Sabtu, 23 Jun 2012

ACAH2 PENTING JUGA...PERANG URAT SARAF...APA PUN KETENTUAN ALLAH...BERANIKE KALAU KITA PUN MASIH TAK YAKIN MENANG...KITA TAHU TINDAKAN KITA....KITA TAK TAHU TINDAKAN RAKAT....TINDAKAN ALLAH LAGI LAH KITA TAK TAHU....SEDAR2LAH KITA MAKHLUK...ILMU SERTA KUASA TERHAD LAGI TERBATAS....JANGAN SAMPAI KITA MENANGIS TAK BERLAGU.....

Najib: PRU masa haji bukan perkara baru

22 Jun 2012
Najib: Kestabilan politik perlu bagi menjamin aset negara
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.

"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.

"Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Mekah.

"Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
BN, PR kata OK jika PRU di akhir mandat
Jamilah Hamzah
22 Jun 2012
parlimen
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik syor Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Pilihan Raya Umum(PRU) hanya diadakan di hujung mandat lima tahun, bukannya seperti sekarang.

Pemimpin kerajaan BN dan PR bersetuju dengan cadangan diusulkan Nazri semalam, yang turut menyatakan beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah PRU diadakan selepas mandat penuh lima tahun berakhir.

Ahli Majlis Tertingi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia satu cadangan yang baik kerana menjadikan sistem demokrasi lebih teratur.

"Dari segi kerajaan, ia dapat laksanakan tugas dan amanah dengan lebih terancang.

"Dari segi rakyat, mereka dapat menikmati  dan menilai pelaksanaan program pembangunan dengan lebih selesa tanpa risau tentang tarikh PRU," kata Ahli Parlimen penggal pertama ini.

Saifuddin berkata lagi, dari segi perniagaan dan pelaburan, keadaan politik stabil membantu merancakkan perniagaan manakala pelabur luar lebih mudah untuk membuat keputusannya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk tarikh PRU.

"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk putuskan bila masa yang sesuai setelah diberi maklum balas oleh pelbagai pihak.

"Saya setuju jangan terlalu awal, dan jangan terlalu akhir untuk tarikh PRU," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini turut berkata, keistimewaan Perdana Menteri dengan budi bicaranya perlu ada untuk menyelesaikan masalah pemilihan tarikh PRU.
"Peruntukan agar Perdana Menteri dengan budi bicaranya itu patut ada.

"Kadang-kadang ada masalah dan isu tertentu dan sebab itu, mengapa budi bicara Perdana Menteri perlu dalam tangani masalah untuk tarikh PRU," katanya lagi.

Ahmad berkata, tarikh PRU yang tidak pasti mempunyai kebaikannya bagi memastikan pemimpin sama ada kerajaan atau pembangkang berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa.

"Kadang-kadang ada baiknya tarikh yang tak pasti kerana ia akan jadikan wakil rakyat sentiasa bekerja," katanya.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugessan berkata, ia terpulang kepada Perdana Mneteri untuk mengumumkan tarikhnya.

"Itu adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, terpulang kepada beliau bila tarikh untuk diumumkan PRU nanti.

"Ia tak banyak beza sama ada tarikhnya empat tahun atau lima tahun selepas berakhirnya mandat tersebut," katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, beliau turut bersetuju dengan cdangan tersebut kerana mereka dapat membuat pilihan calon lebih awal.

"Kita bersetuju, namun perlu diberitahu awal untuk memudahkan kami membuat pilihan calon awal.

"Tapi kenyataan itu perlu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri," katanya.

Beliau yang turut dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, jadual yang tetap dapat mengurangkan tekanan ke atas pemimpin termasuk pemimpin kerajaan yang menunggu tarikh pilihan raya.

"Perdana Menteri perlu beritahu awal bukannya dengan tiba-tiba, esok mereka umum pula tarikh PRU," katanya lagi.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan,  Dr Tan Seng Giaw juga bersetuju dengan cadagan Nazri atas alasan PRU perlu dilangsungkan selepas genap lima tahun walaupun mempunyai keburukan dan kebaikannya.

"Cadangan PRU dilangsungkan pada genap lima tahun ada pro dan kontra.

"Saya setuju. Tidak kira keadaannya ketika itu, semua pihak mesti membuat persiapanya," katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, spekulasi mengenai tarikh PRU tidak wujud lagi dan tumpuan oleh kedua parti sama ada pembangkang atau kerajaan akan lebih kepada dasar dan prestasi parti.

"Spekulasi mengenai tarikh PRU tidak wujud lagi. Mungkin tumpuan semua pihak akan menuju ke dasar dan prestasi parti-parti," tambah Seng Giaw.
Najib: 'Tiada apa-apa sekat kerajaan adakan PRU lebih awal'

22 Jun 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, pada masa ini, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup tempoh lima tahun mentadbir negara.

"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal. - Bernama
SPR: Manifesto parti dirakam sebelum siar

22 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUALA LUMPUR - Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
 
"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.
 
Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
 
"Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing," katanya.
 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 7 Jun lepas berkata, parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.
 
Akses media yang bebas dan adil adalah antara 22 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April.
 
Abdul Aziz berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya akan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka menerusi RTM jika mendapat kelulusan daripada SPR.
 
Beliau berkata ini bagi memastikan hanya parti politik yang berdaftar dan bertanding sahaja layak mendapat keistimewaan tersebut.
 
Mengenai waktu siaran, Abdul Aziz berkata perkara itu akan ditentukan oleh RTM dengan mengambil kira nilai berita selain memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat jumlah waktu siaran yang sama.

"Kalau siar pukul 3 pagi siapa nak tengok? Kalau adapun mungkin tak ramai. Penyiaran pada waktu perdana akan dipertimbangkan dan SPR dengan KPKK akan perkemaskan perkara ini," jelasnya.
 
Beliau berkata setiap parti diberi peluang untuk menyiarkan bahan mereka di TV1 dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib, manakala penyiaran dalam bahasa lain boleh dibuat menerusi stesen radio. - Bernama
Isu Faekah bukan senjata sasar MB Selangor
G MANIMARAN
22 Jun 2012
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
SHAH ALAM - Kontroversi melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin tidak pernah dijadikan sebagai 'senjata' untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatannya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sebaliknya menurut beliau, kontroversi terbaru itu hanya "satu isu pentadbiran" dan bukannya soal nasional sehingga dilihat akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya tidak lihat begitu, tidak... tidak. Langsung tiada kaitan dengan Menteri Besar, bukan usaha mahu menjatuhkan Menteri Besar.

"Ini hanya satu isu, satu soal pentadbiran sahaja. Tiada persoalan sama sekali mengenai kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Rafizi, yang semalam mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, juga menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai hanya "ribut di cawan."
Kontroversi hangat gerakan menjatuhkan Faekah dilaporkan bermula menerusi laman sosial Twitter.
Ada pihak mahu Faekah digugurkan daripada jawatan Setiausaha Politik. Malah Faekah juga mendapat sokongan ke atas kenyataan dan tindakan-tindakan yang diambil beliau.
Mengulas lanjut, Rafizi tidak menolak kewujudan rasa tidak puas hati di kalangan segelintir pemimpin parti dengan kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri.
"Perkara ini wujud apabila ada pemimpin dan ahli merasakan bahawa pandangan parti (PKR) tidak diterima oleh kepimpinan Kerajaan Negeri.
"Ada yang berpandangan bahawa Kerajaan Negeri harus menghormati parti dengan menerima pandangan-pandangan yang diberikan, ada yang mendakwa kepimpinan Kerajaan Negeri bertindak defensif," katanya.
Jelas Rafizi, ada pemimpin berpandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menggunakan soal pemisahan kuasa sebagai satu alasan untuk tidak mahu mendengar pandangan parti.
"Memang kami di Pakatan Rakyat mengambil pendekatan ini iaitu pemisahan, berbeza daripada era BN dan Umno, tetapi kami merasakan bahawa perlu ada mekanisme untuk menyalurkan pandangan parti kepada Kerajaan Negeri," katanya dengan merujuk kepada isu kutipan sampah di Selangor baru-baru ini.
"Parti beranggapan bahawa pandangan peringkat bawahan perlu diambil kira, sedang ada pihak di pentadbiran Kerajaan Negeri berpandangan sebaliknya," katanya.
Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Kerajaan Negeri, yang dirujuk kepada Khalid selaku Menteri Besar, perlu menyedari perkara ini dan mengambil tindakan untuk mengatasinya.
"Saya menghormati hak Tan Sri Khalid melantik pegawai-pegawai yang difikirkan sesuai dengan keperluan tanggungjawab beliau.
"Tetapi Menteri Besar juga perlu memahami aspirasi ahli-ahli dan pemimpin parti dalam soal ini," katanya lagi.
Nik Aziz: Ada pihak mahu lagakan ulama
SAPINAT ABD GHANI
22 Jun 2012
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ulama yang dilahirkan di negara ini mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan hanya terhad kepada mereka di tanah Arab.

Nik Aziz berkata, kebanyakan ilmuwan agama yang ada di negara ini dilahirkan dari Universiti Al-Azhar, Mesir yang menjadi tempat tumpuan umat Islam melanjutkan pengajian tinggi.

Bagaimanapun Nik Aziz berkata, komen negatif yang membabitkan ulama universiti  Al-Azhar terhadap Pakatan Rakyat dilakukan oleh pihak tertentu bagi memecahkan hubungan yang tersedia terjalin sebelum ini.

“Ada pihak nak melagakan, antara Tok Guru dan kami mereka kena juga tahu bahawa Sheikh Azhar ilmunya al-Quran dan Hadis. Kami juga (memperoleh) ilmu al-Quran dan Hadis juga,”katabeliau selepas kuliahmingguan di Dataran Ilmu di sini , hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar,Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashourmat baru-baru ini bahawa umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan.

Tiada ulasan: