Khamis, 21 Jun 2012

KEBENARANNYA HANYA ALLAH SAJA TAHU...HUKUM ALLAH...YANG JAHAT ALLAH BALAS SETIMPAL KEJAHATANNYA...BEGITU YANG BAIK MAKA ALLAH BERI PAHALA BERGANDA-GANDA....MAKA YANG BAIK SUSAH DIBUAT KERANA NAK BERLAWAN DENGAN SYAITAN JUGA NAFSU.....

 
Surat Kay Jay untuk Tun Madey
  • Hishamuddin Rais
  • 5:37PM Jun 10 2012
 
Yang mulia Tun,
Sebenarnya saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenung dan berfikir berkali-kali tentang baik buruknya jika saya menulis surat ini kepada Tun.

Tangan saya telah berkali-kali ingin mengambil buluh dan dakwat untuk melakar surat ini. Malah telah dua kali saya mencabut bulu kepak itik angsa untuk saya jadikan kalam. Saya juga telah membancuh arang dengan air buah keduduk sebagai tinta. Sesekali tangan saya menggigil macam tangan Mat Pet apabila saya terfikir tentang apa yang ingin saya tulis.

Biarlah saya berterus terang menyatakan duduk perkara. Saya ingin memperjelaskan sejelas mungkin kenapa saya menulis surat ini.

Dua hari dahulu ketika saya sampai ke rumah sesudah selesai menguruskan Kelab My Tim, saya terperanjat besar apabila isteri saya teresak-esak menangis di tepi pintu. Isteri tercinta saya tiba-tiba meraung dan memeluk badan saya. Saya terperanjat besar dengan sambutan sebegini.

Saya menjangkakan tangisan ini pastilah kerana isteri saya ini telah mendapat satu lagi panggilan fitnah tentang saya dengan seorang artis. Saya tahu memang banyak fitnah dan tohmah yang telah ditaburkan kepada saya. Alhamdulillah, isteri saya ini masih lagi setia. Kami bahagia sebagai suami isteri walau pun ramai yang menuduh saya berkahwin hanya untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan politik saya.

Yang mulia Tun,
Justeru ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menulis surat ini sebagai tanda bukti. Surat ini membuktikan kesetiaan saya yang tidak berbelah bagi terhadap isteri kesayangan saya.

Biarlah saya terangkan di sini bahawa isteri saya menangis bukan kerana artis itu. Isteri saya meraung bukan kerana cemburu melihat gadis-gadis yang 'selim melim' yang selalu berdampingan dengan saya. Isteri saya menangis teresak-esak kerana Tun sendiri. Tunlah yang menjadi sebab musabab mengapa isteri saya meraung tidak habis-habis.

Mungkin Tun kurang sedar. Mungkin Tun tidak menyelami hati isteri saya. Mungkin Tun tidak memahami hati seorang anak. Mungkin betul segala berita yang mengatakan bahawa Tun sendiri tidak memiliki tata susila budaya Melayu yang tulen. Maka Tun telah mengguris hati isteri tersayang saya.

Dari awal lagi saya telah merasakan bahawa Tun berniat tidak jujur terhadap ayah kepada isteri saya. Telah saya perhatikan segala tindak tanduk Tun terhadap bapa mentua saya. Saya amat yakin bahawa Tun memiliki dendam kesumat.

Marilahlah kita sesama kembali melihat salasilah sejarah. Pada hemat saya adalah amat penting untuk kita semua mengetahui dari mana asal usul kita. Jika kita tahu asal usul kita maka senang kita berbudi bicara.

Ingin saya memberi tahu bahawa ayah kepada ayah bapa mentua saya adalah seorang alim ulama yang disegani. Beliau bukan hanya dihormati di Kepala Batas malah di seluruh Tanah Melayu. Sila masuki kedai-kedai Cina di Kepala Batas, Sungai Petani atau ke Gurun pasti Tun akan terperanjat melihat gambar ayah kepada ayah mentua saya terpampang bersama gambar ayahanda kepada ayahanda Sultan Kedah hari ini. Inilah tanda penghormatan kepada ayah kepada ayah mentua saya.

Tetapi orang ramai di Tanah Melayu tidak mengetahui asal usul Tun. Ada yang mengatakan Tun ini berasal dari Bangla dan ada pula yang mengatakan dari Kerala. Malah hingga ke hari ini tidak diketahui salasilah siapa sebenarnya Muhamad di belakang nama Tun itu. Malah umum telah diberitahu bahawa Tun telah melupuskan nama Kutti dari nama Muhamad sendiri. Ini persoalan yang wajib dijawab sebelum kurun ini berakhir.

Saya mungkin masih muda tetapi tidak semestinya saya tidak mengetahui siapa sebenarnya Tun ini. Seluruh rakyat Tanah Melayu tahu bagaimana al-marhum Tunku - Bapa Kemerdekaan - telah menibai Tun pada tahun 1969 dahulu. Perdana menteri pertama kita ini telah membocorkan kepada umum bahawa Tun ini bukan Melayu tetapi berasal usul dari Benua Keling.

Sebenarnya dalam surat ini bukan tujuan saya untuk mencungkil tongkang yang mana telah menumpang untuk sampai ke Pulau Pinang. Tujuan saya ini ialah untuk mempertahankan salasilah baka ayah mentua saya yang sering menjadi sasaran dan cemuhan dari sosok yang tidak diketahui asal usul salasilah bakanya.

Kalau salasilah baka Tun ini bersih maka berkemungkinan juga saya dan keluarga saya menerima cemuhan tersebut. Tetapi satu Tanah Melayu ini masih ternanti-nanti hingga ke tahun 2012 untuk melihat gambar keluarga dari sebelah ayah Tun. Bayangkan pada 2012 ini, tahun akhir kalendar Maya anak semua bangsa di Malaysia ini masih tertunggu-tunggu. Apakah muka mereka legam. Apakah muka mereka putih melepak. Apakah mereka memakai sari dan dhotti. Semua ini tergantung dan tidak berjawab.

Bukan menjadi satu kesalahan memakai sari dan dhotti. Pakaian ini cukup cantik, menarik dan segak. Juga, bukan satu jenayah jika kita berasal dari Benua Keling. Hitam dan legam kulit kita bukan satu kesalahan yang boleh didakwa d imahkamah. Apa yang saya timbulkan di sini ialah sikap Tun yang telah menyorokkan asal usul bakanya. Tun berniat jahat kerana menyamar diri sebagai Orang Melayu.

Semenjak ayah mentua saya meletakkan jawatan secara terhormat, saya mendapati serangan demi serangan telah ditujukan kepada beliau. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada ayah kepada isteri saya.

Ayah mertua dan isteri saya amat sedar bagaimana Tun selalu memperkecil saya sendiri. Tun menggunakan istilah ‘tingkat empat' untuk memperlekehkan diri saya. Tun menuduh bahawa saya dan kawan-kawan saya yang bekerja di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri adalah peneraju dan pemandu kerajaan ayah isteri saya.

Ketika tohmahan dan fitnah sedemikian rupa dilemparkan kepada saya dan sahabat-sahabat - kami telah mengambil keputusan untuk tidak bersuara. Kami mendiamkan diri bukan kerana tuduhan itu benar. Kami berdiam diri kerana kami tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Tun mempersalahkan saya sebagai orang yang bertanggungjawab memilih calon-calon untuk pilihan raya yang lalu. Tuduhan ini bertujuan untuk membuktikan bahawa pada ketika itu ada orang yang lebih berkuasa dari perdana menteri. Tun sengaja membuat tuduhan sedemikian untuk merendah-rendah ketrampilan dan kewibawaan bapa mentua saya.

Di sini saya ingin mempertahan apa yang Tun panggil ‘budak-budak tingkat empat'. Sehingga ke hari ini Tun hanya membuat tuduhan rambang tanpa apa-apa bukti.

Tun yang mulia,
Tun telah menuduh bahawa ‘budak-budak tingkat empat' lebih berkuasa dari perdana menteri. Inilah yang telah melemahkan parti United Malaya National Organisation. Ayah mertua saya Tun adalah penyebab utama yang membawa kekalahan teruk kepada Barisan di pilihan raya yang lalu. Apakah semua tahi kering ini benar?

Tun telah telah membebel di Kedah dan di Johor. Tanpa segan dan silu Tun telah menjual tahi kering ke hulu ke hilir. Apakah Tun tidak pernah melihat cermin muka untuk menilai wajah Tun sendiri. Apakah di rumah Tun tidak ada cermin muka?

Tidakkah Tun ini sedar bahawa rakyat Malaysia terutama Orang Melayu telah membenci United Malays National Organisation bukan kerana bapa mentua saya. Parti ini dibenci kerana parti ini telah terlibat dalam banyak kes rasuah. Tidakkah Tun ini sedar bahawa semenjak tahun 1998 dahulu orang Melayu amat amat benci dengan Tun ini. Apakah Tun ini tidak sedar bagaimana Terengganu jatuh pada tahun 1999 dahulu bukan kerana kekuatan parti PAS tetapi kerana kebencian orang Melayu terhadap Tun.

Tun yang mulia,
Saya tidak hendak membuka hal peribadi di sini tetapi saya tidak ada pilihan. Telah berkali-kali bapa mentua saya dihina dan ditibai. Selama ini kami sekeluarga berdiam diri memendam rasa. Tetapi tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan kepada bapa mentua saya memerlukan jawapan.

Ayah mentua saya dan saya sendiri cukup sedar bahawa Tun ini adalah sosok yang bertanggungjawab menendang ayah mentua saya. Perbuatan ini adalah perangai yang sama yang telah dilakukan oleh Tun terhadap al-marhum Tunku. Tun telah menggunakan pemimpin kanan untuk menekan dan memaksa agar bapa mentua saya berundur.

Saya juga sedar bahawa Tun ini memiliki dendam kesumat bukan saja kepada bapa mentua saya tetapi juga kepada saya. Tun ini amat marah kepada saya kerana saya telah memenangi kerusi ketua Pemuda. Anak Tun sendiri telah kalah.

Tun yang mulia,
Kekalahan calon kesayangan Tun dan kemenangan saya telah menambahkan lagi dendam kesumat Tun terhadap saya dan keluarga saya. Dalam surat ini saya ingin mengingatkan Tun bahawa kemenangan Tun menewaskan Tengku Li pada tahun 1988 dahulu adalah dengan cara tipu. Sejarah telah ditulis bagaimana lampu di tempat persidangan telah dipadamkan. Dalam gelap gelita 48 undi telah ditambah untuk memenangkan Tun.

Justeru, tuduhan Tun yang saya merasuah untuk membeli undi ini samalah seperti Mat Kerala menuduh buntut Mat Bangal hitam legam.

Baru-baru ini saya terbaca bahawa Tun telah menuduh Pakatan Rakyat akan melakukan demonstrasi ganas jika mereka kalah dalam PRU13. Saya bukan penyokong Pakatan Rakyat tetapi saya tahu ini juga adalah tahi kering yang keluar dari mulut Tun.

Saya juga telah dimaklumkan oleh bapa mentua saya dan juga oleh Tun Muusa bahawa Tun ini telah membawa kerosakan yang amat sangat kepada masyarakat Melayu. Porak peranda di Tanah Melayu hari ini jika dikaji maka akan ditemui puncanya dari sosok yang tidak diketahui salasilah bakanya.

Tun yang mulia,
Justeru, saya akhir dengan harapan satu tribunal akan ditubuhkan untuk melihat jenayah yang telah dilakukan oleh Tun kepada Malaysia. Saya cadangkan tribunal ini dipanggil Tribunal Jenayah Tun Madey Terhadap Rakyat Malaysia. Ini samalah seperti tribunal yang telah diwujudkan untuk menyiasat jenayah perang George Bush.

Pada hemat saya hanya dengan tribunal ini barulah negara Malaysia sekali lagi dapat diletakkan di landasan yang betul. Wassalam.
 

Surat ayahanda kepada anakanda
  • Hishamuddin Rais
  • 8:50PM Jun 18 2012
 
Kehadapan anakanda suami isteri yang dikasihi,
Ayahanda harapkan anakanda sekeluarga dalam kandungan sihat walafiat bersambung zuriat dan dilimpah kurnia Allah seru sekian alam. Peluk cium ayahanda untuk cucunda yang amat amat ayahanda rindui. Amin ya rabbul alamin.

Anakandaku,
Ayahanda telah terdengar khabar berita bahawa anakanda telah menulis surat kepada yang mulia Tun. Ayahanda ada juga mendengar khabar berita bahawa anakanda telah bersusah payah cuba menerangkan duduk perkara kepada Tun. Ayahanda juga difahamkan yang anakanda menulis surat itu untuk mempertahankan nama baik keluarga kita. Amin.

Biarlah di sini ayahanda terangkan bahawa semenjak ayahanda dipaksa meletakkan jawatan, ayahanda telah mendiamkan diri. Ini bukan bermakna ayahanda tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kalau mengikut kata Tun Musaa, ini adalah elegance silence atau dalam bahasa Melayunya ‘sepi nan indah'. Ayahanda tidak sekali-kali ingin membuat heboh seperti yang dilakukan oleh Tun Madey.

Tun ini telah ke hulu ke hilir menabur fitnah terhadap ayahanda. Kebelakangan ini apabila parti United Malays National Organisation ini semakin terpencil dan semakin hilang sokongan, kelihatan semakin garang serangan Tun terhadap ayahanda. Kalau dahulu serangan Tun ini agak berlapik kini kelihatan telah datang secara terbuka.

Biar ayahanda terangkan tentang duduk perkara. Ayahanda cukup yakin satu hari nanti sejarah akan menilai kembali tentang apa yang ayahanda telah berjaya lakukan dan apa yang ayahanda cuba lakukan. Tetapi sejarah sedemikian ini bukanlah sejarah yang boleh ditulis oleh ahli sejarah kaki bodek seperti Khoo Kay Kim atau Ramlah Adam.

Anakandaku,
Setelah Anuar Ibrahim ditangkap dan ditendang dari parti kita, Madey telah mengambil masa untuk mengumumkan siapa yang akan menjadi timbalan. Begitu banyak tukang lobi datang melobi untuk jawatan ini. Madey telah menelefon ayahanda sebanyak tiga kali. Ayahanda mengambil sikap ‘buat dek' sahaja kerana ayahanda tahu sangat sikapnya.

Sikap 'buat dek' ini telah menjadikan Madey gelabah. Justeru, si Madey ini telah menggunakan arwah seorang bekas pemimpin United Malay Nasional Organisation untuk datang menemui ayahanda. Di sini Madey tersilap besar kerana ayahanda melihat pemimpin ini hanya bertaraf bell boy untuk Lim Koh Tong. Ayahanda tak ambil pot tentang apa yang dikatakan oleh pemimpin ini.

Dari seorang ahli kabinet, ayahanda mendengar bahawa Tun Madey telah menyinga kerana ayahanda tidak memakan umpan pancingnya. Ayahanda tahu sangat sikap Madey ini, jika kita tunduk maka kita akan kena pijak. Tidak lama selepas lawatan pemimpin itu, Madey telah mengutus Azeez Samsudeen. Azeez juga membawa pesanan yang sama, Madey ingin berbincang dengan ayahanda tentang hal timbalan.

Ayahanda amat sedar bahawa ketika itu imej Madey amat hodoh sekali di kalangan orang Melayu. Sesudah sahaja Anuar dipecat, gerakan Reformasi telah meletus. Anak-anak muda ketika ini menuntut Madey berambus dari muka bumi Malaysia. Gerakan Reformasi 1998 telah berjaya mengadakan demonstrasi hampir setiap minggu di Kuala Lumpur.

Orang Melayu amat yakin dan marah dengan Madey. Orang Melayu tahu bahawa Anuar telah difitnah oleh Madey. Tuduhan liwat itu sebenarnya dirancang hanya untuk menjadi alasan. Tuduhan liwat ini juga bertujuan mengolah persetujuan orang ramai untuk menghina Anuar. Madey telah menggunakan mata-mata upahan dan menggunakan tuan hakim di mahkamah. Macai, kaki bodek dan barua-barua telah ke hulu ke hilir membuat cerita dongeng.

Biar ayahanda kisahkan di sini. Ketika arwah Megat datang menemui ayahanda si Megat ini, secara jujur telah berkata bahawa dia sendiri tidak percaya tentang kes itu. Tetapi si arwah ini tidak ada pilihan kerana Madey ada menyimpan fail kes besar yang dikatakan si Megat ini terlibat.

Kalau anakanda hendak tahu siapa sebenarnya si Madey sila bertanya dengan Tun Musaa ketika dia masih sihat lagi. Anakanda tahu, Tun Musaa sendiri pernah diugut oleh Madey agar meletak jawatan jika tidak Tun Musaa akan didakwa merogol gadis bawah umur. Anakanda jangan terkejut menerima berita ini. Rakyat Malaysia mungkin tidak tahu sangat kesah ini walhal perkara ini telah ditulis dalam tesis Phd seorang pelajar dari Korea Selatan tahun lalu.

Cerita Tun Musaa akan dituduh merogol ini juga diketahui oleh ramai murid-murid bekas pelajar Kolej Melayu. Surah ‘rogol' ini telah mereka dengar dari mulut presiden murid tua Kolej Melayu sendiri.

Dalam masa yang sama di zaman Reformasi memang ramai ahli-ahli parti kita termasuk Zahiid Hameedy sendiri yang mahu Madey ini berambus. Mungkin ketika itu anakanda sering ‘berdengung' di Turf Tavern Oxford atau sibuk cross dressing untuk Kinky Gelinky di Heaven maka anakanda tidak mengikuti perkembangan politik tanah air. Di zaman anakanada masih seronok ‘beryamseng' ketika inilah anak-anak muda Melayu bertempur dengan mata-mata upahan Madey di Batu Road. Anak-anak muda ini sedang melaungkan "undur Madey undur".

Anakandaku yang dikasihi,
Biar ayahanda berkata jujur di sini, bukan ayahanda tak sedar Madey melantik ayahanda sebagai timbalan dengan niat busuk lagi hina. Madey mahukan satu imej Islam dalam pentabiran negara. Madey mahukan sosok ayahanda untuk meredakan kebencian orang Melayu terhadap dirinya.

Ayahanda dilihat bersopan santun, memiliki didikan agama, dari keluarga alim ulama dan penuh dengan budi bahasa. Kehadiran ayahanda sebagai timbalan akan memberikan imej Melayu Islam kepada kabinet half past six Mahathir. Dengan terlantiknya ayahanda maka orang ramai akan melihat kerajaan ini memiliki sifat kemelayuan berbanding dengan Madey yang tidak diketahui asal usulnya.

Sebelum menerima lantikan ini ayahanda anak beranak bersama arwah isteri kesayangan ayahanda telah berbincang. Nona yang sekarang menjadi isteri anakanda dan ibunya agak keberatan untuk menerima lantikan ini kerana mereka tahu niat busuk si Kitul ini.

Orang perempuan melihat bukan dengan mata tetapi dengan hati. Sekoleh air todi telah diketahui pokok yang mana asal usulnya. Sekali Madey membuka mulut akan diketahui tongkang SS Rajula atau tongkang SS Sidambaram.

Tetapi anakanda Kamaluddeen, abang si Nona melihat dari sudut yang berbeza. Si Kamaluddeen ini mempunyai niat untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Dia telah dididik oleh kawan ayahanda dalam dunia perniagaan. Anak jantan ayahanda yang seorang ini berangan-angan untuk menjadi Soros Melayu. Dia ingin membuka perniagaan sehingga boleh mengekspot bom nuklear. Kamaluddeen dan kawan perniagaan ayahanda melihat lantikan ayahanda ini sebagai peluang besar untuk meluaskan perniagaan.

Ayahanda juga tahu ketika ini anakanda sedang mengurat dan sedang memasang jerangkap samar untuk mencari pasangan yang boleh membantu tangga politik anakanda. Jangan anakanda tidak sedar bahawa ayahanda tahu yang anakanda pada mulanya telah cuba-cuba merapati Anuar. Anakanda ketika itu sedang memerhatikan siapa anak siapakah yang akan dijadikan tangga politik rapid express. Kroni kumpulan Itos anakanda yang penuh idealisme pada ketika itu belum lagi menjadi ACM Libera yang rakus mengumpul harta.

Anakanda yang dikasihi,
Di sini ayahanada ingin memberitahu bahawa Madey ini adalah kaki pembohong dan pembongak. Cakap dan kata-katanya tidak boleh dipakai. Jika anakanda kurang yakin tentang apa yang ayahanda tulis ini sila bertanya hal ini dengan Ku Lee atau dengan Zahiid. Mereka akan membuka surah bagaimana Madey ini akan berbohong dalam kabinet. Menafikan apa saja walau pun ada bukti sahih di depan mata.

Madey sengaja mengatakan orang Melayu mudah lupa. Ini pembohongan besar. Orang Melayu tidak pernah lupa akan tongkang SS Rajula. Malah orang Melayu dalam kitab sejarah bangsanya - Salalatus Salatin - telah merakamkan watak-watak Kitul dan Keling Mendeliar yang kerjanya hanyalah menabur fitnah sehingga runtuhnya kerajaan Melayu Melaka.

Ayahanda merasa sedih bukan kerana ayahanda dituduh bertanggungjawab membawa keruntuhan kepada United Malays National Organisation. Ayahanda bersedih kerana masih ramai orang Melayu yang dapat dikelentong dan ditipu oleh Mahathir Muhamad.

Anakandaku yang dikasihi,
Ayahanda juga merasa sedih apabila melihat anakanda telah ditibai oleh Madey berkali-kali. Anakanda dikatakan masih berhingus. Apakah Madey tidak sedar bahawa berhingus bukan satu jenayah.

Ayahanda tidak hendak mengungkit cerita lama tentang bagaimana Madey telah memaksa Anwar yang ketika itu menteri kewangan untuk mengeluarkan dana negara untuk menyelamatkan perniagaan Merzan. Apakah anakanda telah mendengar surah Lebai Desas bin Haji Desus tentang percubaan Merzan hendak mencekik lehernya sendiri apabila syarikatnya bungkus.

But my dear son in law, this is not my style. What is the because Madey menyerang anakanda? Ini kerana Madey melihat kemunculan anakanda di persada politik telah menggelapkan masa depan politik anaknya.

Kerana semua ini ayahanda menyokong seratus peratus idea gempaq anakanda. Hanya anakanda yang berkelulusan PPE dari Oxford sahaja yang dapat memikirkan penubuhan tribunal untuk Madey. Tribunal kesalahan Madey terhadap rakyat Malaysia ini wajib diadakan secepat mungkin. Ayahanda berharap dengan wujudnya tribunal ini maka nama keluarga kita akan digilap bersinar kembali.

Ayahanda akhiri surat ini dengan harapan agar anakanda rapat-rapatlah kembali dengan Anuar. Si Anuar ini pasti akan mengingati peranan anakanda yang memungkinkan dia dibebaskan. Malah semua rakyat Malaysia tahu tanpa bantuan anakanda mustahil Anuar akan mendapat pasport untuk ke Jerman berubat. Wassalam dan peluk cium untuk cucu tersayang.

Tiada ulasan: