Ahad, 24 Jun 2012

LAMA KELAMAAN KEBENARAN TERSERLAH JUA...HATI YANG BERSIH...TAK BURUK SANGKA...BUAT PERKARA SALAH KERANA TAK TAHU....INSYAALLAH AKAN DIBERI FAHAM ATAU DIBERI TAUFIK HIDAYAH UNTUK BERSAMA2 BERJUANG UNTUK ISLAM....

Komunis: Mohamad maafkan Visvanathan, bukan Utusan

Mohd Sabri Said, 24 Jun 2012
NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.


Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu  laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.


"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan  Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung  Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat.  Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Acheh, Nibung Tebal petang semalam.


Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis  agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.


Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan  pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.


"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan  dengan saya," katanya secara berjenaka.


Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.

Salahuddin tidak perlu layan desakan Pemuda MIC

Mohd Sayuti Omar, 24 Jun 2012
Salahuddin Ayub tidak perlu melayan ancaman dan tindakan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan T Mohan yang mahu beliau minta maaf kepada masyarakat India dalam masa 24 jam ekoran beliau memberi contoh perarakan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan semasa debat dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah minggu lepas. Tindakan Mohan itu tidak berasas maka Naib Presiden PAS itu tidak perlu melayannya kerana membuang masa.

Tindakan ketua Pemuda MIC itu bolehlah dianggap tidak masuk book langsung dan kalau beliau tidak ada kerja elok cari botol kosong untuk dijual bagi menambahkan tabung pilihan raya MIC.

Bagi saya tindakan itu tidak matang dan menggambarkan seorang ahli politik dari warga Malaysia yang seharusnya faham bahasa Melayu tetapi sayang ianya tidak sampai ke tahap itu. Sudah lebih 50 tahun negara merdeka dan MIC berkongsi kuasa dengan Umno tetapi masih ada anggota komponen itu yang tidak mengerti bahasa Melayu dan mabuk dengan istilah.

Nampaknya perpaduan menerusi bahasa Melayu yang diharapkan sukar dicapai kalau seorang pimpinan pemuda seperti Mohan pun tidak faham bahasa Melayu dan mantik politik.

Apakah T Mohan faham yang dimaksudkan Salahuddin itu? Kalau tidak berapa faham cubalah cari cikgu bahasa Melayu dan memahaminya. Saya tunjukkan Mohan pergilah berjumpa dengan Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan atau pun penerbit buku dan pakar pemikir kreatif Ainon Mohd. Tanya dan belajar dari mereka. Tanya apakah yang dimaksudkan Salahuddin sebagai menghasut dan menghina penganut Hindu atau apa?

Budak Melayu di sekolah Tadika Umno pun faham apa dimaksdkan Salahuddin itu bila beliau merujuk perayaan Thaipusam sebagai satu demonstrasi. Yang dimaksudkan Salahuddin perarakan Thaipusam itu ialah demostrasi jalanan yang aman, teratur dan lancar. Apa yang hendak ditegaskan bahawa demonstrasi di negara ini boleh mencapai kelas satu, dalam keadaan aman, tanpa mengganggu orang lain sekiranya ia tidak diganggu dan ada pihak yang menjadi provokator.

Salahuddin menyebut perarakan itu sebagai contohnya antara perarakan di jalan yang berlaku di negara ini. Dalam pernyataan ini tidak ada sepatah ayat dan perkataan pun menggambarkan Salahuddin menghina acara keagamaan Hindu itu?

Itu yang dimaksudkan. Salahuddin tidak mengaitkan demonstrasi itu ia sebagai perayaan keagamaan. Lagi pun perarakan Thaipusam itu kalau hendak dihalang boleh sebab ia bukan termasuk dalam unsur agama Hindu, yang termasuk dalam elemen agama ialah perayaan itu sendiri; niat membayar nazar, menyocok jarum di lidah, telinga dan mana-mana anggota badan, itu adalah rukun perayaan itu bukan perarakan. Tanpa perarakan memanjang di jalan itu perayaan itu tetap sah.

Jadi Salahuddin tidak perlu mengikut telunjuk dan desakan pemuda MIC itu yang gagal menangkap anologi yang dibuatnya. Makanya di sini tidak berbangkit untuk Salahuddin meminta maaf kepada masyarakat India kerana beliau tidak menyatakan seperti difahami oleh Mohan yang mungkin diajar oleh presiden sebuah NGO perkasam. Sebaliknya atas ketidakfahaman itu Mohan kena mohon maaf kepada Salahuddin.

Apa yang dilakukan Mohan itu adalah mencari modal untuk menimbulkan kemarahan masyarakat India kepada Naib Presiden PAS itu. Mungkin Mohan dan MIC tahu yang masyarakat India hari ini lebih yakin dan percaya kepada PAS dan pemimpin PAS daripada pemimpin MIC dan Umno. Kekalahan calon-calon MIC dalam pilihan raya lalu termasuk bekas presidennya Samy Velly menjelaskan MIC hari ini sudah diludahi oleh orang India.

Jadi perkara yang tidak berasas itu cuba diketengahkan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat India. Saya ingin nasihatkan pemuda MIC itu kalau pun beriya untuk mempertahankan abang tiri mereka yang curang (Umno) dari kehilangan kuasa carilah modal yang logik dan tersaul dek akal. Jangan mereka-reka modal atau terikut dengan perangai bangsa 'tungging punggung' atau pun 'bangsa yang pijak kepala lembu' atau 'bangsa yang menghadiahkan cangkul, siku dan kereta sorong buruk' untuk bina lebuh raya. Harpak sangat bangsa-bangsa itu tidak wajar dijadikan suri teladan. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Lawak Ahad: Seludup

http://biaqpila.blogspot.com/, 24 Jun 2012

Seorang lelaki melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakangnya. Pak Mat Kastam menahan beliau dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab lelaki tersebut.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, lelaki tersebut di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawanya memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. beliau dibebaskan. Pasir kepunyaannya di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" katanya. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg tersebut tak ada benda lain selain pasir semata-mata. beliau dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Pak Mat Kastam telahpun pencen dan tidak lagi berkhidmat sbg pengawal sempadan. pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dgn lelaki tersebut di pekan. Pak Mat mengajak lelaki tersebut minum di kedai

pak mat bertanya, ''aku heran tgk kau melintas sempadan tiap2 hari tp cuma bawa pasir.....sebenarnya apa yg kau seludup?''

''basikal'', jawab lelaki itu ringkas

Siapa kenal mamat ni...

http://karatijau.blogspot.com, 24 Jun 2012

Lu Orang Kenal Siapa Mamat Nii..???

Apa hal cina DAP nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama??Cina DAP yang gua ingat memang tak guna dan menentang Islam,begitulah yang diperkatakan oleh ahli Umno Haprak..Yang terbaiknya bagi gua ialah ahli-ahli umno yang apabila ada majlis ilmu di masjid dan surau mereka dulu yang akan lari..

Malah yang lebih bangsat lagi perangai baik Umno ialah menahan guru-guru daripada mengajar di masjid dan surau di mana mereka berkuasa..maka setiap surau dan masjid yang mereka kuasai hanya Indah Rupa daripada roh Islam itu sendiri..sudah tentu kejahilan masyarakat setempat akan menjadi dana berharga UMNO untuk setia menyokong mereka...

Gambar 2 MB PAS gunting rambut terhangat

Harakahdaily, 24 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Gambar 2 Menteri Besar PAS menggunting rambut di kedai biasa yang dipaparkan blog http://addin77.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-25.


Di tangga kedua, ialah berita pengumuman perletakan jawatan Ketua Strategik PKR Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sambutan hangat ceramah Pakatan Rakyat di Johor oleh blog http://omakkau.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah berita mengenai Selebriti terkenal Abby Abadi yang menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar..

Di tangga kelima pula ialah berita mengenai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya minggu lalu.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 17 Jun hingga 23 Jun, 2012.

1
Gambar 2 Menteri Besar di kedai gunting rambut low class
2
Rafizi letak jawatan CEO penasihat ekonomi S'gor
3
Biar gambar berbicara...Johor bukan lagi kubu Umno
4
Peserta Himpunan Hijau tidak dibayar – Abby Abadi
5
Inilah hebatnya Tok Guru Nik Aziz (gambar)
6
Gambar berbicara...Gobala dari penceramah jadi pendengar
7
Pelakon Hairie Othman pula sertai PAS
8
Wasatiyyah Umno Mad Said? (gambar)
9
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS
10
Sokongan terhadap Nizar, tempelak buat Umno

Thaipusam: MIC usah putar belit kenyataan Salahudin

Harakahdaily, 23 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) menyelar tindakan Ketua Pemuda MIC T Mohan yang cuba memutar belit kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berdebat bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Naib ketuanya Raja Ahmad Iskandar Al-His berkata, kenyataan Salahudin yang memberi contoh perarakan Thaipusam sebagai perarakan aman bukan bertujuan menghina  kaum India di negara ini sepertti difahami T Mohan.

"DPPM menganggap T Mohan sebagai ketandusan isu  untuk dibangkitkan sehingga terpaksa memutarbelitkan kenyataan YB Salahuddin untuk kepentingan politik mereka yang sempit.

"Mungkin kerana sokongan rakyat khususnya warga India terhadap MIC semakin berkurangan menjadikan beliau resah hingga beliau terpaksa mencari isu-isu remeh untuk dijaja kepada rakyat bagi meraih simpati terhadap MIC," kata Raja Ahmad.

Menurutnya, semua yang mengikuti debat tersebut memahami bahawa tiada niat sedikitpun di nurani YB Salahuddin Ayub untuk mempersenda agama Hindu melalui kenyataan perarakan Thaipusam.

Salahudin katanya memberi contoh bahawa itu adalah satu perarakan yang aman, teratur dan lancar yang dibuat setiap tahun.

"Dalam bahasa yang mudah, itu adalah suatu perarakan jalanan yang dibuat oleh masyarakat beragama Hindu setiap tahun, dan ia berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang provokasi.

"Apakah mesej yang jelas dan mudah ini gagal difahami dengan baik oleh T Mohan sehingga memberikan tafsiran yang negatif pada beliau," soalnya.

Tambahnya, jika inilah mentaliti T Mohan, DPPM mengagak jangka hayat politik beliau sebagai pemimpin MIC tidak lama.

Rakyat ujarnya, sukar menerima pemimpin yang berfikiran sempit dan hanya menjurus kepada persoalan remeh. Rakyat kini sudah semakin matang dan cerdik dan berfikiran jauh dengan melihat Malaysia  di masa hadapan.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1yfgnmPGQ

PM buta sejarah? Kesian beliau jadi bahan ketawa

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 24 Jun 2012

Mahu menyelamatkan air muka Najib, Sinar padam kenyataan ini.. tapi kantoi..


Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang di highligtkan dengan warna biru itu ialah.. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.


Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah  pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir..

Apabila berita atau laporan dari Sinar Harian ini mula tersebar dan disiarka oleh banyak Blog dan juga menjadi bahan jenaka di laman Facebook.. tiba-tiba.. laporannya telah bertukar..

Kata-kata Najib yang membuktikan kepada kita bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang buta sejarah iaitu  "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn... telah dipadamkan..

Tak percaya?? lihat di bawah.. carilah kalau ada lagi..


Dah tak ada bukan??

Demi menyelamatkan maruah Najib yang jelas buta sejah itu Sinar Harian telah memadamnya.. arahan siapa agaknya??

Bagaimanapun tindakan Sinar Harian yang mahu menyelamatkan maruah Najib itu telah digagalkan oleh UMNO Online pula.. he..he..he.. tengoklah video di bawah ini... pada minit 6:58..

Perkara ini telah disedari oleh Yong Suka Kuning.. lihatlah di ( SINI )

Tiada ulasan: