah Rosli, 24, dan Mohd Haffiz Zamri, 26, yang menaiki motosikal untuk memindahkan wang kutipan tol di pejabat Plus di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara, tiba-tiba dihalang sebuah kereta sebelum salah seorang daripada lelaki di dalam kereta tersebut melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Nurijah yang menunggang motosikal tersebut cedera di bahagian belakang badan manakala Mohd Haffiz cedera di kaki kanannya. Siasatan awal mendapati tiga das tembakan dilepaskan menerusi pump gun.

"Setelah motosikal dan kedua-dua jurutol itu jatuh, penjenayah kemudian merampas beg duit yang mengandungi wang tunai RM2,000 daripada mereka sebelum memecut ke arah Sendayan," katanya kepada pemberita di Serembah hari ini.
  
Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Katanya ekoran kejadian itu pihak polis akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dan gerakan memburu penjenayah sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat lelaki berumur 50-an dengan kesan tikaman di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina, Rembau pada 15 Mei lepas.
  
Katanya Ausman Mohd Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Din, 50,  ditahan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson pada kira-kira pukul 11.30 malam, Rabu lepas.
  
"Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 19 Jun. Ausman, seorang dukun dipercayai orang terakhir yang sepatutnya ditemui si mati. Kami yakin Ausman dapat membantu polis menyelesaikan kes ini.

"Sebelum itu, polis menahan tiga lelaki berumur 30-an di Perak dan berjaya merampas sebuah kereta dipercayai digunakan si mati semasa keluar rumah," katanya.

- Bernama
Mat Sabu: Rahsiakan PRU, PM tanggung dosa haji
  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:00PM Jun 15 2012
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab atas dosa umat Islam yang mahu menunaikan fardu haji sekiranya jika benar pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

NONEMohamad berkata, tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki menimbulkan keresahan umat Islam keseluruhannya yang mahu melakukan persediaan untuk mengerjakan haji.

"Teka-teki ini menyebabkan orang yang hendak menunaikan haji, mungkin tangguh atau tidak. Mungkin yang dapat tahun ini akan tangguh. Najiblah, akan memikul dosa ini semua.

"Jadi perdana menteri bertanggungjawab di atas dosa orang-orang Islam yang hendak menunaikan haji, tetapi menjadi teka teki dan persediaan dan sebagainya, kegelisahan kaum keluarga dan seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.

Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar dalam wawancaranya bersama saluran dalam talian Radio Bangsar Utama (RABU) di Kuala Lumpur malam tadi.

'Mengurus negara lebih penting'
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque bertanya tentang kontroversi gesaan PAS meminta anggotanya yang terlibat langsung menangguhkan haji ekoran tarikh pilihan raya masih menjadi teka teki.

Mohamad yamg lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, "mengurus negara" melalui penglibatan dalam pilihan raya lebih penting daripada mengerjakan haji kerana ia boleh ditangguh.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor meminta ahli PAS - khususnya calon, wakil calon atau agen parti - supaya menangguh ibadah itu jika pilihan raya berlangsung antara September hingga Oktober.

azlanMohamad juga mencabar Najib yang juga presiden Umno supaya mengumumkan tarikh pilihan raya umum sekarang jika tidak mahu menanggung dosa, sekalipun berkuasa mengadakannya pada masa lain.

"Perdana menteri tak takutkah memikul dosa ini? Jadi beliau mesti membuat penjelasan bila pilihan raya itu, supaya orang Islam yang hendak menunaikan haji, atau tahun ini (mereka yang) mendapat gilirannya, boleh bersedia bagi menunaikan fardu haji.

"Saya cabar (Najib) tentukan (tarikhnya). Kalau tidak, kamu memikul dosa umat Islam.

"Saya tak tahulah, kamu sekarang tak ada dosa, tapi nak memikul dosa lebih besar ini, sudah tentu lebih berat," katanya sinis.
Dua lelaki ditangkap KPK bukan penasihat k'jaan M'sia
9:20AM Jun 15 2012  
Kedua-dua lelaki Malaysia yang ditangkap Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia kerana disyaki membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas, bukan pegawai kerajaan atau penasihat kepada kerajaan Malaysia sebagaimana yang dilaporkan dengan meluas oleh media Indonesia.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata penjelasan itu disampaikan oleh Ketua KPK Abraham Samad dalam pertemuan dengan beliau di pejabat KPK malam ini.

"Beliau telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa lelaki Malaysia yang ditahan itu adalah pegawai atau penasihat kepada kerajaan di Malaysia," katanya kepada Bernama di Jakarta malam tadi selepas pertemuan itu.

Syed Munshe Afdzaruddin berkata kenyataan Ketua KPK itu penting bagi menjelaskan kepada semua pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak terlibat dan tidak ada kena mengena langsung dalam kes yang sedang disiasat oleh suruhanjaya itu dan bahawa Malaysia dan Indonesia tetap mempunyai hubungan bilateral yang sangat baik.

Semalam pada satu sidang akhbar di sini, seorang pegawai KPK mendakwa bahawa seorang daripada lelaki Malaysia itu adalah penasihat atau orang penting dalam kerajaan di Malaysia, namun hari ini suruhanjaya itu meralat kenyataan itu.

Hari ini KPK telah menetapkan kedua-dua lelaki itu sebagai suspek dengan tuduhan mengikut Fasal 21 Undang-undang Jenayah Rasuah Indonesia, yang lebih dikenali di Indonesia dengan nama singkatan Tipikor, kerana menghalang siasatan kes rasuah.

Penetapan mereka sebagai suspek berdasarkan dua alat bukti yang cukup, namun Abraham tidak menyatakan alat bukti yang dimaksudkannya itu.

Syed Munshe Afdzaruddin yang berterima kasih kepada Abraham kerana sudi berjumpa dengan beliau malam tadi walaupun dengan notis yang singkat, turut menghargai kerjasama KPK untuk memberi maklumat yang diperlukan oleh Kedutaan Besar Malaysia berhubung dua lelaki Malaysia itu.

Abraham menjamin untuk memberi akses konsular kepada Kedutaan Besar Malaysia untuk memberi pelindungan kepada kedua-dua lelaki Malaysia itu sesuai dengan konvensyen Vienna dan Malaysia menghormati proses undang-undang dan peraturan di Indonesia.

Kedua-dua lelaki itu ditangkap oleh KPK di dua lokasi berasingan di Jakarta semalam, seorang daripadanya di sebuah hotel dan seorang lagi ketika sedang menuju ke penjara di mana suami Neneng sedang menjalani hukuman.

Neneng pula ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini.

Timbalan Ketua KPK Bambang Widjojanto dalam sidang akhbarnya semalam berkata sebelum penangkapan dibuat, KPK telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa malam dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat.

Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah.

Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek mengadakan Janakuasa Elektrik Tenaga Suria (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 dan Ogos 2011.

Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia.

Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.

- Bernama
Rosnah: Jangkitan H1N1 di PLKN Dusun Resort terkawal
2:12PM Jun 15 2012  
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jangkitan virus H1N1 di kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah adalah terkawal dan tiada kes kritikal.

Beliau berkata daripada 96 pelatih yang dikuarantin semalam kerana dijangkiti virus itu, hanya tinggal 21 orang sahaja yang masih menerima rawatan dengan 15 daripada mereka masih diasingkan di Hospital Kuala Nerang.

"Pelatih yang dikuarantin di kem terus diberikan rawatan, diharap ibu bapa jangan bimbang kerana keadaan terkawal dan tiada kes-kes yang kritikal. Virus ini bukan baru, ia memang sudah ada di negara kita, ia mudah merebak jika kita berada di dalam kumpulan yang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kelab Doktor Muda dan Kementerian Pelajaran di Georgetown hari ini.

Semalam, seramai 96 daripada 300 pelatih PLKN di kem itu dikuarantin kerana dijangkiti virus H1N1 dan daripada jumlah itu, 18 pelatih dirawat dan dikuarantin di Hospital Kuala Nerang manakala 78 lagi dikuarantin di blok khas di kem itu.

Mengenai program Kelab Doktor Muda, Rosnah berkata program itu yang diperkenalkan sejak 1989 di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan Pahang telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran sebagai satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah rendah sejak 2006.

Sejumlah 1,392 buah sekolah rendah di seluruh negara telah menubuhkan Kelab Doktor Muda iaitu 18 peratus daripada keseluruhan 7,724 buah sekolah rendah, katanya.

"Menerusi kolaborasi yang sedia wujud di antara kedua-dua kementerian, saya juga berkeyakinan bahawa program itu dapat diperluaskan ke semua sekolah-sekolah," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga akan mengambil inisiatif untuk melatih lebih ramai guru dan anggota kesihatan agar berkemahiran dan terlatih dalam melaksanakan program itu.

Simposium hari ini dihadiri kira-kira 350 peserta melibatkan 247 orang guru penasihat dan selebihnya anggota kesihatan yang bertindak sebagai pegawai penyelaras doktor muda.

- Bernama
Nik Aziz setuju penyokong PAS tangguh haji
7:14AM Jun 15 2012  
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti PAS membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian, kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.

NONE"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke enam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR (cardiopulmonary resuscitation) peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di Kota Baharu, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam portal propembangkang, meminta anggota PAS yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan PAS Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah Al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu.

- Bernama
Bakal besan Najib tolak dakwaan pada anak
11:24AM Jun 15 2012  
Ibu kenapa Daniyar Nazarbayev - bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal.

NONE"Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini.

"Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam.

Maira (gambar atas, berbaju hitam) menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan.

"Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami.

"Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu ajan datang an akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira.

Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post.
Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

Tiada ulasan: